Jumaat, 18 Mac 2022

6.20 Hidrogen Menunjukkan Alam Ini Mempunyai Permulaan

  

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 492

 


Hidrogen Menunjukkan Alam Ini Mempunyai Permulaan


 

Alam ini, dengan semua kelompok galaktik, galaksinya, bintang-bintang dan planet-planet, adalah terdiri dari elemen kimia yang mewakili jirim yang kita ketahui. Kebanyakan elemen ini diketahui oleh sesiapa yang telah mempelajari asas kimia. Semua elemen ini disusun di dalam jadual berkala dari hidrogen, yang merupakan elemen yang paling ringan, sehinggalah elemen berat beradioaktif seperti uranium dan radium.

 

Berdasarkan pemerhatian dan kajian ke atas alam ini, kita dapat mengetahui bahawa hidrogen adalah elemen yang paling banyak di alam ini. Berbanding elemen lain yang lebih berat, kita dapat mengatakan bahawa hidrogen boleh diibaratkan seperti beberapa jenis bakteria berbanding organisme lain yang lebih kompleks dari sisi hidupan di muka bumi ini.

 

Sebagai tambahan kepada perkara di atas, berdasarkan apa yang kita tahu bahawa bintang yang bersinar tidak menghasilkan hidrogen - walaupun hidrogen adalah bahan api yang bintang gunakan untuk menghasilkan elemen lain yang lebih berat - telah jelas kepada kita bahawa kuantiti hidrogen ini (yang mewakili kebanyakan jisim alam ini) telah wujud di alam ini sebelum elemen yang lain. Kita boleh membawa kesimpulan ini dengan lebih jauh dan mengatakan bahawa hidrogen adalah elemen pertama yang wujud di dalam ini. Ini bermakna, elemen yang paling tua di dalam alam ini adalah elemen yang mempunyai komposisi atomik yang paling ringkas (sebuah proton + sebuah elektron). Ini sahaja sudah memadai untuk kita mengetahui fakta bahawa alam ini bermula lebih ringkas dari apa yang wujud sekarang, dengan kata lain alam ini secara keseluruhannya melalui proses evolusi yang sama seperti yang dilalui oleh kehidupan di muka bumi ini. Elemen atomik yang paling banyak wujud di alam ini adalah hidrogen, diikuti oleh helium, lithium, dan bintang-bintang gergasi yang merupakan kilang gergasi yang menghasilkan jirim dengan komposisi atomik yang lebih kompleks. Apabila produk ini telah “siap dimasak” di dalam bintang, bintang tersebut akan pecah jika ia cukup besar, dan produk ini (yang terdiri dari elemen yang lebih berat dan kompleks) akan bertebaran di angkasa dalam bentuk jisim, batuan, serpihan dan debuan. Semua ini akan bersatu untuk membentuk planet dan asteroid. Pada masa yang sama, awanan serpihan tersebut dan gas mungkin akan terbakar semula jika wujud suhu yang mencukupi untuk pelakukan nuklear, lalu membentuk bintang yang dikelilingi oleh planet-planet tersebut. Ini adalah halnya dengan bintang kita, dan inilah caranya planet-planet telah dan terus terbentuk.

 

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan: