Khamis, 17 Mac 2022

6.13 Ketunggalan

 

Ketunggalan (singularity)

 

Berdasarkan teori am Einstein, yang menjelaskan graviti bersama fakta bahawa jasad akan melengkungkan atau membengkokkan ruang atau fabrik masa-ruang berdasarkan perkadaran jisim mereka, ahli fizik, Karl Schwarzschild telah mencadangkan pada tahun 1916, bahawa jasad, yang mempunyai jisim yang cukup besar dan daya graviti yang besar, akan melengkungkan dan membengkokkan ruang di sekeliling mereka. Maka, ia seperti lubang di angkasa, atau pada fabrik masa-ruang, kerana graviti mereka menghalang semua benda, termasuk cahaya, dari melepaskan diri dari sekitarnya. Secara saintifiknya, ini disebut sebagai ufuk peristiwa. Cahaya yang diperlukan untuk melepaskan diri darinya perlulah lebih laju dari kelajuan cahaya. Oleh itu, cahaya tidak boleh melepaskan diri dari ufuk peristiwa. Lokasi di sekitar ufuk peristiwa dikenali sebagai wilayah

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 481

 

 

ketunggalan, kawasan di mana hukum fizik yang kita ketahui tidak lagi berfungsi. Kita selalunyal mengenali wilayah ketunggalan dan kawasan sekitarnya (ufuk peristiwa) dengan terma “lohong hitam”.

 

Lohong hitam selalunya terbentuk apabila sebuah jisim yang besar - contohnya seperti bintang besar yang telah menggunakan semua bahan api nuklearnya dan runtuh akibat beratnya sendiri - tertumpu di dalam sebuah kawasan ruang yang cukup kecil untuk membengkokkan sepenuhnya fabrik ruang-masa. Kawasan ketunggalan mempunyai isipadu sifar. Atas sebab ini, ia dianggap mempunyai ketumpatan yang infinit tanpa mengira jisimnya. Radius ufuk peristiwa - iaitu persempadanan lohong hitam itu - yang mana cahaya tidak boleh melepaskan diri darinya adalah bergantung kepada jisim lohong hitam.

 

“Bintang yang besar akan membakar hidrogen mereka kepada helium lebih pantas dari matahari. Ini bermakna, bintang tersebut boleh kehabisan hidrogen paling pantas dalam beberapa ratus juta tahun. Selepas itu, bintang tersebut akan menghadapi sebuah krisis. Ia boleh sahaja membakar helium mereka kepada elemen yang lebih berat seperti karbon dan oksigen, namun tindak balas nuklear ini tidak menghasilkan tenaga yang banyak, maka akibatnya bintang tersebut kehilangan tenaga dan tekanan termal yang mendukung mereka ke atas graviti. Oleh itu ia  akan mula mengecil. Jika bintang tersebut dua kali ganda jisim matahari, tekanan tersebut tidak akan mencukupi untuk menghentikan penguncupan. Ia akan runtuh menjadi saiz sifar dan ketumpatan infinit yang digelar ketunggalan. [1]

 

Lohong hitam di angkasa telah diperhatikan dan direkodkan, samada melalui pergerakan sesetengah bintang di sekitar lohong hitam tersebut apabila mereka menghampiri ufuk peristiwa, atau melalui pemerhatian dan perekodan sebuah holong hitam menelan sebuah bintang, seperti yang telah dilakukan oleh sekumpulan saintis Korea Selatan baru-baru ini dalam abad ke 21. [2]

 

_________________________________

[1] Sumber (Hawking - Alam semesta dalam cangkerang walnut): ms 107 108

[2] EuroNews 19/09/2011 )) Imej pertama lohong hitam menelan bintang. Boleh didapati di:

http://arabic.euronews.com/2011/09/19/black-hole-caught-gobbling-up-a-star

 

 

 


Rajah 22: Ilustrasi lohong hitam. Pada kedudukan paling bawah, ketunggalan (singularity) telah terjadi. [1]

 

 

___________________

[1] Sumber: SUMBER ASTRONOMI

Pengarang: Wolf Damm Diterbitkan: 13 Oktober 2011. Boleh didapati di :

http://www.astronomysource.com/tag/ergosphere-definition/

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: