Isnin, 24 Disember 2018

4. Muhammad (S) sebelum dan selepas Pembukaan:



Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 18

4. Muhammad (S) sebelum dan selepas Pembukaan:

Soalan: Apakah tiga kegelapan yang ada dalam firmanNya Yang Maha Tinggi:

﴿خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَأَنزَلَ لَكُم مِّنَ الْأَنْعَامِ ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ ۚ يَخْلُقُكُمْ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ خَلْقًا مِّن بَعْدِ خَلْقٍ فِي ظُلُمَاتٍ ثَلَاثٍ ۚ ذَٰلِكُمُ اللَّـهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ ۖ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ فَأَنَّىٰ تُصْرَفُونَ خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَأَنزَلَ لَكُم مِّنَ الْأَنْعَامِ ثَمَانِيَةَ أَزْوَاجٍ ۚ يَخْلُقُكُمْ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ خَلْقًا مِّن بَعْدِ خَلْقٍ فِي ظُلُمَاتٍ ثَلَاثٍ ۚ ذَٰلِكُمُ اللَّـهُ رَبُّكُمْ لَهُ الْمُلْكُ ۖ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ فَأَنَّىٰ تُصْرَفُونَ

Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya pasangannya dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan? [1].
     
Jawapan:

بسم الله الرحن الرحيم

والحمد لله رب العالمين وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
                            
Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan sekelian alam, dan selawat ke atas Muhammad dan Aali Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi

Ia adalah: kegelapan Al-Zhar, dan kegelapan Al-Dunia, dan kegelapan Al-Raj’ah, yang merupakan Alam-alam lengkung menurun.

Alam-alam lengkung menaik ada tiga cahaya, iaitu: sebelum lenyap (fana’), lenyap (fana’), dan kembali semula setelah lenyap (fana’). Ia pada martabat Muhammad (S) ada tiga, sebelum terbukanya hijab (tabir), selepas terbukanya hijab dan selepas kedatangan semula hijab. Ia hilang di antara fana’ pada Zhat Ketuhanan dan yang kekal hanya Allah Al-Wahid Al-Qahhar, dan kembali semula kepada keperibadian keakuan (Al-Ana wa Al-Syakhshiyah).



Ini adalah enam martabat dalam lengkung menaik dan menurun mewakili semua kewujudan, dan sebagai tajalli cahaya di dalam kegelapan, dan kemunculan (zahir) pada kewujudan cahaya dalam kegelapan, dan ia adalah (huruf) Wau menurun dan Wau menaik, yang merujuk kepada enam hari dan enam martabat. (Lihat gambaran pada sumber di bawah).

(واو) Wau menurun.
(واو) Wau menaik.

Bulatan di bahagian atas Wau menunjukkan ketidakpastian (kehairanan) dalam lengkung menaik dan ia adalah kehairanan dalam cahaya; kerana tidak mengetahui dan mengenal (makrifat) cahaya sepenuhnya, yang tiada kegelapan di dalamnya, iaitu, Allah SWT makrifat sepenuhnya dan lengkap, maka jadilah martabat lengkung menaik ianya adalah: sebelum Pembukaan, dan selepas Pembukaan dan fana’nya, dan yang ketiga ialah untuk kembali semula kepada keperibadian keakuan (Al-Ana wa Al-Syakhshiyah) selepas fana’ (lenyap). [2].


-------------------------
1- Al-Zumar 39:6.
2- Kitab Mutasyabihaat – oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as) Jilid 4 Soalan No. 169.


✡✡✡✡✡
                                            
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas
          

Tiada ulasan: