Selasa, 1 Mac 2022

5.20 Kebenaran Di Dalam Buku Ini

 

Kebenaran Di Dalam Buku Ini

 


Kebenaran di dalam buku ini adalah jiwa manusia (yang diciptakan dari tanah liat basah yang diangkat serta ditiupkan roh) telah dihubungkan dengan sebuah badan jasmani yang telah dievolusikan di bumi ini. Jiwa pertama manusia telah diciptakan di Langit Pertama. Jiwa ini terdiri dari tanah liat basah yang diangkat ke Langit Pertama serta peniupan roh kepadanya. Maka penciptaan Adam terjadi di Langit Pertama. Jika orang yang tidak beriman tidak dapat merasionalisasikan konsep Langit Pertama, kita boleh andaikan menurut Teori Alam Berbilang, Alam-Alam Langit ini wujud berselari dengan dunia yang kita diami hari ini. Dari situ, jiwa ini telah dikembalikan kepada alam material kita melalui hubungannya kepada sebuah jasad - semasa berada di dalam rahim ibu - dan ianya adalah jasad seperti jasad kita sekarang. Tiada beza antara keduanya. Maka begitulah caranya manusia pertama, Adam (as) telah dibentuk di bumi ini. Isu Hawa juga sama dengan Adam. Manusia telah membiak dan memenuhi bumi ini buat pertama kalinya di Sumer, dengan cara yang jelas, direkodkan dan terjaga.

Jika anda tidak dapat memahami hubungan antara sebuah jiwa di alam selari dengan sebuah jasad di dunia ini, anda boleh menganggap ia sama dengan hubungan hipotetikal antara alam-alam selari dan pemindahan zarah atau gelombang di antara alam-alam.[1]

Berkenaan dengan jiwa Hawa, ia berasal dari jiwa Adam (as):

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ وَٰحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَآءًۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبًا

[Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu dari diri yang satu, dan yang menjadikan daripada itu pasangannya, dan juga yang membiakkan dari keduanya lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.] [2] [3],

Tuhan juga berfirman:

هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ وَٰحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا لِيَسۡكُنَ إِلَيۡهَاۖ فَلَمَّا تَغَشَّىٰهَا حَمَلَتۡ حَمۡلًا خَفِيفًا فَمَرَّتۡ بِهِۦۖ فَلَمَّآ أَثۡقَلَت دَّعَوَا ٱللَّهَ رَبَّهُمَا لَئِنۡ ءَاتَيۡتَنَا صَٰلِحًا لَّنَكُونَنَّ مِنَ ٱلشَّٰكِرِينَ

 

_____________________

[1] Bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan tentang teori multiverse (Teori Alam Berbilang), satu penjelasan ringkas tentang perkara-perkara ini akan diberikan dalam buku ini, insya-Allah.

[2] Al-Quran Al-Karim Surah An-Nisa Ayat: 1

[3] Pada darjat yang lebih tinggi, ia adalah roh yang pertama, iaitu roh Muhammad (S), dan daripadanya diciptakan darjat roh di bawahnya, iaitu roh Ali dan Fatima (as).

                

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 320

 

 

[Dia lah yang menciptakan kamu semua dari diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya, untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu. Kemudian ketika ia merasa berat berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):" Sesungguhnya jika Engkau mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur".] [1]

 

Setelah itu, jiwa-jiwa keturunan Adam itu telah dibawa keluar dari jiwa Adam dan keturunannya, dan Tuhan menguji mereka di alam tersebut:

 

وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَهُمۡ وَأَشۡهَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمْۖ قَالُواْ بَلَىٰۛ شَهِدۡنَآۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ إِنَّا كُنَّا عَنۡ هَٰذَا غَٰفِلِينَ

 

[Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri: "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar, kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai tentang ini".] [2]

 

Semua jiwa anak-anak Adam terdiri dari tanah liat basah yang diangkat dan dimanifestasi (ditajallikan) kepada Roh Iman dan Roh Qudus, atau setepatnya, imej bagi Roh Iman dan Roh Qudus. Oleh itu, sudah menjadi naluri setiap manusia untuk mencapai darjat paling tinggi, dan untuk bersama dengan orang-orang di alam tertinggi, serta untuk mengenali Tuhan. Sebagai tambahan, mereka mempunyai alat yang digunakan untuk meningkat naik, iaitu imej Roh Iman dan Roh Qudus. Oleh itu, melalui imej yang diletakkan di dalam mereka, mereka sepatutnya mengenali dan mencapai kebenaran ini.

Alasan mengapa jiwa Adam, Hawa dan jiwa lain yang dicipta di Langit Pertama atau Alam Al-Zhar telah dihubungkan ke jasad di bumi ini adalah untuk mengulangi ujian dan memberikan mereka satu lagi peluang untuk diuji. Saya telah jelaskan hal ini dengan terperinci di dalam buku-buku yang lain. Anda boleh merujuknya untuk memahami kebenaran. Perhubungan antara jiwa-jiwa dari Langit dengan jasad duniawi telah membawa kepada kemunculan budaya dan tamadun, seperti yang bakal kita lihat.

 

Dari Abdullah bin Al-Fathil Al-Hashimi telah berkata kepada Abi Abdillah, Mengapa Allah AWJ meletakkan roh ke dalam jasad-jasad setelah mereka berada di kerajaanNya di alam atasan dengan kedudukan yang tinggi? Beliau (as) menjawab, “Allah TWT mengetahui bahawa jika roh-roh dibiarkan dalam kedudukan mulia dan tinggi, ramai dari mereka akan cenderung untuk mendakwa diri mereka sebagai tuhan selainNya AWJ, maka atas kudratNya, Dia meletakkan mereka ke dalam jasad yang asalnya ditakdirkan untuk mereka, kerana sifat rahmat dan menghajatkan sebahagian kepada sebahagian yang lain. Dia telah menjadikan manusia saling memerlukan dan saling terikat antara satu sama lain. Dia meninggikan sesetengahnya ke atas sesetengah yang lain di dunia ini dan di Akhirat, dan menjadikan sesetengahnya mencukupi sesetengah yang lain. Dia mengutuskan utusanNya kepada mereka dan menegakkan HujjahNya pada mereka sebagai pembawa khabar gembira dan pemberi amaran, yang memerintahkan kepada penyembahan dan kerendahan hati terhadap Tuhan mereka melalui jenis-jenis pengabdian yang Dia telah perintahkan. Dia menciptakan hukuman yang segera dan tertangguh untuk mereka, serta ganjaran yang segera dan tertangguh untuk mereka agar mereka mahu melakukan kebaikan dan mengelak dari melakukan kejahatan, dan menunjukkan mereka kepada rezeki agar mereka tahu ada Tuhan di atas mereka dan mereka adalah pengabdi yang diciptakan, agar mereka akan cenderung untuk menyembahNya, sekaligus membuatkan mereka layak menerima kebahagiaan (nikmat)

 

________________

[1] Al-Quran Al-Karim Surah Al-A’raf Ayat: 189

[2] Al-Quran Al-Karim Surah Al-A’raf Ayat: 172

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 321

 

 

dan syurga yang berkekalan, serta terselamat dari melakukan perkara yang mereka tidak punya hak atasnya.

 

Kemudian beliau (a) berkata, Wahai Ibn Fadhl, Allah TWT lebih berlaku baik kepada hamba-hambaNya lebih dari diri mereka sendiri. Tidakkah kamu melihat bagaimana mereka semua menyukai ketinggian diri ke atas yang lain, sehingga sesetengah dari mereka cenderung untuk mengaku tuhan, sesetengah dari mereka mendakwa kenabian tanpa hak, dan sesetengah pula cenderung mengaku sebagai Imam tanpa hak? Mereka cenderung melakukan hal ini walaupun mereka tidak sempurna, tidak mampu, lemah, aib, memerlukn, miskin, sakit, dan semua perkara ini bersilih ganti sehingga mereka melihatnya pada diri mereka, serta kematian yang mengatasi dan menakluk semua mereka. Wahai Ibn Fadhl, sungguh Allah TWT  hanya melakukan apa yang terbaik untuk para penyembahNya, dan Dia tidak menindas manusia sedikit pun. Sebaliknya manusialah yang menindas diri mereka.” [1]

 

Oleh itu, memandangkan jiwa dicipta dari tanah liat basah, ia mempunyai kapasiti untuk mengandungi roh-roh atau daya fizikal dan material, iaitu syahwat, kudrat dan pergerakan atau kehidupan jasad. Oleh kerana jiwa tercipta dari peniupan roh, ia layak untuk meningkat naik dan mengandungi Roh Iman dan Roh Qudus.

Atas sebab ini, tanah liat basah diangkat dan jiwa telah diciptakan darinya dan dari peniupan roh, kerana Allah mengatahui, mereka akan kembali kepada tanah liat basah atau kepada dunia material yang terdiri dari jasad-jasad, atau bumi secara khusus. Dan oleh kerana jiwa itu tercipta dari tanah liat basah, ia layak untuk berinteraksi dengan segala perkara yang bersifat duniawi, yakni jasad, serta untuk disatukan dengannya, yang akan mewakili ujian yang bersesuaian untuknya. Dalam masa yang sama, oleh kerana jiwa tercipta dari peniupan roh-roh kerajaan Langit, ia layak untuk meningkat naik dan mengandungi entiti-entiti langit, iaitu Roh Iman dan Roh Qudus.

Kita boleh bayangkan jiwa sebagai cermin yang mempunyai dua sisi. Di satu sisi, ia mempunyai sebuah imej dan tempat untuk roh-roh fizikal atau daya jasad (roh syahwat, kudrat dan kehidupan) dan di sisi yang lain, tempat untuk Roh Iman dan Roh Qudus. Maka jiwa itu terdiri dari lima roh, iaitu roh-roh atau daya dari jasad, Roh Iman dan Roh Qudus. Oleh itu, ia terdiri dari daya dan roh dari dunia yang berbeza, kerana ia diciptakan dari dunia yang berbeza. Tanah liat basah yang diangkat adalah dari dunia fizikal yang berjirim, dan peniupan roh pula adalah dari Langit Atasan.

Dari Ibrahim bin Umar Al-Yamani, dari Jabir Al-Ja'fi yang berkata: Abu Abdullah (as) bersabda: Wahai Jabir, Allah TWT telah menciptakan makhluk dalam tiga golongan, dan ia adalah seperti firman Allah AWJ:

وَكُنتُمْ أَزْوَاجًا ثَلَاثَةً * فَأَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ * وَأَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ * وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ * أُولَٰئِكَ الْمُقَرَّبُونَ 

 

_______________________

. 1. Sumber (Al-Saduq - Ilal al-Shari’): Bahagian 1 ms 16

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 322

 

 

[Dan kamu pula menjadi tiga puak Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? Dan orang-orang yang telah mendahului - yang akan mendahului. Mereka itulah orang-orang yang didampingkan.] [Quran 56:7-11].

 

Orang-orang yang mendahului adalah para Utusan Allah dan para makhluk Allah yang utama dari kalangan makhluknya. Dia telah meletakkan pada mereka lima roh. Dia mendukung mereka dengan: Roh Qudus, yang mana dengannya mereka mengenal benda-benda; Roh Iman, yang mana dengannya mereka bertaqwa kepada Allah; roh kudrat, yang mana dengannya mereka mempunyai kemampuan untuk mentaati Allah; roh syahwat, yang mana dengannya mereka menginginkan ketaatan kepada Allah dan membenci keengkaran. Dia juga meletakkan pada mereka roh pergerakan, yang mana dengannya datang dan pergi.

Dia telah meletakkan roh-roh ini pada orang-orang beriman dan Kaum Kanan (Ashab Al-Yamin): Roh Iman yang mana dengannya mereka bertaqwa kepada Allah; roh kudrat yang mana dengannya mereka mentaati Allah; roh syahwat yang mana dengannya mereka mahukan ketaatan kepada Tuhan,dan roh pergerakan, yang mana dengannya manusia datang dan pergi.[1]

 

Dan dari Jabir, dari Abi Jaafar (as) telah ditanya berkenaan ilmu mereka yang berilmu, maka beliau bersabda: Ada lima roh pada para Nabi dan Washi: Roh Qudus, Roh Iman, roh kehidupan, roh kudrat dan roh syahwat. Melalui Roh Qudus, mereka mengetahui telah apa yang berada di bawah Arash sehingga yang berada di dalam bumi.. Empat dari roh ini semuanya diserang kekotoran kecuali Roh Qudus. Ia tidak mengambil mudah atau bermain-main.” [2]

 

Dan dari Al-Mufadhdhal Bin Umar, dari Abi Abdillah telah ditanya berkenaan ilmu para Imam berkaitan apa yang berada pada penghujung bumi ketika beliau berada di rumahnya, menyendiri di balik tabir, beliau (as) berkata: Allah TWT telah meletakkan lima roh pada Nabi (S): roh kehidupan yang dengannya baginda bergerak dan berjalan, roh kudrat yang mana dengannya baginda berdiri dan berusaha, roh syahwat yang mana dengannya baginda makan, minum dan dan berpasangan secara halal, roh iman yang mana dengannya baginda beriman dan adil, dan Roh Qudus, yang mana dengannya baginda menggalas tugas kenabian. Apabila baginda meninggal dunia, Roh Qudus dipindahkan kepada para Imam. Roh Qudus tidak tidur, terlupa, mengambil mudah atau berbangga. Keempat-empat roh yang lain tidur, terlupa, berbangga dan mengambil mudah. Dan baginda pernah melihat melalui Roh Qudus.” [3]

 

_______________________

[1] Sumber (Al-Kulayni - Al-Kafi): J 1 ms 271

[2] Sumber (Al-Kulayni - Al-Kafi): Bahagian 1 ms 272

[3] Sumber yang sama.

 

 

Sebelum✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: