Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 33
1. Al-Hussein dan Al-Abbas (as):
Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata:
[........Al-Hussein telah berhadapan dengan
syaitan (la3nahu Allah) di Karbala dengan segala simbol-simbol jahatnya, Al-Hussein
(as) telah berhadapan dengan penguasa-penguasa yang memerintah umat Islam yang
memecahkan Hakimiyah Allah SWT, dan Al-Hussein (as) telah berhadapan dengan para
ulama yang tidak beramal; Syuraih Al-Qadhi, Syibts bin Rib’i, Syamr bin Dzii
Al-Juusyan dan yang seumpama mereka, Mereka adalah kelompok yang paling
berbahaya yang perlu dihadapi.
Kerana mereka berpakaian dengan pakaian agama,
dan menipu umat dengan fikiran bahawa mereka menggunakan pedang Muhammad (S).
terhadap Al-Hussain (as) secara zalim dan palsu, dan mereka mendakwa mewakili agama
Allah, dengan berdusta dan mengadakan dusta terhadap Allah SWT.
Dan mereka (Ahlul Bait (as)) telah meruwayatkan
bahawa mereka menghunuskan pedang padanya (Al-Hussain (as)) kerana iman mereka.
Dan di Karbala, Al-Hussain berhadapan dengan
dunia dan perhiasannya, dan tidak ada yang terlepas darinya dan tiada siapa
menyertai barisan Al-Hussain barisan dari Nabi-nabi dan Rasul-rasul dan barisan
kebenaran dan cahaya kecuali sangat sedikit daripada mereka yang memenuhi janji
terhadap Allah SWT.
Dan di Karbala, Al-Hussain (as) berhadapan
dengan "Al-Ana". Dan Pahlawan dalam Konfrontasi (pertentangan)
terhadap Al-Hussain (as). Dan yang terbaik daripada orang-orang yang telah
melalui keadaan huru-hara itu adalah Al-Abbas bin Ali (as). apabila dia
melemparkan air jauh-jauh dan menerima Al-Quran,
وَيُؤْثِرُونَ
عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ ۚ
dan mereka juga
mengutamakan orang lain itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun
mereka dalam kesusahan. [Surah Al-Hasyr 59:9.]
Dan kesusahan itu adalah kesusahan Al-Abbas
(as). dan apakah mengutamakan orang lain?!! daripada ke atas dirinya (as) itu?!!
Dan adakah keutamaan itu, atau sesuatu perkara yang kata-kata tidak dapat
gambarkan?
Dan di Karbala, Al-Hussain (as). berhadapan
dengan Iblis (la3nahu Allah), musuh lama anak-anak Adam, yang berjanji untuk
menyesatkan mereka dari jalan yang lurus dan melemparkan mereka ke dalam jurang
api neraka.
Dan Al-Hussain (as). dan sahabat-sahabatnya
(as). Telah menang dalam pertentangan (konfrontasi)
ini.
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 34
Bagi dunia ini dan perhiasannya, Al-Hussain
(as). dan sahabat-sahabatnya (as) melepaskan dan berjalan dalam barisan
kebenaran dan cahaya ilahi dan ini adalah ukuran kedua yang diteguhkan oleh Al-Hussain
(as). dengan darah yang suci, dan dengan tindakan dan bukan dengan kata-kata.
Jadi dia (as) menunjukkan dengan tindakannya, bahawa dunia dan akhirat adalah
dua musuh yang tidak berhimpun dalam hati seseorang. Jadi, jika salah satu
darinya ingin masuk ke dalam hati seseorang, yang satu lagi akan berjalan
keluar. Dan jika seseorang berjalan menuju ke arah salah satu darinya, dia akan
berjalan menjauhi yang satu lagi. Jadi orang yang menuju Allah SWT dan inginkan
akhirat tidak mempunyai pilihan melainkan melepaskan dunia ini.
Adapun "Al-Ana", cukuplah dengan
mengatakan kemurahan hati dan dengan memberikan diri sendiri kemurahan hati
yang muktamad. Pertarungan "Al-Ana" sangat besar di Karbala dan
kemanusiaan menang atas "Al-Ana" di Karbala, kemenangan dijadikan
sebagai suatu yang adil dan ukuran suci yang memberikan setiap orang yang berhak
atas hak mereka, ukuran syahid atas syahidnya Al-Hussain (as). dan
sahabat-sahabatnya (as) dengan darah mereka menyaksikan bahawa Tidak Ada Tuhan
Melainkan Allah.
Adapun Iblis (la), dalam perang Karbala, Al-Hussain
(as). merantai tangan dan kakinya dan membenamkan tombak di dadanya. Tetapi ia
masih berjuang dalam darahnya, dalam kesakitan dari bencana besar yang
melandanya sehingga Al-Qaim akan menebas lehernya (Iblis (la)) di Masjid Al-Kufah.
Berbahagialah orang yang mengorbankan dirinya
di hadapan Tuhannya. Berbahagialah orang yang melepasi dan melalui kesukaran.
Berbahagialah dia jika tidak menolakku. Berbahagialah orang-orang yang pelik
dan gila kepada penduduk bumi, dan waras kepada penduduk langit.
Dan aku, aku memohon perlindungan Allah
dari "Al-Ana", hamba yang hina di hadapan Tuhannya, aku menyeru
setiap seorang yang waras yang mahukan kebenaran supaya membawa kapak seperti
Ibrahim (as) lakukan untuk merobohkan semua patung-patung yang disembah selain
Allah, termasuk satu yang ada di dalam dirinya, iaitu "Al-Ana", dan
mengingati Allah SWT sebanyak mungkin,. ...] [1]
------------------------------
1- Ucapan Syed Ahmad Al-Hassan (as) dalam
Khutbah Kepada Pelajar Hauzah Ilmiah di Najaf Al-Syarif, di Qom dan di setiap
tempat di bumi ini, 8 Rabie Al-Tsani / 1426 H.
✡✡✡✡✡