Sabtu, 5 Mac 2022

5.26 Agama Sumer dan Akkad, dan Tiga Agama: Islam, Kristian Dan Yahudi

 5.26 Agama Sumer dan Akkad, dan Tiga Agama: Islam, Kristian Dan Yahudi

 

Agama Sumer dan Akkad, dan Tiga Agama: Islam, Kristian Dan Yahudi

 

Hakikatnya, sesiapa yang memahami Taurat, Injil dan Quran, serta apa yang disebutkan di dalam tablet tanah liat Sumer, pastinya akan mencapai dua kesimpulan yang tidak dapat dielakkan:

 

Kesimpulan yang pertama adalah asal usul agama dapat dijejaki kembali kepada penulisan bangsa Sumer, dan Taurat, Injil dan Quran hanya menggunapakai kembali agama Sumer (penciptaan manusia pertama, kisah Habil dan Qabil, kisah Banjir Besar, dosa, akhirat, syurga, neraka dan seterusnya).

Kesimpulan kedua adalah, agama Sumer adalah agama Adam dan Nuh (as), namun ia telah disampaikan, dan kemudiannya ditulis di dalam bentuk yang telah diubah suai, seterusnya bangsa Sumer dan Akkad (Babilon dan Assyria) mempercayai agama dalam bentuk yang telah diubah suai tersebut. Inilah yang saya berhajat untuk buktikan dengan menunjukkan bahawa kisah-kisah Sumer hanyalah peristiwa ghaib yang dibawa oleh Adam (as) ke bumi. Ia adalah kisah-kisah orang-orang soleh dari kalangan anak-anak beliau, khususnya mereka yang mewakili peristiwa penting dalam perjalanan agama, seperti Dumuzi (anak yang beriman) atau Gilgamesh.

Dr. Samuel Kramer menyedari persamaan besar berkaitan apa yang ditulis di dalam Taurat dan tablet Sumer. Beliau telah membuat keputusan untuk beberapa bab di dalam buku-bukunya yang menjelaskan persamaan antara tablet tanah liat Sumer dan Taurat, antaranya:

 

“Bab Tujuh Belas (Syurga Firdaus) Persamaan pertama dengan Taurat.”[1]

 

____________________

. 1. Sumber (Kramer - daripada tablet Sumer): ms 239

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 353

 

 

Perkahwinan Suci dan Lagu-Lagu Sulaiman.” [1]

 

Bangsa Sumer mengetahui dan mengamalkan amalan-amalan yang tepat dalam agama Tuhan, seperti mempercayai rukya (mimpi) dan mempercayai ia adalah kata-kata Tuhan. Mereka juga mempercayai tanda-tanda dan Tuhan boleh berbicara kepada seseorang di dalam apa sahaja yang dialaminya.

 

Dan Charles Virolleaud berkata - dalam legenda Babylon:

 

“Sekarang kita mengetahui bahawa umat manusia telah dicipta untuk berkhidmat kepada tuhan-tuhan, dan tuhan-tuhan akan menghukum mereka walaupun atas kesalahan yang kecil. Atas sebab itu, mereka harus mentaati permintaan langit dengan tepat dan mengikuti apa yang diperintahkan. Bagaimana lagi cara mereka untuk memelihara keharmonian ini dan mengelak dari kemurkaan tuhan-tuhan? Jika mereka mendapat mimpi inspirasi kemahuan tuhan-tuhan mereka, bagaimana mereka menafsirkan mimpi-mimpi tersebut dengan cara yang akan memuaskan hati tuhan-tuhan mereka, itupun, jika ada mimpi? Bagaimana jika tiada mimpi?

 

Jawabannya adalah mereka mungkin akan bergantung kepada petanda dan isyarat-isyarat alami, kerana keduanya akan menunjukkan ke arah kebenaran. Oleh itu, perhatian yang besar harus diberikan, bukan sekadar kepada perubahan bulan, malah kepada bentuk awan. Sememangnya, setiap pergerakan benda-benda yang merangkak di dalam rumpunan dan malahan planet-planet di dalam galaksi memberikan sebuah isyarat kepada kehendak tuhan-tuhan, samada baik atau buruk. Di sinilah akan menyerlah seni atau sains dan membezakan samada kehendak itu adalah baik atau buruk.

 

Ahli Nujum perlu masuk campur, samada untuk mempercepatkan nasib yang baik atau untuk menolak kuasa jahat yang membahayakan nyawa. Ini tidak merujuk kepada nyawa individu atau komuniti, sebaliknya ia merujuk kepada nyawa Raja yang mengawal masa depan umat.

 

Raja ini, yang telah diberikan ilmu oleh tuhan, seperti yang disebutkan sebelumnya, adalah raja ketujuh kepada kerajaan sebelum banjir besar (antediluvian). Oleh itu, mengikut susun atur perwarisan, raja tersebut menepati ciri Henokh - Idris, yang menduduki tempat ketujuh dari salasilah keturunan Adam, rantaian salasilah sebelum banjir. Adalah sangat menakjubkan walaupun nama wataknya tidak sama, namun sifat dan tindakannya adalah persis sama. Malah, dikatakan teks Taurat berkenaan salasilah nabi ketujuh (Henokh) adalah sangat ringkas katanya:

“Karena Henokh selalu hidup akrab dengan Allah, ia menghilang karena diambil oleh Allah.” (Kejadian 5:24)

Henokh telah menjadi wira dalam rantaian lagenda yang menjadikan beliau pencipta penulisan, penulis buku pertama dan pencipta

 

____________________

[1] Sumber (Kramer - Inanna dan Dumuzi, ritual seks suci orang Sumeria) Kramer, ritual perkahwinan suci,

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 354

 

 

ilmu planet (bintang) dan pengangkutan, astronomi dan aeronomi. Tampak seolah-olah beliau adalah Fedoranki. Kita boleh mengandaikan dan menerima bahawa lagenda Yahudi ini adalah perkembangan dari lagenda Khaldea purba.

Para raja dan nabi-babi yang lain, enam nenek moyang Henokh dan tiga orang penggantinya, mempunyai kualiti yang sama. Satu-satunya karektar yang menarik perhatian kita adalah karektar peribadi ke sepuluh yang hidup ketika Banjir Besar.[1]

 

Kisah-kisah bangsa Sumer sangat jelas - sama seperti agama Tuhan yang lain - berkenaan dengan kehidupan selepas mati dan orang-orang yang baik dan soleh akan memasuki syurga, sementara yang jahat akan memasuki neraka.

 

“Orang-orang ini meyakini mereka  akan hidup selepas mati, namun dalam keadaan gelap tanpa ganjaran, melainkan mereka mengambil jalan yang baik di dunia ini, dengan kata lain, melalui kesolehan. Sebuah contoh berkenaan perkara ini adalah apa yang terjadi kepada Oum-Napishtim (iaitu Nuh (as)), atau dengan melaksanakan hukum kepada manusia, seperti yang dilakukan oleh Hammourabi. [2]

 

_______________________

[1] Sumber (Ferullo - The Myths of Babylon and Canaan): ms 28

[2] Sumber (Ferrulo - The Myths of Babylon and Canaan): ms 38

 

 

Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya

 

 

Tiada ulasan: