Ahad, 6 Mac 2022

5.29 Ratapan Bangsa Sumer Ke Atas Tamus atau Dumuzi

 

Ratapan Bangsa Sumer Ke Atas Tamus atau Dumuzi

 

 

Cangkir itu jatuh hancur berkecai. 

 

Dumuzi sudah tidak bernyawa lagi.

 

Kandang domba telah tiada dibawa angin.[1]

 

Di dalam sebuah sajak yang lain, seorang penyair Sumer meratapi Dumuzi (Anak Yang Soleh) dengan berkata:

 

“Hatiku cukup mudah meratap tangis.

 

Aku adalah seorang wanita, yang mana akulah yang menghancurkan negara-negara musuh

 

Aku Nansuna ibu tuan yang besar

 

Aku Kashtin - Aku adik kepada pemuda suci

 

Hatiku cukup mudah meratap tangis.

 

Pergi ke tempat pemuda itu,

 

Pergi ke tempat Dumuzi,

 

Ke alam bawah, tempat si gembala menghuni

                                      

Hatiku cukup mudah meratap tangis.

 

Ke tempat di mana pemuda itu diikat,

 

Ke tempat di mana Dumuzi dihalang ...

 

____________________

[1] Sumber (Dr. Fadhil Abdul Wahid Ali - Ishtar dan Tragedi Tamuz).

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 369

 

 

Hatiku cukup mudah meratap tangis.[1]

 

 

Hakikatnya, sebuah kezaliman besar telah dilakukan terhadap bangsa Sumer yang mengajar umat manusia menulis, menggubal hukum dan menyediakan asas untuk ilmu-ilmu. Mereka juga merupakan orang pertama yang mencipta roda dan mencipta sistem pengiraan, algebra dan geometri. Apabila Dr. Kramer menggambarkan mereka dan sebahagian pakar ketamadunan Sumer mengikutinya:

 

Mereka berduka atas sesuatu yang lagenda atau kisah mitos yang mereka tulis dan itu hanyalah ungkapan kesuburan dan kemandulan yang berturut-turut sepanjang tahun, seolah-olah mereka adalah orang yang mengambil bahan narkotik (dadak) yang membuat mereka hilang akal, sehingga yang mewaris orang-prang Babylon berkabung dan menubuhkan majlis perkabungan selama beribu-ribu tahun pada simbol dalam cerita yang mereka karang dari Alif hingga Ya (A hingga Z).

 

Selama ribuan tahun, bangsa Mesopotamia, satu demi satu generasi, setiap tahun, menggambarkan jasad Dumuzi. Dan setiap tahun, mereka menangisi dan membacarakan ratapan ke atas Dumuzi.

 

Adakah semua ini hanya sekadar delusi?!!

Apakah sebabnya mereka menulis kisah-kisah ini?!

Adakah sekadar untuk mengekspresikan kesuburan yang datang pada musim bunga dan kemandulan yang akan datang pada musim seterusnya dalam tahun tersebut?!

 

Sepatutnya ada sebuah penjelasan yang logik berkenaan rasa sedih yang ditunjukkan oleh tamadun pertama yang diketahui oleh manusia, sebuah ratapan kesedihan selama ribuan tahun untuk Dumuzi, anak yang beriman atau Tamus.

 

Berkenaan dengan warisan keagamaan, riwayat daripada para Imam (as) telah menceritakan kepada kita dengan kejelasan yang jitu bahawa bangsa Sumer telah meratapi dan menangisi Al-Hussain (as), berdasarkan tindakan para Nabi Sumer, Nuh dan Ibrahim (as), yang menangisi dan meratapi Al-Hussain (as).

 

عن الفضل بن شاذان، قال: [سمعت الرضا (عليه السلام) يقول: لما أمر الله عز وجل

 

_______________________

[1] Sumber (Dr. Fadhil Abdul Wahid Ali - Ishtar dan Tragedi Tamuz).

 

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 369

 

 

إبراهيم (عليه السلام) أن يذبح مكان ابنه إسماعيل الكبش الذي أنزله عليه، تمنى إبراهيم (عليه السلام) أن يكون قد ذبح ابنه إسماعيل بيده وأنه لم يؤمر بذبح الكبش مكانه ليرجع إلى قلبه ما يرجع إلى قلب الوالد الذي يذبح أعز ولده عليه بيده فيستحق بذلك أرفع درجات أهل الثواب على المصائب، فأوحى الله عز وجل إليه: يا إبراهيم من أحب خلقي إليك؟ فقال: يا رب ما خلقت خلقاً هو أحب إلي من حبيبك محمد (صلى الله عليه وآله)، فأوحى الله تعالى إليه أفهو أحب إليك أم نفسك؟ قال: بل هو أحب  إلي من نفس ي، قال: فولده أحب إليك أم ولدك؟ قال: بل ولده، قال: فذبح ولده ظلماً على أيدي أعدائه أوجع لقلبك أو ذبح ولدك بيدك في طاعتي؟ قال: يا رب، بل ذبح ولده ظلماً على أيدي أعدائه أوجع لقلبي. قال: يا إبراهيم، فإنّ طائفة تزعم أنها من أمة محمد ستقتل الحسين ابنه من بعده ظلماً وعدواناً كما يذبح الكبش، ويستوجبون بذلك سخطي، فجزع إبراهيم (عليه السلام) لذلك، وتوجع قلبه، وأقبل يبكي، فأوحى الله عز وجل إليه: يا إبراهيم، قد فديت جزعك على ابنك إسماعيل لو ذبحته بيدك بجزعك على الحسين وقتله، وأوجبت لك أرفع درجات أهل الثواب على المصائب، وذلك قول الله عز وجل "وفديناه بذبح عظيم". شيئان قائمان وشيئان جاريان وشيئان مختلفان وشيئان متباغضان.] [1]

 

 

Dari Al-Fadhl bin Syazhan, yang berkata: [Aku mendengar Al-Ridha (as) bersabda, “Apabila Allah AWJ memerintahkan Ibrahim (as) untuk menyembelih domba jantan yang Dia turunkan sebagai ganti kepada anaknya Ismail, Ibrahim (as) telah berharap agar beliau dapat menyembelih anaknya, Ismail, dengan tangannya sendiri dan tidak diperintah untuk menyembelih domba jantan tersebut sebagai ganti. Ini agar beliau mendapat ganjaran seorang bapa yang mengorbankan anaknya yang tersayang, iaitu kedudukan tertinggi seorang yang bersabar ke atas dugaan. Jadi Allah AWJ telah mewahyukan kepada beliau: Wahai Ibrahim, siapakah dari kalangan makhluk Ku yang paling kamu sayangi?’ Beliau menjawab, ‘Wahai Tuhan, Kau tidak menciptakan makhluk yang lebih disayangi olehku dari kekasih Mu, Muhammad (S). Maka Tuhan Maha Kuasa mewahyukan kepadanya, ‘Adakah beliau lebih kamu sayangi, atau kamu lebih menyayangi diri kamu sendiri?’ Maka beliau menjawab, ‘Baginda lebih aku sayangi dari diri aku sendiri.’ Maka Tuhan berfirman, ‘Adakah anak baginda lebih kamu sayangi atau anak kamu? Beliau (as) bersabda, ‘Anak baginda.’ Tuhan berfirman, ‘Jadi, adakah pembunuhan zalim anaknya oleh musuh-musuhnya lebih menyakitkan hatimu, atau pembunuhan anakmu dengan tanganmu sendiri atas dasar ketaatan kepada Aku?’ Beliau menjawab, ‘Wahai Tuhan, sesungguhnya pembunuhan anak baginda di tangan para musuhnya dengan zalim lebih menyakitkan hatiku.”

Tuhan berfirman, 'Wahai Ibrahim, mereka yang mengaku sebagai umat Muhammad akan membunuh anaknya, Al-Hussain, dengan kezaliman dan kerakusan, seperti mana domba jantan dibunuh. Dan dengan itu, mereka menyebabkan kemurkaanKu.' Maka selepas itu, Ibrahim menjadi sedih, hatinya sakit, dan beliau mula menangis. Maka Allah AWJ mewahyukan pada beliau, 'Wahai Ibrahim, Aku tebus kesedihan mu atas anak mu Ismail, jika membunuhnya dengan tangan mu sendiri dengan kesedihan mu ke atas Al-Hussain dan pembunuhannya. Aku telah menganugerahkan mu darjat tertinggi seorang yang bersabar ke atas sebuah musibah. Inilah firman Allah AWJ,

وَفَدَيْنَـٰهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ

[Dan kami menebusnya dengan sembelihan yang agung.] (As-Shaaffat 37:107)

Dua perkara sama yang tertegak, terjadi, berbeza dan keduanya dibenci." [1]

 

عن علي بن محمد رفعه، عن أبي عبد الله  (عليه السلام) : [في سقم ابراهيم (عليه السلام) في قول الله عز وجل:  "فَنَظَرَ نَظْرَةً فِي النُّجُومِ * فَقَالَ إِنِّي سَقِيمٌ" ، قال : حسب فرأى ما يخل بالحسين (عليه السلام) فقال : إني سقيم لما يخل بالحسين ((عليه السلام).

 

Dari Ali bin Muhammad Raf’ah, dari Abi Abdullah (as): Berkenaan sakitnya Ibrahim, Abu Abdullah (a) bersabda: Berkenaan firman Allah (S):

فَنَظَرَ نَظْرَةً فِى ٱلنُّجُومِ * فَقَالَ إِنِّى سَقِيمٌ

[Lalu dia memandang sekilas ke bintang-bintang, kemudian berkata, "Sesungguhnya aku sakit."] (As-Shaaffat 37:88-89]. Beliau telah melihat apa yang akan terjadi kepada Al-Hussain, maka beliau berkata, 'Aku sakit kerana apa yang bakal menimpa Al-Hussain (as).[2].

 

وروى العلامة المجلسي في البحار: ] أن آدم لما هبط إلى الأرض لم ير حواء فصار يطوف الأرض في طلبها فمر بكربلاء فاغتم وضاق صدره من غير سبب وعثر في الموضع الذي قتل فيه الحسين حتى سال الدم من رجله ، فرفع رأسه إلى السماء وقال : إلهي ، هل حدث مني ذنب آخر فعاقبتني به فإني طفت جميع الأرض وما أصابني سوء مثل ما أصابني في هذه الأرض ، فأوحى الله إليه : يا آدم ، ما حدث منك ذنب ولكن يقتل في هذه الأرض ولدك الحسين ظلماً فسال دمك موافقة لدمه ، فقال آدم : يا رب أيكون الحسين نبياً ؟ قال : لا ولكنه سبط النبي محمد ، فقال : ومن القاتل له ؟ قال : قاتله يزيد لعين أهل السماوات والأرض ، فقال آدم :  فأي شيء أصنع

 

____________________

[1] Sumber (Al-Shaduq - Al-Khisal): ms 58 59, dan (Al-Shaduq – ‘Uyun Akhbar Al-Ridha): J. 2 ms 187

[2] Sumber (Al-Kulayni - Al-Kafi): J 1 ms 465

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 371

 

 

یا جبرئيل فقال : العنه يا آدم ، فلعنه أربع مرات ومشى خطوات إلى جبل عرفات فوجد حواء هناك.

 

وروي أن نوحاً لما ركب في السفينة طافت به جميع الدنيا ، فلما مرت بكربلاء أخذته الأرض وخاف نوح الغرق فدعا ربه وقال : إلي ، طفت جميع الدنيا وما أصابني فزع مثل ما أصابني في هذه الأرض ، فنزل جبرئيل وقال : يا نوح ، في هذا الموضع يقتل الحسين سبط محمد خاتم الأنبياء وابن خاتم الأوصياء ، فقال : ومن القاتل له يا جبرئيل ؟ قال : قاتله لعين أهل سبع سماوات وسبع أرضين ، فلعنه نوح أربع مرات فسارت السفينة حتى بلغت الجودي واستقرت عليه .

 

وروي أن إبراهيم)  عليه السلام  ( مر في أرض كربلاء وهو راكب فرساً فعثرت به وسقط إبراهيم وشج رأسه وسال دمه ، فأخذ في الاستغفار وقال : إلهي أي شيء حدث مني ؟ فنزل إليه جبرئيل وقال : يا إبراهيم ، ما حدث منك ذنب ولكن هنا يقتل سبط خاتم الأنبياء وابن خاتم الأوصياء فسال دمك موافقة لدمه ، قال : يا جبرئيل ، ومن يكون قاتله ؟ قال : لعين أهل السماوات والأرضين والقلم جرى على اللوح بلعنه بغير إذن ربه ، فأوحى الله تعالى إلى القلم : أنك استحققت الثناء بهذا اللعن ، فرفع إبراهيم)  عليه السلام  (  يديه ولعن يزيد لعناً كثيراً وأمن فرسه بلسان فصيح ، فقال إبراهيم لفرسه : أي شيء عرفت حتى تؤمن على دعائي ؟ فقال : يا إبراهيم أنا أفتخر بركوبك علي فلما عثرت وسقطت عن ظهري عظمت خجلتي وكان سبب ذلك من يزيد لعنه الله تعالى  .

 

Al-Majlisi meriwayatkan di dalam Al-Bihar Al-Anwar: Apabila Adam turun ke bumi, beliau tidak menjumpai Hawa, maka beliau mula merayau-rayau di bumi untuk mencari Hawa. Apabila beliau melepasi Karbala, beliau menjadi sedih tanpa sebab. Beliau terjatuh di tempat Al-Hussain dibunuh, menyebabkan kakinya berdarah. Maka beliau mengangkat kepalanya kepada langit dan berkata, Tuhanku, adakah aku telah melakukan dosa lagi, dan Kau menghukumi ku atas sebab itu? Dalam perayauanku di bumi ini, tiada mudarat telah menyentuhku sepertimana bumi ini. Maka Tuhan telah mewahyukan kepada beliau, ‘Kamu tidak melakukan dosa, namun di bumi ini, anak mu, Al-Hussain, akan dibunuh dengan zalim, maka darah mu mengalir bersamaan dengan Al-Hussain.’ Adam berkata, ‘Adakah Al-Hussain itu menjadi seorang Nabi?’ Tuhan mejawab, ‘Tidak, namun beliau adalah anak Nabi Muhammad.’ Adam bertanya, ‘Dan siapakah pembunuhnya?’ Tuhan menjawab, ‘Pembunuhnya adalah Yazid, yang terlaknat oleh penduduk bumi dan langit.’ Maka Adam berkata, ‘Apa yang boleh aku lakukan?’ Tuhan menjawab, ‘Laknatlah dia wahai Adam.’ Maka Adam melaknatnya empat kali dan berjalan ke Gunung Arafat, maka menemui Hawa di sana.”

Telah diriwayatkan juga, apabila Nuh menaiki bahtera, ia belayar ke serata dunia. Apabila ia melalui Karbala, bumi menahannya dan Nuh berasa risau akan mati lemas. Maka beliau berdoa kepada Tuhannya dan berkata, “Tuhan ku, aku telah belayar ke seluruh dunia dan tidak pernah berasa takut sebegini di bumi ini.” Maka Jibrail pun turun dan berkata, “Wahai Nuh, di tempat ini, Al-Hussain akan dibunuh, cucu kepada Muhammad, Penutup Para Nabi, dan anak kepada Penutup Para Washi. Beliau berkata, “Siapakah pembunuhnya, wahai Jibrail?” Jibrail menjawab, “Pembunuhnya adalah Sang Terlaknat oleh penduduk tujuh langit dan tujuh bumi.” Maka Nuh pun melaknatnya empat kali dan bahtera tersebut terus bergerak sehingga sampai kepada Al-Judi dan terdampar di sana.

Turut diriwayatkan bahawa Ibrahim telah melalui bumi Karbala dengan Kuda. Kuda tersebut tersadung dan Ibrahim terjatuh, menyebabkan kepalanya terluka. Beliau mula memohon keampunan dari Tuhan, dengan berkata, “Tuhanku, apa yang telah aku lakukan?” Maka Jibrail turun dan berkata, “Wahai Ibrahim, kamu tidak melakukan dosa, namun di sini adalah tempat anak kepada Penutup Para Nabi dan anak kepada Penutup Para Penerus akan dibunuh. Maka, darah kamu menitis bersamaan dengannya.” Beliau bersabda, “Wahai Jibrail, siapakah pembunuhnya?” Jibrail menjawab, “Si terlaknat oleh penduduk Langit dan bumi. Al-Qalam telah menulis di atas Loh bahawa dia telah terlaknat Tanpa kebenaran dari Tuhannya, maka Tuhan memberi wahyu kepada Al-Qalam (pena), ‘Kamu layak menerima pujian atas perlaknatan tersebut.’” Maka Ibrahim (as) mengangkat tangannya dan melaknat Yazid sebanyak-banyaknya, dan kuda beliau dengan fasih menyebut “Amin”. Ibrahim berkata kepada kudanya, “Apa yang telah kamu pelajari sehingga kamu berkata amin kepada doaku?” Ia berkata, “Wahai Ibrahim, aku merasa bangga kerana kamu menunggangku, maka apabila aku tersadung dan kamu terjatuh dari belakangku, aku merasa aib yang sangat besar. Ia adalah disebabkab Yazid yang dilaknat Allah SWT.”[1]

 

Apa yang telah disebutkan di atas akan membuatkan pembaca akan berfikir untuk menyedari kekuatan kisah-kisah epik Sumer dan Akkad sebagai khabar-khabar keagamaan dan sebahagian darinya adalah perkara-perkara ghaib dan ramalan perkara yang akan berlaku terkait masa ia ditulis. Bagi kami, tidak ragu lagi: agama adalah kandungan paling besar di dalam kisah epik Sumer-Akkad (Babilon dan Assyria).

Oleh kerana kita telah sampai ke tahap ini, maka adalah wajar untuk kami membincangkan Epik Uruk Abadi, atau Epik Gilgamesh. Bersama-sama, kita akan cuba membacanya dengan cara yang berbeza, dengan cara yang mungkin tidak pernah dilakukan sebelum ini. Kami akan cuba membacanya sebagai kisah yang diceritakan oleh Adam kepada anak-anaknya, dan Nuh kepada anak-anaknya, dan Ibrahim kepada anak-anaknya, sebuah kisah yang tersebar di kalangan

____________________

. 1. Sumber (Al-Majlisi - Bihar Al-Anwar): Bahagian 44, ms 243

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 372

 

masyarakat Sumer dan masyarakat purba, khususnya di Timur Dekat. Ia menjadi kisah kegemaran orang-orang Mesopotamia, dan dari generasi ke generasi, ia diriwayatkan sehingga sampai kepada kita ribuan tahun kemudian. Walaubagaimanapun, ia mungkin dalam keadaan yang rosak apabila manusia menyampaikannya, seperti yang kami sebutkans sebelumnya.

Ini adalah kisah Gilgamesh, yang akan datang suatu hari nanti untuk menyebarkan keadilan dan menyelamatkan manusia dari sifat haiwan mereka. Telah disebutkan di dalam artifak Mesir kuno:

 

“Seorang pria yang sedang bangkit, dengan segala martabatnya, sedang memegang dua ekor lembu yang sedang bangkit: satu di sebelah kanannya, dan yang lainnya di sebelah kirinya.”[1]

Mesopotamia (Sumer), atau kawasan selatan Iraq, telah menanti selama ribuan tahun untuk kemunculan Gilgamesh di situ suatu hari nanti.

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

Tiada ulasan: