Rabu, 16 Mac 2022

6.08 Berkenaan Keterkaitan Kuantum dan Apa Yang Diperlukan Darinya

 

6.08 Berkenaan Keterkaitan Kuantum dan Apa Yang Diperlukan Darinya

 

Berkenaan Keterkaitan Kuantum dan Apa Yang Diperlukan Darinya

 


Pada tahun 1935, dengan kerjasama rakan sekerja mudanya dari Princeton iaitu Boris Podolsky dan Nathan Rosen, Einstein telah menerbitkan kritikan terakhir dan paling terkenal ke atas teori kuantum.

 

)Can Quantum - mechanical Description of physical Reality Be considered complete(

 

 

 

_____________________

.[1] Sumber (Landley - The Doubt Principle): ms 211 214

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 467

 

 

“Bolehkah Perincian Kuantum Mekanikal Terhadap Realiti Fizikal Dapat Dianggap Lengkap?”

 

Ia adalah soalan yang ditanya pada tajuknya. Soalan ini bersifat retorik. Sudah tentu jawabannya adalah “tidak” menurut Einstein, Podolsky dan Rosen.

 

Penghujahan EPR adalah sebuah penjelasan ke atas apa yang telah disebutkan oleh Einstein pada persidangan Solvay kelima pada tahun 1927. Di sana, beliau telah mengkritik penegasan Bohr bahawa fungsi gelombang sesebuah kuantum hanya boleh menjelaskan kebarangkalian kedudukan sebuah zarah. Einstein menyebutkan ianya bagus, namun pada suatu tahap, suatu kebarangkalian itu pasti akan bertukar menjadi kepastian atau ketentuan. Di dalam contoh yang beliau gunakan, sebuah elektron yang mengenai sebuah layar, pasti akan mendapar di sebuah tempat khusus. Dan apabila ia mendapat, bukankah sepatutnya fungsi gelombang yang menjelaskannya pasti berubah dengan serta merta pada keseluruhan layar?

 

Tiada orang pada waktu tersebut dapat memahami maksud Einstein. Penghujahan beliau sememangnya samar-samar dan bersifat metafizikal. Namun Einstein, Podolsky dan Rosen sekarang telah mendakwa mereka menjadikan bantahan mereka konkrit, menukarkannya menjadi permasalahan yang khusus dan dapat ditunjukkan. Mereka boleh menetapkan, hujah mereka, bagaimana mekanik kuantum tidak mempunyai logika.

 

Pertama sekali, mengikut kaedah Einstein yang sejati, mereka perlu menjelaskan sejelasnya apa yang mereka maksudkan dengan logika. Mereka mengisytiharkan, mana-mana teori yang dapat diterima, perlu berkait dengan apa yang mereka sebutkan sebagai “elemen realiti fizikal.” Ia merujuk kepada perkara seperti posisi dan momentum, kuantiti tradisional yang dianggap oleh ahli fizik sebagai maklumat yang tidak dapat dibantah berkenaan alam fizikal.

 

Bagus, namun apa yang dapat didefinisikan sebagai realiti fizikal? Ia bukanlah isu yang lama difikirkan oleh para saintis. Maka Einstein dan rakan sejawatnya telah mencadangkan sebuah definisi formal, definisi yang telah menjadi terkenal atau jahat, bergantung kepada perspektif seseorang. Jika mereka mengatakan, “tanpa apa jua cara, menganggu sesebuah sistem, kita dapat meramalkan dengan kepastian.. nilai sebuah kuantiti fizikal, maka pasti wujud sebuah elemen realiti fizikal yang sepadan dengan kuantiti fizikal ini.

 

Bayangkan, sebagai contoh, posisi atau pergerakan sebutir elektron. Jika anda berjaya menentukan sifat salah satu diantara mereka tanpa mempengaruhi laluan elektron tersebut atau menukarkan kelakuan alaminya, anda berhak untuk mengatakan bahawa posisi atau pergerakan elektron itu adalah sesuatu fakta yang pasti dan tidak dapat dinafikan. Dengan kata lain, ia adalah sebuah unsur realiti alam fizikal.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 468

 

 

Setelah menetapkan argumentasi menurut kehendak mereka, Einstein dan rakan-rakan sekerjanya memperagakan kekurangan-kekurangan mekanik kuantum. Mereka membayangkan dua butir zarah yang dipecutkan kepada dua arah berbeza dalam masa yang sama, dan daripada sumber dan kelajuan yang sama. Ini menyebabkan posisi atau pergerakan kedua-dua zarah itu untuk menjadi sama, sehinggakan anda hanya perlu mengukur salah satu zarah tersebut sahaja untuk mengetahui posisi dan pergerakan zarah yang satu lagi.

 

Mereka akur bahawa pengukuran zarah tersebut akan membawa kepada masalah prinsip ketidaktentuan. Jika anda mengukur pergerakan zarah itu, anda akan kehilangan pengukuran posisinya. Begitu juga sebaliknya, seperti yang ditetapkan oleh Heisenberg. Tetapi sekarang, Einstein, Podolsky dan Rosen telah menggunakan hujah terkuat mereka. Tujuan eksperimen mereka adalah untuk membuktikan bahawa pemerhatian terhadap salah satu zarah tersebut akan menunjukkan ciri-ciri yang sama mengenai zarah yang satu lagi. Di sinilah perkara-perkara ganjil mula berlaku.

 

Ukurlah posisi zarah pertama itu, dan anda akan serta-merta mengetahui posisi zarah yang kedua walaupun anda tidak memandangnya secara langsung. Ataupun, ukurlah pergerakan zarah pertama itu, dan anda akan mengetahui pergerakan zarah yang satu lagi tanpa melihatnya. Menurut Einstein dan kedua-dua rakan sekerjanya, ini bermakna posisi dan pergerakan zarah kedua tersebut adalah "unsur-unsur realiti alam fizikal". Oleh sebab unsur-unsur itu dapat ditetapkan tanpa mengganggu zarah tersebut, boleh dikatakan mereka mengandungi nilai-nilai sedia ada yang tetap. Menurut Einstein dan rakan-rakan sekerjanya juga, adalah mustahil jika ciri-ciri zarah kedua menjelma hanya setelah pengukuran dilakukan ke atas zarah yang pertama, kerana tiada apa-apa yang berlaku terhadap zarah kedua tersebut.

 

Menurut mereka lagi, implikasi yang lebih besar di sini menunjukkan bahawa prinsip ketidaktentuan Heisenberg, yang dibangga-banggakan selama ini, bukan bermakna ciri-ciri fizikal tidak dapat ditentukan secara asas sebelum diukur. Sebaliknya, zarah mempunyai ciri-ciri yang tetap, dan prinsip ketidaktentuan menunjukkan bahawa mekanik kuantum tidak dapat menjelaskannya secara penuh. Einstein dan rakan-rakannya membuat kesimpulan bahawa mekanik kuantum sebenarnya bukanlah teori yang lengkap dalam menjelaskan kebenaran alam fizikal ini.[1]

 

Inilah sebabnya mengapa Einstein menggunakan eksperimen-eksperimen jenis EPR (eksperimen melalui jalur pembayangan yang diciptakan oleh Einstein, Podolsky dan Rosen) bagi menunjukkan

 

________________________

[1] Sumber (Landley - The Doubt Principle): ms 234 236

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 469

 

 

secara mendalam bahawa mekanik kuantum bukanlah betul, kerana kedua-dua zarah yang disebutkan di atas mempunyai ciri-ciri yang sama bagaimana jauh sekalipun mereka berada daripada satu sama lain, seolah-olah disambungkan oleh pengaruh-pengaruh yang tidak diketahui. Hubungan jarak jauh yang aneh ini, seperti perkara-perkara ganjil yang lain berkaitan dengan mekanik kuantum, timbul kerana ketidakpastian yang tidak dapat dielakkan. Kerana hasil pengukuran salah satu zarah itu tidak dapat diramalkan dengan penuh, zarah yang satu lagi memerlukan sejenis kaitan (yang tidak diketahui) dengannya yang menyebabkan pengukuran kedua-duanya menjadi sama.[1]

 

Dua zarah di dalam contoh di atas adalah terpaut kerana mereka mempunyai satu sumber dan jumlah momentum mereka diketahui. Maka jika seseorang mengukur momentum zarah pertama, mereka akan mengetahui momentum zarah kedua pada detik yang sama. Jika mereka mengukur posisi zarah pertama, seseorang itu akan mengetahui posisi zarah kedua pada detik yang sama tanpa mengira jarak antara dua zarah tersebut. Walaubagaimanapun, menurut prinsip ketidaktentuan, jika seseorang mencuba untuk mengukur sifat salah satu dari keduanya (contohnya seperti momentum), maka akan terjadi perubahan pada posisi zarah yang cuba diukur. Disebabkan jumlah keseluruhan diketahui, zarah kedua juga pasti berubah - tanpa mengira jarak antara keduanya - demi mengekalkan jumlah keseluruhan.

 

Ini menunjukkan beberapa perkara:

 

Si pemerhati, atau proses pengukuran tidak lagi penting untuk identifikasi sifat zarah kedua. Ini kerana, kita sekarang mengetahui sifatnya tanpa mengukurnya secara terus.

 

Ini juga menunjukkan sifat zarah kedua, yang kita ketahui tanpa pengukuran terus, adalah salah satu elemen realiti fizikal. Seterusnya, ini bermakna zarah mempunyai sifat khusus, tidak seperti yang disebutkan oleh hukum ketidaktentuan Heisenberg yang menyatakan “sifat fizikal adalah secara asasnya bersifat tidak tetap sehingga ia diukur.”

 

Sebagai tambahan, hasil dari menggabungkan keterkaitan kuantum dan prinsip ketidaktentuan di dalam contoh ini adalah maklumat berpindah lebih pantas dari kelajuan cahaya. Sebagai contoh, apabila kita mengukur sifat zarah pertama, kita tidak memerlukan masa untuk mengetahui sifat zarah kedua; kita mengetahuinya pada detik yang sama dengan pengukuran zarah kedua. Ini bermakna, jika proses pengukuran memberi kesan kepada zarah pertama, maka zarah kedua juga akan terkesan secara terus demi mengekalkan jumlah total,

 

___________________

[1] Sumber (Landley - The Doubt Principle): ms 266

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 470

 

 

walaupun bukan zarah kedua tersebut yang diukur. Ini bermakna, mekanik kuantum melanggar hukum kerelatifan khusus, yang tidak membenarkan apa sahaja bergerak pada kelajuan lebih dari kelajuan cahaya. Ini tanpa ragu menunjukkan kecacatan jelas dalam memahami realiti sejagat.

Hakikatnya, walaupun setelah membuktikan keterkaitan kuantum adalah realiti fizikal melalui eksperimen praktikal, permasalahannya kekal tidak diselesaikan kerana samada:

 

Wujud sebuah masalah dengan andaian di dalam teori kerelatifan khas oleh Einstein yang menghalang gerakan lebih laju dari cahaya di dalam alam ini.

Atau, seperti yang mahu dipercayai oleh Einstein, “ia tidak menceritakan keseluruhan cerita.. ia adalah teori tidak sempurna, tidak menggambarkan secara penuh akan kebenaran fizikal.”

 

Saya percaya, untuk menyelesaikan masalah ini, kita boleh berhipotesis bahawa maklumat yang dipindahkan antara dua zarah tersebut dipindahkan melalui alam yang berbeza - alam yang mempunyai kewujudan bayangan - dan alam tersebut membenarkan maklumat dipindahkan pada kelajuan lebih laju dari cahaya.

 

Kita boleh menfrasakan semula masalah yang dipersembahkan oleh Einstein: kedua-dua zarah bersama dengan proses pengukuran dianggap sebagai sebuah sistem. Oleh itu, pengetahuan kita berkenaan posisi zarah kedua, hanya dengan mengukur posisi zarah pertama,  berdasarkan prinsip “sifat fizikal secara asasnya adalah tidak tetap sehingga ia diukur” - seperti yang dinyatakan oleh prinsip ketidaktentuan - maka, dengan memerhatikan zarah pertama, kita telah menyebabkan perubahan serta-merta ke atas fungsi gelombang keseluruhan sistem. Akibatnya ini telah menyebabkan zarah kedua untuk mempunyai sebuah posisi atau kelajuan yang khusus, atau seperti yang disebutkan oleh Einstein, “bukankah gelombang kuantum yang menjelaskannya, berubah serta merta pada seluruh layar?”

 

Ini telah membawa kepada persoalan betapa realistiknya fungsi gelombang. Dalam hal pemindahan segera perubahan fungsi gelombang di angkasa lepas - yakni, tanpa memerlukan sebarang tempoh masa - bermakna pemindahan itu berlaku pada kelajuan yang tidak terhingga, dan ini adalah mustahil didalam alam semesta kita. Menurut Teori Kerelatifan Khas oleh Einstein, kelajuan cahaya tidak boleh dilebihi, apatah lagi dilebihi oleh kelajuan yang tidak terhingga. Kelajuan adalah jarak yang dibahagikan dengan masa. Dalam hal ini, tanpa mengira jarak, kelajuannya adalah infinit dan informasi dipindahkan secara segera dan serta merta. Ini bermakna masa yang diambil

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 471

 

 

adalah sifar. Dengan kata lain, dimensi masa telah lenyap daripada alam ini di mana informasi fungsi gelombang dipindahkan. Tanpa keraguan, jika Teori Kerelatifan Khas adalah benar, ia bermakna informasi ini telah berpindah di alam semesta yang lain di mana hukum alamnya membenarkan untuk ia berlaku, berbanding dengan hukum alam semesta ini. Ini juga bermakna alam semesta lain tersebut ada sambungan dengan alam semesta kita disini, dan mempunyai pengaruh ke atas alam ini, dan segala kewujudan di alam ini mempunyai kewujudan bayangan di alam sana, memandangkan mereka boleh berkomunikasi dan saling pindah-memindah maklumat diantara satu sama lain pada kelajuan yang infinit. Secara alternatif, mungkin segala kewujudan di alam ini hanyalah bayangan kepada realiti-realiti lebih canggih yang wujud dalam sebuah alam lain yang lebih canggih.

Mekanik kuantum telah membuka pintu di bidang kosmologi kepada idea berkenaan alam berbilang yang mempengaruhi satu sama lain.

Jika penyelidikan di atas tidak cukup untuk membuktikan kewujudan jiwa atau roh manusia, sekurang-kurangnya ia akan membuat seseorang yang waras bertanyakan kepada dirinya, adakah realistik jika kewujudan kita hanya terkhusus kepada alam semesta ini semata-mata, serta adakah kita ini sekadar jasad yang dicipta daripada bahan yang berasal dari alam ini semata-mata. Bukankah ada kemungkinan bahawa alam-alam semesta yang lain lebih ringan berbanding dengan alam semesta ini, dan zarah-zarahnya lebih halus daripada zarah-zarah di sini, sehinggakan ia membolehkan pemindahan yang lebih laju daripada kelajuan cahaya, yang merupakan had maksimum kelajuan di alam ini? Dalam hal ini, bukankah alam semesta kita sebenarnya hanyalah bayangan kepada alam lain yang lebih canggih?!

Keterkaitan atau ketidakterpisahan kuantum mempunyai dimensi-dimensi yang jauh lebih besar  berbanding dengan contoh dua zarah berbeza yang terpancar daripada sumber yang sama. Seluruh alam semesta adalah sebuah peristiwa kuantum yang berasal daripada titik permulaan yang sama, semasa Dentuman Besar berlaku (Big Bang). Pada waktu dahulu, sesetengah zarah-zarah ada bersebelahan dan melekat antara satu sama lain. Maka, ada kemungkinan sebutir zarah yang sedang berada di penghujung alam semesta sekarang, atau di dalam jasad makhluk yang lain, pada suatu ketika pernah melekat kepada sebutir zarah yang sedang berada di dalam jasad anda sekarang. Anda mungkin akan terjejas jika zarah itu terjejas, dan anda juga mempunyai pengaruh yang sama terhadap zarah itu melalui keterikatan kuantum.

 

)أتحسب أنك جرم صغير وفيك انطوى العالم الأكبر(.

 

Kamu merasakan jasad kamu kecil padahal alam paling besar wujud di dalam kamu. (Al-Hawari 2003, 175).

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan: