9 Ibrahim (as) dan Rububiyah Nabi Muhammad (S), Cahaya aras Cahaya
Dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):
[Dan dari sini, maka sifat Al-Shamad
(Yang Kaya Mutlak – berhimpun segala
kehendakv), yang ditambah pada ketuhanan (Uluhiyah) tidak boleh dimiliki (dipanggil)
melainkan hanya kepadaNya SWT, dan itulah yang membezakan Ketuhanan (Uluhiyah) SWT
dan menjelasan bahawa ia adalah Ketuhanan yang sepenuhnya Mutlak. Dan untuk
ini, didatangkan ayat ini dalam Surah Al Tauhid: ﴿اللَّهُ الصَّمَدُ﴾ - Allah Yang Kaya Mutlak – berhimpun segala kehendak.
Dan Allah Al-Shamad, adalah bersamaan
dengan mengatakan bahawa Allah adalah cahaya yang tiada Kegelapan padanya. Dan
ia adalah sifat yang tidak seorang makhluk pun berkongsi denganNya, tidak
seperti pada Mendengar, Melihat dan Mencipta. Maka ini adalah sifat-sifat yang
dikongsi oleh makhluk, dengan itu anda boleh mengatakan bahawa Muhammad (S)
adalah cahaya, tetapi di dalamnya ada kegelapan dan ia adalah “Al-Ana” dan
Keakuan (keperibadian), dan jika tidak, tidak akan tinggal Muhammad tidak pada
nama dan tidak pada bentuk rupa (imej), dan tidak ada yang akan kekal melainkan
Allah, Yang Maha Esa, Yang Maha Menakluk SWT.
Oleh itu , Muhammad (S), walaupun dia
berada di darjat tertinggi kesempurnaan yang mungkin ada pada penciptaan (makhluk),
dan Muhammad (S) adalah imej (shurah) Allah dan membawa sifat-sifat Ketuhanan
dalam penciptaan, untuk dikenali penciptaan pada Allah SWT. Oleh yang demikian,
penciptaan datang berlindung kepadanya supaya mereka dilengkapkan dan mengatasi
kelemahan mereka. Tetapi Muhammad (S) dari arah (aspek) lain yang memerlukan
padaNya SWT, kerana dia adalah seorang hamba dari hamba-hamba Allah
﴿يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ
عَلَى نُورٍ﴾
{yang
minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas
cahaya (berlapis-lapis)} [Al-Nur [24:35]]
Dirinya hampir bercahaya sendiri, tidaklah
dia bercahaya dari dirinya sendiri, sehinggakan Ibrahim (as) walaupun dia dari
kalangan Rasul-rasul Uli Al-‘Azim, apabila melihat Kerajaan Langit-langit, menyangka
bahawa Muhammad (S) disifati dengan sifat Uluhiyah (sifat Ketuhanan) pada
Ketuhanan Mutlak. Dan menyangka bahawa Rububiyah (pengurusan) Muhammad (S)
adalah Rububiyah Mutlak. Maka kalau begitu siapa Allah SWT pada Ibrahim (as)?
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 24
Lalu dikasyafkan (diperlihatkan) kepadanya
Muhammad (S) tenggelam dan kembali kepada “Al-Ana” dan keperibadian (Keakuan).
Baharulah, Nabi Ibrahim menyedari bahawa Allah SWT tidak dilihat di Malakut
(Kerajaan Langit), seperti yang diketahuinya bahawa tidak boleh melihatNya
dalam Kerajaan Dunia (Alam Syahadah) ini. Tetapi sebenarnya melihat Muhammad
(S) adalah melihat Allah, dan menghadap Muhammad (S) adalah menghadap Allah
Yang Maha Suci dan Maha Tinggi dari apa yang mereka sekutukan. Dan ini telah
dijelaskan oleh Ahlul Bait, sesuatu dari makna seperti ini dalam lipatan
ucapan-ucapan mereka (as). [1]
-------------------
1 - Kitab Tauhid - Imam Ahmed Al-Hassan (as)
hal. 30
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan