Lokasi Banjir Nuh
Di dalam sejarah arkeologi dan sejarah
keagamaan, Nuh tinggal di lembah yang mempunyai dua anak sungai (Mesopotamia),
atau ke arah selatan Mesopotamia, di lembah subur (Teluk moden). Bahtera beliau
dibina di rantau ini atau sekitar rantau ini, seperti yang disahkan oleh loh
tanah yag menceritakan riwayat banjir. Ia turut disahkan di dalam Taurat.
Menurut penceritaan biblikal, banjir Nuh menenggelamkan seluruh bumi, beserta
puncak gunungnya sedalam lima belas hasta air:
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 438
"Dan air itu
sangat kuat di atas bumi. Dan semua gunung yang tinggi di bawah segenap langit
ditutupi. Lima belas hasta tingginya air bertambah kuat. Dan gunung-gunung
ditutupi."
Kisah yang disebutkan di dalam Taurat tidak
dapat menahan kritikan saintifik. Tiada air yang mencukupi di dalam dan atas
bumi untuk menenggelamkan puncak gunung. Malah tidak ada sebarang peristiwa
kepupusan hidupan secara besar-besaran di bumi selama jutaan tahun. Peristiwa
kepupusan yang terakhir terjadi di penghujung Zaman Kretasius (Zaman Batu
Kapur), lebih kurang 65 juta tahun yang lepas. Manusia moden, juga dikenali
sebagai Homo Sapiens, hanya wujud sekitar 200 ribu tahun yang lepas. Malah,
mereka tidak berevolusi kepada bentuk kita sekarang melainkan sekitar 100 ribu
tahun yang lepas. Bagaimanapun, jika kita merujuk kepada kisah biblikal, tempoh
masa kejadian banjir Nuh hanya terjadi tidak lebih dari beberapa ribu tahun
yang lepas.
Sebagai tambahan, wujud juga penghujahan
berkaitan haiwan-haiwan yang wujud di kepulauan terpencil.
Oleh itu, riwayat dari Injil, yang telah
digunapakai oleh agamawan Muslim, tidak dapat bertahan dari kritikan saintifik,
atau berselari dengan fakta saintifik, dalam apa jua cara. Pilihan kita adalah
samada untuk menolak sains dan meredhai kejahilan, atau, kita boleh mengatakan
banjir Nuh itu terhad kepada rantau tertentu di muka bumi.
Jadi sekarang kita akan membincangkan beberapa
kemungkinan berkenaan peristiwa banjir yang tidak bercanggahan dengan data
saintifik dan arkeologi:
Wujud kemungkinan banjir ini terjadi di
Selatan Iraq atas sebab hujan dan aliran air yang deras. Hipotesis ini amat
bertepatan dengan kedudukan rantau ini, yang terletak di antara dua sungai, di
bawah rantau bergunung-ganang yang terletak di utara. Walaubagaimanapun, banjir
seperti ini sangat terhad, kerana sukar untuk membayangkan banjir akibat
limpahan sungai dan hujan dapat menyebabkan kemusnahan seluruh hidupan di suatu
rantau. Pasti akan ada hidupan yang berjaya melepaskan diri, terutamanya
hidupan yang tinggal di tebing-tebing. Dan banjir seperti itu juga hanya
terjadi secara berperingkat dan perlahan, bukan dalam satu gelombang, seperti
kes keruntuhan empangan atau tsunami. Sebagai tambahan, teks Quran menceritakan
gelombang banjir itu seperti gunung-ganang pasti tidak bertepatan dengan banjir
yang diakibatkan oleh hujan.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 439
Wujud juga hipotesis bahawa banjir tersebut
adalah kejadian Laut Hitam dilimpahi air beberapa ribu tahun yang lepas,
berkemungkinan menyebabkan lompatan hidraulik terjadi, yang menyebabkan
pergerakan aliran jumlah air yang besar ke daratan. Peristiwa ini kemudiannya
menyebabkan banjir yang memusnahkan hidupan di rantau ia terjadi. Bagaimanapun,
masalah berkaitan hipotesis ini adalah tiada kesan banjir tersebut melibatkan
rantau Mesopotamia. Selain itu, wujud banyak halangan semulajadi yang mungkin
menghalang jumlah air yang begitu besar dari sampai ke Mesopotamia. Tambahan
pula ia akan menolak bahtera Nuh ke selatan dan Teluk, bukan ke arah mata air sungai-sungai,
seperti yang diceritakan dalam lagenda Sumer, serta banjir itu arahnya akan
datang dari utara, bukan selatan, seperti yang disebutkan dalam teks Sumer.
Wujud juga kemungkinan banjir itu terjadi di
lembah yang terletak di selatan Iraq, yang merupakan Teluk Parsi sebelum ia
ditenggelami air. Kejadian ini disebabkan oleh peningkatan paras air di
penghujung Zaman Ais dan runtuhnya empangan semulajadi di Selat Hormuz.
Jika kita mahu mengaplikasikan teks Quran
kepada banjir yang terjadi di lembah ini beberapa ribu tahun yang lepas, kita
akan mendapati ia sangat berpadanan. Jumlah air yang akan memasuki lembah itu
akibat dari keruntuhan empangan semulajadi adalah sangat besar. Kita boleh
katakan ia membentuk ombak seperti gunung-ganang seperti yang disebutkan di
dalam Quran. Sebagai tambahan, pulau-pulau yang ada di Teluk Parsi hari ini
adalah puncak-puncak gunung yang berdiri tegak di lembah subur ini sebelum
runtuhnya empangan dan ditenggelami air masin.
Oleh itu, teks keagamaan yang menyebutkan anak
Nuh ingin berlindung di sebuah gunung untuk melindungi dirinya telah disahkan,
kerana beliau menyangka ia hanya banjir biasa yang diakibatkan oleh kenaikan
paras air sungai yang mengalir ke lembah tersebut, seperti sungai Tigris dan
Furat. Kerosakan akibat banjir seperti itu dapat dielakkan jika berlindung di
tanah tinggi, seperti gunung yang ada di lembah tersebut. Mereka langsung tidak
terfikir bahawa ia akan berbeza kali ini, bahawa banjir yang diperingatkan oleh
Nuh-Utnapishtim-Ziusudra membawa kemusnahan yang sangat besar, menenggelamkan
pergunungan dan memenuhi lembah tersebut, yang mana keluasannya sama seperti
sebuah negara seperti Iraq.
_________________
1. Lihat: (banjir Nuh, penemuan saintifik
terkini berkenaan peristiwa yang mengubah sejarah: William Ryan dan Walter
Bateman: hlm. 312. 313). Diterjemah oleh: Faris Boutros, House of Wisdom -
Baghdad 2005
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan