Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani 135
Para pembaca mungkin mengatakan mengapa Khidir (as) tidak
tua-tua?
Saya katakan: Apa
yang dikemukakan sudah mencukupi tanpa perlu dipaparkan peribadi Khidir
(as) di mana Syeikh Salafiyah Ibn Taimiyah bermasalah dengannya, dan inilah yang
akan kita terangkan pada kesamaran kedua. .
Kesamaran
Kedua:
Ibn Taimiyah berkata: dan mereka berhujjah dengan
kehidupan (Nabi) Khidir sebagai hujjah yang tidak sah atas kedustaan terhadap
orang yang bagi mereka menerima Khidir masih hidup, yang telah disahkan para
ulama lain bahawa dia sudah mati, dan takdir kewujudannya bukanlah merupakan
salah seorang daripada umat ini. Terdapat begitu banyak pembohongan dari jin
dan manusia yang mendakwa bahawa dia adalah Khidir dan yang
menyangka telah melihatnya sebagai Khidir dan ia adalah cerita-cerita yang
sahih yang kita ketahui hidup lama dan dijelaskan di sini ..
Jawapan: Disebut dalam kesamaran ini berkaitan dengan
Khidir (as) tiga perkara:
1: Dakwaan Khidir (as) telah mati
Ibn Taimiyah mendakwa Khidir (as) telah mati dan
mengaitkan pandangan ini dengan ulama penyelidik (tahqiq), dan hal ini telah
dikemukakan kepada kita perkataan Al-Nawawi sebelum ini di mana beliau berkata:
(Beberapa orang ahli hadits telah berhujjah dengan hadits-hadits ini yang mengatakan
Khidir (as) telah mati, dan sepanjang hidupnya seperti yang telah lebih dahulu
disebutkan dalam bab kebaikannya. Mereka mentakwil hadits-hadits ini di mana
dia berada di laut bukan di daratan atau pada tahun yang tertentu. [1]
-------------------------------
1 - Syarah Muslim
oleh Al-Nawawi: J 16 hal 89
Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani 136
Maka pendapat yang mengatakan kepada Khidir (as) telah mati adalah dari
kumpulan yang tidak wajar (aneh) dan sudah tentu Ibn Taimiyah sebahagian dari
mereka, Pendapatnya ini tidak diragui oleh pengikut-pengikutnya, tetapi orang
ramai mengatakan dia (as) masih hidup, di sini dibawakan sebahagian dari
perkataan mereka mengenainya:
Hafiz Ibn Al-Shalah yang terkenal dalam bidang ilmu
hadits mengatakan: (Adapun Khidir (as) masih hidup di kalangan orang-orang
tertentu dari para ulama, orang-orang sholeh dan orang-orang awam, tetapi ia
ditolak sebahagian dari ahli hadits. Baginda (S) dan pada Nabi kita dan
keluarga mereka diakui sebagai nabi dan khilaf pada menjadi rasul.) [1]
Al-Nawawi telah menulis di dalam Syarah Sahih Muslim
pendapat Tsa’labi, katanya: (Al-Tsa’labi seorang mufassir berkata, Khidir
seorang nabi yang berumur panjang pada semua pendapat, Ia benar-benar terhijab
dari pandangan iaitu dari pandangan orang ramai dan sebahagian kecil berkata
bahawa dia tidak mati melainkan pada akhir zaman, apabila Al-Quran diangkat.) [2]
Dan juga seperti dipetik oleh Ibn Hajar mengenainya di
dalam Fath Al-Bari (berkata Al-Tsa’labi di dalam tafsirnya dia berumur panjang
pada semua pendapat, Ia benar-benar terhijab dari pandangan dan pendapat
sebahagian kecil berkata bahawa dia tidak mati melainkan pada akhir zaman,
apabila Al-Quran diangkat. Al-Qurthubi
berkata dia adalah seorang nabi pada kebanyakan orang dan tanda ini
membuktikannya, kerana Nabi (S) tidak boleh belajar dari sesiapa selain dari
baginda sendiri, dan kerana ketetapan itu hanya dibatalkan oleh para nabi. Ibn
Al-Shalah berkata dia masih hidup pada pendapat kebanyakan ulama dan orang
ramai, tetapi yang anehnya ia dinafikan oleh sebahagian ahli-ahli hadits dan
diikuti oleh Al-Nawawi, dan beliau menambah bahawa ini dipersetujui antara ahli
Sufi dan ahli kebenaran dan kisah-kisah mereka dalam penglihatannya (rukyahnya)
dan bertemu dengannya lebih daripada membataskan. Berakhir. [3]
-------------------------------
1- Fatawa dan Masa’iI; Ibnu Al-Shalah: J 1 hal 186 Soalan
35 i. Dar Al-Ma’arifah Beirut tahun 1976 M. Abu Al-Shalah adalah salah seorang
ulama besar Sunni.
• Al-Zhahabi berkata: "Seorang Imam Al-Hafidz,
Syeikh Al-Islam," Siyar A3lam Al-Nubalaa': J 23 hal140. Dia juga berkata:
Ia adalah satu keindahan, keajaiban, kebesaran dan
hebat, fasih, ilmu kesehatan, dan agamanya amat teguh, ulung dalam kalimat,
iman yang benar dari telaga yang penuh pendirian yang tak goyah, beriman dengan
Allah, dan apa yang berasal dari nama Allah, dari nama dan sifatNya, pakaian
yang baik, dan yang berlimpahnya
kemuliaan, dipandang mulia di sisi Sultan). ,
Siyar A3lam Al-Nubalaa': J 23 hal142. Berkata Ibn Khalkan: (Sekiranya
syeikh disebut ulama hadits, maka itulah yang dimaksudkannya) Muqaddimah Fatawa dan Masa’I; Ibnu Al-Shalah; J 1, hal
11.
2- Syarah Muslim
oleh Al-Nawawi: J 15 hal 136
3- Fath Al-Bari oleh
Ibn Hajar: J 6 hal 31
Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani 137
Al-Hafidz Ibn Katsir berkata dalam Al-Bidayah
Wal-Nihayah: "Ada khilaf (perbezaan pendapat) tentang kewujudannya
hinggalah ke zaman kita ini, tetapi pendapat ramai mengatakan dia masih hidup
sampai sekarang." [1]
Al-‘Ajluni berkata dalam
Kasyf Al-Khafaa': "Ramai ahli hadits dan fuqaha’ mengatakan dia
masih hidup." [2]
Al-Qurthubi berkata dalam tafsirnya selepas dia
mengatakan pendapat bahawa dia tidak hidup kagi: "Pandangan yang benar
adalah bahawa dia masih hidup untuk kita menyebutnya." [3]
Untuk menerangkan dia masih hidup melalui dua sudut
pandangan daripada kata-kata umum Nabi (S): [Tidakkah kalian melihat pada malam
hari ini, sesungguhnya pada penghujung 100 tahun sejak malam ini, tidak akan
ada seseorang yang akan tetap hidup di muka bumi," kata Ibn 'Umar, Padahal
sesungghnya Rasulullah –shallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Tidak akan
ada seseorang yang akan tetap hidup di muka bumi, yang dimaksud adalah
berlalunya abad tersebut.]
Pandangan Pertama: Hadits yang mengingatkan
penghuni di bumi, sebagaimana sabda Nabi (S) yang dibawakan dalam hadits: (hidup di muka bumi), dan Khidir
(as) tidak tinggal di darat tetapi tinggal di laut.
Pandangan Kedua: Bahawa Khidir, walaupun dari
penghuni bumi, tetapi hadits itu pada
umumnya telah dikhaskan mengenainya, maka Khidir adalah di luar pengkhususan
tersebut.
Sekarang, tanpa mengira kedua-dua pandangan itu sahih
atau tidak, tetapi mereka menyesuaikan dia masih hidup. Ibn Taimiyah dan yang lain-lain adalah dari mereka yang berkata dia (as) sudah mati
mereka kumpulan yang menyesuaikan perkara-perkara yang tidak wajar (aneh) sebagaimana
Al-Nawawi mengatakan maka tidak diambil
kata-kata mereka itu. Aku telah mengemukakan sebahagian ungkapan
mengenai kehidupan Khidir (as).
Tetapi Ibn Taimiyah, atau yang diberi gelaran Sheikhu
l-Islam itu sendiri telah tergesa-gesa dalam tulisan-tulisannya meminta
kesahihan sabda Nabi (S), yang memperkatakan tentang Khidir (as)): Sekiranya
dia masih hidup dia akan menziarahiku), beliau menjawab : Bagi hidupnya: dia
masih hidup. Hadits yang disebutkan di
atas tidak mempunyai asas, dan ia tidak diketahui oleh beliau
sanadnya tetapi diriwayatkan di dalam Musnad Al-Syafi'ei dan
lain-lain. Beliau berkata bahawa dia bertemu dengan Nabi (S) dan sesiapa yang mengatakan
bahawa dia tidak bertemu Nabi (S)
--------------------------------
1- Al-Bidayah Wal-Nihayah:: J 1 hal 306 i. Dar Al-Raiyan
Lil-Tarats, Kaherah, 1988, dan J 1, hal 383. Cetakan Dar Ihya’ Al-Tarats
Al-Arabi, Beirut.
2- Kasyf Al-Khafaa': J 1 hal 513. Cetakan Muasasah Al-Risalah,
Beirut.
3 - Tafsir al-Qurthubi: J 11 hal 41
Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani 138
telah mengatakan: "Apa yang tidak diketahui baginya
adalah dari pengetahuan yang tidak diliputi olehnya." sesiapa yang membantah kematiannya, dengan
sabda Nabi (S) " Tidakkah kalian melihat pada malam hari ini, sesungguhnya
pada penghujung 100 tahun sejak malam ini, tidak akan ada seseorang yang akan
tetap hidup di muka bumi," Tidak
ada hujah di dalamnya, di mana boleh jadi Khidir berada di atas muka bumi. Dan
kerana Dajjal dan pengintip yang sahih bahawa dia masih hidup hadir semasa
hayat Nabi (S) yang hidup sehingga hari ini tidak keluar dan berada di
pulau-pulau di lautan. Apa jawapannya ialah jawapan mengenai Khidir (yang hijau)
yang menjadikan lafaz kata bumi tidak masuk ke dalam khabar ini atau baginda
(S) menginginkan anak-anak Adam yang dikenal pasti, adapun orang-orang yang di
luar dari kebiasaan itu tidak termasuk yang umum seperti tidak termasuknya jin,
walaupun itu adalah perkataan yang mengatur jin dan manusia. Pengkhususan umum seperti ini adalah contoh yang lebih
biasa. Wallahu a3lam. [1]
﴿لَوْ كَانَ
مِنْ عِندِ غَيْرِ اللَّـهِ لَوَجَدُوا فِيهِ اخْتِلَافًا كَثِيرًا﴾
Kalau kiranya Al Quran itu bukan
dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.
[2]
Adapun bukti dia masih hidup dari jalan kaum Syi'ah telah
diriwayatkan oleh ramai, dan di sini adalah sebahagian kecil daripadanya:
Dari Abi Hasyim Dawud bin Al-Qasim Al-Ja’fari dari Abi
Ja`far Al-Tsani (as) katanya: Aku menghadap Amirul Mukminin (as) dan
bersamanya Al-Hasan bin Ali (as). Dia duduk bersandar di makam Sulaiman,
lalu masuk ke Masjidil Haram dan duduk seorang lelaki yang berpenampilan dan
berpakaian baik datang dan memberikan salam kepada Amirul Mukminin. Dia (as)
membalas salam dan menpersilakan duduk, lalu dia berkata: "Wahai Amirul
Mukminin, Aku ingin bertanya kepada tuan tentang tiga perkara, jika tuan
memberitahuku aku tahu bahawa orang-orang telah berangkat pergi dari urusan
tuan apa yang telah ditetapkan pada mereka, dan bahawa mereka tidak selamat di
dunia dan akhirat mereka. Tetapi jika yang lain aku tahu tuan dan mereka perlakukan
yang sama Amirul Mukminin (as) berkata
kepadanya: Soallah apa yang ada padamu, dia berkata: "Beritahu aku tentang
seorang lelaki, jika dia tidur ke mana rohnya pergi, dan bagaimana seseorang
itu ingat dan lupa, dan tentang bagaimana seseorang menyerupai bapa saudara dan
anak bapa saudaranya? Amirul Mukminin (as) berpaling kepada Al-Hasan dan
berkata: "Wahai Aba Muhammad, jawablah. Lalu Al-Hasan (as) menjawab. Maka
lelaki itu berkata: "Aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah,
dan aku tidak tergelincir menyaksikannya, Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah
Rasul Allah, dan aku tidak tergelincir menyaksikan tentangnya, Aku bersaksi
bahawa engkau adalah washi Rasulullah (S) dan Al-Qaim (penegak) hujjahnya dan
menunjuk ke arah Amirul Mukminin (as) dan aku tidak tergelincir menyaksikannya
dan Aku bersaksi bahawa engkau adalah washinya
-----------------------------
1- Majmu3 Fatawa Ibn Taimiyah: J 4 hal 340, 339 cetakan
1398 dengan perintah Al-Malik Fahd bin Abdul Aziz.
2- Al-Nisa’ 4:82
Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani 139
dan Al-Qaim (penegak) hujjahnya dan menunjuk ke arah
Al-Hasan (as), dan aku bersaksi bahawa Al-Hussein bin Ali washi saudaranya dan
Al-Qaim (penegak) hujjah selepasnya, dan aku bersaksi kepada Ali Bin Al-Hussein
bahawa dia Al-Qaim (penegak) hujjahnya dengan perintah Al-Hussein selepasnya,
dan aku bersaksi kepada Muhammad bin Ali bahawa dia Al-Qaim (penegak) dengan
perintah Ali Bin Al-Hussein, dan aku bersaksi kepada Ja;far bin Muhammad
Al-Qaim dengan perintah Muhammad, dan Aku memberi kesaksian kepada Musa bahawa
dia adalah Al-Qaim dengan perintah Ja`far bin Muhammad, dan Aku bersaksi kepada
Ali bin Musa bahawa dia adalah Al-Qaim dengan perintah Musa Bin Jaafar, dan aku
bersaksi kepada Muhammad bin Ali bahawa
dia adalah Al-Qaim dengan perintah Ali ibn Musa, dan aku bersaksi kepada Ali
bin Muhammad bahawa dia adalah Al-Qaim dengan perintah Muhammad bin Ali, dan
aku bersaksi kepada Al-Hasan bin Ali bahawa dia adalah Al-Qaim dengan perintah
Ali bin Muhammad, dan aku bersaksi kepada seorang lelaki dari anak Al-Hasan,
dia tidak digelar dan tidak dipanggil sehingga zahir urusannya, dan dia akan
memenuhinya dengan keadilan, sebagaimana sebelumnya ia dipenuhi dengan
kejahilan (ketidakadilan), dan salam atasmu wahai Amirul Mukminin, dan
dirahmati Allah dan keberkatanNya. Dan kemudian dia berdiri dan pergi, dan Amirul Mukminin: Wahai Aba Muhammad, ikutilah
dia dan lihat ke mana dia tuju. Lalu Al-Hasan bin Ali (as) keluar dan berkata kepada mereka,: Apakah kamu lihat seseorang melangkah kakinya
keluar dari masjid dan sedar ke mana dia pergi di bumi Allah, Kemudian dia
kembali kepada Amirul Mukminin (as) memberitahukannya. Amirul Mukminin berkata:
Wahai Aba Muhammad, apakah kamu mengenalinya? Aku berkata: Allah, Rasul-Nya dan
Amirul Mukminin yang lebih mengetahui, dia berkata: dialah Khidir (as) [1].
Hadits ini disahihkan oleh Al-‘Alamah Al-Majlisi, dan dia
berkata: "Ia sebuah hadits sahih." [2]
Al-Majlisi juda berkata: "Yang masyhur di kalangan
kita adalah bahawa dia adalah seorang nabi dan kini dari umat Nabi kita, dan
dia tetap hidup hingga ditiup sangkakala kerana dia minum air kehidupan dan
bergaul dengan Al-Qaim (Shalawatullah 3alaih)." [3]
Al-Syeikh Al-Mufid berkata: "Berapa banyak wali
Allah, yang merentas bumi dengan menyembah Tuhannya Yang Maha Tunggi dan
bersendirian dengan tindakan dari penzalim, Dan dengan itu jauh dari rumah-rumah
orang-orang yang berdosa dan menjauhkan agamanya dari tempat tinggal
orang-orang fasiq, Tiada siapa dari penciptaan (makhluk) yang tahu tempat
tinggalnya dan tidak seorang pun yang mendakwa bertemu dengannya atau berkumpul
dengannya, dia adalah Khidir (as), yang wujud sebelum zaman Musa (as) sehingga
waktu ini, dengan persetujuan para penulis dan kesepakatan penulis perjalanan
hidup (sirah) dan perkhabaran, dia sedang mengembara di muka bumi. Tiada siapa
pun yang mengenalnya secara pasti dan tiada yang mendakwa menemaninya, kecuali
dalam Al-Qur'an dari kisahnya dengan Musa (as) [4], dan apa yang disebut
mengenai beliau oleh sesetengah orang kadang-kadang ia zahir dan tidak
dikenali,
------------------------------
1- Al-Kafi: J 1 hal 525
2- Mar’ah Al-3uqul: J 6 hal 20
3- Mar’ah Al-3uqul: J 6 hal 206
4 - Untuk mengetahui kenyataan terakhir dan menentukan
siapa yang bertemu dengan Musa (as), lihat Kitab Perjalanan Musa Kepada
Pertemuan Dua Laut oleh Yamani Aali Muhammad Al-Syed Ahmad Al-Hassan (as).
Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...140
Sesetengah orang menyangka bahawa dia adalah di antara
orang yang tidak mementingkan diri sendiri (zuhid), dan apabila dia memisahkan
tempatnya dia diumpamakan dengan panggilan Khidir (hijau). Jika tidak mengenali
dengan matanya sendiri janganlah membuat agakan tetapi percaya bahawa
dia,adalah penduduk zaman ini..[1]
Al-Syeikh Al-Thusi berkata: (Telah dikhabarkan sebelum
ini dari bapa-bapanya (as) bahawa Al-Qaim (as) mempunyai dua keghaiban, yang
akhir lebih lama daripada yang pertama, yang pertama diketahui khabar
beritanya, dan yang satu lagi tidak diketahui beritanya, Ia sesuai mengikut
khabar berita ini, dan ia adalah bukti tambahan apa yang telah kami katakan,
dan kami akan menerangkan mengenai cara ini kemudian nanti, Insya Allah Taala.
Adapun terkeluarnya ia dari kebiasaan tidak benar apa yang dikatakan
mengenainya, walaupun benar bahawa Allah telah membatalkan adat untuk
merahasiakan seseorang, dan Dia menyembunyikan perintah urusanNya untuk
melakukan muslihat dan pengurusan yang baik. Untuk menunjukkan dari dihalang
kezuhurannya dengan wujudnya Khidir (as) ini sebelum zaman kita dari zaman Musa
(as). Kebanyakan umat hingga ke waktu kita ini secara sepakat ahli sirah tidak
mengenalnya secara pasti. Dan tidak ada seorang pun yang mengetahui sahabatnya
kecuali apa yang dikatakan Al-Qur'an dalam kisahnya dengan Musa (as). dan apa
yang disebut mengenai beliau oleh sesetengah orang kadang-kadang ia zahir dan
tidak dikenali. dan orang yang melihatnya menyangka bahawa dia adalah di antara
orang yang tidak mementingkan diri sendiri (zuhid), dan apabila dia memisahkan tempatnya dia
diumpamakan dengan panggilan Khidir (hijau). Dia tidak dikenali dengan
pandangan mata, dan janganlah membuat agakan tetapi percaya bahawa dia,adalah
penduduk zaman ini,[2]
Kedua: Khidir (as) bukan dari umat ini
Ibn Taimiyah mahu membuktikan bahawa hujah panjangnya kehidupan Imam Mahdi
(as) adalah tidak sah dengan hidupnya Khidir (as), dengan mendakwa bahawa
Khidir bukan dari umat ini, walaupun ketentuan ia masih hidup, dia bukan
dari umat ini, maka tidak sah mendatangman dalil kekalnya dia kepada kekalnya Imam Mahdi (as).
Lalu dia mengatakan: "Dan ketentuan ia masih
hidup menunjukkan dia bukan dari umat ini ,.
Saya katakan:
Pertama: Apa yang Ibn Taimiyah katakan sangat
pelik, ia tidak dikeluarkan oleh orang yang mempunyai bahagian keutamaan ilmu
yang paling rendah dari mereka yang dikurniakan kejahilan dengan gelaran Syeikh
Al-Islam; apabila dia membina hujah-hujah yang tidak betul untuk membantah
Rasulullah (S)
ke atas orang-orang musyrik dengan hujah-hujah para nabi
dahulu kerana mereka bukan dari umat ini, apakah ini perkataan yang dikeluarkan
oleh seorang alim?!
-----------------------------
1- Al-Fushul
Al-3asyarah: hal 83
2- Al-Ghaibah - oleh
Al-Syeikh Al-Tusi: hal 109
Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...141
Kedua: Apakah dalil yang boleh dibuat oleh Ibn
Taimiyah untuk menjadikan umat ini khusus untuk suatu tahun yang tersendiri,
iaitu bahawa umur ahli yang tidak melebihi seratus dua puluh tahun?
Saya fikir dalil yang dia akan berikan adalah
kata-katanya yang dikemukakannya iaitu: Kerana tidak diketahui seseorang yang
lahir dalam agama Islam masih hidup seratus dua puluh tahun.
Saya tidak tahu sama ada Sheikh Islam ini telah membaca
umur kehidupan semua umat Islam sepenuhnya dan memotong hasilnya, atau bahawa
umat Islam merekodkan tarikh lahir dan mati kepadanya, kemudian memotong hasil
ini?
Bolehkah kebiasaan ini berdasarkan kepada ketentuan
asalnya yang mencegah kelangsungan hidup seseorang oleh mukjizat ilahiyah dan
pemberian ilahi seperti yang dikemukakan
uleh Fakhr Al-Razi [1], atau kejadian pengangkatan Isa (as)?
Ketiga, Kita melihat bahawa ia menyekat hakikat
bahawa orang itu dilahirkan dalam agama Islam, katanya dalam ungkapan: (lahir
dalam agama Islam)?
Mungkin dia ingin mengeluarkan orang-orang seperti Salman
Al-Farsi, Lubaid bin Rabi’ah dan orang yang seperti mereka yang dilahirkan
sebelum Islam dan hidup di zaman Islam serta hidup lebih lama.
Al-Kahlani berkata, berbicara mengenai Salman Al-Farsi
(rahimahu Allah): "Dia seorang yang unggul pada umat Islam, Rasulullah (S)
bersabda mengenainya: Salman sebahagian daripada kami Ahl Bait, umurnya dekat
dengan Al-Mada'in, dia adalah salah seorang yang berumur lanjut, dikatakan: Dia
hidup selama dua ratus lima puluh tahun. Dan sebahagian mengatakan: tiga ratus
lima puluh tahun, dan dia makan dari hasil tangannya, dan dia memberi sedekah
dengan sumbangannya. Beliau meninggal dunia di Madinah tahun lima puluh,
dan sebahagian mengatakan: Tiga puluh
dua. [2]
Al-Nawawi berkata: (Lubaid bin Rabi’ah bin Malik
Al-‘Amiri adalah seorang penulis syair yang terkenal. Dia adalah antara penyair
jahiliyah dan kemudian berpaling ke perwakilan Rasulullah (S) dan memeluk Islam
dan baik Islamnya
------------------------
1- Dia berkata:
(kemudian kami mengatakan) tidak ada perselisihan antara kita dan mereka kerana
mereka mengatakan umur biasa tidak lebih dari seratus dua puluh tahun dan kita
mengatakan usia ini tidak semulajadi tetapi adalah hadiah ilahi, tetapi
kehidupan normal tidak kekal untuk kita dan tidak singkat, melepasi seratus
tahun atau lebih) tafsir Al-Razi: J 25
hal 42
2 - Sabal Al-Salam
– oleh Muhammad bin Ismail Al-Kahlani: J
1 hal 78
Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...142
Dan dia adalah salah seorang yang hidup lama hingga
mencapai seratus lima puluh empat tahun dan dikatakan sebaliknya mati pada masa
Khalifah Osman dan sebahagian mengatakan
pada masa awal Khalifah Muawiyah [1]
Kedua mereka dan seumpamanya walaupun mereka dilahirkan
sebelum kedatangan Nabi (S) dan kerasulan baginda, tetapi mereka dihitung
sebagai umat Nabi (S) yang patuh, kecuali Ibn Taimiyah seperti biasa
bersendirian dan berkecuali, tidak menghitung mereka sebahagian daripadanya,
dan ini tidak asing kepadanya.
Kemudian jika kita juga menamakan bersamanya kita akan
dapati ramai yang (lahir dalam agama Islam) dan hidup lebih dari seratus dua
puluh tahun, apa yang dikatakannya dilemahkan oleh kenyataan kehidupan
terutamanya tarikh (sejarah) yang dituliskan kepada kita banyak kisah-kisah
orang-orang yang berusia lanjut [2], maka telah dilaporkan ada ramai orang pada masa ini yang mencapai
lebih dari seratus dua puluh tahun yang telah dibuat Ibn Taimiyah sebagai had
tertinggi bagi umat ini. Cukuplah dua orang berikut ini sebagai saksi agar
tidak memanjangkan kata-kata pada titik ini untuk menjelaskan perkara yang
tidak masuk akal dan sia-sia.
1- Antiesa .. yang terbesar sahaja di seluruh dunia ..
pihak berkuasa Georgia mempunyai dokumennya.... Sewaktu Georgia adalah di bawah
Kesatuan Soviet ... Aniesta dilahirkan Julai 8 .. 1880 .. Itu bermakna semalam
sebelum hari lahirnya ke-130.. Dia hidup dengan cucunya yang berusia 40 tahun
.. di kawasan pergunungan di Georgia .. dia bersara dari kerja pada tahun
1965 Ketika dia berusia lapan puluh
tahun .. selepas itu ia terlibat dalam bidang pertanian, Dia tidak tahu
bagaimana bercakap bahasa Georgia...
Kerana dia tidak bersekolah moden .. Dia bertutur bahasa tempatan sahaja
.. Mongrillians . (Al-Munghariliun). [3]
2- Muammar Saudi berusia 180 tahun: Beberapa minggu yang
lalu, Muammar Mohammed mencapai usia 180 tahun menurut sebuah akhbar tempatan,
Dan mengesahkan bahawa dia masih dalam keadaan sihat, melakukan perjalanan dan
mengamalkan kehidupan seharian seperti biasa, dan dia telah berkahwin sembilan
kali dan mempunyai 14 orang anak. Sebelas orang dari mereka telah meninggal dunia dan tiga orang masih hidup,
tinggal di sebuah rumah diperbuat dari lembaran timah di salah satu
kawasan kejiranan bandar Najran Arab Saudi Selatan.
-------------------------------
1 Al-Majmu3- oleh
Muhyiddin Al-Nawawi : J 9 hal397
2. Telah disebutkan Al-Syeikh Al-Shaduq (rahimahu Allah)
dalam kitabnya Kamal Al-Din, bab 54, hal 556, Fasal menyebut ramai orang
berusia lanjut, serta Al-Syeikh Al-Thusi
da;am Al-Ghaibah: hal, 109. serta Al-Syeikh Al-Majlisi dalam Bihar Al-Anwar: J
51 hal 288 menyebut orang berusia lanjut, ia juga mencatat penyelidikan yang
mempengaruhi Umur: J 51 hal 268
3. Lihat kandungan pautan ini, anda akan dapati apa yang
telah disebutkan dalam teks:
(link tidak dapat
di salin dengan betul)
Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...143
Al-Mu'ammar Ali Attiyah dari keluarga Attiyah berkata
bahawa dia bangun dari tidurnya pada masa sahur, dia memulakan harinya dengan
minum kopi Arab dan makan kurma, kemudian berjalan kaki di sekelilingnya di
antara tumbuh-tumbuhan dan kehijauan. Dia menyatakan bahawa dia bergantung
kepada tiga makanan utama: jagung, kurma dan susu asli. Dia tidak makan daging,
sambil menunjukkan bahawa dia tidak suka walaupun pada masa mudanya.
Akhbar itu menyatakan Al-Attiya bekerja sebagai petani,
pembinaan dan ketenteraan pada era Allahyarham Al-Malik Faisal, Dan seorang
wartawan dengan Allahyarham Al-Malik Abdul Aziz. Beliau mengambil bahagian
dalam pembinaan istana bersejarah emirat, salah satu tarikan pelancong dan
monumen di Najran, dan diikuti oleh banyak peristiwa sejarah..
Dan apa yang dia ingat dari hal sejarah Al Attiya berkata
beliau sezaman dengan Empayar Uthmaniyyah dan Byzantine dan sezaman dengan
pemerintah Mesir, Muhammad Ali Pasha, sambil menambah bahawa apa yang paling
beliau ingati adalah perubahan positif yang radikal dalam kehidupan keselamatan
dan bidang ekonomi dan cara hidup pada zaman dahulu, mereka berkata mereka
telah merebus daun semanggi dengan air dan dimakan kerana sangat lapar, Sebelum
penyatuan, Semenanjung Arab adalah puak-puak yang berpecah belah, yang kuat
makan yang lemah dan tidak ada sistem yang menjamin hak orang yang lemah,
Kecuali apa yang dikerjakan oleh suku-suku itu dan janji-janji atasnya. Keamanan,
ketenteraman, kesejahteraan dan kemakmuran telah berlaku di Semenanjung Arab,
telah mencegah para penguasa dan penindas dan telah menjadikan syariat Allah
sebagai undang-undang dan Kitab Allah sebagai perlembagaan.
Pihak akhbar telah bertemu dengan salah seorang daripada
cucu-cucunya yang bernama Mohammed Marzuk Saleh, berusia 70 tahun, Di mana beliau mengesahkan kesihatan seumur
hidup datuknya Al Attiyah, yang sangat sesuai untuk datuknya, Saleh menjelaskan
bahawa hubungan kekerabatan ini mengesahkan bahawa Al Attiyah telah mencapai
usia yang didakwanya. Al-Mu'ammar merasakan Al Attiyah gembira kerana Allah
telah memanjangkan jangka hayatnya dan
memberinya kesihatan dan kesejahteraan, dia tidak dimasukkan ke hospital
melainkan sekali dan jarang mendapatan rawatan hospital, Dia kadang-kadang merasa sedih kerana tiada
yang tinggal dari keturunan demi keturunannya yang menggantikan satu demi
satu generasinya, jadi dia merasa kesepian, dan apabila ditanya mengenai
kawan-kawannya, dia menjawab dengan mengeluh (semua mereka telah pergi telah
meninggalkan), dan pihak akhbar itu tidak mengatakan sama ada terdapat dokumen
pada Al-Mu'ammar menunjukkan umurnya,dan sama ada ia akan diguna pakai oleh
Ensiklopedia "Gnens" sebagai memiliki antara umur terpanjang di dunia,
Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...144
Adalah diketahui bahawa umur terpanjang dan tertua masa
kini menurut ensiklopedia itu, ialah Yokiji Gokanji dari Jepun, yang berusia
lebih dari 112 tahun. [1]
Lihat juga Hentian Kelima.
Ketiga: Dakwaan para pendusta terhadap peribadi Khidir
(as)
Kata-kata Ibn Taimiyah masih lagi tentang Khidir (as) dan
dia berkata: Terdapat begitu banyak pembohongan dari jin dan manusia yang
mendakwa bahawa dia adalah Khidir dan menyangka telah melihatnya sebagai
Khidir dan ia adalah cerita-cerita yang sahih yang kita ketahui hidup lama dan
dijelaskan di sin
Saya katakan: Dakwaan terhadap peribadi Khidir (as) tidak
menafikan kewujudannya, jadi mengapa mesti dikaitkan dengan dakwaan orang-orang
tersebut, sama ada dari jin atau pun manusia?!
Kemudian siapa yang dikatakan telah mendakwa sebagai
Khidir? Saya tidak menemui sesiapa yang
mendakwa bahawa dia adalah Khidir (as). Di manakah Ibn Taimiyah
mendapatkannya?!
Kemudian bagaimana Ibn Taimiyah mengugurkan dakwaan semua orang yang mengaku
sebagai Khidir (as). Apakah mustahil melihatnya?
Bagaimana beliau memetik dari Al-Syafi’ei bahawa Nabi (S)
bertemu dengan Khidir (as). beliau berkata: (tetapi diriwayatkan di dalam
Musnad Al-Syafi'ei dan lain-lain. bahawa dia bertemu dengan Nabi (S) telah mengatakan apa yang
tidak diketahuinya ia adalah dari pengetahuan yang tidak diliputi
olehnya." ... [2]
Selagi melihatnya tidak mustahil, dari manakah datangnya
ditentukan sebagai dusta kepada sesiapa yang mendakwa melihatnya?
Kemudian beliau mengakuinya dengan, berkata: (Ada yang
mengatakan bahawa dia bertemu dengan nabi (S), telah mengatakan apa yang tidak
diketahuinya ia adalah dari pengetahuan yang tidak diliputi olehnya.) Jika ia dari pengetahuan yang tidak diliputi olehnya
bagaimana dia mengambilnya dan mendakwa untuk menafikan semua yang mendakwa
melihatnya?! Ini yang pertama.
Bagi dakwaan sebahagian jin sebagai Khidir (as);
bagaimana Ibn Taimiyah mencapai kesimpulan ini, dan bagaimana Ibn Taimiyah tahu
bahawa jin yang mendakwa itu bukannya Khidir (as)?
----------------------------
1- Lihat pautan terdapat apa yang kami nyatakan pada teks
(link tidak dapat di salin dengan betul)
2- Majmu3 Fatawa Ibn Taimiyah: J 4 hal 339-340 Edisi 1398 dengan perintah Al-Malik
Fahd bin Abdul Aziz.
Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...145
Dan boleh dikatakan: Ibn Taimiyah mengetahuinya melalui
tindakan yang dilakukannya dengan dakwaan melihat sebagai Khidir (as). Kerana
tindakan itu tidak patut keluar dari seorang hamba yang sholeh yang tahu bahawa
ia bukanlah Khidir (as), ini adalah sebagai tambahan kepada sifat perbuatan
yang selaras dengan tindakan jin, menurut keupayaannya untuk bertindak, ia
hanya dapat dilakukan oleh jin;
Saya katakan: Adalah perlu untuk melihat kisah-kisah di
mana Ibn Taimiyah mendakwa bahawa banyak jin pendusta yang mendakwa dia sebagai
Khidir (as), untuk melihat apakah kebenaran itu betul pada Ibn Taimiyah atau
tidak?
Apa yang dikatakannya benar-benar mengada-adakan dusta,
yang bukan hanya dusta, tetapi sesiapa sahaja boleh mengatakannya.
Perkara di atas membatalkan kata-kata berikut: (dan
begitu juga Al-Muntadzar Muhammad bin Al-Hasan. Ramai orang yang mendakwa dan
salah seorang daripada mereka adalah Muhammad bin Al-Hasan dan sebahagian
daripada mereka menunjukkan kepada berbagai orang, sebahagian yang akan membisu
tidak menunjukkan melainkan untuk satu atau dua orang, dan mereka ini tidak
lain hanya menunjukkan pembohongan sebagai satu pembohongan dengan mendakwa
bahawa dia adalah Khidir (as).)
Tuntutan sesetengah orang semata-mata tidak bermakna dia
(as) tidak wujud , sepertimana jika seseorang mendakwa sebagai nabi pada zaman
Muhammad (S) pada hakikatya tidak membatalkan kenabian baginda. begitu juga
sesiapa yang mendakwa dia Al-Mahdi (as) tidak membatalkan Mahdawiyah sebenar
Al-Mahdi Muhammad bin Hasan Al-Askari (as). Jadi apa yang dikatakan Ibn
Taimiyah adalah menjelaskan kedegilannya yang diketahui oleh segala
kebijaksanaan. Maka ia membuktikan hakikat bahawa Imam Muhammad bin Al-Hasan
(as) dilahirkan dengan dalil-dalil yang dikemukakan, Dan ia membuktikan
kehidupan yang diselamatkan oleh Allah untuk memudahkan keadilan dan
menghilangkan kezaliman dari dunia ini, kesamaran ini tidak berdiri di hadapan
bukti-bukti tersebut.
Ini adalah perkara terakhir yang saya mahu katakan dalam
perbahasan ini supaya tidak memanjangkan lebih daripada yang saya bayangkan,
dan memohon kepada Allah untuk mengampunkan saya dan meneguhkan pegangan saya
ke atas wilayah Mahdi Al-‘Itrah dan Baqiyatullah di bumiNya, Imam Muhammad bin
Al-Hasan Al-Askari (as) dengan anaknya dan belahan hatinya, Qaim Aali Muhammad
Sayidi dan Maulai Ahmad Al-Hassan (as).
Wahai yang apabila mempersempit urusan-urusan bukakanlah
pintu yang tidak pergi kepada yang khayal-khayal, bukakanlah pintu-pintu urusan
Maulaku Muhammad bin Al-Hasan dan anaknya (as) serta ansar mereka supaya tidak
pergi kepada yang khayal-khayal, dan berikanlah kepada kami pertolonganMu yang
hampir
Menghentikan
Tohmahan Ibn Taimiyah Al-Harrani...146
Dan janji yang telah Engkau janjikan kepada kami untuknya
dengan firmanMu:
وعدتنا إياه
بقولك: ﴿
وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ
يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ﴾.
Dan sungguh telah Kami tulis di dalam
Zabur sesudah Al-Zikr, bahwasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba-Ku yang saleh.
[1]
Salam atas Baqiyatullah di bumiNya, dan anaknya, pelarian
yang diburu dan ansar mereka yang mulia, rahmat Allah dan keberkatanNya.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan
salam ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad,para Imam dan Mahdi-mahdi,
Perbahasan ini diselesaikan pada malam Eid Al-Fithr
Al-Mubarak 1432 H.
✡✡✡✡✡
----------------------------
1 - Al-Anbia
21:105
✡✡✡✡✡
✡✡✡✡✡
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan