Rabu, 2 Mac 2022

5.22 Kesusasteraan Sumer Dan Akkad

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 325

 

 

Tanda Kewujudan Loncatan Kesedaran dan Pemikiran:

 

Memandangkan kesusasteraan adalah alat pengukur untuk budaya manusia dan kemampuan manusia untuk berfikir, kita mempunyai sebab untuk mempertimbangkan teks-teks Sumer dan Akkadia (Babilon dan Assiria) - contohnya seperti Epik Gilgamesh dan kepelbagaian teksnya - sebagai bukti yang sangat penting bahawa manusia tidak berubah dari sisi kemampuannya untuk mempunyai kesedaran dan ilmu sejak permulaan Sumer dan Akkad yang diketahui umum, yang direkodkan dan diriwayatkan di atas tablet tanah liat. Sastera adalah alat pengukur adil yang tidak memerlukan metod-metod lain yang mungkin menganggu - untuk seorang peneliti - ketepatan pembacaannya sebagai sebuah ukuran, contohnya seperti ukuran tamadun industrial, pembangunan dan pembinaan. Ukuran seperti ini adalah sukar untuk digunakan sebagai ukuran yang tepat kerana ia bergantung kepada metod lain diluar dari kemanusiaan seseorang, seperti pengumpulan ciptaan, metod pembinaan dan pembuatan, yang mana kesemuanya bersifat bebas. Walaupun begitu, metod-metod ini masih lagi merupakan alat pengukut standard, walaupun ia mungkin memerlukan kesimpulan untuk mencapai hasil yang diperlukan.

Sesetangah orang mengatakan umat manusia telah mencapai kemajuan besar dalam bidang pembinaan. Hari ini kita mampu membina pencakar langit dan jambatan di tengah lautan, maka ilmu pembinaan juga mampu mempengaruhi kemajuan intelek serta kesedaran kita melebihi nenek moyang Sumer kita. Bagaimanapun, jika kita amati dengan teliti dan membandingkan Zigurat Ur yang dibina oleh Sumer, dengan binaan yang kompleks dan besar pada zaman ini, kita boleh menyimpulkan bahawa tidak wujud perbezaan dalam darjat intelek dan kesedaran antara para jurutera yang merekabentuk dan menyiapkan Zigurat Ur dengan rakan sejawat” China mereka di hari ini yang merekabentuk dan menyiapkan jambatan laut terpanjang di dunia, serta membina hotel tiga puluh tingkat dalam masa hanya beberapa hari. Ini kerana para jurutera China di hari ini mempunyai data dari pengalaman yang lepas dan teknik industri yang menambahbaik pembinaan, kedua-dua faktor ini terkumpul sedikit demi sedikit dalam tempoh yang lama sejarah umat manusia. Ini tidak dimiliki oleh bangsa Sumer kerana mereka mewakili titik permulaan. Perbezaan antara pasukan jurutera Sumer ribuan tahun yang lampau dan pasukan China di hari ini bukanlah dari segi intelek dan kesedaran. Sebaliknya, ia adalah perbezaan dalam kemampuan luaran dan ketersediaan. Ia seolah-olah memberikan seseorang itu kapak dan mesin ringkas serta maklumat berkenaan pembinaan, kemudian meminta beliau untuk membina binaan seperti Zigurat Ur, sementara memberi seorang yang lain mesin yang besar dan canggih, maklumat terperinci yang telah terkumpul dari pengalaman yang lepas, serta komputer dan pelbagai perisian rekabentuk, lalu memintanya untuk membina jambatan yang menghubungkan China dan Hong Kong. Menurut pendapat saya, jika kedua mereka mengikuti arahan tersebut,

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 325

 

 

saya pasti tidak dapat mengenalpasti perbezaan antara kedua mereka dari segi intelek atau deria kesedaran. Saya percaya setiap orang yang munasabah akan mencapai kesimpulan yang sama.

 

Kita boleh menyimpulkan bahawa, berkenaan dengan pembinaan, industri dan pertanian, tamadun Sumer tanpa ragu mewakili sebuah loncatan ketamadunan apabila dibandingkan dengan sejarah sebelum kewujudannya. Ia menunjukkan sebuah loncatan dalam intelek dan kesedaran di kalangan bangsa Sumer, yang mana permulaannya tidak dapat ditentukan dengan tepat secara saintifik. Walaubagaimanapun, tamadun mereka pastinya bermula lama sebelum sejarah yang direkodkan, mungkin selama puluhan ribu tahun, dan meletakkan mereka pada darjat intelek dan kesedaran kita hari ini. Berkenaan dengan tamadun bandar, sebagai contoh, kita perlu menyiasat, memberi contoh dan membuat perbandingan untuk sampai kepada keputusan yang kita cari.

Berkenaan dengan teks-teks kesusasteraan, saya percaya sesiapa sahaja yang membaca, sebagai contoh, Epik Gilgamesh, akan melihatnya sebagai sebuah karya sastera yang layak diletakkan bersama sastera agung manusia yang lain (bagi mereka yang percaya ia adalah produk asal manusia). Oleh itu mereka akan menyimpulkan bahawa umat manusia telah melalui loncatan budaya dan ketamadunan di Sumer dan Akkad dalam tempoh masa puluhan ribu tahun yang menyambungkan Sumer dan Akkad. Loncatan budaya dan tamadun ini boleh ditafsirkan menggunakan alat-alat kesedaran yang tersedia kepada orang-orang biasa. Ini jelas menunjukkan sesuatu yang baharu telah memasuki dunia Homo sapiens, yang mengubah mereka dari makhluk primitif yang biasa, dikawal oleh sifat penting-diri untuk terus hidup, kepada manusia yang berintelektual dan berkesedaran, yang cuba menjadi altruistik ketika hidup ini, dan menukarkan kemahuannya untuk hidup kepada kemahuan untuk hidup kekal dunia yang ideal dan berbeza, bebas dari kejahatan dan dipenuhi kebaikan serta moral yang baik.

 

                     

Rajah 16: Ziggurat Ur

 

 

Gambar Hiasan


Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: