5 Muhammad (S) Dan Pengampunan Dosa Al-Ana:
Soalan:
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، اللهم صل على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani,
Ya Allah berilah selawat atas Muhammad dan
keluarga Muhammad, para Imam dan Mahdi-mahdi dan limpahan salam pengiktirafan.
.
﴿مَّثَلُ
الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ ۖ فِيهَا
أَنْهَارٌ مِّن مَّاءٍ غَيْرِ آسِنٍ وَأَنْهَارٌ مِّن لَّبَنٍ لَّمْ يَتَغَيَّرْ
طَعْمُهُ وَأَنْهَارٌ مِّنْ خَمْرٍ لَّذَّةٍ لِّلشَّارِبِينَ وَأَنْهَارٌ مِّنْ
عَسَلٍ مُّصَفًّى ۖ وَلَهُمْ فِيهَا مِن كُلِّ
الثَّمَرَاتِ وَمَغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ ۖ كَمَنْ هُوَ
خَالِدٌ فِي النَّارِ وَسُقُوا مَاءً حَمِيمًا فَقَطَّعَ أَمْعَاءَهُمْ﴾
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, {Apakah) perumpamaan (penghuni)
syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada
sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari
air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar yang lazat
rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka
memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Tuhan mereka,
sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan diberi minuman dengan air yang
mendidih sehingga memotong ususnya?} [1].
Ayat Al-Quran ini memperkatakan tentang
syurga dan janji Allah untuk orang yang bertakwa, yang disebutkan di dalamnya
﴿وَمَغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ﴾
{dan ampunan dari Tuhan mereka},
apa yang dimaksudkan dengan pengampunan ini
jika mereka telah berada di dalam syurga, Pada asalnya ucapan kepada mereka
supaya menjadi orang-orang bertakwa supaya mereka masuk syurga. Adakah
keampunan sebelum mereka masuk syurga atau selepasnya? Dengan ini saya meminta
kepada tuan mendoakan saya.
Jawapan Imam Ahmad Al-Hassan (as):
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
الحمد لله رب العالمين، وصلى الله على محمد وآل محمد الأئمة والمهديين وسلم تسليماً كثيراً.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani,
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan
sekalian alam. Dan selawat Allah atas Muhammad dan keluarga Muhammad, para Imam
dan Mahdi-mahdi dan salam pengiktirafan.
Dia SWT berfirman:
{Apakah)
perumpamaan (penghuni) syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa
yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya,
sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari
khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang
disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan
ampunan dari Tuhan mereka, sama dengan orang yang kekal dalam jahannam dan
diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya?}.
Orang-orang yang bertakwa mereka adalah
Muhammad dan dan Aali Muhammad dan Syiah (pengikut) mereka, dan mereka adalah
ahli-ahli Syurga dan mendapat keampunan.
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 20
Pada martabat pengampunan, semua orang
daripada mereka menurut keadaannya. Sebahagian dari mereka ada yang diampunkan
oleh Allah dengan menutup dosa-dosa dan kesalahan mereka, maka Allah
melupakannya sehinggakan dilupakan pada malaikat Al-Katibain [dua malaikat
penulis] dan oleh semua orang yang kenal atau yang melalui dosa-dosa mereka
dari hamba-hamba-Nya, bahkan mereka sendiri lupa dosa-dosa mereka. Oleh itu,
dosa dan kesalahan mereka tidak menjadi sebab untuk menghalang nikmat Syurga
yang telah dikurniakan Allah kepada mereka.
Dan di antara mereka ada orang-orang yang
mempunyai Maqam yang lebih tinggi dan pengampunan mereka adalah pembukaan yang
nyata dan pengampunan dosa diampunkan bagi Muhammad (S), iaitu pengampunan dosa
Al-Ana (keakuan), bagaimanapun, pada darjat di bawah Muhammad (S), saya
telah banyak menjelaskan perkara ini di pelbagai tempat dan kesempatan, dan semoga
anda dapat melakukannya, dan semoga Allah memberi anda kejayaan, untuk
merujuknya dalam Al-Mutasyabihat. [2].
_____________________________
[1] Al-Quran Surah Muhammad 47:15.
[2] Kitab Al-Jawab
Al-Munir melalui Internet - jawapan Imam Ahmad Al- Al-Hassan (as)
kepada soalan-soalan yang diterima melalui Internet: Jilid 5 soalan
No. 419.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan