Dermaga Terpilih di Pelabuhan Sumer dan
Akkad
Apa yang telah saya sebutkan sebelum ini
adalah memadai untuk menunjukkan point (maksud) saya: telah terjadi sebuah
transformasi, loncatan dan perubahan besar pada Homo sapiens, mungkin dalam
puluhan ribu tahun yang lampau. Ini telah ditunjukkan oleh bukti yang telah
kita temui dari bumi Sumer dan Akkad. Namun begitu, tiada salahnya untuk kita
meneliti beberapa konsep pengenalan yang mengesahkan apa yang telah saya
jelaskan di atas, serta membongkar hakikat teks-teks Sumer dan Akkad.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 347
Kisah Epik Sumer, Akkad
dan Agama Tuhan
Ramai pengkaji sejarah kuno Timur Dekat atau
Timur Tengah menganggap agama sebagai ciptaan manusia semata-mata. Mereka
mengatakan ia bermula dengan mendewakan Dewi Ishtar yang mempunyai berbagai
nama, dewi yang mana patungnya ditemui dalam pelbagai saiz tersebar di seluruh
tamadun purba Timur Dekat yang menjangkau lebih 9000 tahun sebelum masihi.
Mereka menjustifikasikan permulaan agama ini dengan mengatakan bahawa
masyarakat manusia telah didominasi oleh kaum wanita dalam bentuk golongan ibu
yang didampingi oleh anak- anaknya. Anak-anak ini hanya mengetahui mereka
dimiliki oleh ibu mereka. Oleh itu menurut mereka, wanita (ibu agung Ishtar)
telah didewakan, dan patung-patung berhala dibina untuknya. Setelah suatu
tempoh masa, apabila pertanian telah ditemui, masyarakat manusia mula menjadi
bersifat patriarki. Masyarakat manusia mula bermaustatin dan membina keluarga
serta rumah-rumah. Ini menyebabkan tuhan yang bersifat kelelakian diperkenalkan
di dalam kuil-kuil, dan inilah bagaimana agama terbentuk. Agama seterusnya
berevolusi kepada Judaisme, Kristianiti, Islam dan agama yang lain.
Walaubagaimanapun mereka yang membina teori
mereka berdasarkan patung-patung wanita purba telah terlupa bahawa ia boleh
dibantah dengan mudah berdasarkan hujah bahawa patung-patung tersebut di buat
untuk keseronokan seksual dan tidak melambangkan sesuatu yang suci. Oleh itu,
kewujudan seorang wanita suci, yang mana telah dibina sebuah patung untuknya
dalam sesuatu era, sepatutnya tidak membenarkan seorang pengkaji untuk membuat
kesimpulan bahawa setiap patung perempuan yang telah dibuat sebelumnya,
mewakili wanita tersebut. Pendapat ini, iaitu orang lelaki purba membuat alatan
untuk keseronokan seksual sememangnya wujud dan dicadangkan oleh beberapa ahli
arkeologi.
Sebagai tambahan, wujud teks-teks arkeologikal
yang menyifatkan Dewi Ishtar atau Inanna yang dikenali di Sumer dan Akkad
dengan sifat dunia material yang didiami manusia. Oleh itu, di dalam teks-teks
tersebut, Ishtar bukan seorang ibu, malah bukan pun seorang wanita sebenar.
Sebaliknya, Ishtar adalah simbolik untuk alam
material yang mana Raja Dumuzi enggan tunduk kepadanya sebagaimana raja-raja
lain apabila mereka memegang kuasa. Akibatnya, Ishtar menyerahkan Dumuzi (anak yang
soleh) kepada syaitan untuk dibunuh.
“Inanna (Ishtar)
bergerak ke arah dua Kota Sumer, Umma dan Badtibira yang mana dua dewa kota
tersebut bersujud kepadanya dan hasilnya terselamat dari genggaman syaitan. Dia
kemudiannya tiba di kota yang bernama Kullab, yang mana dewa pendidiknya adalah
Dumuzi. Puisi kemudiannya diteruskan:
Dumuzi (Tamus)
mengenakan jubah kemuliaan, beliau duduk tinggi di atas singgahsananya.
Para syaitan
menangkap pehanya..
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 348
Tujuh (syaitan)
meluru kepadanya ibarat sisi orang yang sakit
Sang pengembala tidak
memainkan seruling dan paip di hadapannya.
Kemudian (iaitu
"Inanna") dia mengarahkan pandangannya kepadanya, pandangan kematian
tertuju kepadanya,
Aku mengucapkan
perkataan melawan dia, perkataan kemarahan dan kemurkaan,
Dan dia berteriak
terhadapnya dengan jeritan pendosa, berkata:
“Adapun ini,
ambillah.”[1]
Ia adalah alam kehidupan dunia yang enggan
ditunduki oleh Gilgamesh apabila beliau duduk di atas singgahsana beliau dan
memakai mahkotanya:
Kemudian Gilgamesh
membuka mulutnya, dan Ishtar Yang Mulia menjawab dan berkata:...
Apa gunanya saya
tanya dia kalau saya kahwin dengan kamu?
Kamu!
Kamu tidak lain
hanyalah dapur yang apinya terpadam dalam kesejukan.
Kamu seperti pintu
yang tidak lengkap yang tidak menolak badai atau angin.
Kamu adalah istana di
mana pahlawan dimusnahkan,
Kamu seekor gajah
yang mengoyakkan perjalanan,
Kamu adalah selubung
yang mencemarkan orang yang membawanya, dan pundi kencing yang membasahi orang
yang membawanya.
Anda adalah batu
alabaster yang dindingnya runtuh,
_______________________
1.
Sumber
(Kramer - daripada tablet Sumer).
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 349
Anda adalah batu
jasper yang menarik dan menggoda musuh,
Dan kamu adalah tapak
kaki yang mencubit kasut,
Mana antara kekasihmu
yang kamu cintai selamanya?
Siapakah di antara gembalamu
yang selalu kamu sukai?.............. ”[1].
Secara keseluruhannya, teori berkenaan asal
usul agama berasal dari pendewaan golongan ibu adalah sebuah hipotesis
semata-mata yang tidak berdasarkan bukti saintifik yang kukuh. Atas sebab itu,
saya melihat tiada keperluan untuk jawaban balas yang terperinci.
Namun begitu, saya melihat wujud keperluan
untuk menjelaskan bukti yang mendukung agama orang Sumer sebagai berasal usul
dari Tuhan. Topik ini berkait rapat dengan membuktikan agama Sumer adalah agama
Tuhan yang mempunyai kewujudan yang lebih awal dan seterusnya mengalami
perubahan. Oleh itu, kami akan menjelaskan bahawa orang-orang Sumer yang tahu
mengambil wudhuk dengan air, dan tahu tentang sembahyang, berpuasa, berdoa dan
berzikir adalah orang-orang yang beragama, dan agama mereka adalah dari Tuhan.
Oleh itu kisah-kisah dan epik-epik bangsa Sumer melibatkan perkara-perkara
ghaib yang terjadi ribuan tahun selepas disebutkan oleh bangsa Sumer.
Benar, mungkin agama mereka telah diubah dalam
tempoh tertentu - namun ia tetap adalah agama Tuhan. Ia sama seperti orang-orang
Makkah yang telah mengubah agama Hanif Ibrahimi dan menyembah berhala, atau
orang-orang Salafi atau Wahabi hari ini menyembah berhala dan pewaris penyembah
berhala kuno di Makkah. Mereka mengakui diri mereka sebagai Muslim, namun tidak
seperti pendahulu mereka yang menyembah berhala di bumi, mereka menyembah
sebuah berhala besar yang mereka percayai wujud di langit. Berhala tersebut
mempunyai jejari, dua kaki dan dua mata. Sememangnya, isu pengubahan agama
tuhan telah wujud dan akan terus wujud.
Jika kita kembali kepada awal kedatangan agama
Tuhan, kita akan mendapati Adam telah turun ke bumi dengan agama Tuhan yang
pertama, yang mengandungi kisah-kisah anak-anaknya yang beriman yang datang
selepasnya. Normalnya, manusia sepatutnya menghafal kisah-kisah ini,
meriwayatkan dan mewariskannya. Kisah-kisah dan epik-epik bangsa Sumer, pada
masa-masa tersebut, hanyalah riwayat-riwayat kisah-kisah suci ini
_______________________
1. Sumber (Taha Baqir - The Epic of
Gilgamesh).
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 350
dan yang terkait dengannya. Ini dapat dilihat
di dalam riwayat Sumer yang terperinci berkenaan kisah Banjir Besar, yang wujud
lama sebelum Taurat:
“Banjir - Nuh Pertama
Kami kini pasti
bahawa kisah banjir besar yang disebut dalam Taurat, pada asalnya tidak ditulis
oleh penyusun Taurat, kerana (George Smith), yang bekerja di Muzium British,
menemui tablet kesebelas epik Gilgamesh, dan diselesaikan. simbol-simbolnya. Tetapi
kisah banjir Babylon pula adalah berasal usul dari Sumer. Pada tahun 1914, (Arno
Poebel) telah menerbitkan sebuah serpihan yang terdiri daripada sepertiga bawah
dari sebuah tablet Sumer dengan enam ruangan di dalam koleksi Nippur yang
dimiliki oleh Muzium Universiti. Yang mana kandungannya kebanyakannya berkaitan
dengan kisah banjir, dan karya ini kekal setakat ini tunggal dan unik, dan
tiada padanan atau padanan yang ditemui.... Walaupun terdapat patah dan
kekurangan dalam teks, frasa yang terkandung di dalamnya adalah amat
penting......
Ia termasuk
tempat-tempat penting yang memberi penerangan tentang penciptaan manusia, asal
usul (kerajaan) dan kewujudan tidak kurang lima kota pada era sebelum banjir.”[1]
Adalah berkemungkinan kisah-kisah ini
mengalami perubahan pada waktu-waktu tertentu, khususnya dari perspektif agama
lain. Ini mungkin disebabkan oleh perjalanan masa dan keterlibatan sifat
manusia yang dikotori godaan. Bagaimanapun, mungkinkah sesuatu yang telah
dirosakkan menjadi kosong sepenuhnya dari kebenaran?!
Pernahkah kita bertanya: Kemana perginya pusaka Adam dan
Nuh?!!
Di manakah warisan ini pada zaman bangsa Sumer dan Akkad?!!
Mana perginya warisan agama ketuhanan sebelum
banjir?!!
Adalah sangat tidak masuk akal jika Nuh dan
mereka yang bersama beliau lebih mementingkan menyelamatkan kambing dan lembu,
berbanding menyampaikan agama Tuhan yang diwarisi dari Adam (as) sebelum
penulisan diciptakan. Umat manusia selepas Nuh (as), yang diwakili oleh bangsa
Sumer dan Akkad, dan disusuli oleh bangsa Babilon dan Assyria, pastinya telah
menyampaikan warisan Adam, Nuh dan contoh-contoh manusia suci tertinggi,
walaupun ia hanya dilakukan melalui kisah-kisah yang telah diputarbelitkan,
diriwayatkan dari generasi ke generasi, sama seperti mereka menyampaikan kisah
para raja, petani dan tukang-tukang. untuk menjadikan
_______________________
. 1. Sumber (Kramer - daripada tablet Sumer):
ms 251-252
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 351
akibat bahawa agama bangsa Sumer adalah agama
Adam dan Nuh, walaupun ia telah diputarbelitkan pada masa tertentu melalui
penuhanan atau pendewaan semua yang boleh didewakan, seperti dunia material dan
manusia soleh.
Contoh pengubahan ini boleh dilihat dari
percubaan untuk mengubah teks Epik Gilgamesh. Ini ditemui pada artifak kuno.
Ini menunjukkan dua perkara:
Pertama, Epik Gilgamesh adalah teks keagamaan,
memandangkan tiada orang yang mengambil berat untuk mengubahsuai teks sastera.
Kedua, teks Epik Gilgamesh yang ada bersama
kita hari ini pastinya tidak bebas dari pengubahsuaian.
Taha Baqir[1] berkata:
Mungkin perkara
paling aneh yang ditemui oleh ahli arkeologi di kawasan arkeologikal Sultanepe
di selatan Turki, berdekatan Harran, adalah sebuah bahagian epik ini dan
sepucuk surat ganjil yang dipalsukan oleh seorang penulis tua pada abad kedua
sebelum masihi. Seolah-olah surat tersebut telah ditulis oleh Gilgamesh dan
ditujukan kepada seorang raja purba. Gilgamesh memohon kepadanya untuk
menghantar batu permata agar dapat dibuat tangkal untuk sahabatnya, Enkidu. Ia
seberat tiga puluh minas.[2]
Apabila kita
membandingkan bahagian-bahagian asli ini dengan teks Nineveh, akan tampak ia
adalah maklumat berharga, bukan sahaja untuk menutup jurang, malah untuk
menunjukkan secara tuntas bahawa Epik Gilgamesh tidak wujud di zaman Assyria.
Ini membuktikan bahawa lagenda ini berevolusi dari satu generasi ke generasi.
Dengan kata lain, para penulis tidak menyalin teks lama secara jujur dan
literal. Sebaliknya mereka telah melakukan aksi menambah, meninggalkan dan
mengubah teks lama. Inilah yang mengesahkan penyebaran idea (yang salah) bahawa
Timur tidak pernah dan tidak akan menjadi kuat dan stabil.[3]
Oleh itu, jika ada cubaan yang sengaja untuk
mengubah teks bertulis, maka bagaimana pula dengan teks
________________
[1] Taha Baqir (1912-1984)
adalah salah seorang ahli arkeologi terkemuka Iraq. Beliau telah menulis banyak
buku, antara yang paling penting adalah Epik Gilgamesh.
[2] Sumber (Taha Baqir - The Epic of Gilgamesh).
[3] Sumber (Verullo - legenda
Babylon dan Kanaan).
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 352
yang diriwayatkan secara lisan, sebelum zaman
wujudnya penulisan? Sudah pasti, teks lisan akan terdedah kepada lebih banyak
perubahan. Apabila teks-teks ini ditulis pada era penulisan pertama, ia ditulis
dalam bentuk yang telah diubah. Oleh itu, kita boleh menyimpulkan kisah Banjir,
Dumuzi, dan Gilgamesh, serta kisah Sumer-Akkad yang lain, pastinya tidak
ditulis di dalam bentuk yang telah disebarkan oleh perawi sebelum era
penulisan.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan