(Jumlah Tenaga Di Alam Semesta Dan Alam Semesta
Yang Tiada Apa-Apa):
Sebelum ini, apabila kita meneliti tenaga
gelap, kami telah menjelaskan bagaimana ahli fizik telah berjaya membuktikan,
dengan tahap keyakinan yang boleh diterima, bahawa bentuk alam semesta adalah
rata. Jika alam semesta adalah rata, maka, atas dasar itu, ahli fizik seperti
Dr. Lawrence Krauss berpendapat bahawa jumlah tenaga dalam alam semesta rata
adalah sifar. Sebabnya adalah, graviti mempunyai tenaga negatif yang menentang
tenaga positif jirim, dan tenaga positif alam yang rata hanya mencukupi untuk melepaskan
diri dari graviti. Ini menunjukkan
bahawa tenaga positif adalah tepat sama dengan tenaga negatif, menjadikan
jumlah tenaga alam semesta sama dengan sifar. Hakikat bahawa jumlah tenaganya
adalah sifar bermakna ia mungkin datang daripada ketiadaan - ini menurut
Lawrence Krauss dan para penyokong lain pada pendapat ini - dan tiada tenaga dari
luar memasuki alam semesta, menjadikan tenaga dan bahan alam semesta sebagai produk
dalaman alam ini sahaja. Jurang kuantum dalam kekosongan menjamin perkara ini,
berdasarkan prinsip ketidaktentuan dan mekanik kuantum.
Ini bermakna perbezaan kuantum telah mencipta
alam semesta daripada ketiadaan, dan oleh itu tiada campur tangan luar dalam
alam semesta ini kerana ia tidak diperlukan. Maka, alam semesta ini bermula
dengan dirinya sendiri, menggunakan perbezaan kuantum kekosongan, yang mana
kekosongan itu tidak bebas daripadanya, menurut mekanik kuantum. Oleh itu,
tidak perlu untuk mengandaikan kewujudan tuhan yang memulakan alam semesta dari
luar. Namun, semua penghujahan ini dilakukan tanpa mengira ruang di mana jurang
kuantum kekosongan dicipta. Ini juga memerlukan penjelasan, tidak kira betapa
kecil isu tersebut. Perkara ini telah
dibincangkan sebelum ini.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 555
Oleh itu, apa yang kita ada sekarang ialah pembuaian
ruang dan kuantum yang muncul di dalamnya mengikut hukum mekanik kuantum dan,
khususnya, prinsip ketidaktentuan. Di sini, perlu untuk diperhatikan bahawa
prinsip ketidaktentuan menyatakan bahawa pembuaian kuantum mesti wujud di dalam
angkasa/ruang, namun ia tidak menjelaskan kewujudan mereka. Oleh itu, sebab dan
penjelasan untuk kemunculan perbezaan ini masih tidak diketahui. Mekanik
kuantum telah meninggalkan penjelasannya, dengan membatalkan prinsip kausaliti
(sebab dan akibat) yang kukuh untuk semua kejadian dalam alam semesta pada
tahap yang lebih besar daripada alam kuantum. Oleh itu, kausaliti adalah
prinsip yang tidak pernah ditinggalkan di dalam mana-mana kejadian kosmologi,
jadi bagaimana ia boleh ditinggalkan di sini?
Dan mengapa tidak kemampuan kita, yang sememangnya tidak mutlak, tidak
melayakkan kita untuk mencari sebabnya?
Saya percaya bahawa membatalkan prinsip
kausaliti adalah percubaan melarikan diri daripada jawapannya. Kami boleh
sahaja berhujah seperti yang dilakukan Hugh Everett, iaitu terdapat alam lain
yang boleh mempengaruhi satu sama lain, menjadikan perbezaan kuantum sebagai
kesan dari alam semesta lain yang berjiran.
Berkenaan dengan jumlah tenaga alam semesta yang
bersamaan dengan sifar, atau jumlah daya di dalamnya yang sama dengan sifar,
ini sama sekali tidak menafikan kewujudan tuhan. Mereka ingin berkata: tiada
apa yang memasuki alam semesta dari luar, jadi mengapa kita perlu menganggap
bahawa tuhan itu wujud? Walau
bagaimanapun, jika seseorang menyatakan bahawa sesuatu harus masuk ke dalam alam
semesta ini dari luar, supaya kita boleh menganggap bahawa tuhan itu wujud,
atau supaya kita perlu menganggap bahawa tuhan itu wujud, maka isu ini mesti
dibuktikan dan bukti-bukti perlu diberikan. Saya telah menjelaskan bukti
saintifik untuk perkara ini, termasuk penetapan pemalar kosmologi.
Saya, secara peribadi, menyatakan perkara berikut: tiada
apa-apa dari luar alam semesta ini boleh memasukinya, dan jumlah daya di
dalamnya mestilah sama dengan sifar. Kerana kewujudan yang dicipta secara
keseluruhan mestilah tidak lain daripada ketiadaan itu sendiri.
Jika kewujudan yang dicipta (makhluk) secara
keseluruhannya bukan ketiadaan, ia akan bertemu dengan Zat (Diri) Ketuhanan,
dan kita akan jatuh ke dalam masalah falsafah dan lisan terbesar yang mustahil
untuk diselesaikan, iaitu: di manakah kedudukan (kewujudan) makhluk di sisi tuhan?
Adakah ciptaan itu dicipta di dalam atau di luar diri (zat) tuhan?
Kita boleh menyusun semula soalan ini dan
berkata: adakah entiti tuhan tersebut berada di dalam ciptaan, atau di luarnya?
Jika kewujudan yang diciptakan itu secara
keseluruhannya bukanlah ketiadaan, maka sebarang jawapan akan mewajibkan satu
daripada dua perkara; sama ada tuhan adalah ciptaan, atau kewujudan yang
dicipta itu yang mendahului. Ini bermakna kita perlu samada menafikan
ketuhanan-Nya yang mutlak atau menafikan keesaan-Nya, Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi.
Bukanlah satu jawaban balas yang mencukupi
untuk sekadar mengatakan: Tuhan tidak berada di dalam mahupun di luarnya benda,
atau sifat dalamanNya dan tidak
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 556
berada di dalam diri, mahupun di luarnya. Tanggapan ini hanyalah sanggahan semata-mata
terhadap kedua-dua jawapan yang disebutkan sebelum ini iaitu [samada tuhan
adalah ciptaan, atau kewujudan yang diciptakan itu yang mendahului].
Walau bagaimanapun, dalam apa jua keadaan,
jawapan ini lebih baik daripada dua jawapan yang disebutkan di atas dan apa
yang mereka sebutkan untuk menafikan ketuhanan dan keesaan-Nya, Yang Maha Suci
lagi Maha Tinggi.
Sebenarnya, kewujudan ciptaan hanyalah wujud
namaan (sebutan). Berbeza dengan kewujudan Tuhan yang sebenar, keadaan kita
adalah seperti pembuaian kuantum dalam ruang yang memenuhi badan kita. Berbeza
dengan Dia Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi, kita hanyalah ketiadaan, kerana
kita tidak datang dari ketiadaan pada asalnya.
Sebaliknya, kita berada di dalam ketiadaan dan kita membawa ketiadaan
kita bersama kita. Maka, hakikatnya, tiada yang benar-benar wujud melainkan Dia
Yang Maha Suci. Mungkin sesetengah penganut agama akan mendapati sukar untuk
memahami kenyataan ini, yang saya telah buktikan secara saintifik sebelum
membentangkannya. Walau bagaimanapun, terdapat banyak fakta saintifik yang
terbukti sukar difahami, seperti mekanik kuantum dan kerelatifan am. Adakah
mudah untuk memahami bahawa satu elektron, yang merupakan zarah material, masuk
dari dua celah pada satu sisi dalam masa yang sama, atau masa itu merupakan
dimensi kosmologi keempat, seperti tiga dimensi ruang, dan bahawa jisim bumi mempengaruhi masa dan
membengkokkan fabrik ruang masa?
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan