Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 325
Tanda Kewujudan Loncatan
Kesedaran dan Pemikiran:
Memandangkan kesusasteraan adalah alat pengukur untuk budaya manusia
dan kemampuan manusia untuk berfikir, kita mempunyai sebab untuk
mempertimbangkan teks-teks Sumer dan Akkadia (Babilon dan Assiria) - contohnya
seperti Epik Gilgamesh dan kepelbagaian teksnya - sebagai bukti yang sangat
penting bahawa manusia tidak berubah dari sisi kemampuannya untuk mempunyai
kesedaran dan ilmu sejak permulaan Sumer dan Akkad yang diketahui umum, yang
direkodkan dan diriwayatkan di atas tablet tanah liat. Sastera adalah alat
pengukur adil yang tidak memerlukan metod-metod lain yang mungkin menganggu - untuk
seorang peneliti - ketepatan pembacaannya sebagai sebuah ukuran, contohnya
seperti ukuran tamadun industrial, pembangunan dan pembinaan. Ukuran seperti
ini adalah sukar untuk digunakan sebagai ukuran yang tepat kerana ia bergantung
kepada metod lain diluar dari kemanusiaan seseorang, seperti pengumpulan
ciptaan, metod pembinaan dan pembuatan, yang mana kesemuanya bersifat bebas.
Walaupun begitu, metod-metod ini masih lagi merupakan alat pengukut standard,
walaupun ia mungkin memerlukan kesimpulan untuk mencapai hasil yang diperlukan.
Sesetangah orang mengatakan umat manusia telah
mencapai kemajuan besar dalam bidang pembinaan. Hari ini kita mampu membina
pencakar langit dan jambatan di tengah lautan, maka ilmu pembinaan juga mampu
mempengaruhi kemajuan intelek serta kesedaran kita melebihi nenek moyang Sumer
kita. Bagaimanapun, jika kita amati dengan teliti dan membandingkan Zigurat Ur
yang dibina oleh Sumer, dengan binaan yang kompleks dan besar pada zaman ini,
kita boleh menyimpulkan bahawa tidak wujud perbezaan dalam darjat intelek dan
kesedaran antara para jurutera yang merekabentuk dan menyiapkan Zigurat Ur
dengan “rakan sejawat” China
mereka di hari ini yang merekabentuk dan menyiapkan jambatan laut terpanjang di
dunia, serta membina hotel tiga puluh tingkat dalam masa hanya beberapa hari. Ini
kerana para jurutera China di hari ini mempunyai data dari pengalaman yang
lepas dan teknik industri yang menambahbaik pembinaan, kedua-dua faktor ini
terkumpul sedikit demi sedikit dalam tempoh yang lama sejarah umat manusia. Ini
tidak dimiliki oleh bangsa Sumer kerana mereka mewakili titik permulaan.
Perbezaan antara pasukan jurutera Sumer ribuan tahun yang lampau dan pasukan
China di hari ini bukanlah dari segi intelek dan kesedaran. Sebaliknya, ia
adalah perbezaan dalam kemampuan luaran dan ketersediaan. Ia seolah-olah
memberikan seseorang itu kapak dan mesin ringkas serta maklumat berkenaan
pembinaan, kemudian meminta beliau untuk membina binaan seperti Zigurat Ur,
sementara memberi seorang yang lain mesin yang besar dan canggih, maklumat
terperinci yang telah terkumpul dari pengalaman yang lepas, serta komputer dan
pelbagai perisian rekabentuk, lalu memintanya untuk membina jambatan yang
menghubungkan China dan Hong Kong. Menurut pendapat saya, jika kedua mereka mengikuti
arahan tersebut,
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 325
saya pasti tidak dapat mengenalpasti perbezaan
antara kedua mereka dari segi intelek atau deria kesedaran. Saya percaya setiap
orang yang munasabah akan mencapai kesimpulan yang sama.
Kita boleh menyimpulkan bahawa, berkenaan dengan
pembinaan, industri dan pertanian, tamadun Sumer tanpa ragu mewakili sebuah
loncatan ketamadunan apabila dibandingkan dengan sejarah sebelum kewujudannya.
Ia menunjukkan sebuah loncatan dalam intelek dan kesedaran di kalangan bangsa
Sumer, yang mana permulaannya tidak dapat ditentukan dengan tepat secara
saintifik. Walaubagaimanapun, tamadun mereka pastinya bermula lama sebelum
sejarah yang direkodkan, mungkin selama puluhan ribu tahun, dan meletakkan
mereka pada darjat intelek dan kesedaran kita hari ini. Berkenaan dengan
tamadun bandar, sebagai contoh, kita perlu menyiasat, memberi contoh dan
membuat perbandingan untuk sampai kepada keputusan yang kita cari.
Berkenaan dengan teks-teks kesusasteraan, saya
percaya sesiapa sahaja yang membaca, sebagai contoh, Epik Gilgamesh, akan
melihatnya sebagai sebuah karya sastera yang layak diletakkan bersama sastera
agung manusia yang lain (bagi mereka yang percaya ia adalah produk asal
manusia). Oleh itu mereka akan menyimpulkan bahawa umat manusia telah melalui
loncatan budaya dan ketamadunan di Sumer dan Akkad dalam tempoh masa puluhan
ribu tahun yang menyambungkan Sumer dan Akkad. Loncatan budaya dan tamadun ini
boleh ditafsirkan menggunakan alat-alat kesedaran yang tersedia kepada
orang-orang biasa. Ini jelas menunjukkan sesuatu yang baharu telah memasuki
dunia Homo sapiens, yang mengubah mereka dari makhluk primitif yang biasa,
dikawal oleh sifat penting-diri untuk terus hidup, kepada manusia yang
berintelektual dan berkesedaran, yang cuba menjadi altruistik ketika hidup ini,
dan menukarkan kemahuannya untuk hidup kepada kemahuan untuk hidup kekal dunia
yang ideal dan berbeza, bebas dari kejahatan dan dipenuhi kebaikan serta moral
yang baik.
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan