Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 323
Budaya Manusia
Tidak diragukan lagi, kemunculan sekumpulan
makhluk yang disebut sebagai manusia moden atau intelektual (Homo sapiens)
telah menunjukkan sebuah loncatan yang jelas dalam pekembangan budaya dan
ketamadunan, seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Bagaimanapun, jika kita
meneliti sejarah makhluk ini, yakni Homo sapiens, khususnya sekumpulan yang
bermigrasi keluar dari Afrika, kita juga akan mendapati bahawa data
arkeologikal menunjukkan sebuah loncatan yang nyata dari segi budaya dalam
tempoh masa yang khusus. Secara saintifiknya agak sukar untuk menentukan dengan
tepat dari mana ia bermula, kerana tiada perkara konkrit yang dapat disandarkan
untuk mengkhususkan permulaan loncatan ketamadunan. Kemunculan perkampungan
pertanian yang pertama di Timur Dekat lebih sepuluh ribu tahun yang lalu tidak
mewakili suatu permulaan. Sebaliknya, ia mewakili suatu perkembangan dan
perluasan yang bersambung dari sebuah titik permulaan, yang menjadikan mereka
dapat dikenalpasti dari segi arkeologi kerana kesan yang mereka tinggalkan.
Namun begitu, dengan mengkaji secara saintifik
dan objektif penemuan-penemuan paling purba yang telah dipulihara dan
direkodkan, kita boleh sampai kepada sedikit kebenaran, kalaupun bukan
kebenaran sebenar. Temadun Sumer-Akkadia adalah tamadun dan kebudayaan yang
paling tua yang merekodkan sejarah mereka, disampaikan melalui penulisan Sumer
yang tanpa ragu mewakili pewaris paling dekat atau antara yang paling dekat
dengan kumpulan penghijrah yang pertama, kerana mereka mendiami lembah subur
(kawasan Teluk moden). Setelah
terjadinya banjir besar, tamadun ini telah berpindah ke kawasan utara lembah
tersebut. Di dalam sempadan yang boleh didiami, dan di sempadan paya dan tasik,
perkampungan telah dibina sebelum sejarah Sumer (Akkadia) di Mesopotamia
(Iraq). Sesetengah artifak Sumer yang telah kita temui berusia ribuan tahun
sebelum masihi. Namun oleh kerana tamadun umat awal tersebut bergantung kepada
pohon-pohon buluh lembut (reed) - memandangkan mereka tinggal di lembah yang
dipenuhi tasik - maka sudah tentu tiada apa dari tamadung tersebut dapat sampai
kepada kita. Apa yang telah sampai kepada kita adalah tamadun mereka yang
terkemudian, atau secara khususnya, tamadun yang wujud kurang lebih lima ribu
tahun sebelum masihi. Apa yang mereka telah rekodkan dan tuliskan, setelah
sistem penulisan dan perekodan wujud, menunjukkan suatu loncatan kebudayaan dan
ketamadunan dari segala segi. Kita boleh katakan bahawa loncatan ini
termanifestasi di dalam sejumlah besar manusia di Iraq, dan melalui alat-alat,
sehingga keadaan persekitaran tidak dapat memadamnya. Sudah tentu, jumlah besar
manusia ini adalah keturunan para individu yang mewariskan tingkah-laku manusia
pada tahap budaya yang maju kepada anak-anak mereka. Hasilnya, ia adalah sebuah
loncatan kebudayaan yang dapat dikesan kembali kepada millenium yang
sebelumnya, yang mungkin telah dihapuskan oleh banjir serta dimusnahkan oleh
air masin yang kini meliputi kawasan Teluk moden.
Apabila keturunan tamadun Sumer (Akkadia)
berbicara berkenaan nenek moyang mereka di dalam tablet tanah liat,
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 324
kita akan mendapati mereka menyebut nenek
moyang mereka sebagai mempunyai budaya dan moral yang lebih maju dari diri
mereka. Ia adalah budaya dan tamadun yang berbeza sama sekali dari apa yang
didahuluinya. Di sini kita tidak berbicara berkenaan peralatan semata-mata.
Sebaliknya kita berbicara berkenaan sebuah sistem sosial dan politikal serta
moral-moral agung. Oleh itu, wujud sebuah loncatan budaya dan tamadun yang
tidak dapat dijelaskan secara saintifik. Ia telah direkodkan dalam suatu tempoh
masa sejarah yang tetap, dan ia telah sampai kepada kita melalui Syumer atau
Sumer, atau bumi Akkad dan Sumer, atau selatan Iraq moden. Loncatan kebudayaan
ini telah menyebabkan pengkaji seperti Zachariah Sitchin untuk mencadangkan
bahawa bangsa Sumer (Akkadia) mempunyai asal usul dari angkasa lepas (asing).
“Kita boleh
mengandaikan orang-orang yang disebut sebagai orang Sumer ini merupakan
keturunan suku-suku yang mendiami Iraq dalam era prasejarah yang mendahului
Zaman Dinasti Awal, dan bahawa mereka dikenali dalam sejarah dengan nama yang
khusus, iaitu Orang Sumer, merujuk kepada kawasan khusus di Iraq yang didiami
mereka. Kawasan selatan tersebut dinamakan sebagai Syumer atau Sumer. Mungkin
yang menjadikan andaian ini sebuah pendapat yang realistik adalah kerana asas
kepada tamadun yang kita namakan sebagai Sumeria, dan yang berkembang era fajar
Zaman Dinasti Awal boleh dijejak kepada sebuah zaman ketamadunan yang kita
namakan sebagai zaman pradinasti, yang membentuk sebuah kesinambungan tamadun.
Ini bermakna asal-usul tamadun Sumer bermula di Iraq, dan kita boleh menjejaki
asasnya dan asal-usulnya kepada zaman yang paling awal. Sebagai contoh, kita
boleh menggelarkan orang-orang di zaman Ubadi sebagai orang Sumer berdasarkan
kemunculan elemen-elemen tamadun Sumer yang menyerlah di dalamnya, seperti
kuil-kuil dan perkampungan-perkampungan, walaupun kita tidak tahu bahasa yang
digunakan oleh orang Ubaid ini. [1]
Pastinya, tamadun Mesir mewakili sebuah
petunjuk yang terbaik berkenaan loncatan budaya dan ketamadunan ini.
Bagaimanapun, ia datang setelah tamadun Sumer. Sebagai tambahan, beberapa
kajian genetik yang terkini telah membuktikan bahawa asal usul orang Mesir dan
Afrika Utara berasal dari kawasan Sumer purba, iaitu Selatan Iraq. Atas sebab
ini, saya hanya akan membincangkan tamadun Sumer dan Akkadia, tamadun nenek
moyang kita, dan menggunakannya sebagai contoh untuk membuktikan loncatan
tamadun Sumeria (Akkadia) ini.
____________________
[1] Sumber (Taha Baqir - Pengenalan Sejarah
Tamadun Purba): ms 89 90
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan