Rabu, 16 Mac 2022

6.09 Kucing Schrödinger dan Kesan Si Pemerhati Ke Atas Sistem

 

Kucing Schrödinger dan Kesan Si Pemerhati Ke Atas Sistem

 

Hujah atau paradoks kucing Schrödinger diwakili oleh eksperimen pemikiran seperti berikut:

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 472

 

 

Andaikan anda mempunyai sebuah kotak yang mempunyai seekor kucing, sebuah bahan beracun di dalam botol kaca, sebuah sumber radioaktif, dan sebuah pengira Geiger. Apa yang terjadi adalah, jika pereputan radioaktif dari sebuah atom terjadi dari sumber radioaktif tersebut, botol racun itu pecah dan kucing itu akan mati. Eksperimen ini diaturkan untuk suatu tempoh masa di mana wujud 50 peratus kebarangkalian salah satu dari atom di dalam bahan radioaktif itu akan mereput. Oleh itu, satu-satunya cara untuk kita mengetahui kucing tersebut hidup atau mati adalah dengan melihat ke dalam kotak eksperimen. Keadaan kucing tersebut bergantung kepada samada atom itu telah mengalami pereputan, yang mana tidak dapat dijangka memandangkan ia tertakluk kepada kebarangkalian. Oleh itu kita mempunyai bahan beradioaktif yang menurut mekanik kuantum, mungkin telah atau mungkin belum mereput, dengan kata lain, kedua-dua keadaan ini mempunyai kewujudan bayangan sehinggalah kita melihat ke dalam kotak kucing tersebut, dan barulah fungsi gelombang terhenti. Pada waktu itu, disebabkan pemerhatian kita, salah satu dari dua kebarangkalian akan ditentukan. Akibatnya, kita mempunyai bahan radioaktif yang telah mereput dan tidak mereput, sebuah botol racun yang pecah dan tidak pecah, dan seekor kucing yang mati dan tidak mati dalam masa yang sama. Apa yang menentukan nasibnya adalah pemerhatian kita dan runtuhnya fungsi gelombang hasil dari pemerhatian tersebut.

 

Eksperimen Schrödinger telah menunjukkan kecacatan pada tafsiran Copenhagen: kucing tersebut tidak boleh dibayangkan sebagai mati dan hidup dalam masa yang sama, seperti yang diandaikan di dalam eksperimen tersebut. Oleh itu, kucing tersebut adalah mati dan hidup sehinggalah runtuhnya fungsi gelombang akibat dari pemerhatian kita ke atas sistem, dan syarat yang telah ditetapkan kepada kucing tersebut: iaitu samada hidup atau mati.

Sebuah debat yang berpanjangan telah terjadi ke atas paradoks ini, yang mana Schrödinger telah cuba tunjukkan di dalam tafsiran Copenhagen:

 

Oleh itu, tidak seperti eksperimen EPR, eksperimen “kucing di dalam kotak” ini sememangnya mempunyai kesan paradoks. Adalah mustahil untuk menyesuaikan tafsiran Copenhagen yang ketat tanpa menerima “realiti” kucing yang hidup-mati, dan ini telah menyebabkan Wigner dan John Wheeler untuk mempertimbangkan kebarangkalian, bahawa oleh kerana regresi infinit sebab dan akibat, keseluruhan alam ini mungkin hanya mempunyai “kewujudan yang sebenar” disebabkan ia diperhatikan oleh entiti yang berakal. Masalah yang paling bersifat paradoks di dalam teori kuantum adalah berasal usul dari eksperimen kucing Schrödinger, dan ia bermula dari apa yang disebut Wheeler sebagai eksperimen pilihan tertunda.[1]

 

Kita boleh menyebutkan eksperimen pemikiran Schrödinger telah membongkar keanehan mekanik kuantum yang telah kita pelajari sebelumnya. Jika mekanik kuantum mewakili hukum realiti, dan tidak ada sebarang ralat pada tafsiran Copenhagen, maka eksperimen ini telah menunjukkan keanehan realiti alam yang kita diami ini. Kesimpulan yang telah kita capai pada noktah ini adalah, jika fungsi gelombang terhenti disebabkan oleh pemerhati atau perekodan peristiwa kuantum oleh pemerhati, seperti yang disebutkan oleh tafsiran

 

____________________

]1] Sumber (Griben - Mencari Kucing Schrödinger): ms 230

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 473

 

 

Copenhagen, ia menunjukkan, tanpa kewujudan manusia atau entiti berakal, alam ini tidak akan wujud. Alam ini kewujudannya bergantung kepada pemerhatian kita ke atasnya, memandangkan keseluruhan alam ini adalah sistem kuantum dengan sebuah fungsi gelombang dan banyak kebarangkalian. Ia hanya wujud apabila kita memerhatikannya dan fungsi gelombang akan terhenti lalu muncul di dalam realiti. Isu ini menunjukkan kita bangsa manusia - atau kita sebutkan sebagai entiti berakal - mewakili sebuah paksi kewujudan alam ini.

 

)لولك لما خلقت الأفلاك  (

[Jika tidak kerana kamu, maka tidak aku ciptakan cakrawala.] [Hadith Qudsi]

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan: