Ahad, 30 Disember 2018

Kedua / Al-Ana dan Al-Hussein (as): Pengenalan:


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata.32
                                         

Kedua / Al-Ana dan Al-Hussein (as):

Pengenalan:


Al-Hussein Bin Ali (as), dia menghadapi penguasa taghut penzalim, ketuanan manusia, pendekatan Iblis, dan Al-Ana.

Tidak tersemat di hati Al-Hussein (as) cintakan dunia dan akhirat, sama ada dia menghadapi dunia dengan punggungnya menghala ke akhirat, atau menghadapi akhirat dengan punggungnya menghala ke dunia.

Imam Ahmad Al-Hasan berkata: [Bahawa dunia dan akhirat adalah dua musuh yang tidak boleh berhimpun dalam hati seseorang. Jadi, jika salah satu darinya ingin masuk ke dalam hati seseorang, yang satu lagi akan berjalan keluar.] [1]

Kita mohon kepada Allah untuk menjadi antara orang-orang yang berkongsi dengan darah Al-Hussein (as) ketika mana kita diseru dengan ketuanan manusia - sistem demokrasi -, ketuanan manusia yang kerananya tertumpahnya darahnya yang suci. Maka kini manusia memutuskan untuk menyeru dengan segala kekuatan dan kekuasaan yang diberikan untuk memadamkan pemerintahan yang busuk dan kejam ini, Tetapi ia diseru oleh para ulama yang menyesatkan dan dijawab oleh pengikut mereka yang bersuara dengan segala suara yang mereka dengar itu.

Bahkan mereka memekakkan telinga mereka, mereka hanya mendengar apa yang mereka mahu dengar. Mereka tidak mahu dipaksa dengan hujjah yang jelas lagi kuat yang mendedahkan aurat mereka, mereka tidak dapat melepaskan dirinya dari Al-Ana yang berperang dalam jiwa mereka. Mereka tidak mahu mendengar, dan jika mereka mendengar mereka tidak faham, dan jika mereka faham mereka tetap berdegil.
         
Pernyataan ini seolah-olah bercanggah tetapi benar pada zaman Al-Rasul yang mulia (S). Orang-orang kafir Quraisy telah mengesyorkan sesiapa yang melewati Rasulullah (S) hendaklah meletakkan halangan di telinga-telinga mereka, agar tidak mendengar kata-kata Rasulullah (S) yang akan mempengaruhi mereka. Hari ini, kembali sekali lagi perbuatan (sikap) yang sama dengan anaknya Al-Qaim (as), tidak menghalang manusia dari mendengar ucapannya dan membaca ilmunya.

--------------------------
1 - Ucapan Syed Ahmed Al-Hassan (as) dalam Khutbah Kepada Pelajar Hauzah Ilmiah.        


✡✡✡✡✡
                                                  
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas


Tiada ulasan: