Selasa, 25 Disember 2018

6. Muhammad (S), Al-Ana dan Al-Syakhshiyah: 7. Muhammad (S) Di Antara Fana Dan Kembali Semula:

6. Muhammad (S), Al-Ana dan Al-Syakhshiyah:
7. Muhammad (S) Di Antara Fana Dan Kembali Semula:


6. Muhammad (S), Al-Ana dan Al-Syakhshiyah:

Imam Ahmad Al-Hasan (as) berjata dalam jawapan kepadanya:

[..... Inilah pembukaan yang nyata bagi Muhammad (S). Allah Taala berfurman:

﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا * لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّـهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا

(Sungguhnya Kami telah bukakan kepadamu pembukaan (kemenangan) yang nyata: * supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus). [Surah Al-Fath 48:1-2]

Bagi hijab yang yang beralun, pada waktu itu, tiada yang tinggal melainkan Allah yang Maha Esa, lagi Maha Menakluk, dan itu adalah pengampunan dosa yang tertinggal [yang wujud] dengan hanya yang tinggal Muhammad (S) kerana ia adalah keakuan dan keperibadian (Al-Ana wa Al-Syakhshiyah).
 (Baca Kitab Sesuatu dari Tafsir Surah Al-Fatihah, dan Mutasyabihaat, pada perkara Pembukaan yang Nyata).[1]

------------------------------
1- Kitab Mutasyabihaat – oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as) Jilid 4 Soalan No. 180


7. Muhammad (S) Di Antara Fana Dan Kembali Semula:

Dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 21

Dan dalam usaha untuk memperhatikan Hakikat dan Kenyataan Al-Rasul (S) dangan Zat Al-Ilahiyah SWT, dan tajalli dan penzahiran pada baginda (S) dalam penciptaan, contoh ini perlu dipertimbangkan: Ada perbezaan di antara pengetahuan mengenal api dengan hanya melihatnya sahaja, dengan orang yang telah dibakar di dalam api sehingga dia sendiri menjadi api. Dan ini adalah martabat (makam) Al-Rasul yang mulia (S) apabila dibukakan untuknya sebesar lubang jarum, kerana dia adalah di antara dua keadaan, keadaan fana’ (lebur) dan tiada yang tinggal baginya daripada nama rupa bentuk dan tiada yang tinggal melainkan Allah Al-Wahid Al-Qahhar (Maha Esa Maha Penakluk), dan keadaan di mana dia kembali kepada keakuan dan keperibadian (Al-Ana wa Al-Syakhshiyah)..

Dan jika Hadits Al Mi'raj sebelum ini tidak mencukupi untuk kamu, kemudian saya bawakan kamu Surat Al-Fath, Yang Maha Kuasa berfirman:

﴿إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا   * لِّيَغْفِرَ لَكَ اللَّـهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا

(Sungguhnya Kami telah bukakan kepadamu pembukaan (kemenangan) yang nyata: * supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus). [Surah Al-Fath 48:1-2]

Dan makna di dalam ayat ini bukanlah pembukaan Mekah, walaupun pembukaan Mekah adalah antara perkara yang perlu bagi pembukaan ini, kerana pembukaan di Malakut diikuti dengan pembukaan di Al-Syahadah (Alam Nyata), Maka apakah pula pembukaan Alam Al-Lahut?! Antara Zat Al-Ilahiyah dengan Muhammad (S), dan ia adalah mengangkat sesuatu dari Al-Hijab .

Dan mengehadkan ayat ini hanya kepada pembukaan Mekah adalah penyalahgunaan, dan mengalihan ayat ini kepada selain daripada apa yang dimaksudkan, di mana ia telah digunakan dalam kala lampau (إِنَّا فَتَحْنَا) - Sesungguhnya, kami telah buka} yang bermaksud: bahawa pembukaan berlaku dalam tempoh sebelum diturunkan ayat ini, atau semasa ayat itu diturunkan, manakala pembukaan Mekah berlaku dua tahun selepas ayat itu diturunkan.

Juga, sesungguhnya pembukaan ini adalah alasan untuk pengampunan dosa Al-Rasul, yang tidak dapat dipisahkan dari dia (apa yang mendahului, dan yang akan mengikuti), dan dosa ini - seperti apa yang telah dibentangkan baginda (S), adalah kecacatan kegelapan yang tiada makhluk bebas daripadanya, kerana sesungguhnya, Cahaya Dia SWT sahaja, yang tiada kegelapan di dalamnya....] [1]


-----------------------------
1 - Sebahagian dari Tafsiran Surah Al-Fatihah - oleh Imam Ahmad (as) hal 31

✡✡✡✡✡
                                            
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas
         

Tiada ulasan: