Halaman

Rabu, 23 Mac 2022

6.37 Mimpi (Visi)

 

Mimpi (Rukya)


 

Di awal bab ini, kita telah mengkaji topik yang sangat penting berkenaan keruntuhan fungsi gelombang dalam mekanik kuantum dan penjelmaan salah satu kemungkinan sebagai realiti yang kita amati. Hugh Everett mencadangkan bahawa semua kemungkinan sebenarnya adalah realiti benar, namun terjadi di alam-alam lain. Oleh itu, kami telah beralih kepada membincangkan topik garis masa berbilang untuk suatu peristiwa, dan masa depan tidak boleh diketahui, kerana ia mempunyai beberapa aspek yang berkemungkinan. Walaupun kesemuanya adalah realiti menurut alam berbagai, hanya satu sahaja yang akan menjadi realiti bagi alam yang kita diami.  Oleh itu, kita tidak akan dapat menentukan masa depan dengan tepat, kerana terdapat lebih daripada satu masa depan. Saya telah mengatakan sebelum ini:

Berkenaan masa depan, adalah mustahil untuk mengetahuinya berdasarkan penjelasan alam berbagai, kerana ia bercabang kepada beberapa laluan, dan kita akan berada di dalam salah satu alam ini pada suatu waktu di masa hadapan.

Walau bagaimanapun, kemustahilan ini tidak bermakna bahawa, dalam apa jua keadaan, kita tidak dapat mengetahui masa depan yang mungkin berlaku - dengan kata lain, mengetahui salah satu daripada laluan ini, meyakini bahawa ia adalah masa depan, dan malah mengetahui kesemuanya, dalam keadaan mengetahui bahawa salah satu daripadanya adalah masa depan. Seperti yang telah kita bincangkan, perkara yang mustahil secara saintifik dalam mekanik kuantum dan alam berbilang ialah untuk mengiktiraf secara saintifik (ilmiah) satu masa depan tertentu tanpa yang lain.

 

Ini bermakna, menurut mekanik kuantum, mimpi boleh dijelaskan sebagai suatu mesej futuristik (ramalan masa depan) yang sampai kepada kita, khususnya setakat mana ia mungkin atau tidak untuk menjadi kenyataan. Oleh itu, mimpi adalah salah satu daripada kemungkinan atau realiti masa hadapan dalam salah satu alam. Oleh kerana ini telah dijelaskan secara saintifik, maka tidak ada nilai lagi

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 559

 

 

untuk menyatakan bahawa mimpi adalah bukti kewujudan tuhan dan, melalui mimpi, anda menyatakan apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ini kerana mimpi yang anda lihat menjadi kenyataan  sebenarnya tidak lebih daripada mesej yang mungkin berlaku. Ia datang kepada anda dari salah sebuah alam di masa depan yang bersesuaian dengan kemungkinan mekanik kuantum. Buktinya anda melihat impian lain yang tidak menjadi kenyataan.

 

“Menurut tafsiran saya ke atas teori alam berbagai, masa depan tidak ditentukan, setakat persepsi sedar kita tentang dunia ini, namun sebaliknya, masa silam telah ditentukan. Melalui tindakan pemerhatian, kita telah memilih sejarah "sebenar" daripada banyak realiti, dan apabila seseorang telah melihat sebatang pokok di dunia kita, ia akan kekal wujud walaupun tiada siapa yang sedang melihatnya. Ini terpakai dalam semua hal sehingga kita kembali kepada peristiwa dentuman besar. Pada setiap persimpangan di lebuh raya kuantum, mungkin banyak realiti baru telah dicipta, tetapi laluan yang membawa kepada kita adalah jelas dan tidak kabur. Walau bagaimanapun wujud banyak laluan yang menuju masa hadapan, dan beberapa versi "kita" akan mengikuti setiap daripadanya. Setiap versi diri kita akan menyangka ia mengikuti laluan yang unik, dan akan melihat kembali pada masa lalu yang unik, namun adalah mustahil untuk mengetahui masa depan kerana terdapat begitu banyak versinya. Kita juga mungkin menerima mesej dari masa hadapan, sama ada dengan cara mekanikal seperti dalam Timescape, atau jika anda ingin membayangkan kemungkinan tersebut, kita juga mungkin menerima mesej melalui mimpi dan persepsi deria tambahan.  Tetapi mesej-mesej ini mungkin tidak akan memberi banyak manfaat kepada kita. Disebabkan wujud kepelbagaian alam-alam masa hadapan, mesej-mesej seperti itu akan mengelirukan dan bercanggahan. Jika kita bertindak ke atasnya, kita berkemungkinan besar akan membelokkan diri kita ke dalam cabang realiti yang berbeza daripada "mesej" yang diterima, maka adalah sangat mustahil untuk ia boleh "menjadi kenyataan". Mereka yang menyatakan teori kuantum sebagai menawarkan kunci kepada ESP praktikal, telepati, dan semua yang lain hanya menipu diri mereka sendiri.”[1]

 

Menurut pandangan kami, kami percaya kepada kewujudan kemungkinan masa hadapan. Pengelihatan (mimpi) boleh menjadi salah satu dari kemungkinan. Ia mungkin tidak menjadi kenyataan di dunia ini kerana ia berada pada papan pemansuhan dan penetapan.  Ini telah disebutkan dalam al-Quran dan di dalam riwayat keagamaan:

﴿يَمْحُو اللّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِندَهُ أُمُّ الْكتَابِ﴾

{Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan  pada sisiNya ada Ibu Kitab.} [Quran 13:39]. Riwayat keagamaan dari keturunan Muhammad menyebutnya di bawah nama "permulaan-perencanaan" / Al-Bada’.  Satu isu masih kekal – simbol - iaitu yang kita lihat di dalam mimpi.  Sebagai contoh, gigi dalam mimpi melambangkan saudara-mara, jadi jika seseorang melihat mimpi di mana salah satu giginya tercabut, ini bermakna salah seorang ahli keluarganya akan mati pada

 

____________________

. 1. Sumber (Gribbin - Mencari kucing Schrödinger): ms 270 271

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 560

 

 

masa hadapan. Contoh seperti ini telah menjadi kenyataan untuk ramai orang. Jadi isu simbol di dalam mimpi tidak boleh, dalam apa jua keadaan, dijelaskan oleh mekanik kuantum. Oleh itu, mimpi kekal sebagai bukti kewujudan kuasa yang bijaksana, berpengetahuan, sedar, dan ghaib yang bercakap kepada kita, dengan berkata: "Aku di sini."

 

Terdapat juga mimpi-mimpi yang mempengaruhi tubuh badan, contohnya seperti mimpi orang yang berpuasa pada hari puasa.  Dalam tidurnya, pada siang hari, dia akan melihat bahawa dia sedang makan dan minum, dan apabila dia bangun, dia tidak berasa lapar atau dahaga. Visi ini sering berlaku. Penjelasan yang mungkin bagi kejadian ini adalah adalah bahawa ia berlaku akibat isyarat dari otak, dan rasa kenyang dan menghilangkan dahaga adalah hasil yang tidak dapat dielakkan daripada beberapa rembesan badan atau hasil kerja beberapa organ.

 

Namun, hakikatnya, apabila seseorang bangun dari tidur, setelah melihat di dalam visinya bahawa dia sedang berpuasa, dia mendapati bahawa rasa minuman atau makanan itu mungkin masih wujud di dalam mulutnya. Selain itu, rasa dahaga orang yang berpuasa tidak hilang ketika dia sedang terjaga, tetapi apabila dia tidur, dan melihat visi bahawa dia sedang minum, dia tidak lagi merasa dahaga setelah beliau terjaga. Jadi mengapa rembesan ini hanya berfungsi semasa tidur? Mengapa apabila dia melihat visi tersebut, dia tidak lagi merasa dahaga setelah bangun, perkara yang tidak akan berlaku sekiranya dia tidak melihat dirinya sedang minum di dalam visi atau mimpi?!

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan