Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 328
Orang-orang Sumer mempunyai bahasa yang
berbeza dengan bahasa Semitik yang wujud di Mesopotamia. Ini menimbulkan
masalah untuk menentukan asal usul orang-orang Sumer, menyebabkan ramai penyelidik
dan pakar untuk berhipotesis yang orang Sumer mempunyai asal-usul jauh, seperti
dari India, Asia Timur atau malahan Eropah. Pakar yang terdahulu, seperti
Joseph Halevy, dan yang lebih terkini seperti Dr. Nael Hanun,[1]
telah mendapat kesimpulan yang berbeza. Sesetengah orang menganggap persoalan
sekitar asal usul orang Sumer sebagai tidak betul. Di mana Dr. Nael Hannoun
membuat kesimpulan bahawa apa yang wujud adalah tulisan Sumeria yang dicipta
oleh orang Akkadia untuk mencatat pada permulaan percubaan untuk menulis dan
mengkodifikasikan dalam bahasa Cuneiform. Oleh itu, orang-orang Sumer adalah
Akkadia (Babilon dan Assyria), dan mereka bukanlah terdiri dari kebangsaan yang
berbeda. Ini bermakna, orang-orang Sumer-Akkad adalah orang-orang Semit.
“Kajian Thorkild
Jacobsen membuktikan ketiadaan sebarang konflik antara bangsa Sumer dan Akkadia
pada asas perbezaan kebangsaan. Ini walaupun ketiadaan konflik seperti itu
apabila mempertikaikan berkenaan kedaulatan sebuah kawasan yang mempunyai ruang
dan sumber yang terhad, seperti Mesopotamia purba, yang langsung tidak
mempunyai sempadan semulajadi, yang mungkin boleh mengasingkan tanah jika dua
bangsa ini wujud bersama. Kita boleh merumuskan keputusan paling penting yang
dicapai oleh Jacobsen dalam kajiannya seperti berikut:
1. Konflik yang
terjadi di antara kumpulan manusia yang berbeza di Mesopotamia purba bukan
kerana perbezaan kebangsaan. Sebaliknya ia adalah kerana perbezaan politik serantau.
2. Teks-teks
kyuniform (Cuneiform) tidak pernah menyebut sebarang kes konflik atau perang
antara Sumer dan Akkadia, walaupun mereka mewakili dua bangsa yang berbeda.
Sebaliknya mereka berada di kota yang berasingan, atau negeri yang berasingan,
dengan sifat kebangsaan yang khusus dirasakan oleh penduduk dua kota tersebut.
3. Apa-apa kajian
berkenaan perbezaan antara bangsa Sumer dan Akkadia hanya boleh melibatkan
____________________
1. Dr. Nael Hannoun, seorang penyelidik Iraq
(1952), memegang ijazah sarjana dalam arkeologi purba dari Universiti Baghdad
(1976), ijazah sarjana dalam tulisan cuneiform dari Universiti Toronto, Kanada
(1982), dan ijazah kedoktoran falsafah dalam bahasa dan sastera Akkadia dari
Universiti Toronto, Kanada (1986) Beliau mengajar di universiti Iraq, termasuk
Universiti Baghdad dan Universiti Kufah, dan akhirnya beliau mengajar di
Universiti Damsyik. Beliau mempunyai banyak buku dan mempunyai mengeluarkan
kamus bahasa Arab pertama untuk bahasa Sumeria dan bahasa Akkadia.
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 329
penggunaan bahasa,
nama personaliti, dan kepercayaan agama. Ia tidak melibatkan perbezaan etnik
atau elemen antropologi semulajadi - seperti warna kulit, sifat, jenis rambut
dan seterusnya - disebabkan ia adalah mustahil untuk memantau hal itu dari awal
lagi.
Penemuan terpenting yang
dibuat oleh Ignace Jay Gelb dalam kajiannya boleh dirumuskan seperti berikut:
1. Bukti antropologi mengesahkan
bahawa rangka-rangka yang dijumpai dari zaman tertua di Babilon adalah milik
sebuah bangsa yang dikenali sebagai Cabang Timur Bangsa Laut Mediteranian. Ini
bermakna mereka menyerupai rangka suku Badwi yang mendiami Semenanjung Arab dan
pergurunan Sham. Malahan, tiada rangka jenis berkepala bulat yang spesifik
kepada manusia Asia Tengah pernah ditemui, sehingga boleh untuk mengandaikan
Asia Tengah adalah tempat tinggal pertama bangsa Sumer.
2. Kajian mengesahkan
kepentingan bukti yang diambil dari nama kota purba yang ditemui oleh
Landsberger dan digariskan di atas. Intipati bukti ini adalah nama kota-kota
purba di Selatan Iraq bukan di dalam bahasa Sumer.
3. Nama-nama
personaliti Akkad muncul bersama dengan personaliti Sumer di dalam teks-teks
kyuniform (Cuneiform), walaupun di kota-kota Sumer, dan semasa zaman Sumer.
Nama-nama raja dinasti pertama yang memerintah setelah banjir kebanyakannya
adalah orang-orang Akkad. Ini berdasarkan bagaimana raja-raja Sumer
dikenalpasti. Dari 23 orang raja yang namanya disebutkan di dalam dinasti ini,
tidak wujud lebih dari enam nama Sumer. Di kota-kota seperti Shuruppak dan Ur,
nama orang-orang Akkad telah muncul di dalam teks-teks seawal Zaman Dinasti
Awal purba.
4. Kebanyakan
maklumat yang kita miliki bekenaan raja-raja Zaman Dinasti Awal yang dipercayai
merupakan bangsa Sumer, datang dari teks-teks epik yang ditulis di dalam bahasa
Sumer semasa zaman Babilon Purba, bukan semasa apa yang dianggap sebagai zaman
Sumer.
5. Di dalam
peringkat-peringkat awalnya, penulisan tidak terhad kepada apa yang diandaikan
sebagai kawasan Sumer di Selatan Iraq. Sebaliknya, ia tersebar luas kepada
kawasan yang dikenali sebagai rautau Akkad - kawasan utara Selatan Iraq -
semasa zaman protoliterasi.
6. Teks-teks Akkad
mula muncul semasa Zaman Dinasti Awal ketiga, yang dianggap sebagai zaman
kedaulatan Sumer sebelum Sargon dari Akkad menubuhkan kerajaannya. Semasa
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 330
zaman kerajaan
tersebut, teks-teks diraja dan nama-nama tahun ditulis dalam dwibahasa.
Sementara teks-teks keagamaan dan ekonomi pula ditulis samada di dalam bahasa
Sumer atau Akkad. Di rantau Diyala, yang lebih jauh dari kawasan yang
dipercayai sebagai rantau Sumer, bahasa Sumer telah digunakan untuk menulis
perjanjian. Ketika zaman Babilon purba, bangsa Babilon menggunakan bahasa Sumer
dan Akkad untuk inskripsi (catatan dan rekod).
7. Pengajian
leksikal ke atas bahasa Sumer menunjukkan kewujudan dua kumpulan terma: yang
pertama adalah termasuk terma-terma Sumer, sementara yang kedua termasuk
sejumlah besar perkataan yang dipinjam dari bahasa bukan Sumer.
8. Sejumlah besar
aksara kyuniform (Cuneiform) didapati mempunyai kepentingan fonetik di dalam
bahasa Sumer. Bangsa Sumer menggunakannya, namun aksara ini tidak mempunyai
kepentingan simbolik untuk menandakan maksud yang dikaitkan dengannya. Pengkaji
menamakannya “kakasiga”. Kewujudan
aksara-aksara ini, atau kod-kod bahasa, menunjukkan ianya diambil dari
perkataan yang berasal dari bahasa bukan-Sumer.
9. Suku kata simbolik
yang mempunyai makna yang sama, disebut secara berbeza dari satu rantau ke
rantau yang lain di seluruh Selatan Iraq, atau E HUL. Ini diekspresikan dengan
cara yang berbeza di rantau utara Selatan Iraq, dengan menggunakan suku kata
simbolik SAG GIS RA. Sesetengah alat-alat bahasa akan digunakan di sesetengah
rantau, namun diabaikan di rantau yang lain.
10. Penulisan
bangsa Akkad telah mempengaruhi penulisan Sumer dengan cara yang sama ketara
dengan pengaruh bahasa lisan. Ini menunjukkan bangsa Akkad telah terlibat
dengan penulisan apabila ia telah dicipta. Sebagai contoh, suku kata yang
ditemui dalam penulisan Sumer yang diambil dari perkataan Akkad seperti suku
kata (id) yang diambil dari perkataan Akkad
(idu) yang bermaksud tangan, suku kata (pu) yang diambil dari perkataan
Akkad (pu) yang membawa maksud mulut, dan suku kata (iz) yang diambil dari
perkataan Akkad (isu) yang membawa maksud kayu. Wujud juga perkataan Sumer yang
diambil dari perkataan Akkad, dan kemudiannya diubah menjadi suku kata simbolik
dengan makna yang sama. Contohnya seperti "sam" (harga) dan
"hazi" (kapak).
Pada tahun 1970, Taha
Baqir telah menyuarakan suatu isu penting berkenaan bangsa Sumer. Beliau telah
menolak kecenderungan sesetengah penyelidik untuk menisbahkan sifat-sifat
fizikal bangsa Sumer berdasarkan patung-patung dan karya seni. Beliau
menjelaskan bahawa sifat-sifat yang tampak pada patung-patung Adami telah
dipengaruhi oleh teknik dan gaya artistik yang diikuti ramai dalam seni ukir.
Sifat luaran dan bentuk patung-patung ini tidak sama sekali dalam realitinya
mewakili perbezaan etnik
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 331
atau sifat khusus
bangsa Sumer dan Akkad. Sebaliknya mereka melambangkan pakaian yang bersesuaian
dengan status orang yang digambarkan tersebut. Pandangan Baqir dikuatkan lagi
oleh sifat-sifat dan ciri-ciri yang dinisbahkan oleh para penyelidik kepada
patung-patung Sumer, turut muncul wujud pada patung-patung bangsa yang tinggal
di rantau yang jauh dari rantau hipotetikal Sumer seperti Mari (Tel Al-Hariri
di Syria). Sebagai tambahan, kita dapati bentuk tubuh patung-patung yang
dinisbahkan kepada bangsa Sumer dari Zaman Dinasti Awal berbeza dengan patung
terkenal Putera Judia (orang Sumer) yang hidup lebih kurang 2200 SM.
Jelas dari hipotesis
yang disebutkan sebelumnya berkenaan kewujudan orang-orang Sumer - yang telah
dibuktikan melalui kewujudan bahasa Sumer dan nama-nama orang Sumer -
mewujudkan lebih banyak persoalan dari memberikan jawaban. Ia juga jelas kepada
kita bahawa bahasa adalah satu-satunya bukti kewujudan bangsa Sumer sebagai
kelompok manusia yang telah tinggal bersama atau mendahului bangsa Akkad di
Selatan Mesopotamia. Walaupun dari sisi penulisan, jelas bahawa kajian
saintifik yang jitu tidak menyebelahi penerimaan pendapat bahawa penulisan adalah
ciptaan orang Sumer. Berdasarkan poin ini, bersama bukti di atas, kami
cenderung untuk mempercayai bahawa tidak wujud orang-orang yang berbeda secara
etnik dari mereka yang digelar orang-orang Akkad. Kami mempunyai sebab-sebab
yang mencukupi untuk mengatakan bangsa Akkad telah mencipta bahasa Sumer untuk
tujuan transkripsi sebelum mereka dapat mencipta metod untuk mentranskrib
bahasa Akkad itu sendiri. Kami melihat bahasa Sumer, dengan cara ia dibentuk,
ia tidak dapat dituturkan, seperti yang akan kami terangkan sedikit masa lagi.
Walaupun begitu,
bahasa Sumer telah membantu bangsa Akkad mencapai peringkat suku kata setelah
peringkat bergambar dan simbol. Suku kata adalah satu-satunya cara untuk
menyalin teks-teks bahasa Akkad yang digunakan dalam pertuturan, dan kaedah
bergambar dan simbol tidak dapat digunakan untuk menyalin bahasa ini kerana
ianya dipenuhi dengan konjungsi (kata penghubung), kata terbitan dan
perbendaharaan kata yang besar. Maka perkara ini hanya mungkin dilakukan dengan
suku kata.Jika kaedah bergambar dan simbol tidak dicipta untuk menyalin sebuah
bahasa yang asalnya dicipta untuk penulisan, sudah pasti ia tidak akan mencapai
peringkat suku kata.
Apa yang membuatkan
kami berpendapat seperti ini adalah apabila kami mengumpulkan leksikon bahasa
Akkad, Sumer dan Arab, yang mana jilid pertamanya telah diterbitkan di Baghdad
pada tahun 2001. Setelah menyelesaikan jilid pertama dan memulakan kerja untuk
jilid seterusnya yang akan disertakan terma-terma, ia menjadi jelas kepada kami
bahawa sejumlah besar terma dan suku kata simbolik bahasa Sumer telah dicipta
buat pertama kali antara pertengahan milenium kedua dan milenium pertama. Ia
adalah lebih dari lima abad setelah kehilangan hipotetikal bangsa Sumer. Fakta
ini membuatkan kami menyimpulkan bahawa terma-terma ini telah diciptakan oleh
orang-orang Akkad itu sendiri. Jika bangsa Akkad adalah orang yang membangunkan
terma bahasa Sumer pada waktu tersebut, maka apa yang menghalang kami untuk
mempercayai mereka juga yang mencipta terma dan suku kata sebelum itu? Apa yang
boleh membuatkan kita mengatakan bahawa mereka tidak mampu untuk mencipta hukum
penulisan untuk mengawal pembentukan kosa kata ini
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 332
di dalam teks-teks,
seperti teks yang kita sekarang tahu sebagai teks bangsa Sumer?
Selain dari apa yang
telah disebutkan sebelumnya, melalui kajian ke atas subjek ini, kami telah
memperolehi bukti-bukti yang luas mendukung hipotesis yang telah kami buat.[1]
Bangsa Sumer atau Akkad mempunyai tamadun dan
budaya terekod yang tertua di dunia, dan begitu juga agama tersusun dan yang
diketahui tertua di dunia. Jika kita menganggap agama sebagai sejarah budaya
semata-mata, maka ketiga-tiga agama Ilahiyah: Yahudi, Kristian dan Islam,
hanyalah penerus kepada agama Sumer Akkad, tidak lebih dari bayangannya.
Kisah-kisah penciptaan, banjir Nuh, dan kisah-kisah pengajaran, nilai moral
yang tinggi dan tingkah laku mulia sesetengah individu; ibadah, sembahan dan
doa kepada Tuhan; semuanya wujud dalam agama Sumer.
Malahan, asal-usul kesemua agama Ibrahim: Yahudi,
Kristian dan Islam dapat dijejak semula kepada Ibrahim (as) yang datang dari
Sumer.
Oleh kerana Sumer memiliki ketamadunan tertua
dan budaya yang bernilai di dunia, orang-orang Sumer purba, atau orang-orang
yang menjadi nenek moyang kepada orang Sumer, dapat dianggap sebagai mewakili
sebuah asal-usul kepada anak-anak Adam dan budaya mereka yang tersebar ke
seluruh bumi. Di dalam tablet tanah liat, orang-orang Sumer mencirikan nenek
moyang mereka sebagai “orang-orang berkepala hitam”. Ini berselari dengan apa yang telah
dibuktikan secara saintifik: asal usul Homo sapiens hari ini, yang tersebar ke
seluruh dunia, adalah dari Afrika.
Tamadun pertama yang muncul beberapa waktu
setelah orang Sumer adalah mereka yang tinggal bersempadan dengan tamadun
Sumer, dengan Sumer menjadi pusat ketamadunan bagi tamadun-tamadun tersebut.
Ini dengan tuntas menunjukkan mereka tersebar ke negara-negara sekitar dan
menubuhkan budaya di situ, atau sekurang-kurangnya, ia menunjukkan budaya dan
tamadun mereka tersebar.
Oleh itu, budaya bangsa Sumer (Akkad) muncul
secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran, dan ia sangat canggih serta jelas.
Loncatan budaya dan ketamadunan yang sangat ketara oleh bangsa Sumer
menunjukkan petunjuk yang jelas berkenaan suatu entiti baru yang memasuki
memasuki kelompok manusia, menyebabkan manusia membina bukan sahaja tamadun
material, malah berubah dari tingkah laku mementingkan diri,
___________________
[1] Sumber (Dr. Nael Hanoun - Kebenaran Orang
Sumeria dan Kajian dalam Arkeologi dan Teks Cuneiform): hlm. 29-32
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 333
haiwani, menindas, ke arah mencari sifat-sifat
bermoral, adil, altruistik dan berperikemanusiaan.
Satu-satunya penjelasan yang munasabah,
disokong oleh penemuan arkeologi adalah agama merupakan elemen baru tersebut.
Penjelasan keagamaan bagi perubahan ketamadunan ini adalah satu-satunya
kebenaran, berfakta dan disokong oleh artifak yang mengesahkan pengenalan
nilai-nilai ini melalui agama - atau Adam dan para Nabi. Apabila jiwa Adam (as)
terhubung kepada sebuah jasad material dengan biologi yang mementingkan diri,
jiwa ini adalah elemen baru yang memasuki kelompok manusia, dan jiwa yang
berbudi pekerti ini telah memindahkan nilai-nilai moral seperti altruisme dari
Tuhan. Manusia kemudiannya mempercayai nilai-nilai moral ini adalah kebenaran,
kerana petunjuk yang mereka bisa rasai dalam diri mereka. Mereka kemudiannya
mula memerangi keakuan dengan altruisme, mencapai hasil yang diberkati, di mana
keindahannya turut memeranjatkan walaupun ateis. Satu-satunya perkara yang
boleh dilakukan oleh para ateis adalah dengan mula memperjuangkan altruisme,
walaupun hakikatnya, para pelopor dan mereka yang memperkenalkannya adalah
musuh ketat para ateis, iaitu Agama Tuhan.
Jika kita menggabungkan sejarah tablet tanah
liat dan artifak Sumer bersama teks keagamaan mereka, satu-satunya kesimpulan
yang boleh dicapai berkenaan bangsa Sumer, ataupun penduduk Mesopotamia adalah,
mereka merupakan para pewaris ketamadunan dan budaya Adam (as) dan Nuh (as)
(Utnapishtim), walaupun jika ia terjadi dalam tempoh waktu yang jauh sebelum
sejarah yang kita ketahui dari artifak dan tablet tanah.
Delusi Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 335
Rajah 17 : Peta Sumer, Akkad dan Elam
Sumber (1): Wikimedia
________________
1. Boleh didapati di
https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Sumer3.jpg
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 336
Sumber (1): Wikimedia
___________________
1. Tersedia pada:
https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Basse_Mesopotamie_DA.PNG
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 337
Sumber
(1): Ensiklopedia Sejarah Purba
_____________________
[1] Boleh didapati di
http://www.ancient.eu.com/image/359
https://www.worldhistory.org/image/359/map-of-sumer-and-elam/
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 338
Peta-peta ini disusun untuk memberikan
gambaran yang mencukupi untuk proses pensurutan air yang disebabkan oleh
lonjakan hidraulik banjir. Banjir ini memenuhi lembah tersebut dengan air,
membentuk Teluk moden seperti hari ini dan menyebabkan bangsa Sumer awal (atau
apa sahaja nama yang anda mahu menggelarkan mereka) berhijrah dari lembah
tersebut ke rantau-rantau Selatan Iraq, dan menetap di pinggiran air antara
8000-15000 SM. Kemudian mereka membina perkampungan dan kota-kota. Dan
seterusnya, orang-orang Sumer ini, bersama-sama dengan tamadung mereka telah
tersebar ke seluruh dunia, termasuk Utara Afrika.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan