Adakah Kisah Nabi Allah, Aiyub (Job), Telah
Diriwayatkan Oleh Bangsa Sumer Sebelum Ia Berlaku?
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kisah-kisah
bangsa Sumer atau Akkad hanyalah berita-berita ghaib (metafizik) tentang kisah-kisah
sebenar yang akan terjadi selepas zaman bangsa Sumer, di sepanjang perjalanan
agama Ilahi.
Sesiapa yang telah membaca tablet tanah liat
Sumer akan dapat melihat bahawa ia menyebut para Nabi dan Rasul yang datang
pada era selepas tamadun Sumer. Sebuah contoh akan perkara ini adalah tablet
yang menyebutkan kisah Nabi Aiyub (as) sebelum beliau dilahirkan. Kisah Aiyub
juga disebutkan di dalam Taurat dan Quran.
Semua tablet tanah liat dan serpihan tanah
liat itu di mana risalah Sumer ini dicatatkan pada zamannya hingga lebih dari
lebih dari seribu tahun sebelum Kitab Aiyub ditulis.” [3]
Berikut adalah petikan dari kisah Aiyub,
seperti yang ditulis di dalam tablet Sumer, lama sebelum
_____________________
3. Sumber (Kramer - dari tablet Sumer).
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 355
kelahiran Aiyub:
“Aku, orang yang berakal
bijaksana, mengapa aku terikat pada peristiwa-peristiwa bodoh?
Aku, orang yang berakal
lagi arif, mengapa aku termasuk di antara yang bodoh?
Makanan banyak dan ada
di mana-mana, namun makananku adalah kelaparan,
Pada hari
dibahagi-bahagikan bahagian, bahagian yang diberikan kepadaku ialah siksaan dan
kesakitan.
“Ya Tuhan, aku akan berdiri di hadapanmu,
Aku ingin berbicara
kepada Mu.... kata-kataku adalah rintihan dan keluhan, aku ingin menyampaikan
kepada Mu perkaraku dan meratapi kepahitan jalanku.
Aku ingin meratapi
gangguan....,
Lihatlah, jangan
biarkan ibuku yang melahirkanku berhenti meratap di hadapanmu.
Untuk menghalang adikku
daripada menyanyikan lagu gembira, lalu tidak menyanyikannya..
Untuk menangis dan
meratapi nasib malangku saya di hadapanMu.
Biarkan isteriku
menyuarakan kesedihanku yang pedih.
Biarkan penyanyi
hebat meratapi nasib pahitku ......
Air mata, ratapan, keresahan,
dan gundah bersarang di dalam diriku,
Seksa dan pedih
merenungku, kerana hanya air mata yang ditakdirkan untuknya.
Penyakit ganas
melanda tubuhku...
Ya Tuhanku, Engkaulah
Bapaku yang melahirkanku, bantulah aku untuk bangkit...
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 356
Berapa lama lagi Engkau
akan meninggalkanku dan kekal tanpa bimbingan?
Mereka mengatakan
perkataan yang haq dan benar: Tidak ada anak yang dilahirkan oleh seorang ibu
tanpa dosa.
Kanak-kanak yang
tidak berdosa itu tidak wujud sejak dahulu lagi.....”
Seorang
lelaki - tuhannya mendengar tangisannya dan air matanya,
Pemuda
itu, keluhan dan parutnya, dapat menenangkan hati tuhannya.
Dia
mengusir syaitan yang berpenyakit yang menatapnya, dan mengembangkan sayapnya
ke atasnya.
Dan
penyakit yang menimpanya seperti... telah menghilang dan menyebar,
Dan digantikan nasib
buruk yang ditakdirkan untuknya, dengan gelombang yang berdesir
Dan siksaan lelaki
itu digantikan dengan kegembiraan dan kebahagiaan."[1]
____________________
[1] Sumber (Kramer - daripada tablet Sumer).
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan