10. Muhammad (S) dan Tajalliyat:
Dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):
[Adapun pada martabat (peringkat) selain
daripada Zat Ilahiyah atau Allah, iaitu pada martabat Al-Khalq wa Al-Tanzil -
Penciptaan dan Penurunan, Ia adalah martabat Tajalli (penzahiran) atau sepuluh
maqam-maqam, ia adalah: Suradiq Al-3arasy Al-A3dzam (Lembayung Singgasana
Teragung), Al-3arasy Al-A3dzam (Singgasana Teragung), dan Al-Kursiy (Takhta),
Kemudian Al-3arasy Al-3adzim (Singgasana Agung), padanya ada tujuh martabat
atau maqam, ia adalah: Tujuh Langit-langit, turun dari yang Ketujuh ke Langit
Pertama, atau Langit Dunia.
Dan ciptaan Allah yang terbaik adalah
Muhamamd (S), halaman kewujudannya meliputi (dan bermula) dari Suradiq Al-3arasy
Al-A’dzam (Lembayung Singgasana Teragung) hingga ke Langit Dunia.
Oleh itu, Tajalli Marhalah pertama (pernyataan
- penzahiran peringkat pertama) adalah: Titik Pertama iaitu (Barzakh -
Perantara) atau Suradiq Al-3arasy Al-A3dzam (Lembayung Singgasana Teragung).
Kemudian Tajalli Marhalah kedua, adalah
bekas bagi bentuk “Nun” (ن) atau Al-3arasy Al-A3dzam (Singgasana Teragung).
Kemudian Tajalli Marhalah ketiga dan itu
adalah bekas bagi bentuk "Baa" (ب), atau
Al-Kursiy (Takhta).
Maka Tajalli Marhalah keempat,
adalah: Titik Kedua dalam Penciptaan.
Dan semua Marhalah (peringkat) ini ada
empat ia adalah Muhammad (S), maka dia adalah "Titik Nun" dan
"Nun", dan juga ia adalah "Baa’" dan "Titik
Baa'", atau “Qul Huwa” (قل
هو), dia ialah limpahan yang turun dari
Al-Haq kepada Al-Khalq (dari Yang Sebenar kepada Penciptaan). Dan dia, adalah
Muhamamd (S), dalam tiga Marhalah pertama iaitu (Suradiq, 3arasy, Kursiy)
sebagai Barzakh (Perantara) di antara Al-Haq dan Al-Khalq (Yang Sebenar dan Penciptaan),
dialah yang beralun (bergetar). Maka ia adalah pada ketika tiada yang kekal
melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Allah Yang Esa Lagi Perkasa), dan ketika dia
kembali semula kepada Al-Ana (Aku) dan Keperibadian. Adapun pada martabat Al-3arasy
Al-3adzim (7 lelangit), ia adalah tempat tinggal dalam Penciptaan, dan dia
adalah ‘Abdullah (hamba Allah).
Perlu diambil perhatian bahawa Titik
pertama adalah Al-Quran, dan ia adalah hijab di antara Muhammad (S) dan
Allah [di antara keduanya ada hijab yang bersinar dan beralun (bergetar)], dan
apabila pembukaan berlaku (Ia kelihatan seperti lubang jarum)
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 25
Dia SWT berfirman:
﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحاً مُبِيناً﴾
{Sesungguhnya
Kami telah membukakan kepadamu pembukaan yang nyata,} [Al-Fath: 1]
Hijab ini diangkat
dengan itu tersingkaplah Muhammad (S), maka Al-Quran dan Muhammad (S) menjadi
satu. dan dia beralun (bergetar) di antara fana' (melebur) maka tidak kekal
melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Yang Esa Lagi Perkasa) dengan kembali
kepada Al-Ana (Aku) dan sebagai keperibadian kemanusiaan, [1]
----------------------------
-1 Kitab Al-Tauhid - oleh Inam Ahmad Al-Hasan (as),
hal.
50
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan