Bangsa Sumer Dan Akkad Menangisi Dumuzi,
Dan Sekarang Mereka Menangisi Al-Hussain (as)
Bangsa Sumer atau Akkad meratapi dan menangisi
Dumuzi (: Dumu: anak lelaki, Zi: yang Soleh) selama ribuan tahun.
Ratapan orang-orang Mesopotamia ke atas Dumuzi
berterusan sehingga zaman Nabi Ezekiel. Taurat menyebutkan penduduk Mesopotamia
meratapi Tamus (Dumuzi):
“Ditambahkan-Nya
lagi: ”Engkau masih akan melihat perbuatan-perbuatan kekejian yang lebih besar
lagi yang mereka lakukan. * Lalu dibawa-Nya aku dekat pintu gerbang rumah Tuhan
yang di sebelah utara, sungguh, di sana ada perempuan-perempuan yang menangisi
dewa Tamus. * “Firman-Nya kepadaku: Hai anak manusia, kaulihatkah apa yang mereka
perbuat? Engkau masih akan melihat perbuatan-perbuatan kekejian yang lebih
besar lagi dari pada ini. * “Kemudian dibawa-Nya aku ke pelataran dalam rumah Tuhan; sungguh, dekat
jalan masuk ke bait Tuhan, di antara balai Bait Suci dan mezbah ada kira-kira
dua puluh lima orang laki-laki, yang membelakangi bait Tuhan dan menghadap ke
sebelah timur sambil sujud pada matahari di sebelah
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 357
timur.” [1]
Tindakan membunuh Tamus (Dumuzi), yang
disebutkan sebagai perkara yang jijik, telah menyebabkan kaum wanita meratap
dan kaum lelaki bersujud di mezbahnya.
Kisah pembunuhan Raja Dumuzi bermula dengan
beliau menerima hukuman akibat keengganan beliau untuk sujud pada Ishtar-Inanna
(keduniaan).
“Jika Inanna [Ishtar]
ingin naik dari dunia bawah,
Biarkan dia
menawarkan seseorang untuk menggantikannya.
Inanna naik dari
dunia bawah,
Dan syaitan-syaitan
kecil itu seperti buluh Choker, dan syaitan-syaitan besar, seperti buluh Daban,
berjalan di samping mereka, memamerkan mereka,
Dan syaitan yang
berjalan di hadapannya memegang tongkat di tangannya, walaupun dia bukan
seorang menteri.
Yang berada di
sisinya, meskipun bukan seorang ksatria, memiliki senjata yang diikatkan di
pinggangnya. Mereka yang menemaninya,
Mereka yang menemani
Inanna [dewi Ishtar atau duniawi]
Mereka adalah makhluk
yang tidak mengenal makanan dan tidak mengenal air.
Yang tidak makan
tepung yang busuk,
Dan mereka tidak
minum air yang dipersembahkan (korban),
Mereka mengambil
isteri dari pangkuan suaminya,
Mereka mengambil bayi dari payudara pengasuhnya......
__________________
[1] Perjanjian Lama Yehezkiel 8: 13-16
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 358
Inanna (Ishtar)
bergerak ke arah dua Kota Sumer “Oma” dan “Badtbera”, yang mana terdapat kedua-dua
dewa mereka. Seperti yang telah kita persembahkan, sujud kepadanya dan dengan
itu mereka terselamat dari genggaman syaitan. Dia kemudiannya tiba di kota yang
bernama Kullab, yang mana dewa pelindungnya adalah Dumuzi. Puisi kemudiannya
diteruskan:
Dumuzi (Tamus)
mengenakan jubah kemuliaan, beliau duduk tinggi di atas singgahsananya.
Para syaitan
menangkap pehanya.....
Dia diserang oleh
tujuh syaitan seperti yang mereka lakukan pada orang yang sakit,
Maka para gembala
berhenti meniup seruling dan tetuang di hadapannya.
Kemudian (iaitu Inanna)
mengarahkan pandangannya kepadanya,
pandangan kematian
tertuju kepadanya,
mengucapkan perkataan
melawannya, perkataan kemarahan dan kemurkaan,
Dia berteriak
terhadapnya dengan teriakan tuduhan, berkata:
“ Bawalah dia pergi.”
Oleh itu, “Inanna”
yang suci menyerahkan Sang Pengembala, Dumuzi ke tangan mereka.
Yang menemaninya,
yang menemani Dumozi
(Tamus),
Mereka adalah makhluk
yang tidak mengenal makanan dan tidak mengenal air.
Mereka tidak makan
tepung yang busuk (Suwaiq),
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 359
Dan mereka tidak
minum air yang dipersembahkan (korban).[1]
Oleh itu, Ishtar –
Inanna, isteri Raja Dumuzi, menyerahkannya kepada syaitan-syaitan untuk membunuhnya
dalam bentuk bertentangan yang sukar difahami bagi mereka yang tidak
mengetahui makna pemerintahan (Ketuanan) Allah atau perlantikan Ilahi, atau, seperti
yang disebut oleh bangsa Sumer dan Akkad, “kerajaan yang datang dari langit”.
Bagaimanapun, telah banyak disebutkan di dalam
agama Ilahi bahawa Ishtar, dunia material, selalunya dipimpin oleh para raja
yang tidak dilantik Allah, kerana mereka semua bersujud kepadanya dan tunduk
patuh padanya, dengan kata lain, tunduk kepada keinginan dunia kebendaan material.
Ishtar, dunia material, bersifat memberontak
terhadap mereka yang dilantik oleh Allah untuk memerintah di dalamnya, kerana
para pemerintah lantikan Allah tersebut sebenarnya bersifat menyanggahi Ishtar
(dunia). Bahagian Ali (as) adalah lima tahun kepahitan di mana semua syaitan di
muka bumi ini mengamuk untuk memerangi beliau (as) di Al-Jamal, Siffin dan
Nahrawan. Mereka tidak berhenti sehinggalah mereka membunuh beliau di Kufah. Bahagian
Al-Hussain (as) pula, seorang raja yang dilantik untuk memerintah dunia ini, telah
dibunuh beramai-ramai sehingga bayinya pun tidak terkecuali.
Berikut adalah beberapa teks dari tablet tanah
liat Sumer yang telah sampai kepada kita berkenaan tragedi Dumuzi dan saudara
perempuannya. Kita sekarang akan melihat betapa miripnya ia dengan perincian
yang terjadi kepada Al-Hussain (as), walaupun tablet tersebut adalah teks
arkeologikal yang beredar dikalangan bangsa Sumer dan Akkad ribuan tahun
sebelum kelahiran Al-Hussain (as):
“Hatinya menjadi
wadah kesedihan dan air mata,
Dia pergi ke dataran
terbentang jauh,
Hati gembala itu
meluap dengan kesedihan dan air mata,
Dia pergi ke dataran
yang jauh,
Hati Dumuzi berenang dengan kesedihan dan air mata,
__________________
1. Sumber (Kreamer – daripada tablet Sumer):
ms. 277 279
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 360
Dia pergi ke dataran
yang luas,
Seruling itu
tergantung di lehernya dan menangis, meratapi nasibnya.
Wahai dataran yang
luas terbentang jauh, aku menangis,
bergema tangisanku,
Wahai dataran, kamu
pasti tahu kesedihan dan menitiskan air mata,
bergema tangisanku,
mengeluh bersamaku,
Kamu ketam di sungai,
berkabunglah untukku
Kamu katak di sungai,
suci untukku
untuk ibuku menjerit,
biarkan ibuku (Sertor)
meraung,
Untuk membiarkan
ibuku, yang tidak mempunyai lima roti, meratap,
Biarlah ibuku, yang
tidak mempunyai sepuluh roti, menjerit meratap,
Apabila kalian
kehilanganku, kalian tidak akan dapati sesiapa yang mengambil berat untuknya,
Demi kalian, wahai
mataku yang tertutup di dataran, air mataku seperti mata ibuku,
Demi kalian, wahai
mataku yang tertutup di dataran, air mataku seperti adikku,
Di antara tunas dan
bunga terletak,
Di antara tunas dan
bunga di dataran dia berbaring,
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 361
Gembala Dumuzi
berbaring di dataran,
Ketika gembala Dumuzi
sedang berbaring dia bermimpi,
Setiap bahagian
tubuhnya terganggu,
Dia bangun selepas
melihat rukya (mimpi) itu.
Menggosok matanya,
Dia mengalami pening
yang teruk.
Dumuzi bangun dan
berkata:
Bawa dia kepadaku,
bawalah dia, bawalah adikku,
Bawa Gishti Nana adikku
yang kecil,
Bawa penulis yang
mengetahui rahsia roh-roh,
Adikku saya yang tahu
maksud perkataan,
Wanita bijak yang
mengetahui erti mimpi,
Aku perlu bercakap
dengannya
Aku mesti beritahu
dia mimpiku,
Dumuzi, bercakap
dengan adiknya (Gishti Nana), katanya:
Tentang mimpi itu, wahai
adikku, dengarkan mimpi yang kulihat,
Al-Usal (tumbuhan
dengan banyak cabang – duri) itu muncul di sekelilingku,
Al-Usal tiba-tiba
muncul dari tanah padat,
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 362
Dan salah satu dari
tumbuhan itu berdiri sendiri dan memiringkan kepalanya di hadapanku,
Semua Al-Usal berdiri
berpasang-pasangan, kecuali satu di tempatnya,
Di taman terdapat
pohon-pohon tinggi dan menakutkan di seluruh tanah.
Di tanah dalam
mimpiku, tidak ada tumpahan air,
Dompet aku kosong,
dan apa yang ada di dalamnya telah diambil daripadanya.
Dan cawan suci yang
ada padaku telah jatuh dari tiang yang melekat padanya,
Tongkat pengembala
telah hilang,
Burung helang membawa
beban di antara cakarnya,
Dan helang menculik
seekor burung dari pagar buluh.
Adikku: Cucu kecilku
diseret ketakutan dan ditutup dengan debu,
Biri-biri di
kandangku bergerak ke atas tanah dengan kaki yang dipintal,
Pengisar susu pecah,
hampa, dan kosong,
Semua yang ada padaku
telah hancur,
Damouzi bukan lagi
antara yang masih hidup,
Kandang
domba-dombanya di ditiup angin
Gesti Nana berkata:
Oh saudaraku, biarkan
mimpimu padaku,
Tidak selesa,
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 363
Al-Usal itu muncul di
sekelilingmu.
Al-Usal tiba-tiba
muncul dari tanah padat,
Sekumpulan pembunuh
akan menyerangmu,
Itulah mimpimu,
Dan salah satu dari
tumbuhan itu berdiri sendiri dan memiringkan kepalanya di hadapanmu,
Dia adalah ibumu,
Dia akan menundukkan
kepalanya untukmu,
Semua Al-Usal berdiri
berpasang-pasangan, kecuali satu di tempatnya
Aku dan engkau,
Salah seorang dari
kita akan menghilang dan lenyap,
Di taman terdapat
pohon-pohon tinggi dan menakutkan di seluruh tanah.
Orang-orang jahat
akan menakutkanmu,
Di tanah dalam
mimpimu, tidak ada tumpahan air,
Kandang domba-domba
akan hancur,
Orang-orang jahat
akan mencekik lehermu,
Dompetmu kosong, dan
apa yang ada di dalamnya telah diambil daripadanya.
Dan cawan suci yang
ada padaku telah jatuh dari tiang yang melekat padanya,
Kau akan jatuh dari
lutut ibu kandungmu,
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 364
Pengembala yang
menyenangkan,
Pengisar Pengembala
semuanya hilang,
Orang jahat akan
melakukan segalanya untuk melemahkanmu,
Mereka berkumpul,
Burung hantu,
Burung Helang,
Burung rajawali,
Afrit besar,
Mereka semua mahu
mengusirmu,
Mereka akan
membunuhmu dalam kandang domba,
Cucu kecilmu diseret
ketakutan dan ditutup dengan debu,
Kemarahan akan
berlangsung di langit seperti taufan,
Kau akan jatuh ke
tanah,
Apabila di kandangmu,
biri-biri bergerak ke atas tanah dengan kaki yang berpintal,
Pengisar susu pecah,
hampa, dan kosong,
Syaitan-ayaitan akan
membuat segalanya rapuh,
Semasa helang
mengambil seekor domba kecil,
Al-Jaala (ألجالا) – akan menggaru pipimu,
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 365
Ketika helang
menangkap burung dari pagar buluh,
Al-Jaala (ألجالا) akan memanjat tembok untuk
membawa kamu pergi,
Damouzi,
Syairku (madahku)
akan berkumandang di langit
untukmu,
Anak domba akan
menggali bumi dengan kuku,
Oh, Damouzi, aku akan
merobek pipiku, atas nasib malangmu,
Kapalmu telah
terhempas itu dusta
.......................
.................
Damouzi selamatkan
diri dari semua syaitan,
Dia melarikan diri ke
kandang domba adiknya, Gishti Nana,
Ketika mayat Damouzi
ditemui Gishti Nana di kandang domba, dia menangisinya,
Dia memuncungkan
mulutnya ke langit,
Dia mengangkat
mulutnya ke sisi tanah,
Seperti pakaian yang
menutupi kesedihannya yang mengufuk,
Dia mengoyakkan
matanya, merobek mulutnya, merobek pahanya
Kenyataan (Al-Jalla) memanjat
pagar buluh,
Kenyataan (Al-Jalla) pertama
memukul Damouzi di pipi dan memotong kuku
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 366
Kenyataan (Al-Jalla) kedua
memukul Damouzi di pipi yang lain,
Kenyataan (Al-Jalla) ketiga,
hancur cacat pengisar susu,
Kenyataan (Al-Jalla) keempat,
menurunkan cawan dari tiang dan menghancurkannya,
Kenyataan (Al-Jalla) kelima
menghancurkan pengisar susu,
Kenyataan (Al-Jalla) keenam
memecahkan cawan,
Kenyataan (Al-Jalla) ketujuh
menangis,
Damouzi, suami Inanna,
bangkit
Anak lelaki Sirtur,
saudara Gesti Nana,
Bangun dari tidurmu
yang pura-pura
Kambing betina kamu
dirampas,
Anak domba kamu
dirampas,
Kambing kamu telah
dirampas,
Kami memegang
anak-anakmu (cucu-cucu kamu dirampas)
Tanggalkan mahkota
sucimu dari kepalamu,
Tanggalkan pakaian
kerajaanmu dari badanmu,
Biarkan tongkat
kerajaanmu jatuh ke tanah,
Tanggalkan selipar
suci kamu dari kaki kamu,
Nak pergi, kamu ikut
kami
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 367
Pegang kenyataan
Damouzi,
mengelilinginya,
mengikat tangannya
mengikat lehernya,
pengisar susu
terhenti,
Tidak ada susu yang
keluar darinya,
Cawan pecah,
Tiada Damouzi selepas
ini,
Kandang domba kini
menjadi debu.) [1]
.
Sebagai tambahan, wujud di dalam kalendar
Babilon bahawa meratapi dan menangisi dewa Dumuzi bermula pada hari kedua dalam
bulan (Du uzi), iaitu Tamus (Julai), dan majlis peringatan akan diadakan, yang
mana obor-obor akan dibawa. Ini akan terjadi pada hari kesembilan, keenam belas
dan ketujuh belas. Pada tiga hari terakhir bulan ini, sebuah upacara yang
dinamakan Talkimtu di dalam bahasa Akkad, akan diadakan, dan ada di dalamnya
pertunjukan ritual serta pengebumian seorang tokoh yang mewakili dewa Tamus.
Walaupun impak yang disebabkan oleh ideologi kematian dewa Tamus di dalam
komuniti dalam dan luar Mesopotamia, meratapi beliau tidak pernah menjadi salah
satu dari ritual di kuil. Sebaliknya, majlis terus diadakan secara tahunan
dalam skop amalan popular.. Dan kita telah dikhabarkan berkenaan beberapa
ratapan yang ditulis oleh penyair Sumer dan Babilon yang meratapi dewa muda Damouzi,
dibacakan sebagai peringatan di beberapa kota. [1]
_____________________
[1] Sumber (Kramer dan Walkstein - Inanna, Ratu Langit
dan Bumi).
[2] Sumber (Fadhil Abdul Wahid Ali - Ishtar dan Tragedi
Tamuz).
Ahli Arkeologi Dr. Fadhil Abdul Wahid Ali,
Profesor Sumeria dan Assyria dan bekas Dekan Kolej Sastera di Universiti
Baghdad.
Sebelum✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan