Jumaat, 21 Disember 2018

Pengenalan: Ketamakan (Keinginan) Dan Ketakutan


Hasil carian imej untuk Ketamakan (keinginan) Dan Ketakutan

Antara Ketamakan (Keinginan) Dan Ketakutan:

Imam Ahmad Al-Hasan berkata dalam Kitab Al-Tauhid:

[.......Arah kedua: ia adalah Arah Ketuhanan. Oleh kerana kita akan berlindung dan datang kepadanya kerana keperluan kita kepada Zat Ilahiyah, oleh itu hubungan kita dengan-Nya SWT tidak bebas - dan keadaan seperti ini - dari ketamakan (keinginan) dan berhajat mengisi kekurangan dari arah tertentu. Oleh itu, ibadahnya tidak ikhlas, tetapi ia mencari kesempurnaan dan mengisi kekurangan, dalam bentuk yang terbaik mengikut keadaan ini, ini dalam martabat syirik, kerana keikhlasan sebenar adalah menghindarkan pandangan dari yang lain daripadaNya SWT, termasuk dari Al-Ana (keakuan) atau diri sendiri, dan itu adalah lebih utama dan yang sepatutnya, tetapi, ia adalah asal pencarian. Oleh itu, Tauhid sebenar (Tauhid Haqiqi) dicapai selepas markifat fana’ melebur ke dalam semua nama-nama dan sifat-sifat pada Zat Ilahiyah. Kemudian fana’ Zat Ilahiyah dalam Hakikat iaitu fana’ uluhiyah


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata ... 9


dalam hakikatNya SWT. Dan untuk mencapai perkara ini hendaklah dengan fana’ pada Al-Ana dan keperibadian kemanusiaan supaya yang kekal hanyalah penyaksian pada Yang Ghaib Yang Maha Suci dan Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka sekutukan. Dan jika terdapat lafaz untuk menunjukkannya maka (هو - Dia) adalah kata ganti ketiga - ghaib - (Dhamir Al-Ghaib), sementara Haa’ (هاء) adalah untuk mengisbatkan yang sabit dan Wau untuk menghaibkan yang ghaib. Dan tawajjuh ini - yang dicapai daripada makrifat ini - adalah arah yang betul kerana ia mengarah (menghadap) ke arah Haqiqah dan kenyataanNya [Allah SWT]. Dan ini adalah Tauhid Hakiki, Tauhid Hakikat dan kenyataanNya atau Nama Yang Agung, Yang Maha Agung, lagi Maha Teragung (Al-A3dzam, A3dzam, A3dzam), atau Nama yang terlindung dan tersimpan, dan yang memancarkan dari dalaman kemanusiaan selepas fana’ (melebur) Al-Ana - Aku, dan Kekekalan Allah. Dan ini adalah martabat terakhir yang dimaksudkan dalam Tauhid, dan padanyalah yang ditunjukkan oleh Basmalah Al-Tauhid dan juga surah Al- Tauhid sebagaimana yang akan dijelaskan.{1}

(Mereka mengutuk buahnya, kerana mereka tidak melihat pokok itu.)

Ya, banyak yang mengecam dan menolak atau mempersoalkan pada buah, mengapa? Ini kerana mereka tidak mengetahui kekhususan pohon itu, pohon keluarga Muhammad (as), pohon yang diberkati, pohon ilmu, dan tugas mereka adalah begitu sukar..

Pintu perlumbaan terbuka, dan ia adalah untuk semua, tetapi kerana jatuh kepada yang memalukan ke dalam lubang yang suram, lubang kegelapan, kejahilan dan Al-Ana (keakuan), saya amat terkejut di hadapan kebenaran yang dipersembahkan oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as) iaitu:

Dari Imam Ahmad Al-Hassan (as):

[... Malangnya, semua orang bekerja untuk memberi makan kepada jasad mereka dan sedikit sekali yang memberi makan kepada roh-roh mereka, dan kebanyakan orang tidak peduli untuk mengenal hakikat (kebenaran) dan mereka tertarik terhadap dunia dan untuk diri mereka sendiri, dan sedikit yang berminat untuk mengenal kebenaran, sedikit pula dari mereka yang mengenal kebenaran, dan sedikit pula yang beramal untuk mencapai kebenaran, dan tentulah sedikit pula yang sampai kepada hakikat (kebenaran). .....] [2]

Al-Ana (keakuan), telah menjadi salah satu lampiran kehidupan ini, dan yang telah menjadi anggota dan organ utama kita yang zahir dan tersembunyi, bolehkah kita tidak memandangnya dari hari ke hari? Atau kita tidak menolongnya?

---------------------------------
1 - Kitab Al-Tauhid – oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) hal 25.
2 - Pernyataan pengenalan Kitab Al-Ifham Limukzhib Rasul Al-Imam (as) 1/Rabi3 Al-Awwal/1426 H..
.


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata ... 10

Dan kita tidak henti-henti berkhidmat kepadanya!! Bolehkah kita benar-benar melihat diri kita memiliki dosa-dosa besar di sisi kewujudan Allah? Bolehkah kita melihat kepada Allah sebelum dan selepas segala sesuatu? Adakah hubungan kita dengan Allah terbatas antara kedua-dua sifat ketamakan dan ketakutan sahaja (kita hanya menginginkan ganjaran dan takutkan hukuman)? Siapa di antara kita dapat melihat bahawa dia boleh bekerja (beramal) kerana Allah tanpa menunggu ganjaran sebagai hubungan bersyarat atau rasa takut terhadap hukuman, yang merupakan hubungan berdasarkan ketakutan, siapa di antara kita .... dan siapa di antara kita, .... dan siapa ....., dan siapa.....

Siapa di antara kita yang dapat menghilangkan kerangka Al-Ana (keakuan) itu? Yang diwakili dan diwujudkan (oleh kehendak kita) yang suka memunya (memiliki), suka mengikut keinginan (hawa nafsu), yang suka mengambil-alih, ... yang sukakan kebendaan dan memaksa, sukakan sanjungan dan pujian yang meninggalkan kesan tarikan yang tersembunyi walaupun kita cuba menolaknya, kamu sungguh aneh wahai anak Adam!!

Telah disebut dalam buku "Al-Raj3ah Hari Besar Allah Yang Ketiga"

[.....Tidak syak lagi bahawa tujuan penciptaan jin dan manusia adalah makrifah, maka persoalannya adalah: di mana akan dicapai makrifat dalam bentuk yang lebih tinggi dan lebih lengkap? Dan jika bagi Al-Raj3ah mempunyai peranan dalam menjawab soalan ini, maka di mana akan berlakunya Al-Raj3ah?

Allah berfirman:

﴿وَهُوَ اللَّـهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ لَهُ الْحَمْدُ فِي الْأُولَىٰ وَالْآخِرَةِ ۖ وَلَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ﴾

((Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia, bagi-Nya-lah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nya-lah segala penentuan dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.)) [Al-Qashash 28:70].

Syed Ahmad Al-Hassan ditanya mengenai ayat ini, maka dia menjawab dan menjelaskan jawapan daripada soalan-soalan di atas,

beliau berkata:.............
﴿وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمُ الْأَنْهَارُ ۖ وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَـٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّـهُ ۖ لَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ ۖ وَنُودُوا أَن تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ 

((Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan kami kepada (petunjuk) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran". Dan diserukan kepada mereka: "ltulah syurga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan")) (Al-Araf 07:43),

Iaitu mengangkat (mencabut) Al-Ana – Keakuan dari dada mereka, dan masing-masing dengan sewajarnya diberikan (dikaut) dari rahmat Allah menurut bekasnya, dan dia akan diberi mengikut ukuran dia melakukan amalan solehnya] [1].
          
Kubu pertahanan Al-Ana (Keakuan) itu, saya dapati adalah tempat yang paling indah di pedalaman kita, ia menjadi menara bertingkat tinggi, kota yang besar, tebal, binaan yang teguh, yang muhkamat, ada pelbagai sumber, kaya dengan bahannya, beragam pelaksanaannya dan peralatannya, Kita mohon perlindungan Allah daripadanya.

----------------------------
1 - Al-Raj3ah Hari Besar Allah Yang Ketiga – Disediakan oleh 3alaa Salem: ha; 20 – 21.


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata ... 11

Imam Ali (as) berkata: "Tuhanku sungguh diriku tidak wajar dalam memandang, maka celakalah ia jika tidak diampunkan."
  
Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata, di bawah tajuk "Muhammad (S), Allah zuhur di Faran": [...... Jika kita kembali kepada asal-usul dan permulaan penciptaan dan kita dapati Allah SWT berkata kepada para malaikat:

﴿إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً﴾

Aku hendak menjadikan di bumi seorang Khalifah [Al-Baqarah 2:30]

Walaupun Adam seorang Khalifah Allah dan begitu juga dengan seluruh para nabi dan washi-washi (as), tetapi matlamat yang hendak dicapai adalah Khalifah Allah yang sebenar, iaitu seorang Khalifah yang sempurna kepada Allah SWT, Ia memantulkan Ketuhanan (Al-Lahut) dalam cermin kewujudanNya yang lebih sempurna dan lengkap daripada semua para nabi dan washi-washi (as).). Apa yang dimaksudkan untuk dicapai adalah peribadi yang beralun di antara (Al-Ana dan kemanusiaan, dan di antara (Tuhan (Al-Lahut) dan Zat Ketuhanan (Zhat Al-Ilahiyah)....)] [1].


--------------------------------
Penutup Kenabian (Nabi Penutup) oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) hal 24 


✡✡✡✡✡
                                     
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas



Tiada ulasan: