Makluman Terpilih - Nota Amaran
“Mereka menyatakan: memandangkan masa itu
bermula dengan dentuman besar, maka sebelum dentuman besar tidak ada masa di mana
pencipta boleh wujud.”
Peringatan: Ini adalah hujah yang tidak
tepat. Masa adalah salah satu dimensi
alam semesta material yang kita diami, sedangkan tuhan pula bersifat tidak
terbatas, mutlak, sedia ada, kekal, dan tidak mempunyai permulaan. Sehubungan
itu, Dia tidak boleh dihadkan atau dikandung oleh dimensi; jika tidak, maka Dia akan menjadi sebahagian dari
ciptaan. Malah berdasarkan apa yang telah ditunjukkan secara saintifik - menurut
teori alam berbagai, alam hipotetikal atau alam yang selari dengan alam kita - tidak
boleh dihadkan oleh dimensi dunia kita yang sama, salah satunya ialah dimensi
masa. Jika alam-alam ini dihadkan oleh masa yang sesuai dengan alam ini,
memandangkan semua alam mempunyai permulaan, bagaimanakah hipotesis berkenaan
samada tuhan wujud atau tidak boleh dihadkan dengan membuktikan campur tangan
langsungNya pada permulaan alam ini yang wujud dengan ketiadaan masa di
awalnya, serta fakta bahawa beberapa alam semesta wujud lebih awal, dan tidak
semua alam terwujud serentak?
Mereka menyatakan: alam semesta dijelaskan
oleh dentuman besar dan dentuman besar pula dijelaskan oleh hukum kuantum
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 561
dan graviti. Oleh itu, tidak ada keperluan
untuk kewujudan tuhan kerana pengetahuan kita terhad kepada alam material ini
dan kita telah mengetahui bagaimana ia wujud.”
Peringatan: ini tidak benar, kerana perkara
ini mesti berkisar sekitar kewujudan punca asal, yang tidak memerlukan sebab,
jadi andaian bahawa hukum graviti telah wujud sejak awal, misalnya, memerlukan
kepada penyebab kewujudannya sebelum itu. Ini kerana, menurut teori M, graviti
memerlukan zarah graviton atau tetali, dan seterusnya zarah, tetali atau
penutup ini perlu mempunyai sebab untuk kewujudannya, dan begitulah
seterusnya. Oleh itu, jika mereka
mendapati bahawa sebab penciptaan alam ketika masa adalah sifar disebabkan oleh
hukum graviti, ini tidak menafikan kewujudan tuhan. Sebaliknya, ia
mengesahkannya, kerana mereka telah membuktikan bahawa dunia material telah
dicipta, serta ia mempunyai permulaan dengan dentuman besar, bahawa permulaannya
bergantung pada hukun, dan bahawa hukum ini bergantung pada entiti yang
menulisnya. Oleh itu, mereka telah membuktikan bahawa rantaian ini akan
berterusan sehingga sebelum terjadinya dentuman besar, sehingga ia berakhir
pada penyebab yang abadi dan terhenti pada entiti tersebut. Kami menyatakan:
penyebab yang abadi ini adalah Tuhan Yang Maha Suci.
Peringatan: Adalah salah untuk membayangkan
bahawa ketiadaan mutlak ialah tenaga negatif dan tenaga positif yang
digabungkan bersama dan, memandangkan jumlahnya ialah sifar, maka ia adalah
ketiadaan mutlak. Bagi mereka yang mempercayai perkara ini, ketiadaan mutlak
adalah 1-1. Namun, ketiadaan mutlak bukan sekadar "tiada", ia adalah
ketiadaan "sesuatu" di dalam ketiadaan mutlak. Oleh itu, untuk
membayangkan bahawa 1-1 mewakili ketiadaan mutlak adalah tidak benar.
Sesungguhnya, 1-1 adalah ketiadaan matematik dan ia bersamaan dengan
"tiada", tetapi ia bukanlah ketiadaan mutlak tanpa
"sesuatu" di dalamnya. Ia mempunyai perbezaan yang sangat besar.
Berikut adalah contoh untuk memahamkan perkara
ini: jika seseorang itu menggali sebuah lubang di dalam ketiadaan dan
meletakkan tanah (atau apa sahaja yang digali) di dalam longgokan di sebelah
lubang tersebut, maka di sini kita mempunyai sebuah lubang dan tanah (atau apa
yang kita gali dari lubang tersebut) di sebelahnya. Jumlah keduanya mewakili
ketiadaan yang baharu, dengan kata lain, jika kita meletakkan semula tanah
tersebut ke dalam lubang, ia akan kembali kepada sebelumnya ketiadaan, dan
tiada longgokan tanah - hanya ketiadaan. Di dalam keadaan ini, tiada apa telah
memasuki ekuasi ini dari luar agar kita boleh mengatakan wujud sesuatu yang
benar, memandangkan dari awal lagi, kita hanya mempunyai ketiadaan yang sama.
Bagaimanapun, ini bukanlah ketiadaan mutlak yang tidak mempunyai sesuatu di
dalamnya. Sebaliknya, ketiadaan yang kita bicarakan di sini adalah lubang dan
timbunan tanah yang sama jumlah keduanya. Oleh itu, dalam ketiadaan ini,
terdapat sesuatu yang mempunyai nilai, dan dua benda yang mempunyai sifat
ketiadaan bersamanya ini tidak muncul daripada sesuatu yang tiada. Seseorang
telah menyebabkan kemunculannya, dan "seseorang" itu adalah orang
atau daya yang menggali lubang itu.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 562
Oleh itu, walaupun sesuatu benda yang
mempunyai nilai di dalam ketiadaan - seperti kemunculan zarah atau tetali
subatomik serta item subatomik yang lain, dan cara ia membatalkan satu sama
lain, seperti yang dijelaskan mengikut prinsip ketidaktentuan dalam mekanik
kuantum - ini tidak disebutkan sebagai kemunculan dari ketiadaan. Sebenarnya,
apa yang telah muncul adalah zarah yang membawa tenaga positif, dan sebagai
lawannya, telah muncul zarah yang membawa tenaga negatif, sebagai pengimbang
kemunculannya. Kemunculan zarah dengan tenaga positif mesti mempunyai sebab
atas kemunculannya. Mekanik kuantum, menurut tafsiran Copenhagen, seperti yang
telah kami jelaskan sebelum ini, telah mengelak daripada mencari sebab dengan
membatalkan prinsip kausalitas. Pun begitu, ia sebenarnya tidak membatalkan
penyebab tersebut. Masih ada penyebab yang tidak diketahui, iaitu penggali
lubang dalam contoh yang kami sebutkan sebelum ini.
Ini pastinya membuktikan kewujudan tuhan dan
ia membuktikan apa yang sentiasa kami sebutkan: Tuhan telah menciptakan alam
ini, dan alam ini terus wujud disebabkan oleh Tuhan. Ini bukanlah bermakna Dia
yang secara terus melakukan tugas penciptaan atau pewujudan. Ini seperti yang
disebutkan di dalam Quran:
﴿وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا
لَمُوسِعُونَ﴾
{Dan langit itu Kami dirikan dengan tangan
Kami. Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak
terhingga.}[1] Jauh sekali bagiNya untuk mempunyai tangan sebenar.
Apa yang dimaksudkan dengan tangan ialah
penyebab atau entiti yang dijadikan penyebab olehNya.
Peringatan: Perkara pembuaian kuantum di
ruangan, atau kemunculan zarah atau tetali yang membawa tenaga positif dan
tenaga negatif, serta pelenyapannya, jelas membuktikan apa yang kami selalu
katakan: bahawa ciptaan pertama - Muhammad - berayun antara kewujudan dan
ketidakwujudan (lenyap). Sebagai alternatif, mari kita sebutkan seperti mana
yang disebutkan oleh ahli fizik hari ini: jumlah dua tenaga, positif dan negatif, yang muncul dan menghilang. Semua
alam semesta, termasuk alam semesta kita, mengikuti Muhammad dalam ayunannya,
jadi kita dapati bahawa sangat berkemungkinan, malah semulajadi, untuk tenaga
muncul dan lenyap pada tahap subatomik dalam proses paling sama yang mungkin
dengan ayunan yang digambarkan oleh Imam Al-Shadiq (as), bahawa baginda adalah
tabir berayun; atau, katakanlah, seperti tirai yang diletakkan di hadapan
pintu, digerakkan oleh angin, lalu ia berayun.
فقد سأل أبو بصير الإمام الصادق )عليه السلام(، فقال: ]جعلت فداك كم عرج برسول
الله )صلى الله عليه وآله(؟ فقال )عليه السلام(: مرتين، فأوقفه جبرئيل موقفاً فقال له: مكانك يا محمد، فلقد وقفت موقفاً ما وقفه ملك قط ول نبي، إن ربك يصلي، فقال: يا جبرئيل، وكيف يصلي؟ قال يقول: سبوح قدوس أنا رب الملائكة والروح، سبقت رحمتي غضبي، فقال: اللهم عفوك عفوك، قال: وكان كما قال الله "قاب قوسين أو أدنى"، فقال له أبو بصير: جعلت
________________________
[1] Al-Qur’an Al-Karim, Surah Al-Zhariyaat
Ayat: 47
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 563
فداك ما قاب قوسين أو أدنى؟ قال: ما بين سيتها إلى رأسها، فقال: كان بينهما حجاب يتلألأ يخفق، ولا أعلمه إلا وقد قال: زبرجد، فنظر في مثل سم الإبرة إلى ما شاء الله من نور العظمة،
فقال الله تبارك وتعالى: يا محمد، قال: لبيك ربي، قال: من لأمتك من بعدك؟ قال: الله أعلم
قال: علي بن أبي طالب أمير المؤمنين، وسيد المسلمين، وقائد الغر المحجلين، قال: ثم قال أبو
عبد الله لأبي بصير: يا أبا محمد والله ما جاءت ولية علي )عليه السلام( من الأرض ولكن
.) جاءت من السماء مشافهة.]
Abu Basir telah bertanya kepada Abu Abdullah
(as): “Semoga
aku dijadikan tebusanmu, berapa kali Rasulullah (S) diangkat naik ke langit?”
Beliau (as) menjawab, “Dua kali. Jibrail meminta baginda untuk berhenti di suatu tempat sambil
berkata, Tunggu di sana wahai Muhammad, kamu telah berdiri di tempat yang belum
pernah ada malaikat atau nabi berdiri sebelum kamu. Tuhanmu sedang berdoa. Baginda bertanya, Wahai Jibrail, bagaimanakah
Dia berdoa?’ [Jibrail]
berkata, ‘Dia berfirman, Maha Suci,
Maha Qudus, Aku adalah Tuhan para malaikat dan Roh. Rahmat-Ku melebihi
kemurkaan-Ku.’ Kemudian baginda bersabda,
“Ya Allah, aku mohon ampunan-Mu, aku mohon ampunan-Mu.” Kemudian Imam Al-Shadiq
menyambung, “Seperti mana firman Allah, “Sehingga menjadilah jarak (di antaraNya
dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi﴿.” [Quran 53:9]. Abu Basir kemudiannya
bertanya, “Semoga aku menjadi tebusan mu, berapakah jarak dua busur atau lebih
dekat itu?” beliau menjawab, “Ia adalah jarak antara busur dan kepala busur.”
Kemudian beliau (as) menyambung, “Di antara mereka ada tabir yang bersinar dan
berayun. Ia berwarna zamrud. Baginda melihat ke dalam apa yang Tuhan kehendaki
dari cahaya kebesaranya sebesar lubang jarum. Allah TWT berfirman, ‘Wahai
Muhammad.!’ Baginda menjawab, ‘Sedia berkhidmat, Tuhanku.’ Yang Maha Kuasa
berfirman, 'Siapa selepasmu bagi umatmu?' Baginda bersabda, ‘Allah lebih
mengetahui.’ Yang Maha Kuasa berfirman, 'Ali bin Abi Talib akan menjadi Ketua
Kaum Mukmin, Pemimpin Kaum Muslimin, pemimpin orang-orang yang bercahaya di
dahi mereka [dari sujud].'” Kemudian Abu Abdullah berkata kepada Abu Basir, “Wahai Abu Muhammad, demi Allah, wilayah
Amir Al-Mukminin Ali tidak datang dari bumi, sebaliknya ia datang dari langit,
dengan kata-kata yang jelas.”[1]
Peringatan: Angkasa bukanlah satu-satunya
kawasan yang kosong dari jirim di antara planet, bintang dan galaksi. Majoriti
jirim itu sendiri adalah ruang yang dipenuhi dengan pembuaian kuantum, dengan
kata lain kebanyakan atom adalah ruang. Ini bermakna badan manusia, sebagai
contoh, adalah ruang yang dipenuhi dengan pembuaian kuantum, atau zarah yang
muncul dan hilang.
Peringatan: apabila kita mengatakan bahawa
Tuhan adalah pencipta ketiadaan, ia bukan bermaksud Dia telah mencipta
ketiadaan mutlak, kerana ketiadaan mutlak tidak mempunyai sesuatu di dalamnya
untuk Tuhan mencipta sesuatu darinya. Apa yang kami maksudkan ialah Dia Yang
Maha Kuasa telah mencipta ketiadaan bersama dengan kewujudan. Seperti yang
telah dijelaskan sebelumnya, zarah pada tahap subatomik muncul dan hilang, atau
membinasakan antara satu sama lain, kerana ia adalah tenaga positif dan
negatif; atau, kita boleh katakan ia sebagai jirim dan antijirim. Ini adalah
isu penting yang menjelaskan dengan terperinci hujah berkenaan kewujudan,
samada ia dicipta di dalam Tuhan, atau di luar Tuhan. Sebagai alternatif, kita
boleh katakan: oleh kerana hanya Dia yang Maha Kuasa yang Maha Abadi, dan tidak
ada selainnya yang bersifat abadi, maka di manakah penciptaan itu wujud: di
dalam Dia atau di luar Dia? Jika ia berada di dalam Tuhan, maka Tuhan itu
sendiri adalah ciptaan, dan ini
menyebabkan keabadian dan ketuhanan mutlak-Nya menjadi terbatal. Jika ia berada
di luar Tuhan, maka ia memerlukan sedia ada dan keabadian sesuatu selain
daripada-Nya, yang merupakan di luar daripada-Nya di mana Tuhan mewujudkan
ciptaan. Oleh itu, kini telah dijelaskan bahawa ia bukan kedua-duanya. Apa yang
kita sebut sebagai kewujudan yang dicipta hanyalah kewujudan yang membawa
ketiadaan bersamanya, sepertimana yang dinyatakan oleh sains moden: jirim dan
antijirim, atau tenaga positif dan negatif.
Akibatnya, ciptaan bukan berada di dalam Tuhan mahupun di luar
daripada-Nya, kerana menurut kebenaran, ia secara amnya tidak dapat
dibandingkan dengan Tuhan Yang Maha Kuasa, kewujudan yang benar.
Peringatan: Mengikut undang-undang fizik,
kejahilan ulama Wahhabi kini telah dijelaskan secara saintifik, dan agama
syaitan mereka yang menyeleweng telah dirobohkan. Doktrin tersebut dibina di
atas kepercayaan bahawa ciptaan itu bebas daripada Tuhan dan bahawa Yang Maha Suci
turun, dan bahawa Yang Maha Suci berada
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 564
di atas langit, serta kepercayaan mengarut
yang lain dari akidah penyembahan berhala Salafi.
Peringatan: Ini adalah kebenaran sebagaimana
adanya, dan saya telah menjelaskannya dengan bukti saintifik yang tidak boleh
dipertikaikan. Mungkin ramai yang tidak suka mendengar bahawa mereka itu
bukanlah apa-apa (ketiadaan), lebih-lebih lagi sebilangan ulama yang angkuh.
Walau bagaimanapun, saya fikir mereka berkewajipan, sama ada hari ini atau
esok, untuk mempercayai bahawa kita terdiri daripada jirim yang membawa
antijirimnya bersamanya, dan kita hidup dalam alam semesta material yang wujud
bersama antijirim serta tenaga negatifnya sama dengan tenaga positifnya. Ini
melainkan jika mereka ingin terus berdegil untuk sedikit waktu lagi, seperti
yang mereka telah lakukan sebelum ini, seperti mempercayai bumi tidak mengorbit
matahari, atau mereka akan terus berharap agar manusia terus tidak memahami
ilmu-ilmu sains ini, walaupun telah berlalu beberapa dekad sejak teori
kerelatifan am Einstein wujud. Namun, malangnya, sehingga ke hari ini, hanya
segelintir orang yang berpendidikan menyedari perkara ini, atau menyedari makna
ruang masa, kerelatifan masa dan ruang, dan graviti itu disebabkan oleh
lengkungan fabrik universal (ruang masa). Berapa lama masa akan berlalu sebelum
manusia memahami teori M, serta terdapat lebih daripada sepuluh dimensi? Berapa
lamakah masa yang akan diberikan kepada “pemimpin yang menjahilkan manusia
lain” sebelum manusia belajar dan memahami bahawa sains kini telah membuktikan
bahawa mereka membawa antijirim bersama mereka, dan begitu juga alam semesta
yang mereka diami?
Yang pasti, ramai orang masih belum mendengar
tentang sesuatu yang dipanggil antijirim atau jirim gelap, dan ini adalah
jemputan kepada sesiapa yang boleh memahami perkara-perkara ini untuk membaca
dan mengkaji tentangnya, serta cuba menggunakannya dengan betul untuk mendukung
agama dan membuktikan kewujudan Tuhan dan membuktikan bahawa Tuhan bukan di
luar ciptaan mahupun di dalamnya. Golongan ateis cuba sedaya upaya untuk
menggunakan ilmu-ilmu ini untuk menyangkal agama. Wahabi pula mengambil kesempatan atas
kejahilan untuk menyesatkan manusia dan menyelewengkan mereka dari tauhid dan
penyembahan kepada Allah, sebaliknya membawa kepada penyembahan berhala besar
di dalam khayalan dan kejahilan mereka - berhala yang berada di luar
ciptaan-Nya dan kedudukannya di atas langit. Namun, saya berharap, kali ini,
orang ramai dapat bangkit memikul tanggungjawab mereka dan tidak ketinggalan
fakta untuk beberapa abad yang akan datang.
Peringatan: secara amnya, apa yang telah
ditetapkan oleh sains moden mempunyai bukti di dalam Al-Quran dan dalam riwayat
keagamaan para khalifah Allah yang lalu, selawat ke atas mereka. Sehubungan itu, dentuman besar dan perkembangan
alam semesta fizikal yang kita diami turut disebut dalam Al-Quran. Yang Maha Kuasa berfirman,
﴿وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ
وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ﴾
{Dan langit itu Kami dirikan dengan tangan
Kami.} Maksudnya langit yang dibina dengan tangan ialah “entiti penyebab” yang
telah diciptakan oleh Allah telah membina langit, dan langit itu berkembang.
Inilah yang telah disahkan oleh pemerhatian galaksi di sekeliling kita. Mereka bergerak semakin jauh pada kadar yang
semakin yang meningkat berdasarkan kesan Doppler dan bukti lain yang mendukung
perkembangan alam semesta, yang telah kita pelajari dalam buku ini.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 565
Berkenaan dengan penciptaan sebelum Adam di
bumi ini, kehidupan di planet-planet lain, dan pelbagai alam semesta, semua isu
ini telah dijelaskan secara terperinci, lebih seribu tahun yang lalu, oleh
keturunan Muhammad (as). Ini adalah sebahagian daripada riwayat keagamaan bagi
sesiapa yang inginkan kebenaran, dan belajar daripada Muhammad dan keturunan
Muhammad. Riwayat-riwayat ini juga merupakan satu keajaiban ilmu ghaib, secara
amnya dibuktikan oleh sains moden. Oleh itu, ateis boleh melihat kebenaran jika
mereka benar-benar meminta untuk mengetahui kebenaran. Saya percaya bahawa
orang yang munasabah pasti akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk menolak
kemungkinan bahaya, apatah pula jika bahaya itu hampir pasti?!
Saya percaya bahawa padanan kata-kata
keturunan Muhammad (as) dengan teori dan fakta sains moden boleh mendorong
orang yang berakal untuk menyelidiki dan meneliti apa yang ada di dalam
dirinya. Adapun orang yang tidak menggunakan
akal, itu adalah urusannya; dan dia boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu.
قال الباقر(عليه السلام): [.....وترى أن الله لم يخلق بشراً غيركم، بلى والله لقد خلق الله ألف ألف عالم، وألف ألف آدم أنت في آخر تلك العوالم وأولئك الآدميين.]
Berkata Al-Baqir (as): “Kamu menyangka Tuhan
tidak menciptakan manusia selain kamu, namun Tuhan telah mencipta ribuan alam,
ribuan Adam, dan kamu berada di pengakhiran alam-alam ini, dan Adam-Adam
tersebut.” [1]
قال الصادق (عليه السلام):
[إن الله عزوجل اثني عشر ألف عالم؛ كل عالم منهم أكبر من سبع سماوات وسبع أرضين ما يرى عالم منهم أن الله عز وجل عالماً غيرهم وأنا الحجة عليهم.]
Berkata Al-Shadiq (as): [Allah AWJ mempunyai
dua belas ribu alam; setiap satu darinya lebih besar dari tujuh langit dan
tujuh bumi. Tiada satu pun dari alam tersebut mengetahui bahawa Allah AWJ mempunyai
alam selain mereka, dan aku adalah Hujjah ke atas mereka.] [2]
قال الإمام علي بن الحسين (عليه السلام) لمنجم :[هل أدلك على رجل قد مرمذ دخلت علينا في أربع عشر عالماً؛ كل عالم أكبر من الدنيا ثلاث مرات لم يتحرك من مكانه؟ قال: من هو؟ قال: أنا.]
Imam Ali ibn Al-Hussain berkata kepada seorang
ahli nujum: [Mahukah aku khabarkan tentang seorang lelaki yang mana sejak kamu
masuk ke sini, dia telah melalui empat belas alam, setiap satu darinya tiga
kali lebih besar dari alam ini, dan dia tidak bergerak pun dari tempatnya?]
Ahli nujum itu berkata: [Siapakah dia?] Imam menjawab: [Aku.][3]
قال الإمام الصادق (عليه السلام) عن نفسه أنه:
[يسير في ساعة من النهار مسيرة شمس سنة حتى يقطع اثنى عشر ألف مثل عالمكم هذا ما يعلمون أن الله خلق آدم ولا إبليس، قال: فيعرفونكم؟ قال: نعم، ما افترض عليهم إلا ولايتنا والبراءة من عدونا.]
Imam Al-Shadiq (as) berkata tentang dirinya
bahawa beliau “berjalan dalam satu
jam sehari dalam perjalanan setahun matahari sehingga beliau melalui dua belas
ribu alam seperti dunia kamu ini. Mereka tidak tahu bahawa Tuhan menciptakan
Adam mahupun Iblis. Beliau ditanya, [Adakah mereka mengenali kamu?] Beliau (aa)
menjawab, [Ya. Kewajipan mereka hanyalah taat setia kepada kami dan menolak
musuh kami.] [4]
________________________
[1] Sumber (Kitab Al-Tauhid, Al-Saduq, halaman 277. Juga
disebutkan di dalam Al-Khisal.).
[2] Sumber (Al-Khisal, Al-Saduq( Halaman 639.
[3] Sumber (Basاair
Al-Darajat( halaman 420-421
[4] Sumber yang sama.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 566
Sebagai tambahan, riwayat agama dari Keluarga
Muhammad (as) telah menyebut dua lagi dimensi kehidupan yang mempunyai
kesedaran selain daripada dimensi kepelbagaian dunia atau alam yang disebutkan
di atas. Di dalam alam yang kita diami, wujud kehidupan sedar/waras di planet
lain dan kumpulan suria lain dalam alam kita. Malah, para Imam telah
menyebutkan apa yang kini telah dibuktikan secara saintifik: bahawa matahari
tidak diperlukan untuk kehidupan berkembang. Makhluk hidup telah ditemui di
kedalaman lautan dengan bergantung pada haba teras bumi, serta bahan kimia
untuk berkembang dan membiak. Oleh itu, apa yang penting adalah ketersediaan
tenaga untuk kehidupan berkembang, sementara bintang, seperti matahari kita,
bukanlah satu-satunya sumber tenaga di alam semesta ini.
عن أبي عبدالله الصادق )عليه السلام(، قال: ]أما إن خلف مغربكم هذا تسعة وثلاثين مغرباً أرضاً بيضاء مملوة خلقاً يستضيئون بنورها، لم يعصوا الله طرفة عين، لا يدرون أخلق الله آدم أم لم يخلقه....]
Abu Abdullah Al-Shadiq (as) berkata: [Di
belakang Barat kamu ini, terdapat tiga puluh sembilan Barat, dan bumi putih
yang dipenuhi dengan ciptaan yang menggunakan cahayanya. Mereka tidak
menderhaka kepada Allah walau sedetik. Mereka tidak tahu sama ada Tuhan
menciptakan Adam atau tidak.] [1]
عن أبي عبد الله الصادق )عليه السلام(، قال: ]إن من وراء عين شمسكم هذه أربعين عين شمس فيها خلق كثير، وإن من وراء قمركم أربعين قمراً فيها خلق كثير لا يدرون أن الله خلق آدم أم لم يخلقه.[
Abu Abdullah Al-Shadiq (a) berkata, [Di
belakang mata matahari kamu ini ada empat puluh mata matahari bersama ciptaan
lain di sana, dan di belakang bulan kamu ada empat puluh bulan yang banyak
ciptaan di dalamnya, dan mereka tidak mengetahui sama ada Tuhan menciptakan
Adam atau tidak.] [2]
عن الباقر (عليه السلام): [إن من وراء شمسكم هذه أربعين عين شمس، ما بين شمس إلى شمس أربعون عاماً، فيها خلق كثير ما يعلمون أن الله خلق آدم أولم يخلقه، وإن من وراء قمركم هذا أربعين قمراً ما بين قمر إلى قمر مسيرة أربعين يوماً، فيها خلق كثير ما يعلمون أن الله خلق آدم أو لم يخلقه.]
Al-Baqir (aس) berkata: [Di belakang matahari kamu ada empat puluh mata
matahari. Antara matahari ke matahari ada empat puluh tahun. Terdapat banyak
ciptaan di dalamnya yang tidak tahu sama ada Tuhan menciptakan Adam atau tidak.
Dan di belakang bulanmu ada empat puluh bulan.
Di antara bulan ke bulan ada empat puluh hari perjalanan. Terdapat
banyak penciptaan di dalamnya yang tidak mengetahui sama ada Tuhan menciptakan
Adam atau tidak.] [3]
Begitu juga dengan bumi yang kita diami, wujud
kehidupan yang berakal yang tinggal di dalamnya sebelum kita:
فعن الباقر صلوات الله عليه: [لقد خلق الله عز وجل في الأرض منذ خلقها سبعة عالمين ليس هم من ولد آدم، خلقهم من أديم الأرض فأسكنهم فيها واحداً بعد واحد مع عالمه، ثم خلق الله عزوجل أبا هذا البشر وخلق ذريته منه.]
_______________________
[1] Sumber (Al-Hilli - Mukhtashar Bashair Al-Darajaat):
ms 89
[2] Sumber (Al-Saffar - Insira Al-Darat): ms 510
[3] Sumber (Al-Saffar - Bashair Al-Darajaat):
ms 513, dan yang hampir dengannya dalam (Hassan bin Suleiman Al-Hilli -
Mukhtasar Bashair Al-Darajaat) ms 89
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 567
Muhammad bin Ali Al-Baqir (as) berkata: [Sejak
Allah Taala menciptakan bumi, Dia telah menciptakan tujuh manusia di dalamnya
yang bukan dari kalangan keturunan Adam. Dia menciptakan mereka dari tanah dan
mereka mendiami bumi, satu demi satu, masing-masing dengan dunia mereka
sendiri. Kemudian, Allah AWJ menciptakan
bapa manusia ini, dan Dia menciptakan keturunannya daripadanya.] [1]
وعن زُرَارَةَ ، قَالَ : قُلْتُ لأبي عَبْد اللَّه)عليه السلام):
[جَعَلَنيَ اللَّهُ فدَاكَ أسْألُكَ في الْحَجّ مُنْذُ أرْبَعينَ عَاماً فَتُفْتيني، فَقَالَ : يَا زُرَارَةُ ، بَيْتٌ حُجَّ إلَيْه قَبْلَ آدَمَ بألْفَيْ عَامٍ تُريدُ أنْ تَفْنَى مَسَائلُهُ في أرْبَعينَ عَاماً[
Zurara berkata, [Aku bertanya kepada Abu
Abdullah (a): [Semoga Allah jadikan aku korban untukmu. Aku telah bertanya
kepada kamu tentang haji selama empat puluh tahun, dan kamu terus menjawab padaku.
Beliau berkata, [Wahai Zurara, ziarah telah dilakukan ke rumah ini dua ribu
tahun sebelum Adam wujud, jadi mengapa kamu fikir bahawa soalan tentang haji
akan berakhir dalam tempoh empat puluh tahun?] [2]
Oleh itu, lebih dari seribu tahun yang lepas,
Muhammad dan keturunan Muhammad (S) telah menyatakan perkara berikut:
- Ada kehidupan selain kita, yang sedar, waras
dan mendiami bumi ini sebelum kita. Fosil dan bukti genetik telah
membuktikannya, seperti yang kami telah jelaskan di dalam buku ini.
- Terdapat kehidupan, selain daripada kita,
yang sedar, waras dan wujud dalam alam semesta yang kita diami ini. Ini adalah
selaras dengan data kosmologi moden dan sangat berkemungkinan, terutamanya
berikutan pemerhatian planet yang hampir sama dengan planet Bumi.
- Terdapat kehidupan yang sedar dan waras,
bukan di alam semesta kita pada mulanya, tetapi sebaliknya di alam semesta
selain dari yang kita diami. Kami telah menjelaskan isu ini sebelumnya, apabila
membincangkan mekanik kuantum, alam berbagai dan teori Hugh Everett.
Dan segala puji hanya untuk Allah.
________________
[1] Sumber: (Al-Shaduq - Al-Khisal, halaman
359, dan terdapat juga dalam (Al-‘Iyashi - Tafsir Al-‘Iyashi)
[2] Sumber: (Al-Hurr Al-‘Amaili - Wasail
Al-Syi'a, Kitab Al-Haj)
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 568
إلهي .. لو أنّكَ بَعْدَ هذهِ الحَياة أعَدْتَني عَدَماً إلى أبَدِ الآبِدِين
لا أُبَالِي
فَكَثِيرٌ عَلَيّ أنّكَ تَفَضَّلْتَ وَخَلَقْتَنِي وَأحْيَيتَني هَذهِ الأياَّم لِأعْرفك.
أحْمَد الحَسَنِ
1434 ه.ق
2013 م
Wahai
Tuhan.. Jika Engkau, setelah kehidupanku ini, mengembalikan aku kepada
ketiadaan selamanya, aku tidak akan terasa. Aku sangat menghargai kebaikanMu,
apabila Engkau telah menciptakan aku dan memberikan aku kehidupan agar aku
dapat mengenali Mu.
Ahmad Al-Hassan
1434 Hijrah
2013
Masihi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan