5.26 Agama Sumer dan Akkad, dan Tiga Agama: Islam, Kristian Dan Yahudi
Agama Sumer dan Akkad, dan Tiga Agama:
Islam, Kristian Dan Yahudi
Hakikatnya, sesiapa yang memahami Taurat,
Injil dan Quran, serta apa yang disebutkan di dalam tablet tanah liat Sumer,
pastinya akan mencapai dua kesimpulan yang tidak dapat dielakkan:
Kesimpulan yang pertama adalah asal usul agama
dapat dijejaki kembali kepada penulisan bangsa Sumer, dan Taurat, Injil dan
Quran hanya menggunapakai kembali agama Sumer (penciptaan manusia pertama,
kisah Habil dan Qabil, kisah Banjir Besar, dosa, akhirat, syurga, neraka dan
seterusnya).
Kesimpulan kedua adalah, agama Sumer adalah
agama Adam dan Nuh (as), namun ia telah disampaikan, dan kemudiannya ditulis di
dalam bentuk yang telah diubah suai, seterusnya bangsa Sumer dan Akkad (Babilon
dan Assyria) mempercayai agama dalam bentuk yang telah diubah suai tersebut.
Inilah yang saya berhajat untuk buktikan dengan menunjukkan bahawa kisah-kisah
Sumer hanyalah peristiwa ghaib yang dibawa oleh Adam (as) ke bumi. Ia adalah
kisah-kisah orang-orang soleh dari kalangan anak-anak beliau, khususnya mereka
yang mewakili peristiwa penting dalam perjalanan agama, seperti Dumuzi (anak
yang beriman) atau Gilgamesh.
Dr. Samuel Kramer menyedari persamaan besar
berkaitan apa yang ditulis di dalam Taurat dan tablet Sumer. Beliau telah
membuat keputusan untuk beberapa bab di dalam buku-bukunya yang menjelaskan persamaan
antara tablet tanah liat Sumer dan Taurat, antaranya:
“Bab Tujuh Belas
(Syurga Firdaus) Persamaan pertama dengan Taurat.”[1]
____________________
. 1. Sumber (Kramer - daripada tablet Sumer):
ms 239
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 353
“Perkahwinan Suci dan
Lagu-Lagu Sulaiman.” [1]
Bangsa Sumer mengetahui dan mengamalkan
amalan-amalan yang tepat dalam agama Tuhan, seperti mempercayai rukya (mimpi)
dan mempercayai ia adalah kata-kata Tuhan. Mereka juga mempercayai tanda-tanda
dan Tuhan boleh berbicara kepada seseorang di dalam apa sahaja yang dialaminya.
Dan Charles Virolleaud berkata - dalam legenda
Babylon:
“Sekarang kita
mengetahui bahawa umat manusia telah dicipta untuk berkhidmat kepada
tuhan-tuhan, dan tuhan-tuhan akan menghukum mereka walaupun atas kesalahan yang
kecil. Atas sebab itu, mereka harus mentaati permintaan langit dengan tepat dan
mengikuti apa yang diperintahkan. Bagaimana lagi cara mereka untuk memelihara
keharmonian ini dan mengelak dari kemurkaan tuhan-tuhan? Jika mereka mendapat
mimpi inspirasi kemahuan tuhan-tuhan mereka, bagaimana mereka menafsirkan
mimpi-mimpi tersebut dengan cara yang akan memuaskan hati tuhan-tuhan mereka,
itupun, jika ada mimpi? Bagaimana jika tiada mimpi?
Jawabannya adalah
mereka mungkin akan bergantung kepada petanda dan isyarat-isyarat alami, kerana
keduanya akan menunjukkan ke arah kebenaran. Oleh itu, perhatian yang besar
harus diberikan, bukan sekadar kepada perubahan bulan, malah kepada bentuk
awan. Sememangnya, setiap pergerakan benda-benda yang merangkak di dalam
rumpunan dan malahan planet-planet di dalam galaksi memberikan sebuah isyarat
kepada kehendak tuhan-tuhan, samada baik atau buruk. Di sinilah akan menyerlah
seni atau sains dan membezakan samada kehendak itu adalah baik atau buruk.
Ahli Nujum perlu
masuk campur, samada untuk mempercepatkan nasib yang baik atau untuk menolak
kuasa jahat yang membahayakan nyawa. Ini tidak merujuk kepada nyawa individu
atau komuniti, sebaliknya ia merujuk kepada nyawa Raja yang mengawal masa depan
umat.
Raja ini, yang telah
diberikan ilmu oleh tuhan, seperti yang disebutkan sebelumnya, adalah raja
ketujuh kepada kerajaan sebelum banjir besar (antediluvian). Oleh itu, mengikut
susun atur perwarisan, raja tersebut menepati ciri Henokh - Idris, yang
menduduki tempat ketujuh dari salasilah keturunan Adam, rantaian salasilah sebelum
banjir. Adalah sangat menakjubkan walaupun nama wataknya tidak sama, namun
sifat dan tindakannya adalah persis sama. Malah, dikatakan teks Taurat
berkenaan salasilah nabi ketujuh (Henokh) adalah sangat ringkas katanya:
“Karena Henokh selalu
hidup akrab dengan Allah, ia menghilang karena diambil oleh Allah.” (Kejadian
5:24)
Henokh telah menjadi
wira dalam rantaian lagenda yang menjadikan beliau pencipta penulisan, penulis
buku pertama dan pencipta
____________________
[1] Sumber (Kramer - Inanna dan Dumuzi, ritual
seks suci orang Sumeria) Kramer, ritual perkahwinan suci,
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 354
ilmu planet (bintang)
dan pengangkutan, astronomi dan aeronomi. Tampak seolah-olah beliau adalah Fedoranki.
Kita boleh mengandaikan dan menerima bahawa lagenda Yahudi ini adalah
perkembangan dari lagenda Khaldea purba.
Para raja dan nabi-babi
yang lain, enam nenek moyang Henokh dan tiga orang penggantinya, mempunyai
kualiti yang sama. Satu-satunya karektar yang menarik perhatian kita adalah
karektar peribadi ke sepuluh yang hidup ketika Banjir Besar.[1]
Kisah-kisah bangsa Sumer sangat jelas - sama
seperti agama Tuhan yang lain - berkenaan dengan kehidupan selepas mati dan
orang-orang yang baik dan soleh akan memasuki syurga, sementara yang jahat akan
memasuki neraka.
“Orang-orang ini
meyakini mereka akan hidup selepas mati,
namun dalam keadaan gelap tanpa ganjaran, melainkan mereka mengambil jalan yang
baik di dunia ini, dengan kata lain, melalui kesolehan. Sebuah contoh berkenaan
perkara ini adalah apa yang terjadi kepada Oum-Napishtim (iaitu Nuh (as)), atau
dengan melaksanakan hukum kepada manusia, seperti yang dilakukan oleh
Hammourabi. [2]
_______________________
[1] Sumber (Ferullo - The Myths of Babylon and Canaan):
ms 28
[2] Sumber (Ferrulo - The Myths of Babylon and
Canaan): ms 38
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan