Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 441
Zaman Terjadinya Banjir Nuh
Banjir Nuh terjadi hampir empat ribu tahun
sebelum kedatangan Jesus, menurut tarikh di dalam Injil. Pandangan ini turut
digunapakai oleh ahli tafsir Quran. Lembah subur tersebut telah pun dipenuhi
oleh air masin di waktu itu, dan teluk moden sudah terbentuk. Ini jelas
menunjukkan lokasi banjir itu adalah rantau Mesopotamia memandangkan rantau itu
bersifat mendatar maka jumlah air yang perlu untuk membentuk Banjir Nuh
mestilah datang dari takungan air yang besar. Inilah sebabnya Taurat
menggambarkan banjir ini menenggelamkan seluruh dunia kerana tingginya
gelombang tersebut. Walaubagaimanapun, telah dibincangkan sebelum ini bahawa
hipotesis yang disebutkan di dalam Taurat hari ini bercanggahan dengan fakta
saintifik, sejarah dan geologi.
Satu lagi kemungkinan adalah Nuh dan kaumnya,
yang kita sebutkan sebagai nenek moyang bangsa Sumer atau Sumer awal, pernah
tinggal di lembah subur dan banjir besar terjadi di situ (Teluk Parsi). Jika
ini adalah kesnya, maka tarikh banjir itu dapat ditentukan dari tarikh di mana
lembah itu dipenuhi dengan air, akibat
lompatan hidraulik air masin yang meliputi kawasan luas Selatan Iraq. Lembah
tersebut telah dipenuhi air dalam 15,000 - 8,000 tahun sebelum masihi.
Maka apa yang terjadi adalah pembanjiran
lembah tersebut, disebabkan oleh jumlah air besar yang terhasil daripada kecairan ais di penghujung
zaman ais. Ini membentuk mata air yang mencurah ke dalam laut, bersama dengan
mata air yang lain, menyebabkan peningkatan paras air laut, sehinggalah
empangan semulajadi runtuh dan air laut masuk ke dalam lembah itu. Wujud juga
kemungkinan bahawa ia turut disertai oleh air hujan dan limpahan air sungai
yang mencurah masuk ke dalam lembah dari arah yang lain. Oleh itu, semua air
ini bertemu di dalam lembah, menyebabkan banjir besar dan lompatan hidraulik
air, sehingga menenggelamkan Selatan Iraq. Seterusnya, air surut semula ke arah
lembah atau Teluk Parsi, dan bahtera itu tersadai untuk memulakan perjalanan
pertama kemanusiaan / ketamadunan yang telah sampai kepada kita dalam bentuk
rekod dan tulisan di Selatan Iraq.
﴿فَفَتَحْنَا أَبْوَابَ السَّمَاءِ بِمَاءٍ
مُّنْهَمِرٍ * وَفَجَّرْنَا الْأَرْضَ عُيُونًا فَالْتَقَى الْمَاءُ
عَلَىٰ أَمْرٍ قَدْ قُدِرَ ﴾
{Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan
menurunkan hujan yang mencurah-curah. ✷ Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini),
lalu bertemulah air itu untuk satu perkara yang telah ditetapkan.}[1]
________________________________
[1] Al-Quran Al-Karim Surah Al-Qamar ayat: 11-12
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 442
5.36.12 Lokasi
Berlabuhnya Bahtera Nuh (Dilmun—Gunung Ararat—Gunung Judi):
Lokasi berlabuhnya bahtera Nuh terhad kepada
rantau di mana Nuh, kaumnya dan generasi selepasnya tinggal selepas banjir,
iaitu Mesopotamia. Hanya seseorang yang degil sahaja akan menafikan fakta ini.
Kisah banjir ini berasal dari Sumer, dengan kata lain, penduduk Mesopotamia
meriwayatkannya sebagai legasi nenek moyang mereka. Saya percaya bahawa
sebarang percubaan untuk mengubah penempatan lokasi Nuh dan kaumnya selepas
banjir kepada kawasan luar dari Mesopotamia adalah percubaan yang terdesak,
yang terhalang oleh banyak halangan yang tidak dapat diatasi.
Saya telah jelaskan bahawa perincian Dilmun
oleh kaum Sumer adalah sama dengan perincian negara Al-Mahdi yang akan
ditubuhkan di Iraq bersama ibu kotanya.
Hipotesis berkaitan berlabuhnya bahtera Nuh di
salah satu pergunungan Turki atau Armenia telah dibuktikan bercanggahan dengan
banyak fakta saintifik. Asal usul kepercayaan ini datang dari tafsiran Yahudi
ke atas teks Taurat yang menyebut nama “Gunung Ararat”.
Telah kita ketahui sebelumnya bahawa teks
Injil berkenaan kisah banjir Nuh, termasuklah penenggelaman air ke atas semua
gunung di bumi, adalah bercanggahan dengan fakta saintifik. Itulah sebabnya
adalah sangat tidak logik untuk mengatakan bahawa bahtera Nuh berlabuh di
sebuah gunung yang terletak beberapa kilometer di atas paras laut. Dan ia juga
tidak logik untuk mengatakan bahawa bahtera tersebut dibawa ke arah Turki atau
Armenia oleh air banjir dan kenaikan paras air. Kita telah menerangkan bahawa
bumi tidak mempunyai jumlah air yang begitu besar untuk menyebabkan perkara
seperti ini. Walaupun jika kita mengatakan banjir ini disebabkan oleh
penenggelaman di Laut Hitam, tidak mungkin ada lompatan hidraulik yang boleh
mencapai ketinggian beberapa kilometer, yang dapat bergerak berterusan untuk
beberapa ribu kilometer, sehingga mencapai Gunung Ararat yang terletak di
antara Turki dan Armenia. Hipotesis tersebut lebih mendekati fiksyen dari
fakta, serta mustahil secara saintifik.
Maka, tafsiran teks Taurat tidak dapat
digunapakai kerana ia bercanggahan dengan sains di samping penentangannya
terhadap beberapa teks Sumer.
Gunung Judi yang disebutkan di dalam Quran
adalah nama tempat di mana bahtera itu berlabuh. Nama gunung tersebut
menunjukkan ia tidak lain dan tidak bukan terletak di Iraq. Ahli tafsir Quran
yang telah menggandaikan bahawa gunung tersebut terletak di Turki, sebenarnya
telah mengguna pakai tafsiran teks Injil oleh Rabbi Yahudi, tanpa mengkaji dan
menyiasatnya.
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan