Halaman

Isnin, 14 Mac 2022

5.36.9 Kisah Nuh Di Dalam Riwayat-riwayat

  

Kisah Nuh Di Dalam Riwayat-riwayat

 

Hakikatnya riwayat banjir besar di zaman Nabi Nuh di dalam sesetengah riwayat keagamaan amat jauh dari fakta saintifik. Kita dapati riwayat-riwayat tersebut menjelaskan jumlah air dengan cara yang salah, sama seperti penceritaan di dalam Injil, di mana air menenggelamkan semua gunung melebihi lima belas hasta. Ini tidak bisa terjadi, kerana seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini, ia akan meninggalkan kesan yang tidak dapat dihilangkan dalam tempoh beberapa ribu tahun, dan kita tidak mendapati sebarang kesan sejarah tersebut pada kajian geologi bumi.

Dakwaan bahawa Nabi Nuh tinggal di tebing sungai Furat, atau salah satu dari perkampungan di tebing sungai Furat sebelum banjir besar, tidak bercanggahan dengan fakta bahawa perkampungan tersebut berada di lembah subur atau di Teluk moden. Ini kerana sebelum banjir, sungai Furat lebih panjang dan mengalir ke tasik-tasik di dasar lembah tersebut.

Malah, tiada masalah dari segi saintifik untuk mengatakan bahawa hujan dan peningkatan kadar air telah mengakibatkan banjir di lembah tersebut, bersama dengan runtuhan empangan semulajadi dan peningkatan paras air laut yang terjadi kerana berakhirnya zaman ais.

Wujud beberapa riwayat keagamaan yang menjelaskan kejadian banjir besar dengan cara yang tepat. Riwayat ini tidak bercanggahan dengan sains.[1] Sebagai contoh, ia menjelaskan maksud sebenar Nuh membawa haiwan ke atas kapal; iaitu merujuk kepada haiwan domestik sebagai bekalan untuk manusia.

 

عن إسماعيل بن جابر عن أبي عبد الله  (عليه السلام)  ، قال : [ صنعها في ثلاثين سنة ثم أمر أن يحمل فيها من كل زوجين اثنين الأزواج الثمانية التي خرج بها آدم (عليه السلام)  من الجنة ليكون معيشة لعقب نوح (عليه السلام)   في الأرض كما عاش عقب آدم (عليه السلام)   فإن الأرض تغرق بما فيها إلا ما كان معه في السفينة.

 

Dari Ismail bin Jabir, dari Abi Abdillah (salam atasnya) bersabda: Beliau membinanya selama 30 tahun, dan telah diperintahkan untuk membawa setiap pasang dari lapan pasang yang dibawa oleh Adam (salam atasnya) dari syurga. Ia bertujuan sebagai sumber rezeki kepada keturunan Nuh di bumi, sama seperti cara keturunan Adam hidup. Ini kerana bumi dan semua yang berada di atasnya akan ditenggelamkan kecuali yang berada di atas bahtera." (Qisas Al-Anbiya, Al-Rawandi, Halaman 82).

 

________________________

[1] Telah dijelaskan sebalum ini bahawa teori di mana Nuh membawa semua binatang ke atas bahtera adalah batil. Telah ditunjukkan juga bahawa teori tersebut bercanggahan dengan fakta saintifik yang sudah terbukti, serta teori itu tidak dapat dibuktikan sama sekali.

[2] Sumber (Al Rawandi - Kisah Para Nabi): ms 82

 

 

Sebelum✡✡ Kandungan ✡✡ Berikutnya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan