Rabu, 23 Mac 2022

6.35 Jumlah Tenaga Di Dalam Alam Ini Dan Alam Yang Wujud Dari Ketiadaan

 

(Jumlah Tenaga Di Alam Semesta Dan Alam Semesta Yang Tiada Apa-Apa):

 


Sebelum ini, apabila kita meneliti tenaga gelap, kami telah menjelaskan bagaimana ahli fizik telah berjaya membuktikan, dengan tahap keyakinan yang boleh diterima, bahawa bentuk alam semesta adalah rata. Jika alam semesta adalah rata, maka, atas dasar itu, ahli fizik seperti Dr. Lawrence Krauss berpendapat bahawa jumlah tenaga dalam alam semesta rata adalah sifar. Sebabnya adalah, graviti mempunyai tenaga negatif yang menentang tenaga positif jirim, dan tenaga positif alam yang rata hanya mencukupi untuk melepaskan diri dari graviti.  Ini menunjukkan bahawa tenaga positif adalah tepat sama dengan tenaga negatif, menjadikan jumlah tenaga alam semesta sama dengan sifar. Hakikat bahawa jumlah tenaganya adalah sifar bermakna ia mungkin datang daripada ketiadaan - ini menurut Lawrence Krauss dan para penyokong lain pada pendapat ini - dan tiada tenaga dari luar memasuki alam semesta, menjadikan tenaga dan bahan alam semesta sebagai produk dalaman alam ini sahaja. Jurang kuantum dalam kekosongan menjamin perkara ini, berdasarkan prinsip ketidaktentuan dan mekanik kuantum.

 

Ini bermakna perbezaan kuantum telah mencipta alam semesta daripada ketiadaan, dan oleh itu tiada campur tangan luar dalam alam semesta ini kerana ia tidak diperlukan. Maka, alam semesta ini bermula dengan dirinya sendiri, menggunakan perbezaan kuantum kekosongan, yang mana kekosongan itu tidak bebas daripadanya, menurut mekanik kuantum. Oleh itu, tidak perlu untuk mengandaikan kewujudan tuhan yang memulakan alam semesta dari luar. Namun, semua penghujahan ini dilakukan tanpa mengira ruang di mana jurang kuantum kekosongan dicipta. Ini juga memerlukan penjelasan, tidak kira betapa kecil isu tersebut.  Perkara ini telah dibincangkan sebelum ini.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 555

 

 

Oleh itu, apa yang kita ada sekarang ialah pembuaian ruang dan kuantum yang muncul di dalamnya mengikut hukum mekanik kuantum dan, khususnya, prinsip ketidaktentuan. Di sini, perlu untuk diperhatikan bahawa prinsip ketidaktentuan menyatakan bahawa pembuaian kuantum mesti wujud di dalam angkasa/ruang, namun ia tidak menjelaskan kewujudan mereka. Oleh itu, sebab dan penjelasan untuk kemunculan perbezaan ini masih tidak diketahui. Mekanik kuantum telah meninggalkan penjelasannya, dengan membatalkan prinsip kausaliti (sebab dan akibat) yang kukuh untuk semua kejadian dalam alam semesta pada tahap yang lebih besar daripada alam kuantum. Oleh itu, kausaliti adalah prinsip yang tidak pernah ditinggalkan di dalam mana-mana kejadian kosmologi, jadi bagaimana ia boleh ditinggalkan di sini?  Dan mengapa tidak kemampuan kita, yang sememangnya tidak mutlak, tidak melayakkan kita untuk mencari sebabnya?

 

Saya percaya bahawa membatalkan prinsip kausaliti adalah percubaan melarikan diri daripada jawapannya. Kami boleh sahaja berhujah seperti yang dilakukan Hugh Everett, iaitu terdapat alam lain yang boleh mempengaruhi satu sama lain, menjadikan perbezaan kuantum sebagai kesan dari alam semesta lain yang berjiran.

 

Berkenaan dengan jumlah tenaga alam semesta yang bersamaan dengan sifar, atau jumlah daya di dalamnya yang sama dengan sifar, ini sama sekali tidak menafikan kewujudan tuhan. Mereka ingin berkata: tiada apa yang memasuki alam semesta dari luar, jadi mengapa kita perlu menganggap bahawa tuhan itu wujud?  Walau bagaimanapun, jika seseorang menyatakan bahawa sesuatu harus masuk ke dalam alam semesta ini dari luar, supaya kita boleh menganggap bahawa tuhan itu wujud, atau supaya kita perlu menganggap bahawa tuhan itu wujud, maka isu ini mesti dibuktikan dan bukti-bukti perlu diberikan. Saya telah menjelaskan bukti saintifik untuk perkara ini, termasuk penetapan pemalar kosmologi.

 

Saya, secara peribadi, menyatakan perkara berikut: tiada apa-apa dari luar alam semesta ini boleh memasukinya, dan jumlah daya di dalamnya mestilah sama dengan sifar. Kerana kewujudan yang dicipta secara keseluruhan mestilah tidak lain daripada ketiadaan itu sendiri.

Jika kewujudan yang dicipta (makhluk) secara keseluruhannya bukan ketiadaan, ia akan bertemu dengan Zat (Diri) Ketuhanan, dan kita akan jatuh ke dalam masalah falsafah dan lisan terbesar yang mustahil untuk diselesaikan, iaitu: di manakah kedudukan (kewujudan) makhluk di sisi tuhan? Adakah ciptaan itu dicipta di dalam atau di luar diri (zat) tuhan?

 

Kita boleh menyusun semula soalan ini dan berkata: adakah entiti tuhan tersebut berada di dalam ciptaan, atau di luarnya?

Jika kewujudan yang diciptakan itu secara keseluruhannya bukanlah ketiadaan, maka sebarang jawapan akan mewajibkan satu daripada dua perkara; sama ada tuhan adalah ciptaan, atau kewujudan yang dicipta itu yang mendahului. Ini bermakna kita perlu samada menafikan ketuhanan-Nya yang mutlak atau menafikan keesaan-Nya, Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi.

 

Bukanlah satu jawaban balas yang mencukupi untuk sekadar mengatakan: Tuhan tidak berada di dalam mahupun di luarnya benda, atau sifat dalamanNya dan tidak

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 556

 

 

berada di dalam diri, mahupun di luarnya.  Tanggapan ini hanyalah sanggahan semata-mata terhadap kedua-dua jawapan yang disebutkan sebelum ini iaitu [samada tuhan adalah ciptaan, atau kewujudan yang diciptakan itu yang mendahului]. 

Walau bagaimanapun, dalam apa jua keadaan, jawapan ini lebih baik daripada dua jawapan yang disebutkan di atas dan apa yang mereka sebutkan untuk menafikan ketuhanan dan keesaan-Nya, Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi.

 

Sebenarnya, kewujudan ciptaan hanyalah wujud namaan (sebutan). Berbeza dengan kewujudan Tuhan yang sebenar, keadaan kita adalah seperti pembuaian kuantum dalam ruang yang memenuhi badan kita. Berbeza dengan Dia Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi, kita hanyalah ketiadaan, kerana kita tidak datang dari ketiadaan pada asalnya.  Sebaliknya, kita berada di dalam ketiadaan dan kita membawa ketiadaan kita bersama kita. Maka, hakikatnya, tiada yang benar-benar wujud melainkan Dia Yang Maha Suci. Mungkin sesetengah penganut agama akan mendapati sukar untuk memahami kenyataan ini, yang saya telah buktikan secara saintifik sebelum membentangkannya. Walau bagaimanapun, terdapat banyak fakta saintifik yang terbukti sukar difahami, seperti mekanik kuantum dan kerelatifan am. Adakah mudah untuk memahami bahawa satu elektron, yang merupakan zarah material, masuk dari dua celah pada satu sisi dalam masa yang sama, atau masa itu merupakan dimensi kosmologi keempat, seperti tiga dimensi ruang, dan bahawa  jisim bumi mempengaruhi masa dan membengkokkan fabrik ruang masa?

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: