Hawking Tanpa Ketunggalan dan Tuhan
Dalam perkara yang disebutkan di atas, telah
dijelaskan bahawa teori tradisional untuk menjelaskan kemunculan dan permulaan
alam semesta akan berakhir dengan pada ketunggalan. Malah, ia tiba pada titik
paling terherot berhubung dengan permulaan alam semesta, kerana kerelatifan dan
hukum fizik runtuh pada ketunggalan. Oleh itu, ketunggalan itu sendiri akan
digunakan sebagai titik permulaan untuk meramalkan dengan tepat apa yang akan
berlaku secara langsung selepas itu, kerana tidak ada hukum yang mengawal
ketunggalan itu. Di samping itu, ketunggalan itu sendiri menimbulkan persoalan
berkenaan kejadian yang terjadi sebelumnya. Oleh kerana di titik ini hukum
fizik terhenti, kita tidak menjangkakan sebarang jawaban saintifik yang
mencukupi dan konklusif tentang apa yang mendahuluinya.
_______________________
[1] Sumber (Hawking - Sejarah Ringkas Masa):
ms 55
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 537
Atas sebab ini, Hawking telah berusaha untuk
membentangkan alam semesta yang mempunyai permulaan tetapi tiada sempadan,
untuk menghapuskan persoalan mengenai apa yang mendahului permulaan. Menurut cadangannya, permulaan adalah permulaan
tetapi ia juga bukan sempadan sehingga seseorang akan bertanya tentang apa yang
mendahuluinya, kerana apa yang mendahuluinya adalah alam semesta itu sendiri.
Apa yang dicadangkan Hawking ialah, semakin mendalam kita melihat kepada
permulaan alam semesta, maka semakin banyak masa menjadi berkurangan,
seterusnya menjadi dimensi ruang tambahan. Oleh itu, tidak wujud dimensi masa
pada permulaan, jadi persoalan tentang masa sebelum permulaan adalah tidak
bermakna, dan alam semesta menjadi bebas dengan sendirinya dan hanya bergantung
pada kemungkinan dari dalam dirinya sendiri.
Dengan cara ini, Hawking mengelak dari
membincangkan hipotesis tentang ketunggalan di mana hukum fizik rosak dan, pada
pandangannya, beliau kini mempunyai rantaian permulaan alam semesta di mana
hukum fizik (seperti mekanik kuantum) berfungsi. Pada masa yang sama, beliau
telah mengenepikan persoalan yang berterusan tentang apa yang ada sebelum alam
semesta, atau siapa yang mencipta alam semesta. Oleh itu, seperti yang
dilihatnya, beliau telah menjadikan alam ini berdikari, dan tidak memerlukan
sebarang kuasa luar untuk memulakannya.Untuk menerangkan bagaimana teori
kuantum membentuk masa dan ruang, mungkin bermanfaat untuk memperkenalkan
memperkenalkan idea berkenaan masa khayalan.
“Masa khayalan kelihatan
seperti sesuatu dari fiksyen sains, tetapi ia adalah konsep matematik yang
jelas: masa diukur dalam apa yang dipanggil nombor khayalan. Seseorang boleh memikirkan nombor nyata biasa
seperti (1, 2, 3...) dan seterusnya sebagai bersesuaian dengan kedudukan pada
garisan yang terbentang dari kiri ke kanan: sifar di tengah, nombor nyata
positif di sebelah kanan, dan nombor nyata negatif di sebelah kiri (Rajah 2.17).
Nombor khayalan
kemudiannya boleh diwakili sebagai sepadan dengan kedudukan pada garis menegak:
nombor sifar sekali lagi berada di tengah, nombor khayalan positif diplot ke
atas, dan nombor khayalan negatif diplot ke bawah. Oleh itu nombor khayalan
boleh dianggap sebagai jenis nombor baharu pada sudut tepat berbanding nombor
nyata biasa. Disebabkan nombor-nombor ini
adalah konstruk matematik, mereka tidak memerlukan realisasi fizikal; seseorang
tidak boleh mempunyai bilangan oren khayalan atau bil kad kredit khayalan (2.18).
Seseorang mungkin
terfikir bahawa nombor khayalan hanyalah permainan matematik yang tiada kaitan
dengan dunia sebenar. Walau
bagaimanapun, dari sudut pandangan falsafah positivis, seseorang tidak dapat
menentukan apa yang sebenar. Apa yang boleh dilakukan ialah mencari model
matematik yang menggambarkan alam semesta yang kita diami. Ternyata model
matematik yang melibatkan masa khayalan meramalkan bukan sahaja kesan yang
telah kita perhatikan, tetapi juga kesan yang belum dapat kita ukur namun
dipercaya atas sebab lain. Jadi apa yang nyata dan apa yang khayalan? Adakah
perbezaan itu hanya dalam fikiran kita?
Teori kerelatifan umum klasik (iaitu, bukan
kuantum) Einstein menggabungkan masa nyata
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 538
dan tiga dimensi
ruang menjadi ruang masa empat dimensi.
Tetapi arah masa sebenar dibezakan daripada tiga arah spatial; garis
dunia atau sejarah pemerhati sentiasa meningkat dalam arah masa nyata (iaitu,
masa sentiasa bergerak dari masa lalu ke masa depan), tetapi ia boleh meningkat
atau berkurang dalam mana-mana arah spatial.
Dalam erti kata lain, seseorang boleh membalikkan arah dalam ruang,
tetapi tidak dalam masa. (Rajah 2.19).
Sebaliknya, kerana
masa khayalan berada pada sudut tepat kepada masa nyata, ia berkelakuan seperti
arah spatial keempat. Oleh itu, ia boleh mempunyai pelbagai kemungkinan yang
lebih banyak daripada landasan kereta api masa nyata biasa, yang hanya boleh
mempunyai permulaan atau penghujung atau berputar dalam bulatan. Dalam
pengertian khayalan inilah masa mempunyai bentuk. (Hawking 2001, 59-60, 63).
“Time, however, seemed to be like a
model railway track. If it had a beginning, there would have to have been
someone (i.e., God) to set the trains going.”
Masa, bagaimanapun,
tampaknya seolah-olah seperti landasan kereta api model. Jika ia mempunyai permulaan, pasti ada
peribadi (iaitu Tuhan) untuk mengaturkan kereta api itu.
“Although Einstein’s general theory
of relativity unified time and space as space-time and involved a certain
mixing of space and time, time was still different from space, and either had a
beginning and an end or else went on forever. However, once we add the effects of quantum
theory to the theory of relativity, in extreme cases warpage can occur to such a great
extent that time behaves like another dimension of space.”
Walaupun teori
kerelatifan umum Einstein telah menyatukan masa dan ruang sebagai ruang-masa
dan melibatkan percampuran ruang dan masa tertentu, masa masih berbeza daripada
ruang, sama ada mempunyai permulaan dan penghujung atau sebaliknya berlangsung
selama-lamanya. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja kita menambah kesan teori
kuantum kepada teori kerelatifan, dalam kes yang ekstrem, lencongan boleh
berlaku pada tahap yang besar sehingga menyebabkan masa bersikap seperti
dimensi ruang yang lain.
“In the early universe - when the
universe was small enough to be governed by
_______________________
[1] Sumber (Hawking - Alam semesta dalam
cangkerang walnut): ms 62-63
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 539
both general relativity and quantum
theory—there were effectively four dimensions of space and none of time. That
means that when we speak of the “beginning” of the universe, we are skirting the subtle
issue that as we look backward toward the very early universe, time as we know it
does not exist!”
“Ketika alam
semesta yang awal - apabila alam semesta cukup kecil untuk ditadbir oleh
kedua-dua kerelatifan am dan teori kuantum - wujud empat dimensi ruang namun
tiada dimensi masa. Ini bermakna apabila kita bercakap tentang
"permulaan" alam semesta, kita sedang mengatasi isu halus iaitu
apabila kita melihat ke belakang ke arah alam semesta yang paling awal, masa
seperti yang kita kenali sekarang ia tidak wujud!
“We must accept that our usual ideas
of space and time do not apply to the very early universe. That is beyond our
experience, but not beyond our imagination, or our mathematics. If in the early
universe all four dimensions behave like space, what happens to the beginning of time?”
Kita harus menerima
bahawa idea biasa kita tentang ruang dan masa tidak terpakai kepada alam
semesta yang sangat awal. Perkara ini berada di luar pengalaman kita, tetapi
masih di dalam imaginasi kita, atau matematik kita. Jika di alam semesta awal
semua empat dimensi berkelakuan seperti ruang, apakah yang berlaku kepada
permulaan masa?
“The realization that time can
behave like another direction of space means one can get rid of the problem of time
having a beginning, in a similar way in which we got rid of the edge of the world.”
Kesedaran kita
bahawa masa boleh berkelakuan seperti arah ruang yang lain menunjukkan
seseorang boleh menyingkirkan permasalahan masa yang mempunyai permulaan,
dengan cara yang sama di mana kita menyingkirkan sangkaan dunia mempunyai
pinggiran.
“Suppose the beginning of the
universe was like the South Pole of the earth, with degrees of latitude playing the
role of time. As one moves north, the circles of constant latitude, epresenting the size of the universe, would expand. The universe would start as
a point at the South Pole, but the South Pole is much like any other point.”
Katakan permulaan
alam semesta adalah seperti Kutub Selatan bumi, dengan darjah latitud
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 540
memainkan peranan
sebagai masa. Apabila seseorang bergerak ke utara, bulatan latitud yang
bersifat malar, yang mewakili saiz alam semesta, akan berkembang. Alam semesta
akan bermula sebagai suatu titik di Kutub Selatan, sama sahaja seperti titik
lain.
“To ask what happened before the
beginning of the universe would become a meaningless question, because there
is nothing south of the South Pole. In this picture space-time has no
boundary—the same laws of nature hold at the South Pole as in other places. In an analogous
manner, when one combines the general theory of relativity with quantum theory,
the question of what happened before the beginning of the universe is
rendered meaningless. This idea that histories should be closed surfaces without boundary is
called the no-boundary condition.”
“Pertanyaan seperti
apa yang berlaku sebelum permulaan alam semesta akan menjadi soalan yang tidak
bermakna, kerana tidak ada apa-apa di bawah Kutub Selatan. Di dalam gambaran
ini, ruang-masa tidak mempunyai sempadan—hukum alam yang sama berlaku di Kutub
Selatan seperti di tempat-tempat lain. Dalam cara yang sama, apabila seseorang
menggabungkan teori relativiti umum dengan teori kuantum, persoalan tentang apa
yang berlaku sebelum permulaan alam semesta menjadi tidak bermakna. Idea bahawa
sejarah harus merupakan sebuah permukaan tertutup tanpa sempadan disebut
sebagai keadaan tanpa sempadan.”
“Over the centuries many, including
Aristotle, believed that the universe must have always existed in order to
avoid the issue of how it was set up. Others believed the universe had a
beginning, and used it as an argument for the existence of God. The realization
that time behaves like space presents a new alternative.”
“Selama
berabad-abad lamaya, ramai orang termasuk Aristotle, percaya bahawa alam
semesta harus sentiasa telah wujud untuk mengelakkan dari membincangkan isu
bagaimana ia diwujudkan. Yang lain percaya bahawa alam semesta ini mempunyai
permulaan, dan menggunakannya sebagai hujah untuk kewujudan Tuhan.
Kesedaran bahawa
masa bersikap seperti ruang telah memberikan alternatif baru.”
“It removes the age-old objection to
the universe having a beginning, but also means that the beginning of the
universe was governed by the laws of science and doesn’t need to be set in motion by
some god.”
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 541
“Ia bukan sahaja
telah mengalahkan hujah kuno berkenaan alam semesta yang mempunyai permulaan,
tetapi ia juga menunjukkan permulaan alam ini telah dikawal oleh hukum sains
dan tidak perlu digerakkan oleh tuhan tertentu.”
“We are the product of quantum
fluctuations in the very early universe. If one were religious, one could say that
God really does play dice.”
“Kita adalah hasil
dari pembuaian kuantum di alam semesta yang sangat awal. Jika seseorang itu
beragama, seseorang itu boleh mengatakan bahawa Tuhan benar-benar telah bermain
dengan dadu.”[1]
Untuk menyelesaikan keraguan tentang
kemungkinan kewujudan alam semesta kita khususnya, Hawkins telah membuat
hipotesis bahawa terdapat pelbagai kemungkinan, bergantung pada prinsip
ketidaktentuan mekanik kuantum yang sama. Seperti yang telah kami jelaskan
sebelum ini, menurut mekanik kuantum, zarah kuantum yang bergerak ke arah plat
dengan beberapa celahan boleh memasuki semua celahan ini secara serentak selagi
tiada sesiapa yang memerhati. Ini adalah kesnya berkenaan permulaan kosmik:
kerana ia adalah sebuah peristiwa kuantum, oleh itu ia bergerak ke arah semua
kemungkinan, dan hasilnya ialah alam semesta yang berpotensi adalah berbilang,
dan ia termasuk alam semesta yang kita diami, dan yang kita perhatikan.
“In this view, the universe appeared
spontaneously, starting off in every possible way. Most of these correspond to
other universes. While some of those universes are similar to ours, most are
very different. They aren’t just different in details…………… but rather they
differ even in their apparent laws of nature. In fact, many universes exist
with many different sets of physical laws”
“Dalam pandangan
ini, alam semesta muncul secara spontan, bermula dalam setiap cara yang
mungkin. Kebanyakannya sepadan dengan
alam semesta lain. Walaupun sesetengah alam semesta itu serupa dengan kita,
kebanyakannya sangat berbeza. Mereka
bukan sahaja berbeza dalam perincian ... malah dari segi hukum alam semula jadi
mereka. Sebenarnya, banyak alam semesta
wujud dengan banyak set hukum fizikal yang berbeza.”[2]
________________________________
[1] Sumber (Hawking - The Great Design), Bab VI.
[2] Sumber (Hawking - The Great Design), Bab
VI.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 542
“Walau
bagaimanapun, seorang rakan sekerja bernama Jim Hartle dan saya menyedari
bahawa terdapat kemungkinan ketiga. Mungkin alam semesta ini tidak mempunyai
sempadan ruang dan masa. Pada awalnya, ini mungkin tampak seperti bercanggah
dengan teorem yang dibuktikan oleh Penrose dan saya, yang menunjukkan bahawa
alam semesta mesti mempunyai permulaan, sempadan dalam masa. Walau
bagaimanapun, seperti yang diterangkan dalam Bab 2, terdapat satu lagi jenis
masa, yang dipanggil masa khayalan, iaitu pada sudut tepat kepada masa sebenar
biasa yang kita rasakan. Sejarah alam semesta dalam masa nyata akan menentukan
sejarah di dalam masa khayalan, dan begitulah sebaliknya, tetapi kedua-dua
jenis sejarah ini boleh menjadi sangat berbeza. Untuk perhatian, alam ini tidak
memerlukan kepada permulaan atau pengakhiran di dalam masa khayalan. Masa
khayalan bersikap sama seperti arah yang lain di dalam ruang. Oleh itu, sejarah
alam semesta dalam masa khayalan boleh dianggap sebagai permukaan melengkung,
seperti bola, satah, atau bentuk pelana, tetapi dengan empat dimensi bukannya
dua.
Jika sejarah alam
ini bersifat infiniti seperti bentuk pelana atau satah, seseorang itu akan
mempunyai masalah mengkhususkan apakah syarat sempadan untuk infiniti. Tetapi
seseorang itu boleh mengelak daripada menentukan syarat sempadan jika sejarah
alam semesta dalam masa khayalan adalah permukaan tertutup, seperti permukaan
Bumi. Permukaan Bumi tidak mempunyai sebarang sempadan atau tebing. Tiada
laporan yang boleh dipercayai tentang wujud orang yang jatuh di tebing bumi.
Jika sejarah alam semesta dalam masa khayalan sememangnya permukaan tertutup,
seperti yang saya dan Hartle cadangkan, ia akan mempunyai implikasi fundamental
untuk falsafah dan gambaran kita tentang asal usul kita. Alam semesta akan
menjadi serba lengkap; ia tidak memerlukan apa-apa dari luar untuk menggulung
jam dan menetapkannya. Sebaliknya, segala-galanya di alam semesta ini akan
ditentukan oleh hukum sains dan balingan dadu dalam alam semesta. Ini mungkin
kedengaran sombong, tetapi itulah yang saya dan ramai saintis lain percaya.
Walaupun syarat
sempadan alam semesta adalah bahawa ia tidak mempunyai sempadan, ia tidak akan
mempunyai hanya satu sejarah. Ia akan mempunyai pelbagai sejarah, seperti yang
dicadangkan oleh Feynman. Akan ada sejarah dalam masa khayalan sepadan dengan
setiap permukaan tertutup yang mungkin, dan setiap sejarah dalam masa khayalan
akan menentukan sejarah dalam masa nyata. Oleh itu, kita mempunyai banyak
kemungkinan untuk alam semesta. Apakah yang membezakan alam semesta yang kita
diami daripada himpunan semua alam semesta lain yang mungkin wujud? Satu
perkara yang boleh kita perhatikan ialah terdapat kemungkinan bahawa banyak
versi sejarah alam semesta yang lain tidak akan melalui urutan pembentukan
galaksi dan bintang yang penting untuk perkembangan bangsa manusia itu sendiri.
Walaupun mungkin makhluk pintar boleh berkembang tanpa galaksi dan bintang, ini
nampaknya sangat tidak mungkin. Oleh
itu, hakikat bahawa kita wujud sebagai makhluk yang boleh bertanya soalan
"Mengapa
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 543
alam semesta
seperti itu?" adalah sekatan pada sejarah yang kita diami. Ini menyatakan
sejarah alam kita adalah salah satu minoriti sejarah yang mempunyai galaksi dan
bintang. Ini contoh apa yang kita sebut
sebagai prinsip antropik. Prinsip antropik mengatakan alam semesta mestilah
lebih kurang seperti yang kita lihat, kerana jika ia berbeza, tidak akan ada
sesiapa di sini untuk memerhatikannya (Rajah 3.10). Ramai saintis tidak
menyukai prinsip antropik kerana ia kelihatan agak kabur dan nampaknya tidak
mempunyai banyak kuasa ramalan. Tetapi prinsip antropik boleh diberikan rumusan
yang tepat, dan ia nampaknya penting apabila kita membincangkan asal usul alam
semesta. Teori-M, yang diterangkan di
dalam Bab 2, membenarkan sejumlah besar kemungkinan sejarah bagi alam semesta.
Kebanyakan sejarah ini tidak sesuai untuk perkembangan kehidupan pintar; samada
ia kosong, bertahan untuk masa yang terlalu singkat, terlalu melengkung tinggi,
atau salah dalam beberapa cara lain. Namun menurut idea Richard Feynman tentang
pelbagai sejarah, sejarah yang tidak berpenghuni ini boleh mempunyai
kebarangkalian yang agak tinggi (lihat halaman 84).[1]
“Some histories will be more
probable than others, and the sum will normally be dominated by a single history
that starts with the creation of the universe and culminates in the state under
consideration. But there will be different histories for different possible states of the
universe at the present time. This leads to a radically different view of cosmology, and the
relation between cause and effect.”
Beberapa sejarah
akan lebih berkemungkinan daripada yang lain, dan jumlahnya biasanya akan
dikuasai oleh satu sejarah yang bermula dengan penciptaan alam semesta dan
memuncak apabila mencapai keadaan seperti yang disebutkan. Tetapi akan ada
sejarah yang berbeza untuk keadaan alam semesta yang berbeza pada masa kini.
Ini membawa kepada pandangan yang sangat berbeza tentang kosmologi, dan
hubungan antara sebab dan akibat.
“The histories that contribute to
the Feynman sum don’t have an independent existence, but depend on what is
being measured. We create history by our observation, rather than history
creating us.”
Sejarah yang
menyumbang kepada jumlah yang disebutkan oleh Feynman tidak mempunyai kewujudan
bebas, tetapi bergantung kepada apa yang diukur. Kita mencipta sejarah melalui pemerhatian
kita, bukannya sejarah mencipta kita.
________________________
[1] Sumber (Hawking - Alam semesta dalam
cangkerang walnut): ms 82-85
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 544
“The idea that the universe does not
have a unique observer-independent history might seem to conflict with certain
facts we know… That might sound like science fiction, but it isn’t.”
Idea yang menyebutkan
alam ini tidak mempunyai sejarah yang bebas dari kewujudan pemerhati unik
mungkin kelihatan bercanggah dengan fakta tertentu yang kita tahu... Ini
mungkin kedengaran seperti fiksyen sains, tetapi ia tidak.”[1]
Dengan mengandaikan terdapat beberapa sejarah
dan beberapa kemungkinan untuk alam semesta (yang telah kita bincangkan sebelum
ini), saya percaya bahawa andaian semata-mata bahawa beberapa sejarah lain atau
kemungkinan alam semesta menghilang hanya kerana kita wujud di sini untuk
memerhati alam semesta menjadikan kewujudan kita sebagai sangat penting, ini
tidak sesuai dengan apa yang dicadangkan oleh ateisme. Di sini, saya ulangi apa
yang saya katakan sebelum ini:
Jika fungsi gelombang terhenti disebabkan oleh
pemerhati atau perekodan peristiwa kuantum oleh pemerhati, seperti yang
disebutkan oleh tafsiran Copenhagen, ia menunjukkan, tanpa kewujudan manusia
atau entiti berakal, alam ini tidak akan wujud. Alam ini kewujudannya
bergantung kepada pemerhatian kita ke atasnya, memandangkan keseluruhan alam
ini adalah sistem kuantum dengan sebuah fungsi gelombang dan banyak
kebarangkalian. Ia hanya wujud apabila kita memerhatikannya dan fungsi
gelombang akan terhenti lalu muncul di dalam realiti. Isu ini menunjukkan kita
bangsa manusia - atau kita sebutkan sebagai entiti berakal - mewakili sebuah
paksi kewujudan alam ini.
Oleh itu, kata-kata Hawking di atas bahawa
"kita mencipta sejarah melalui pemerhatian kita, dan bukannya sejarah
mencipta kita" tidak membantu beliau membuktikan bahawa alam tidak
memerlukan tuhan, kerana secara ringkasnya, ia menjadikan kita syarat untuk
kewujudan keseluruhan alam semesta, dengan kata lain, alam semesta dicipta
untuk kita dan, akibatnya, kita adalah suatu matlamat dan wujud suatu entiti
yang bermatlamat. Saya telah membincangkan isu kita mencipta peristiwa dalam
bahagian bertajuk, 'Adakah kita memerhati sesuatu atau adakah kita menciptanya
melalui pemerhatian?'
Kita juga boleh mengatakan bahawa peratusan
daripada kemungkinan ini, walaupun mungkin kecil, adalah bersesuaian untuk
jirim terbentuk di dalamnya, dan seterusnya, kehidupan pintar muncul untuk
memerhatikannya. Oleh itu, alam semesta ini, atau sebahagian daripadanya, mesti
_________________________
1. Sumber (Hawking - The Great Design), Bab
VI.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 545
wujud dan makhluk-makhluk ini mesti
memerhatikannya. Jika tidak, apakah yang
membezakan kita dan alam semesta yang kita amati daripada mereka dan alam
semesta yang mereka amati?
Oleh itu, tidak ada jalan lain di sini selain
dari hipotesis bahawa kepelbagaian alam semesta adalah benar. Kepelbagaian alam semesta sahaja sudah memadai
untuk merungkai bebenang; iaitu sememangnya boleh dicadangkan bahawa pembuaian
kuantum vakum (yang sepatutnya menyebabkan kewujudan alam semesta ini) adalah
kesan dari alam semesta lain.
Berkenaan dengan prinsip antropik, ia tidak
menyelesaikan isu kemunculan alam semesta kita secara khusus. Malah, ia mungkin menjadikan isu ini lebih
rumit bagi mereka yang ingin menafikan kewujudan tuhan dan campur tangannya
dalam mewujudkan alam semesta. Sesungguhnya, prinsip manusia menjadikan
kewujudan kita paling penting pada tahap alam semesta ini secara
keseluruhannya, dan ia menjadikan kita sebagai matlamat nombor satu kewujudan
alam semesta. Ini membuktikan kewujudan tuhan.
Apa lagi yang boleh difahami daripada
kehadiran kita di sini, sebagai entiti bijak dan memerhati?
Walau apa pun, semua hipotesis yang ada telah
menjadikan kewujudan kita mempunyai kesan ke atas apa yang kita perhatikan. Ini
bermakna, dalam situasi kita, pemerhatian kita memberi impak kepada alam
semesta itu sendiri. Kesimpulan yang
boleh diperolehi ialah kewujudan alam semesta tidak bermakna jika tidak kerana
kewujudan kita, iaitu pihak yang melakukan pemerhatian. Perkara ini sahaja
adalah bukti yang jelas bahawa alam semesta diciptakan untuk kita.
Lebih-lebih lagi, hipotesis Hawking untuk alam
semesta bermula dan berdikari berdasarkan balingan dadu dari dalam alam
tersebut, seperti yang Hawking sebutkan, akan memerlukan ketersediaan ruang
terlebih dahulu, tidak kira betapa kecilnya ruang tersebut - dan walaupun hanya
sekadar satu ketunggalan seperti dalam
hipotesis lain - untuk kita dapat mencapai pembuaian kuantum yang membawa
kepada kewujudan alam semesta. Ini menukarkan persoalan ini daripada berkenaan
permulaan alam ini kepada apa yang mendahului alam ini. Sama ada alam semesta awal ini (ruang dan
pembuaian kuantum) adalah ciptaan (yakni, sesuatu telah mencipta alam semesta
ini, dan alam semesta ini bukanlah bersifat berdikari), atau alam semesta ini
bersifat tua tetapi pada masa yang sama turut merupakan tempat untuk
penciptaan, yang mana adalah mustahil. Apa yang menjadi tempat untuk penciptaan
juga adalah ciptaan itu sendiri. Oleh itu, hipotesis tentang tuhan masih
diperlukan seperti yang disebutkan di atas, dan suatu entiti tuan masih
diperlukan. Walaupun keperluan ini bukan pada tahap tenaga dan jirim kosmik, ia
masih pada tahap ruang kosmik yang bersesuaian untuk kemunculan pembuaian
kuantum di dalamnya, tidak kira betapa kecilnya ruang tersebut.
Ini adalah sebagai tambahan kepada fakta
bahawa pembuaian kuantum ini tidak dapat dijelaskan; kewujudan mereka hanya
ditentukan oleh prinsip ketidaktentuan
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 546
tanpa mengetahui sumber dan puncanya. Walaupun
kita tidak menemui sumber untuk pembuaian kuantum ini, itu tidak bermakna ianya
tidak dijelaskan. Apa yang kita tahu ialah sumbernya boleh sahaja datang dari
luar alam semesta kita—isu yang telah kita bincangkan sebelum ini, yang
menjelaskan bahawa hipotesis alam berbilang adalah benar.
Bagi kami, alam berbilang mempunyai peringkat
kewujudan yang berbeza, dan mustahil untuk mana-mana dari alam tersebut untuk
menjadi sama seperti alam yang lain. Tambahan pula, sebahagian daripada alam
tersebut diciptakan daripada alam yang lain, dan saling mempengaruhi satu sama
lain.
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan