14. Ali (as) Tersentuh Dengan Zat Allah:
Soalan: Apa yang dimaksudkan dengan
kata-kata Imam Ali as:
"Jika tidak disingkapkan hijab padaku,
tidak akan meningkat keyakinan."?
Jangan membayangkan dengan khayalan kerana Amirul Mukminin as bercakap mengenai hijab di alam Malakut (Kerajaan Langit).
Bagaimana boleh ketika beliau as berjalan di tanah perkuburan kota Kufah dan
bercakap kepada orang yang mati, dan dia berpaling kepada Haba Al-Arni dan
berkata kepadanya,
"Jika hijab disingkapkan dari kamu wahai
Haba, kamu akan melihat mereka [yang mati] duduk berbual dalam bulatan."
Tetapi, Amirul Mukminin (as) bercakap
mengenai hijab Ketuhanan yang terlindung padanya. Beliau bercakap tentang hijab
yang jika disingkapkan pada Ali (as), Ali (as) tidak akan kekal, dan yang kekal
hanyalah Allah Yang Maha Esa Maha Perkasa itu. Berterusannya hijab ini bagi Amirul
Mukminin (as) menganggap sebagai dosa besar, maka ia berkata, "Tuhanku,
aku telah lakukan sendiri ketidakadilan dengan menganggapnya [sendiri], maka
akan binasalah jika Engkau tidak mengampunkannya," Sebaliknya Al-Quran itu
sendiri menganggap kesalahan besar adalah lazim bagi manusia, tidak jauh darinya
melainkan berlaku pembukaan yang nyata, dan fana’ pada pada ketikanya, dan
kembali pada peringkat yang lain, ini adalah untuk membolehkan manusia
mengekalkan kemanusiaannya, dan bagi yang dicipta untuk mengekalkan tempatnya
sebagai hamba. Allah swt berfirman,
﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا * لِّيَغْفِرَ
لَكَ اللَّـهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ......4﴾
"Kami
telah kurniakan kepada kamu pembukaan yang nyata * supaya Allah
mengampuni dosa kamu yang lalu dan akan datang.... " [Al-Fath 48:1-2]
Dan rasa bersalah di sini adalah " Al-Ana",
atau kecacatan kegelapan dan ketiadaan, yang tidak jauh dari manusia. Dan
Muhammad (S), disebabkan pembukaan nyata ini, telah beralun (bergetar). Pada
satu masa, Muhammad (S) tidak lagi kekal, dan tidak ada yang kekal hanyalah
Allah Yang Maha Esa Maha Perkasa itu. Dan pada masa Muhammad (S) kembali
sebagai hamba pertama, cahaya pertama, akal pertama, dan pemenang pelumbaan.
Selawat dan salam Allah ke atasnya . Dan kerana Ali (as) adalah pintu kepada
Muhammad (S)
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 30
dan Muhammad adalah pemilik pembukaan yang nyata,
dan pada peringkat tiada yang tinggal padanya nama atau imej melainkan Allah
Yang Maha Esa Maha Perkasa, maka pintu itu atau Ali (as) tersentuh dengan Zat
Allah, dan pada maqam pemilik pembukaan yang nyata. Inilah sebabnya mengapa Ali
(as) berkata,
"Jika tidak disingkapkan
hijab padaku, tidak akan meningkat keyakinan."[1]
---------------------------
1- Kitab Mutasyabihaat – oleh Imam Ahmad
Al-Hassan (as) Jilid 1 Soalan No.10.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan