Halaman

Khamis, 3 Mac 2022

5.24 Tamadun dan Budaya Bangsa Sumer dan Akkad

 

Tamadun dan Budaya Bangsa Sumer dan Akkad

 


Apa yang membezakan orang-orang Sumer (Akkad) dan contoh yang telah kami pilih dari tingkah-laku haiwan dan antropoid seperti Homo erektus atau Homo sapiens purba (pra tamadun) dari sisi budaya dan kebudayaan adalah sifat paling signifikan seperti berikut:

 

Standar (Ukuran) Moral Seperti Keadilan

 

Hukum-hukum telah dicipta untuk mentadbir interaksi antara individu dan mencapai keadilan sosial. Malah, kami mendapati sastera bangsa Sumer mengandungi standar moral yang sangat tinggi, seperti sifat altruisme dan melebihkan orang lain melebihi diri sendiri.

 

"Bangsa Sumer, menurut rekod-rekod mereka, menghargai kebaikan dan kebenaran, kedaulatan undang-undang, keadilan dan kebebasan, sifat benar sendiri dan berterus terang, belas dan kasihan. Dan mereka membenci kejahatan dan kebatilan, keadaan tanpa hukum dan kecelaruan, kezaliman dan penindasan, dosa dan kejahatan, kekejaman dan tiada belas kasihan. Para raja dan pemerintah mereka sentiasa bermegah apabila mereka boleh mendaulatkan undang-undang dan ketataan di bumi mereka; melindungi yang lemah dari yang kuat, yang miskin dari yang kaya; dan menghapuskan kejahatan dan keganasan. Di dalam sebuah dokumen unik yang dianalisis di dalam Bab 7, bagaimana pemerintah Lagash yang bernama (Ur-Kagina), yang hidup dua puluh empat abad SM (sebelum masihi), dengan bangga merekodkan kejayaan beliau mengembalikan keadilan dan kebebasan kepada warga yang telah lama terseksa, menghukum pegawai menindas yang tular di serata tempat, menghentikan kezaliman dan pengambilan kesempatan serta melindungi para balu dan anak yatim. Hampir empat abad telah berlalu sejak pembaharuan ini sehingga kami menemui Raja (Ur-Numu), pengasas dinasti Ur yang ketiga, Dia mengeluarkan kanon undang-undangnya, yang di dalamnya terdapat beberapa karyanya dalam bidang reformasi moral. Ia menghapuskan beberapa rungutan lazim yang dilakukan oleh golongan (birokrat),  Beliau menganjurkan urusan timbangan dan takaran untuk memastikan kejujuran dan integriti dalam urus niaga pasaran dan bekerja untuk melindungi balu, anak yatim dan fakir miskin daripada rungutan penyalahgunaan kuasa. Dan selepas

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 339

 

 

lebih kurang dua abad kemudian, Lipit-Ishtar dari kota Isin telah mendirikan sebuah kod perundangan yang baru, di mana beliau berbangga bahawa beliau telah dipilih oleh dewa-dewa agung An dan Enlil untuk memimpin bumi untuk menegakkan keadilan di bumi, membuang semua keluhan, memadam permusuhan dan pemberontakan melalui kekerasan, dan membawa kesejahteraan kepada orang Sumer dan Akkad. Seperti yang dapat kita lihat dalam bilangan lagu raya di kalangan pemerintah Sumeria ia penuh dengan tuntutan tingkah laku moral yang melampaui batas dan tuhan-tuhan juga, seperti yang disebut oleh orang bijak Sumeria. Mereka lebih mengutamakan perkara yang bermoral dan baik daripada rasuah dan penyelewengan daripada prinsip akhlak. Dan kita dapati hampir semua tuhan agung dimuliakan dalam himne Sumeria sebagai pencinta kebaikan, keadilan, kebenaran dan kejujuran.[1]

 

Berikut adalah teks yang telah diterjemahkan dari dokumen Sumer yang menyifatkan Dewi Nanshe:

 

"Dialah yang mengenali anak yatim dan mengenali janda, dialah yang mengetahui penindasan manusia ke atas manusia, dan dia adalah ibu kepada anak yatim, dewi Nansha yang bermaksud janda, dan yang mencari keadilan (........) bagi yang termiskin di antara orang-orang miskin (........) Permaisuri menaungi orang-orang yang miskin dengan pangkuan dan perlindungannya, dan dialah yang memberi perlindungan kepada orang-orang yang lemah.[2]

 

Tingkah Laku Sosial yang Tersusun:

 

Tingkah laku sosial yang tersusun termasuklah menubuhkan sebuah negara dan kerajaan; mengawal selia pertanian; mencipta almanac petani; menyusun atur rawatan perubatan; menulis buku perubatan; mencipta jawatan pentadbiran, seperti pengarah daerah, para pegawai, duta, pengurus perpustakaan dan lain-lain.

 

Berkenaan susun atur sekolah dan kaedah pendidikan, Dr Kramer berkata:

 

“Kemunculan sekolah Sumeria adalah hasil langsung daripada ciptaan dan perkembangan kaedah tulisan Cuneiform, yang merupakan ciptaan terpenting yang Sumeria sumbangkan kepada kemajuan tamadun. Dia

 

____________________

[1] Sumber (Cremer - daripada tablet Sumer).

Dr.. Samuel Noah Kramer (1897-1990 AD), pakar sejarah Sumeria dan bahasa Sumeria yang terkenal di dunia.

[2] Sumber (Kramer - dari tablet Sumer).

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 340

 

 

mendedahkan dokumen bertulis pertama di sebuah kota Sumeria bernama Uruk (Erech). Dokumen ini terdiri daripada lebih daripada seribu tablet kecil tanah liat yang diukir dengan tulisan piktografi. Kebanyakannya mengandungi serpihan nota ekonomi dan pentadbiran. Tetapi saya dapati di antara mereka sekumpulan tablet yang mengandungi jadual dengan perkataan bertulistulis untuk tujuan kajian dan latihan, iaitu sebahagian isi Kitab pada zaman yang sangat kuno. Pada seawal 3000 tahun SM, sudah ada penulis yang berfikir untuk mengajar dan belajar. Tetapi perkembangannya agak perlahan dalam beberapa abad berikutnya. Namun pada pertengahan alaf ketiga SM, pastinya wujud beberapa sekolah di seluruh Sumer yang mengajarkan penulisan secara formal. Di kota Shuruppak purba, kota kediaman “Nuh” Sumer, Dalam penggalian yang dijalankan di sana pada tahun 1902-1903, sejumlah besar tablet-tablet “buku teks” pelajaran sekolah.

Ia bermula pada kira-kira 2500 SM. Walau apa pun keadaannya, separuh kedua milenium ketiga SM adalah masa apabila sistem sekolah Sumeria mencapai tahap kematangan dan kemakmuran. Dari tempoh tersebut, telah digali puluhan ribu tablet tanah liat dan tanpa ragu, ratusan ribu lagi masih tertimbus menanti para penggali di masa hadapan. Majoriti besarnya adalah tablet yang bersifat pentadbiran; ia meliputi setiap fasa kehidupan ekonomi Sumer. Darinya kita dapat mengetahui bahawa bilangan jurutulis yang mengamalkan profesion penulisan adalah beribu-ribu, dan bahawa jurutulis tersebut adalah dari jenis dan darjat yang berbeza, termasuk jurutulis muda, jurutulis lanjutan, jurutulis diraja, jurutulis kuil, dan juru tulis yang mempunyai pengkhususan tinggi dalam beberapa aspek. daripada urusan pentadbiran. Dan kerani menjadi pegawai kanan kerajaan. Malah, ada sebab yang munasabah untuk seseorang percaya bahawa beberapa buah sekolah besar dan penting yang menyediakan jurutulis berkembang pesat di seluruh negara......... Pada milenium (alaf) ketiga SM, buku teks sebegini telah disepadukan sepenuhnya dan secara beransur-ansur menjadi standard yang mantap dalam komposisi dan kandungannya. Ia digunakan di semua sekolah di Sumer. Dari jumlah buku-buku tersebut, kita menemui senarai panjang nama pokok dan buluh; segala macam binatang, termasuk serangga dan burung; negara-negara, kota-kota, dan kampung-kampung; batu-batuan dan mineral-mineral. Semua kompilasi ini membongkar apa yang mungkin kita namakan sebagai ilmu botanikal, zoologikal, geografikal dan mineralogikal - sebuah fakta yang baru sekarang disedari oleh ahli sejarah sains. [1]”!!!!!

 

_____________________

1. Sumber (Kramer – dari tablet Sumer).

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 341

 

 

Kesusasteraan

 

Sastera yang tertulis pada tablet tanah liat Sumer menunjukkan nilai moral tertinggi dalam bentuk sastera yang terbaik, dikodkan dengan simbol yang membolehkan penulis mengeluarkan berpuluh-puluh ayat. Kesusasteraan ini juga menceritakan berkenaan kebijaksanaan agung dan peristiwa yang sedih dan menyakitkan yang menyentuh hati manusia dan menyebabkan pembaca bersimpati dengan karektar-karektar yang ideal dan bijak seperti Gilgamesh dan Dumuzi, yang memiliki moral agung, namun disakiti dan dibunuh demi matlamat mulia. Ia juga menunjukkan manusia meraung dan menangis kerana mereka tidak membantu personaliti-personaliti yang tertindas walaupun mereka mewakili perjuangan yang mulia.

Walaupun orang-orang Sumer menggambarkan mereka sebagai Tuhan-Tuhan, namun apabila anda membaca kisah-kisah watak-watak ini pada tablet tanah liat Sumer, jelas menunjukkan mereka adalah manusia. Mereka makan, minum, tidur, berkahwin dan beranak pinak. Jelas, ia adalah hanyalah proses pengubahan agama Tuhan. Tuhan-tuhan ini tidak lain hanyalah sekumpulan para Nabi, orang-orang soleh, para malaikat, dan entiti yang mewakili keakuan dan dunia ini. Pengubahan dan perosakan agama telah berlaku, sejak Tuhan menciptakan Adam lagi. Mungkin, kadang kala, apa yang dimaksudkan dengan kata “tuhan” bukanlah Sang Tuhan Mutlak. Sebaliknya, ia merujuk kepada  semua entiti yang diagungkan / dipertuankan. Di dalam Buku Tauhid, saya telah menjelaskan maksud “ketuhanan” (Uluhiyah) dan “ketuanan” (Rububiyah), dan ianya adalah penekanan yang boleh digunakan untuk makhluk.[1]

           

Legenda ini jelas menggambarkan ciri manusia atau metafora yang menggambarkan

 

_________________

[1] Ketuhanan: Secara umumnya, “ketuhanan” bermaksud Sang Sempurna yang dipertuhankan oleh makhluk agar mereka juga dapat mencapai kesempurnaan dan melengkapkan kekurangan mereka. Ia sama dengan ketuanan kerana ia turut melibatkan kedua sang bapa, yang digelar tuan (rabb) kepada keluarga, dan Khalifah Allah, yang merupakan tuan kepada bumi milik Tuhan ini.

وَأَشۡرَقَتِ ٱلۡأَرۡضُ بِنُورِ رَبِّهَا

[Bumi ini akan bersinar dengan cahaya “rabb”nya.] Al-Sgadiq (as) berkata berkenaan ayat ini: “Rabb ini adalah Imam di bumi.” Beliau ditanya, “Apa yang akan terjadi apabila beliau keluar?” Beliau menjawab, “Manusia akan menggantikan cahaya matahari dan bulan dengan cahayaNya, dan cahaya Sang Imam (as) adalah memadai.” Di dalam alam jasmani ini, ketuanan juga termasuk mereka yang bertanggungjawab ke atas keperluan orang lain. Seseorang itu adalah rabb / tuan kepada orang lain kerana dia melengkapkan kekurangan mereka dan memberikan keperluan mereka di alam jasmani ini. Atas dasar ini, kita mendapati Yusuf (a), seorang Nabi, memanggil Firaun sebagai rabb kepada pemberi arak di dalam Quran:

وَقَالَ لِلَّذِى ظَنَّ أَنَّهُۥ نَاجٍ مِّنۡهُمَا ٱذۡكُرۡنِى عِندَ رَبِّكَ فَأَنسَىٰهُ ٱلشَّيۡطَٰنُ ذِكۡرَ رَبِّهِۦ فَلَبِثَ فِى ٱلسِّجۡنِ بِضۡعَ سِنِينَ

[Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: "Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu". Maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggalah Yusuf dalam penjara beberapa tahun.] [Quran 12:42]

Sebagai tambahan, Yusuf juga menyebut pemerintah Mesir sebagai tuan / rabb beliau, atas dasar beliau memenuhi keperluan dan menjaga Yusuf:

وَرَٰوَدَتۡهُ ٱلَّتِى هُوَ فِى بَيۡتِهَا عَن نَّفۡسِهِۦ وَغَلَّقَتِ ٱلۡأَبۡوَٰبَ وَقَالَتۡ هَيۡتَ لَكَۚ قَالَ مَعَاذَ ٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ رَبِّىٓ أَحۡسَنَ مَثۡوَاىَۖ إِنَّهُۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلظَّٰلِمُونَ

[Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah; sesungguhnya tuanku (rabbku) telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".] [Quran 12:23]. Orang yang menjadikan beliau tinggal dalam keadaan yang baik, menurut zahir alam fizikal ini, adalah pemerintah Mesir:

وَقَالَ ٱلَّذِى ٱشۡتَرَىٰهُ مِن مِّصۡرَ لِٱمۡرَأَتِهِۦٓ أَكۡرِمِى مَثۡوَىٰهُ عَسَىٰٓ أَن يَنفَعَنَآ أَوۡ نَتَّخِذَهُۥ وَلَدًاۚ وَكَذَٰلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلِنُعَلِّمَهُۥ مِن تَأۡوِيلِ ٱلۡأَحَادِيثِۚ وَٱللَّهُ غَالِبٌ عَلَىٰٓ أَمۡرِهِۦ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ

[Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Dan demikianlah caranya kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.] [Quran 12:21] Ketuhanan juga termasuk sesuatu yang didewakan oleh orang lain untuk melengkapkan kekurangan mereka dan memenuhi keperluan yang mereka miliki. Maka kata Allah (Tuhan) di dalam bahasa Arab berasal dari kata “ilah” (yang didewakan). [Ahmad Al-Hasan, Kitab Tauhid]. Rujuk kitab tersebut untuk perincian lanjut. Cetakan pertama - 1431 Hijrah 2010 Masihi.

 

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 342

 

 

tuhan-tuhan Sumer. Walaupun yang paling berkuasa di kalangan mereka dan yang paling berilmu di kalangan mereka dilihat sebagai manusia dari sisi bentuk, pemikiran dan perbuatan. Seperti manusia, mereka merancang dan bertindak, makan dan minum, berkahwin dan menguruskan keluarga, menanggung ahli rumah yang besar, dan ketagih pada keinginan dan kelemahan manusia. Di kebanyakan tempat, mereka menginginkan kebenaran dan keadilan dari kebatilan dan penindasan, namun motif mereka hakikatnya tidak jelas, dan manusia menjadi keliru dalam memahami mereka.[1]

 

Apabila kita membaca tablet tanah liat Sumer, kita akan dapati bahawa di dalam sastera mereka, orang-orang Sumer sedang mencari Sang Penyelamat yang menyelamatkan manusia dari sifat kehaiwanan. Sebilangan dari watak-watak ketuhanan ini telah digambarkan sebagai Sang Penyelamat yang dinantikan dan  Sang Penebus, dan simbol keadilan manusia, yang mana kemunculan mereka telah dinantikan oleh orang Sumer. Bagaimana kemunculan secara tiba-tiba semua kisah sastera epik intelektual ini dapat dijelaskan tanpa menyebutkan kewujudan loncatan ketamadunan yang besar terjadi?! Bagaimana seorang yang rasional membayangkan Homo sapiens dapat mencapai tahap intelektual yang ideal dan canggih yang muncul secara tiba-tiba di Mesopotamia, tanpa kewujudan sesuatu yang baru memasuki ekuasi (persamaan) ini dan mengubah segalanya?!

 

“Hasil kesusasteraan di dalam tamadun Mesopotamia adalah perkara yang meninggalkan kesan di dalam sejarah sastera manusia kerana bagi kita, ia mewakili percubaan pertama manusia untuk mengekspresikan kehidupan, nilai-nilainya dan maksudnya dengan menggunakan fiksyen dan seni.  Walaupun ini adalah percubaan pertama di dalam sejarah evolusi manusia, perkara menakjubkan yang ditemui oleh pemeriksa sastera Mesopotamia adalah, walaupun ia sangat purba dan mendahului semua sastera yang ada di dunia kita, ia mempunyai ciri-ciri asas yang dimiliki oleh sastera terkenal di dunia. Inilah halnya dari perspektif gaya dan metod ekspresi, serta dari perspektif kandungan, imaginasi dan imej artistik.[2]

 

Orang-orang Sumer menganggap diri mereka sebagai pewaris ketamadunan, moral dan nilai-nilai agung dari tamadun sebelum mereka. Malah, mereka kerap memperingati hari-hari silam tersebut, seperti yang terbukti dari Kisah Epik Enmerkar dan Tuan Aratta.

 

________________

1. Sumber (Kramer – dari tablet Sumer).

2. Sumber (Taha Baqir - The Epic of Gilgamesh)


Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 343

 

 

Pencapaian Saintifik dan Perindustrian

 

Ciri-ciri paling penting yang membezakan orang-orang Sumer adalah kewujudan sistem pendidikan sekolah, guru-guru, buku pembelajaran dan sistem pengajaran. Orang-orang Sumer mempunyai sebuah senarai pekerjaan yang menunjukkan betapa besarnya loncatan budaya dan ketamadunan bangsa tersebut. Mereka mempunyai para guru; doktor; penulis; arkitek, tukang roti; tukang daging; tukang masak; pekerja buluh; pembuat tembikar; pengukir batu; tukang kayu; tukang bot dan tukang jahit. Tidak lupa juga penggunaaan peralatan geometrikal yang kompleks, seperti mistar hitung; di dalam astronomi; pembuatan peralatan pengukur berat; bekerja dengan besi seperti gangsal; kraf kulit, pembuatan gergaji; pahat; penukul; panah; paku; pin keselamatan; cincin; belencong; kapak; pisau; anak panah; pedang; perisai; gam; beg; kereta kuda; kasut; roda; pembinaan pengairan; penggalian terusan; industri asfalt; dan penurapan jalan. Lorong Al-Mawkib di kota purba Babilon masih wujud. Ia diturap dengan tar Sumer ribuan tahun yang lampau, ditarikhkan sebelum kedatangan Isa.

Orang-orang Sumer telah membangunkan subjek algebra dan geometri. Mereka juga telah merangka sistem berangka (numerical) tertentu, jadual pendaraban dan masalah-masalah pembahagian matematikal. Keseluruhan umat manusia terhutang budi pada bangsa Sumer kerana mereka mencipta sistem seksagesimal. Mereka juga telah mencipta representasi sistem solar yang tepat, yang menunjukkan bagaimana. Malah mereka telah menunjukkan planet yang ada dalam sistem solar, sesetengah darinya tidak ditemui sehinggalah baru-baru ini. Banyak lagi ciptaan lain yang dicipta.

Kesemua pencapaian saintifik dan industri bangsa Sumer ini, dan banyak lagi yang saya tidak sebutkan, dianggap sebagai petunjuk yang jelas akan kewujudan loncatan budaya dan ketamadunan yang seterusnya membawa kepada pencapaian mereka. Ini sememangnya benar memandangkan artifak dan penulisan Sumer yang kita miliki, tidak menunjukkan sebarang proses kemajuan berperingkat yang logik untuk menafikan bahawa semua perkara dari budaya bangsa Sumer, yang merupakan kebudayaan manusia yang tertua, adalah disebabkan oleh loncatan ketamadunan. Malah, bangsa Sumer menyebutkan sebaliknya, dengan menyataan bahawa nenek moyang mereka adalah lebih baik dari mereka. Bolehkah mana-mana orang yang rasional mengatakan bahawa apa yang terjadi ini bukan hasil dari loncatan budaya dan ketamadunan yang terjadi pada waktu yang lebih awal di dunia ini? Jika pembentukan budaya dan tamadun Sumer dari budaya primitif dan mundur hanyalah sekadar hipotesis tanpa bukti, maka seseorang yang memetik kajian saintifik perlu menerima data yang diberikan oleh bangsa Sumer sendiri. Mereka menyebutkan budaya dan tamadun mereka telah diwarisi dari sebuah budaya dan tamadun maju yang mendahului mereka. Nenek moyang bangsa Sumer yang terdahulu bukanlah mundur dari segi budaya dan tamadun dari bangsa Sumer. Ya, mungkin budaya mereka tidak dipindahkan melalui penulisan tangan mereka sendiri, seperti bangsa Sumer, kerana bilangan mereka yang kecil, khususnya ketika waktu awal manusia Adami.

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 344

 

 

Wujud banyak sebab lain, termasuklah banjir dan keadaan semulajadi, serta kemungkinan ketiadaan bahan yang tersedia kepada orang-orang Sumer untuk memindahkan budaya dan tamadun mereka melalui penulisan mereka sendiri. Bangsa Sumer hanya sekadar memindahkan budaya dan tamadun para pendahulu mereka. Kita mendapati mereka membaca kisah banjir dan Nuh (a) di dalam Kisah Epik Gilgamesh, dan turut memuji budaya nenek moyang mereka di dalam Kisah Epik Enmerkar dan Tuan Aratta.


Keagamaan Dan Minat Akan Alam Ghaib:

 

Kisah agama bangsa Sumer, Akkad dan Babilon di Mesopotamia adalah sangat penting, malah mungkin lebih penting dari kisah agama-agama lain yang disampaikan melalui sejarah kuno. Ia juga merupakan kisah tertua yang disampaikan dalam sejarah manusia. Ia melibatkan pelbagai tuhan-tuhan, sementara agama bangsa Sumer turut melibatkan seorang figur (tokoh) adil yang menyelamatkan bangsa manusia dari sifat kehaiwanan mereka - iaitu seorang tokoh yang wujud dalam setiap agama.

Sesiapa yang mempercayai agama bangsa Sumer adalah mundur kerana banyaknya bilangan tuhan mereka, perlu berfikir semula dan mengkaji dengan lebih tepat, kerana agama Sumer tidak berbeza dengan agama-agama yang datang selepasnya. Malahan, agama-agama manusia setelahnya terbina di atas asas agama bangsa Sumer. Kita mendapati kebanyakan “tuhan” seperti mana yang kadang-kala disebut oleh bangsa Sumer, telah disifatkan sebagai manusia atau raja bijaksana di dalam cerita, kisah epik dan tablet tanah liat Sumer - mereka berkahwin, mempunyai anak, membunuh, melakukan kezaliman dan manusia menangisi mereka - dengan kata lain, mereka hanyalah simbol-simbol. Oleh itu, tidaklah sukar untuk kita memahami bahawa puteri para tuhan, Ishtar, hakikatnya adalah dunia material ini sendiri, kerana kita dapati beliau menangisi mereka yang terkorban di dalam Banjir Nuh (Utnapishtim):

 

“Sang Dewi (Ishtar) menangis seperti wanita yang sedang melahirkan, dan wanita para dewa itu menangis teresak-esak dan menangis dengan suaranya yang manis merdu, meratap: “Masa lampau kembali menjadi lumpur, kerana aku berbicara jahat di perhimpunan para dewa. Bagaimana aku melafazkan kejahatan di perhimpunan para dewa dan mengisytiharkan perang untuk memusnahkan orang-orang ku? Akulah yang melahirkan, orang-orang ini milik aku! mereka ini telah memenuhi lautan seperti ikan-ikan kecil!” [1]

 

Seseorang yang mengkaji kisah agama Sumer akan mendapati dirinya membaca secara simbolik sepenuhnya.

 

____________________

1. Sumber (Taha Baqir - The Epic of Gilgamesh).

 

 

Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 345

 

 

Dia akan menemui kisah tiga agama dan sang penyelamat, sang penebus, atau Mahdi.  Dia juga akan mendapati bahawa tuhan-tuhan Sumeria hanyalah manusia dan simbol segala sesuatu yang dapat dipertuhankan, samada dalam kebenaran atau kepalsuan, seperti para nabi dan wakil-wakil Tuhan yang soleh dari anak-anak Adam (as), atau boleh juga merujuk kepada kehidupan materialistik,  keakuan, dan yang seangkatan dengannya. 

Kita sekarang dapat mengatakan: Tidak ada manusia rasional dapat mengatakan bahawa pencapaian maju yang muncul dalam sejarah beribu-ribu tahun yang lalu muncul dari ketiadaan, atau terbentuk dari sebuah kebudayaan yang primitif dan mundur, memandangkan tidak wujud sebarang rantaian pembentukan kebudayaan ini. Lebih-lebih lagi selepas kata-kata orang Sumeria sendiri menafikan sebarang pernyataan yang bersandarkan kepada delusi, tanpa sebarang bukti, yang menunjukkan budaya, tamadun dan tingkah laku maju bangsa Sumer terbentuk dari manusia primitif.

Kita perlu bertanya kepada diri kita, adakah semua pencapaian ini tidak menunjukkan bahawa entiti yang menghasilkannya mempunyai sifat / atribut ketersusunan, dan seterusnya, penyebab kepada entiti tersebut mempunyai atribut pengatur yang berilmu, seterusnya membuktikan kewujudan Tuhan? Saya percaya sebarang manusia yang rasional yang tidak degil akan berkata “ya”.

Akhir sekali, teks berikut menunjukkan kebudayaan Sumer - Babilon hakikatnya adalah warisan dari kebudayaan dan ketamadunan manusia yang lebih tua dan mungkin lebih maju moralnya dan tingkah lakunya dari tamadun Sumer yang kita ketahui dari tablet tanah liat. Kisah Epik Enmerkar dan Tuan Aratta menyebutkan:

 

“Suatu ketika dahulu, negara Shubur dan Hamazi dan negara Sumer yang mempunyai banyak bahasa, negara besar dengan undang-undang suci Kerajaan, dan negara Ur, negara yang mengandungi semua yang sesuai, dan negara Martu adalah selamat dan meyakinkan. Dan semua alam semesta dan manusia berada dalam kesatuan dan pertalian, di mana setiap orang biasa memuliakan Enlil dengan satu bahasa, dan kemudian berlaku bahawa Tuan - Bapa Putera - Bapa Raja - Bapa........., Ia diteruskan dengan ucapan terputus-putus sedikit, kemudian lima baris epik berlubang (musnah) [1]

 

Ini bukanlah satu-satnya teks yang menunjukkan pendapat bangsa Sumer berkenaan budaya, tamadun dan keilmuan mereka. Ramai pengkaji yang pakar dalam sejarah kuno Mesopotamia telah menyedari bahawa orang Sumer, yang kita anggap sebagai mewakili tamadun tertua di dunia,

 

_____________________

1. Sumber (Cremer - daripada tablet Sumer).

 


Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 346

 

 

menganggap diri mereka sebagai pewaris sebuah ketamadunan. Malahan, mereka menganggap asal usul kepada budaya, tamadun dan keilmuan ini sebagai bersifat ketuhanan dan syurgawi (samawi).

 

Charles Virolleaud[1] berkata:

 

Menurut pendapat orang Babilon, sifat yang membezakan mereka dari haiwan bukanlah sesuatu yang dicapai sendiri oleh mereka: contohnya seperti pembajakan tanah dan membina kota melalui penyelidikan, penggalian, pengalaman dan pelbagai usaha dan interaksi lain. Sebaliknya, mereka menerima ilmu ini semuanya pada masa yang sama dari para tuhan.[2]

 

Kita telah menerima penulisan mereka, dari tulisan tangan mereka sendiri, yang menceritakan kepada kita bahawa budaya, tamadun dan ilmu mereka sebenarnya diwarisi dari para pendahulu mereka yang lebih beretika dan berilmu. Sebagai tambahan kepada semua ini, mereka telah mempersembahkan keseluruhan kisah ini kepada kita, dan mereka telah menutup fabrikasi ateistik, dengan menunjukkan bahawa asal usul ilmu, budaya dan tamadun ini adalah syurga dan tuhan. Jadi bagaimana para ateis mengharapkan seseorang yang menghormati akalnya untuk meninggalkan semua fakta saintifik ini dan mengejar fatamorgana yang tidak akan membawa kepada apa-apa kebenaran saintifik? Sebaliknya, ia hanya akan membawa kepada delusi semata-mata yang berasaskan keinginan, dan sifat degil menolak fakta  arkeologi saintifik yang teguh. Ini kerana ianya ditulis sendiri oleh nenek moyang kita di Sumer dan Akkad, permulaan manusia Adami dan ketamadunan. Jika ianya terbukti bahawa deskripsi manusia ini (dari segi akal dan kesedaran) terjadi secara mengejut dalam tempoh masa tertentu, ini menunjukkan kewujudan sang penyebab berilmu yang menghasilkannya.

 

________________

[1] Charles Virlleaud (1879 M - 1968 M) adalah seorang profesor dan guru Perancis, di Universiti Sorbonne, dan penyelidik dengan pengkhususan dalam kajian Semitik, Sumeria dan Iran.

[2] Sumber (Virullo - lagenda Babylon dan Kanaan).


Sebelum✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan