Gilgamesh, Seorang Tokoh Agama
Epik Gilgamesh dipenuhi dengan simbol-simbol.
Ia mengandungi visi simbolik dan menjelaskan
makna sesetengah simbol tersebut.
Ia juga mengandungi perkataan dan peristiwa
simbolik. Sebagai contoh, ketika pertempuran berkecamuk antara Gilgamesh dan
Enkidu, kita dapati semuanya menjadi tenang secara tiba-tiba, dan Enkidu bangun
dengan segera dan dengan hormat berkata kepada Gilgamesh:
Kaulah satu-satunya
lelaki,
Kaulah yang dikandung
oleh ibumu,
Ibumu yang melahirkan
engkau Ninsun...
Dan Analil mengangkat
kepalamu tinggi di kalangan manusia,
Kuasa kerajaan padamu
ke atas manusia.[1]
_______________________
[1] Sumber (Taha Baqir - Epik Gilgamesh).
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 381
Persoalannya di sini adalah, jika Enkidu telah
mengetahui perkara ini dari awal, mengapa dia melawan Gilgamesh?! Adalah sangat
tidak logik untuk apa yang disebutkan sebagai “pertempuran” di sini, merujuk
kepada pertempuran fizikal antara Gilgamesh dan Enkidu. Sememangnya adalah
mungkin untuk kita mengatakan sebuah pertempuran ideologikal telah membuatkan
Enkidu akhirnya mengakui bahawa Gilgamesh adalah anak kepada Ninsun dan Enlil,
yang berdasarkan sebuah dekri, mewasiatkan Gilgamesh untuk menjadi seorang
Raja.
Fakta bahawa Enkidu menyebutkan
perkataan-perkataan ini selepas pertempuran menunjukkan dirinya menyucikan
Ninsun dan Enlil, namun beliau tidak mengakui Gilgamesh dari susur galur
mereka. Namun sekarang, beliau mengakuinya:
“Kaulah satu-satunya
lelaki. Kaulah yang dikandung oleh ibumu. Ibumu yang melahirkan engkau Ninsun...
Dan Analil mengangkat
kepalamu tinggi di kalangan manusia. Kuasa kerajaan padamu ke atas manusia.”
Atas sebab ini, kita juga perlu
mempertimbangkan simbolisme (perlambangan) di dalam teks, dari menganggap teks
tersebut sebagai eksplisit (dinyatakan dengan tepat dan jelas) dan adalah makna
lafaz sepenuhnya. Hakikatnya, ianya hampir menjadi sifat teks agama secara umum,
kerana teks tersebut datang dari alam yang lain dan mengandungi hikmah. Kadang
kala, matlamat teks ini adalah untuk menyampaikan pesanan kepada orangnya dan
mungkin wujud keperluan untuk melindunginya dari penyamar, dengan menggunakan
simbol yang hanya diketahui oleh orangnya. Oleh itu, visi, sebagai contoh,
pastinya merupakan satu bentuk teks agama, namun siapa dari kalangan kita yang
meragui visi itu selalunya ia berbentuk simbolik?!
Pengembaraan pertama Gilgamesh adalah untuk
membunuh Syaitan Humbaba dan membuang segala bentuk kezaliman, penindasan dan
kejahatan dari bumi ini:
(Maka Gilgamesh
memanggil Enkidu dan berkata kepadanya: Dia tinggal di hutan Hambaba yang
dahsyat, marilah kita berdua membunuhnya dan menghapus kejahatan dari muka bumi.)
Sebelum Gilgamesh membunuh syaitan itu, beliau
telah melihat banyak visi (rukya) yang memberi khabar gembira kejayaan misinya:
(... dan aku melihat
dalam mimpi keduaku, gunung itu juga runtuh, sehingga mengejutkanku dan meraih
kakiku, lalu muncul cahaya terang yang mengatasi kecerahan dan kilauannya di
atas bumi ini, sehingga mengangkatku dari bawah gunung dan memberi aku air dan
menerangkan
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 382
hatiku)[1]
Sebarang benda yang boleh dipertuhankan pada
pandangan bangsa Sumer adalah seorang tuhan, maka bagi mereka dunia adalah
tuhan, keakuan adalah tuhan, dan kumpulan adalah tuhan. Orang-orang yang soleh
dan suci juga adalah tuhan, atas sebab inilah kita boleh menggantikan perkataan
“tuhan” dengan perkataan para nabi, orang soleh, dunia material atau keakuan.
Mari kita memikirkan teks berikut dan melihat hikmah yang memenuhinya:
“Gilgamesh membuka
mulutnya dan berkata kepada Enkidu:
Wahai sahabatku,
siapa yang mampu naik ke pintu-pintu langit?
Dan hanya tuhan-tuhan
(orang-orang soleh) Hanya mereka yang hidup selamanya bersama Shamash,
Hari-hari Anak-anak
manusia itu ditentukan..
Dan semua yang mereka
kerjakan kosong sia-sia."
Quran menyebutkan,
﴿وَقَدِمْنَا إلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاء مَّنثُوراً﴾
[Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang
mereka telah kerjakan dari jenis amal, lalu Kami jadikan dia terbuang bagai
debukan yang berterbangan.] [2]
Gilgamesh yang merupakan dua pertiga tuhan,
akhirnya mahu membuang sepertiga sisi gelapnya, maka beliau pergi bertemu
dengan seseorang yang telah membuang sisi gelapnya dan menjadi abadi bersama
tuhan-tuhan iaitu datuknya, Utnapishtim - Nuh. Maka, perjalanan Gilgamesh
kepada Nuh bukanlah perjalanan memohon keabadian fizikal seperti yang
dibayangkan oleh sesetengah pembaca, sebaliknya, ia adalah perjalanan memohon
keabadian roh.
Setelah apa yang kita bahaskan, adakah adil
untuk seseorang membantah apabila kami mengatakan Epik Gilgamesh sememangnya
bersifat keagamaan dan Gilgamesh adalah seorang tokoh agama?
_____________________
[1] Sumber (Taha Baqir - The Epic of Gilgamesh).
[2] Al-Quran Al-Karim Surah Al-Furqan Ayat: 23
Sebelum
✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan