Khamis, 17 Mac 2022

6.12 Teori Kerelatifan Am

 

Teori Kerelatifan Am

 


Menurut hukum Newton, graviti antara dua objek bergantung kepada jisim mereka dan jarak antara mereka pada waktu tertentu. Ini bermakna, jika salah satu dari dua objek itu bergerak, dan terjadi perubahan jarak antara mereka, kesan daya graviti antara mereka akan berubah secara terus. Dengan kata lain, perubahan itu berlaku secara serta merta. Ini bermakna kesan daya graviti bergerak pada kelajuan infinit. Ini bercanggahan dengan kerelatifan khas, yang

 

____________________

[1] Sumber (Landley - The Doubt Principle): ms 266-267

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 479

 

 

telah menunjukkan bahawa kelajuan maksimum untuk apa sahaja objek adalah kelajuan cahaya. Inilah sebabnya Einstein telah bekerja selama sepuluh tahun yang menjelaskan graviti dalam cara yang tidak bercanggah dengan kerelatifan khas. Pada tahun 1915, beliau telah mempersembahkan teori kerelatifan am. Teori ini menyifatkan alam ini secara keseluruhannya dari segi kesan graviti ke atas jirim dan tenaga alam semesta ini, dan kesan ke atas satu sama lain. Berdasarkan teori kerelatifan khas Einstein, di dalam alam ini, tidak wujud kelajuan yang lebih laju dari cahaya, tidak wujud masa mutlak dan tidak wujud masa yang bebas secara mutlak dari dimensi lain di alam yang kita sebut sebagai ruang. Sebaliknya, wujud sebuah fabrik sejagat yang terdiri dari empat dimensi.

 

Di dalam teori kerelatifan am, kesan graviti adalah hasil dari empat dimensi kosmik (ruangmasa) yang  membengkok akibat jirim dan tenaga. Oleh itu, fabrik sejagat ini seolah-olahnya bersifat elastik dan boleh dibengkokkan, dan semua jirim di alam ini membengkokkan fabrik ini mengikut jisimnya. Semua tenaga turut membengkokkan fabrik ini mengikut kebersamaan jirimnya, berdasarkan persamaan yang telah dibentangkan oleh Einstein di dalam teori kerelatifan khas: E=mc2.

 

Sebagai contoh, jisim dan tenaga matahari telah membengkokkan fabrik ruangmasa, dan bumi bergerak di atas jalan yang terbengkok ini di atas laluan yang sama seperti sebuah garis lurus, kerana ia mewakili laluan yang paling pendek di antara dua titik di dalam empat dimensi. Kita melihat laluan ini berbentuk hampir membulat di dalam dunia tiga dimensi, seperti sebuah kapal terbang yang terbang lurus antara dua titik di dalam tiga dimensi yang meninggalkan kesan lengkung (bayang) pada permukaan bumi kerana perbezaan ketinggian pada permukaan bumi, dan bukan kerana laluan kapal terbang itu sendiri.

 

Teori kerelatifan khas sangat berjaya dalam menunjukkan kelajuan cahaya tampak sama pada semua pemerhati (seperti yang ditunjukkan oleh eksperimen Michelson-Morley dan dalam menunjukkan apa yang terjadi apabila benda bergerak pada kelajuan yang menghampiri kelajuan cahaya. Bagaimanapun ini tidak selari dengan teori graviti Newton yang mengatakan objek tertarik antara satu sama lain dengan daya yang bergantung kepada jarak antara mereka. Ini bermakna jika seseorang menggerakkan salah satu objek, daya pada objek lain akan berubah secara serta merta. Atau dengan kata lain, kesan graviti sepatutnya bergerak dengan kelajuan infinit, bukan pada atau kurang dari kelajuan cahaya, seperti yang disebutkan oleh teori kerelatifan khas. Einstein telah menbuat beberapa percubaan gagal di antara 1908 dan 1914 untuk menemukan teori graviti yang selari dengan kerelatifan khas. Akhirnya, pada tahun 1915, beliau telah mencadangkan apa yang sekarang kita gelar sebagai teori kerelatifan am.

 

Einstein telah mengemukakan cadangan revolusinari yang menyebutkan graviti bukanlah daya seperti daya yang lain, sebaliknya ia adalah akibat

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 480

 

 

dari ruang-masa yang tidak mendatar, seperti yang diandaikan sebelumnya: ia berbentuk melengkung, atau melending, berdasarkan pengagihan jisim dan tenaga di dalamnya. Jasad-jasad seperti bumi tidak bergerak di atas orbit melengkung yang disebut graviti; sebaliknya ia mengikuti  laluan terus yang terdekat di ruang yang melengkung, yang dikenali sebagai geodesik. [1]

 

Banyak aplikasi dan eksperimen telah membuktikan ramalan teori kerelatifan am yang berkaitan dengan realiti dan pemerhatian. Sebagai contoh, perincian teori tersebut berkenaan orbit Utarid adalah lebih tepat dari hukum graviti Newton. Teori tersebut juga meramalkan pemantulan cahaya dan bagaimana ia terkesan oleh medan graviti, dan melalui eksperimen, ramalan ini terbukti benar. Ia meramalkan kewujudan lohong hitam, dan ia juga turut ditemui.

Aspek paling penting kerelatifan am, sebagai bahan pelajaran adalah masa dan ruang bukanlah ruangan statik yang mana terjadi peristiwa di dalamnya. Sebaliknya, masa dan ruang membengkok dan terkesan oleh benda yang wujud di dalamnya, dengan kata lain, masa dan ruang adalah kewujudan yang kinetik dan dinamik.

Ini telah membenarkan sesetangah ahli kosmologi untuk mengandaikan perkembangan alam ini tidak dihadkan oleh jirim dan tenaga, namun turut termasuk ruang yang mengandungi mereka.

 

_________________

[1] Sumber (Hawking - Sejarah Ringkas Masa): ms 37 39

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

 

Tiada ulasan: