BAB 6: Ketiadaan Tidak Boleh Menciptakan
أَمۡ خُلِقُواْ مِنۡ غَيۡرِ شَىۡءٍ أَمۡ هُمُ ٱلۡخَٰلِقُونَ
[Adakah mereka telah tercipta dari ketiadaan,
atau adakah mereka pencipta?] (Quran At-Tur 52:35)
6.01 Bukti Kedua Kewujudan Tuhan
Mutlak: Ketiadaan Tidak Boleh Menciptakan
Tuhan telah menyatakan hal ini di dalam Quran:
[Adakah mereka telah tercipta dari ketiadaan, atau adakah mereka pencipta?]
[1]
Rumusan bukti ini adalah seperti berikut:
Alam ini bukanlah tua [tanpa sebuah
permulaan], sebaliknya ia adalah baharu, kerana ia sedang berubah. Semua
perkara yang baru adalah didahului oleh ketiadaan, maka ia mesti ada sebuah
entiti pemula. Ini adalah kerana, ketiadaan mutlak adalah terdiri daripada
tiada, maka ia tidak boleh menciptakan. Adalah mustahil sama sekali untuk
sesuatu datang dari tiada, dengan kata lain, untuk sesuatu terhasil dari
ketiadaan mutlak. Alam atau alam-alam, atau kewujudan yang baru adalah satu “benda”,
maka ia tidak dapat terhasil dari ketiadaan mutlak. Oleh itu, kewujudan yang
baru (alam atau alam-alam) membuktikan ia
____________________
[1] Al-Qur’an Al-Karim Surah At-Tur ayat: 35
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 443
terhasil dari sebuah kewujudan lama, yang
tidak memerlukannya atau kewujudan yang lain.
Maka jika kita dapat mengatakan pemulanya itu
tua dan tidak didahului dengan ketiadaan, maka kita telah membuktikan kewujudan
Tuhan. Jika kita mengatakan bahawa Dia juga bersifat "baharu", maka
Dia memerlukan kepada kewujudan suatu pemula dan bukanlah entiti yang pertama
(paling awal). Ini kerana, ia menunjuk
kepada kewujudan dan ketidakwujudan dalam masa yang sama. Oleh itu, jika
sebarang benda yang selain dariNya, sebuah rantaian akan dibentuk.[a]
Rantaian ini tidak bisa menjadi infinit dalam setiap segi dan sisi, kerana
dunia ini baru, terbatas dan mempunyai sebuah permulaan. Oleh kerana rantaian
ini mempunyai had, sekurang-kurangnya dalam hal mempunyai permulaan, ia perlu
berakhir pada entiti pemula yang paling tua, yang membuktikan kewujudan Tuhan
Maha Kuasa.
Apa yang kami maksudkan dengan "baharu"
adalah sesuatu yang didahului dengan ketiadaan (iaitu ketidakwujudan entiti
baharu tersebut), yang bermakna ia mempunyai sebuah permulaan.
Apa
yang kami maksudkan dengan "tua" pula adalah sesuatu yang tidak
didahului oleh ketiadaan dan tidak mempunyai permulaan. Tua di dalam konteks
ini tidak terkait dengan masa. Sebaliknya ia adalah tua yang bersifat hakiki
yang tidak mempunyai kaitan dengan dimensi masa dan tidak juga mempunyai kaitan
dengan kewujudan dan ketidakwujudannya. Sesuatu yang tua tidak boleh mengalami
peristiwa kerana jika demikian, ia akan menjadi tua dan baharu dalam masa yang
sama, dan ini adalah kontradiksi, maka apa sahaja yang mengalami peristiwa
adalah entiti yang bersifat baharu.
Apa yang kami maksudkan dengan infinit adalah
sesuatu yang tidak terhad [dari segala sisi dan segi], sehingga tiada permulaan
dan pengakhiran, tanpa mengira dimensi masa dan ruang, serta kewujudan dan
ketidakwujudannya. Kami tidak memaksudkan "infiniti" yang didapati
dari beberapa persamaan, seperti
Memang benar, persamaan di sebelah kiri
memanjang secara infinit. Bagaimanapun ia masih mempunyai permulaan, sama
seperti yang alam ini yang mendatar. Memang benar bahawa ia juga berkembang
secara infinit. Bagaimanapun, ia mempunyai sebuah titik permulaan.
Isu berkaitan pembuktian ini (ketiadaan tidak
dapat mencipta) adalah lebih besar dari kehidupan bumi ini, maka ia tidak
berkaitan dengan teori dari Darwin. Kita boleh merumuskan dengan berkata
"akibat akan menunjukkan sebab" bukanlah bermaksud setiap kesan akan
mengisyaratkan kepada Tuhan secara terus, namun sebaliknya rantaian akibat dan
sebab mesti berakhir kepada satu pemula (tua, abadi dan wujud sendiri) kerana
ketiadaan tidak dapat menciptakan. Entiti penyebab ini adalah Tuhan Yang Maha
Suci dan Maha Tinggi, dan kehidupan di bumi ini hanyalah pautan ciptaan
__________________
[a] Penterjemah: Rantaian penciptaan dari Sang
Pemula sehinggalah kepada ciptaan-ciptaanNya. Hanya Tuhan mutlak sahaja tidak
berada di atas rantaian ini kerana Dia berada di kedudukan paling awal.
Delusi
Ateisme oleh Ahmad Al-Hassan 444
kecil di dalam rantaian ini. Hasilnya,
sebarang debat untuk membantah bukti ini perlulah berkenaan asal usul jirim dan
membuktikan ia datang dari ketiadaan, atau ketidakwujudan. Ini masih tidak
dibuktikan oleh sesiapa. Tetapi saintis telah lebih atau sedikit, hampir
membuktikan bahawa peristiwa dentuman besar (big bang) adalah permulaan
kewujudan alam fizikal.
Hakikatnya, wujud penyebab disebalik peristiwa
dentuman besar. Oleh itu, urutan penyebab akan berterusan sehingga ia terhenti
pada penyebab yang asal, iaitu Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi. Jika
diizinkan Tuhan, kita akan diskusikan selepas ini berkenaan model standar atau
dentuman besar, dan bagaimana ia menunjukkan kewujudan Tuhan.
6.02 Menerangkan Kewujudan Alam
Semesta
Penerangan Kewujudan Alam Semesta
Antara hipotesis dan teori yang menerangkan
kewujudan alam adalah seperti berikut:
Wujud hipotesis yang menyebutkan bahawa alam
ini bersifat abadi. Dengan kemajuan bidang fizik dan kaedah pemerhatian,
hipotesis atau teori ini telah menjadi lapuk. Ia tidak mempunyai nilai
saintifik, kerana telah ditetapkan secara saintifik bersama bukti kukuh bahawa
alam ini bersifat baharu dan mempunyai sebuah permulaan. Oleh itu, diskusi
berkenaan keabadian perlu difokuskan penyebab utama kemunculan alam ini.
Diskusi berkenaan isu ini akan menyusul.
Wujud juga teori atau hipotesis Hoylepp[1]
serta percubaannya untuk menjelaskan mengapa galaksi bergerak menjauhi antara
satu sama lain dari sisi masa kosmik yang tidak mempunyai permulaan. Teori ini
juga telah lapuk berdasarkan apa yang telah tertegak melalui pemerhatian dan
pengukuran yang menyebelahi model standar, seperti yang akan ditunjukkan
selepas ini.
Ada juga teori yang mengatakan alam ini baru
dan, bersama semua komponennya, telah diwujudkan secara terus oleh Tuhan. Ini
adalah teori keagamaan tradisional, yang digunapakai oleh sesetengah pentafsir
skriptur agama, seperti golongan yang mempercayai bumi tidak berputar
mengelilingi matahari. Kesalahan dan ketidaksahan teori ini juga telah
dibuktikan. Ahli fizik sekarang dapat mengetahui - dengan ketepatan saintifik
yang berpatutan - bila dan bagaimana bumi, matahari, Bimasakti dan banyak
galaksi lain terwujud, sebagaimana alam ini secara keseluruhannya terwujud,
pergerakan semasanya dan beberapa kemungkinan berkenaan masa depan alam ini.
_________________
[1] Dr. Fred Hoyle, seorang
ahli astronomi British (1915-2001) dikenali berkenaan persembahan beliau ke
atas Teori Keadaan-tetap.
Sebelum ✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan