Isnin, 24 Disember 2018

3 Muhammad (S) adalah Al-Quran:

Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 17

3 Muhammad (S) adalah Al-Quran:

Soalan: Telah berkata Syed Kamal Al-Haidari: "Sesungguhnya, sebahagian ayat-ayat Al-Quran tidak turun kepada Rasulullah (S) melalui Jibrail (as); kerana Jibrail (as) tidak berupaya untuk menanggung beban ayat-ayat Al-Quran yang mulia ini; dan Ar-Rasul al-A’dzam (S) mendapatkannya terus daripada Allah SWT, semasa Mi'raj ketika Jibrail (as) meninggalkan baginda di Sidrat Al-Muntaha." Adakah ini benar? Semoga Allah melimpahkan kebaikan kepada tuan (jazakum Allah Khairan).

Jawapan Imam Imam Ahmed Hassan (as):

بسم الله الرحن الرحيم
والحمد لله رب العالمين وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasahani
Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan selawat Allah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Al-Quran adalah hijab yang bergetar (beralun) antara Allah SWT dan Muhammad (S), dan pada martabat makrifat Muhammad (S) kepada Al-Quran Muhammad (S) menjadi adalah hijab, maka dia menjadi Al-Quran, lalu ia bergetar (beralun) di antara fana' dalam Zat Al-Ilahiyah, maka tiada apa kekal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Esa Lagi Perkasa) dan di antara kembali kepada Al-Ana (Aku) dan Keperibadian kemanusiaan. oleh itu Muhammad (S) adalah makhluk yang pertama

﴿قُلْ إِن كَانَ لِلرَّحْمَـٰنِ وَلَدٌ فَأَنَا أَوَّلُ الْعَابِدِينَ 

{Katakanlah, jika benar Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak, maka akulah (Muhammad) orang yang mula-mula memuliakan (anak itu).} [Al-Zukhruf 43: 81] ;

Dan pada martabat ini tidak ada yang mengetahui Al-Quran melainkan Muhammad (S); dan tidak ada yang mengetahuinya sehinggalah penciptaaan yang lebih utama selepas dia; dan mereka adalah Ali, Fatimah, para Imam (as), dan Mahdi-mahdi, para Nabi, dan Rasul-rasul, dan juga lebih utama dari malaikat Allah yang dekat; dan Jibrail (as) dari kalangan mereka.....] [1]


------------------------------
1- Kitab Mutasyabihaat – oleh Imam Ahmed Hassan (as) Jilid 4 Soalan No. 147

✡✡✡✡✡
                                            
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas

          

Tiada ulasan: