Pertama: Al-Ana Muhammad Dan Ali (S) Pembukaan Yang Nyata Dan Hijab:
-
Salam atasmu,
Ya Muhammad Rasulullah (S).
-
Salam atasmu,
wahai yang beralun antara Al-Lahut (ketuhanan) dan Al-Ana serta kemanusiaan.
-
Salam atasmu,
wahai yang beralun sebagai Al-Quran (iaitu hijab) di antara baginda dan Allah
SWT maka jadilah baginda Al-Quran dan yang beralun di antara fana (lebur) dalam
Zat Ilahiyah dan di antara kembalinya baginda kepada Al-Ana serta kemanusiaan.
-
Salam atasmu,
wahai sebaik-baik anak Adam, Selawat Allah atasnya.
-
Salam atasmu,
wahai yang berada di darjat tertinggi sesempurna mungkin pada penciptaan.
-
Salam atasmu,
wahai yang faqir kerana Allah SWT.
-
Salam atasmu,
wahai yang hampir bersinar dirinya sendiri.
-
Salam atasmu,
wahai titik Nun dan Nun, serta titik Baa dan Baa. limpahan yang turun dari hak Allah
pada penciptaan.
-
Salam atasmu,
wahai Pemenang Perlumbaan Selawat Allah atasnya dan ataskeluarganya dan salam
pengiktirafan.
-
Salam atasmu,
wahai khalifah Allah yang sebenar, khalifah yang sempurna pantulan Al-Lahut di
cermin kewujudan dengan penampilan sempurna dan laksanakan selawat Allah atasmu.
1. Muhammad (S) Di Antara Al-Lahut (Ketuhanan) Dan Al-Ana:
Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata:
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 16
[Sesungguhnya Allah adalah cahaya yang tiada
kegelapan di dalamnya, dan semua alam ciptaan adalah cahaya yang bercampur
dengan kegelapan dan kewujudan-kewujudan yang zahir dengan tajalli cahayaNya Yang
Maha Suci dalam kegelapan-kegelapan, dan oleh itu tidak boleh dianggap bahawa Allah
turun ke dalam makhluk atau zahir pada makhluk yang dapat dilihat sepenuhnya
dalam alam-alam penciptaan – seperti mana mereka mendakwa Isa dan Roh Kudus -; Kerana
makna ini adalah bahawa tiada yang kekal, tetapi dimusnahkan, dan hanya yang
tinggal adalah cahaya yang tiada kegelapan di dalamnya, iaitu tiada penciptaan (makhluk)
yang tinggal, tetapi hanya Allah Yang Maha Suci, dan Dialah cahaya yang tiada
kegelapan di dalamnya. supaya kita berkata dan mengulangi bahawa Muhammad beralun
di antara Al-Lahut (Ketuhanan) dan Al-Ana serta kemanusiaan, dan ini ditegaskan
agar tidak mengkhayalkan dan membayangkan Allah – Dia adalah cahaya yang tiada
kegelapan di dalamnya – turun ke alam-alam penciptaan, Maha Tinggi Allah jauh Dia
dari yang demikian, Dan perkara itu diterangkan dengan jelas makna zuhur cahaya
yang tiada kegelapan di dalamnya, di alam-alam penciptaan penampilan penuh
adalah meleburkan dan memusnahkan (kepupusan) dan tiada lagi nama dan tiada lagi
gambaran dan tiada lagi makna,, bahkan tidak kekal melainkan cahaya Allah yang
terang yang tidak gelap yang tiada kegelapan di dalamnya, Maha Tinggi Allah
dengan ketinggian kebesaranNya] [1]
------------------------
1- Al-Hawari Al-Tsalits 3asyar (Murid ketiga belas) –
oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as), dikumpulkan dan dimaklumkan mengenainya oleh Dr.
Taufiq Al-Maghribi: hal 194 -.195
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan