Halaman

Rabu, 23 Mac 2022

6.36 Di Manakah Kita?!

 

Di Manakah Kita?!


 

Soalan ini, yang telah saya jawab dalam topik sebelumnya, dianggap sebagai salah satu persoalan ideologi yang paling penting bagi manusia - jika bukan persoalan ideologi yang pertama dan paling penting untuk terlintas di fikiran seseorang, memandangkan ia adalah titik permulaan dalam mencari kebenaran. Semua orang bertanya soalan ini dan mengulanginya dalam fikiran mereka: "Di manakah kita?"  atau Di manakah kita di sisi Tuhan?  Di manakah Tuhan menciptakan kita? Adakah di dalam Diri-Nya, atau di luarNya? Jika berada di luar Diri-Nya, di manakah kedudukan luar ini? Adakah Dia mencipta "luar" dan kemudian mencipta kita di dalam “luar” tersebut, atau adakah luar ini bersifat qadim (tiada titik mula) dan azali (sejak mula dicipta)?”

 

Adalah jelas bahawa ia tidak boleh bersifat qadim (sedia ada) dan azali (sejak mula dicipta)”, kerana ini bermakna terdapat lebih daripada satu entiti yang bersifat sedia ada, atau lebih daripada satu ketuhanan mutlak. Namun, jika Dia menciptakan kewujudan ini di luar, di manakah Dia menciptakan luar tersebut? Adakah Dia menciptakan kewujudan pada “luar” yang sedia ada dan terlebih dahulu? Rantaian soalan ini akan berterusan sehinggalah kita berhenti pada suatu “luaran” yang bersifat sedia ada dan terlebih dahulu. Jika luaran di mana Dia menciptakan kita itu bersifat sedia ada dan terlebih dahulu, atau jika ia berhenti pada entiti yang sedia ada dan terlebih dahulu, maka akan terdapat lebih daripada satu yang sedia ada, dan lebih daripada satu ketuhanan mutlak! Tidak syak lagi ini adalah batil, dan ia adalah syirik. Wahabi mengimani pendapat ini - iaitu ciptaan berada di luar diri (zat Tuhan), dan mereka percaya kepada akidah yang rosak ini. Kepercayaan ini jauh lebih buruk daripada kepercayaan Kristian terhadap tiga oknum.

 

Berkenaan pendapat bahawa kita diciptakan dalam diriNya, ini bermakna diriNya itu sendiri adalah ciptaan, kerana ia adalah tempat untuk penciptaan (yang baharu). Ini

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 552

 

 

menafikan sifat sedia ada lebih dahulu-Nya dan menafikan ketuhanan mutlak-Nya.

 

Jawapan pada luar dari sedia ada dan terdahulunya atau jawapan yang merujuk kepada sedia ada dan terdahulunya jika kita mengandaikan sedemikian, bukan sahaja bermakna yang berbilang-bilang sedia adanya, malah ini juga bermakna ia adalah tempat untuk penciptaan yang baharu, jika terjadi penciptaan di dalamnya. Ini menjadikan ciptaan tersebut mempunyai kedua-dua permulaan dan juga sifat sedia ada pada masa yang sama. Ini adalah mustahil, kerana tiada ciptaan yang boleh bersifat sedia ada.

 

Di samping itu, pendapat mendakwa kewujudan sesuatu yang luar daripada diriNya, yang berbeza daripada diriNya, akan menyangkal ketuhanan-Nya yang mutlak Yang Maha Suci, kerana ia menyangkal bahawa Dia adalah Yang Mutlak. Maka, yang luar ini menjadi batasan Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi, kerana Dia tidak berada di luar ini.

 

Seperti yang kita lihat, ia sangat kompleks.  Atas sebab ini, kebanyakan penulis akidah (kepercayaan) telah memilih untuk mengelak dari membahas perkara ini. Sesetengah Muslim memilih jawapan yang membawa maksud, Dia tidak berada di dalam sesuatu, mahupun di luar daripada sesuatu. Jawapan ini lebih hampir kepada bukan jawapan daripada jawapan kepada soalan itu sendiri atau penyelesaian kepada dilema ini. Ini adalah proses perenungan kata-kata yang dinisbahkan kepada Imam Ali (as):

قريب من الأشياء من غير ملامسة، بعيد منها من غيرمباينة

[Dekat dari sesuatu tanpa menyentuh; jauh tanpa meninggalkannya.][1]

 

Ini bukanlah jawapan yang menyeluruh kepada dilema ini. Ia hanyalah penafian terhadap kedua-dua jawapan yang salah (bahawa tuhan berada di dalam sesuatu atau di luarnya). Hakikat bahawa para Imam tidak menjelaskan secara terperinci mengenai masalah akidah (kepercayaan)  yang utama yang berkaitan dengan pembuktian kewujudan Tuhan, dengan mentauhidkannya dan perkara yang memerlukan perincian, adalah atas sebab yang sama dengan apa yang telah kami nyatakan dan ulangi sebelum ini: teks-teks kiasan (mutasyabih) kadang-kadang dibiarkan untuk dijelaskan oleh salah seorang Hujah dari para Hujaj Tuhan pada zaman mereka, agar mereka dapat menjadi bukti kepadaNya. Tambahan pula, mungkin beberapa perkara tidak dijelaskan atas sebab samada masa atau orang di zaman tersebut. Siapakah yang akan dapat memahami maksud halaju lepas atau ketunggalan pada zaman Imam Ali (as)? Atau memahami bahawa jirim membawa ketiadaan bersamanya, atau memahami antijirim dan banyak perkara yang pada zaman itu, masih belum ditemui?

 

قال الصادق (عليه السلام): [ما كل ما يعلم يقال، ولا كلما يقال حان وقته، ولا كلما حان وقته حضرأهله]

 

_____________________

[1] Sumber (Al-Qabaniji - Musnad Imam Ali (as): halaman 145

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 558

 

 

Al-Shadiq (as) berkata, Tidak semua perkara yang diketahui akan diberitahu; dan tidak semua yang diberitahu telah tiba masanya; dan tidak semua perkara yang telah tiba masanya, ahlinya telah hadir.”[1]

 

[Tetapi apabila Roh kebenaran itu datang, Roh akan membimbing kamu supaya mengetahui segala kebenaran itu. Roh tidak akan mengatakan apa-apa menurut kehendak-Nya sendiri. Dia akan mengatakan apa yang didengar-Nya dan memberitahu kamu perkara-perkara yang akan berlaku.][2]

 

_________________________________

[1] Sumbernya (Al-Hilli - Mukhtasar Bashair Al-Darajaat).

[2] Injil Perjanjian Baru Yohannes 16:13

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan