Sikap Al-Madat Dan Al-Ana:
Dalam Kitab Al-Jawab Al-Munir melalui Internet
Jilid 1: Soalan 14
Imam Ahmad al-Hasan berkata:
[... dan untuk memusnahkan kesemua berhala
yang disembah selain Allah, termasuklah berhala yang ada dalam diri saudara,
iaitu Al-Ana (Keakuan-Ego)........]
Pembaca Kitab Imam Ahmad Al-Hasan (as) akan
menyedari banyak tempat di mana Imam Ahmad Al-Hasan (as) mencari perlindungan
dari Al-Ana (Keakuan), dan membahas supaya mengenalinya dan kemudian melawannya.
- Al-Ana (Keakuan)
adalah keangkuhan, kesombongan, kedegilan, kejahilan ... dsb.
- Dan Al-Madat (barangan)
adalah manusia dilebur dengan kebendaan yang menjauhkannya dari kerohanian.
Persoalannya: Gabungan ini akan
mengakibatkan meleburnya (bersatu) Al-Ana dan Al-Madat (Keakuan dan barangan) pada
seseorang?
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata ... 12
Ia mungkin menhadi gabungan padu, pejal, yang
kuat, berat, mengikat kuat pada seseorang dengan diri sendiri sahaja. Dan
kemudian hidup secara berasingan, kerana ada unsur khayalan yang menghiasi
pengasingannya, yang dipercayai bahawa ia dan yang bersamanya mengatasi kesemuanya.
Di sinilah dia tidak sedar apa yang dirasa kerana dia adalah mutlak (sempirna).
Semuga kita dilindungi Allah..
Walaupun seolah-olah ia kelihatan pada
dirinya sendiri kerana dia mendengar, berfikir sendiri pada kedudukan yang wajar,
tetapi di dalamnya tidak mampu (bahkan menentang) yang semuanya bertentangan
dengan kepercayaannya, walaupun kepercayaan ini adalah hasil analisanya
sendiri,dan anda mengikuti Al-Ana (Keakuan) pada warna yang hampir orang tidak
tahu di mana ia berada di lipatan jiwa. Marilah kita berikan contohnya:
Seseorang yang duduk dengan orang-orang
miskin, dia bijaksana dan mendengarkan orang muda serta bercakap-cakap dengan
mereka, tetapi di dalam (hati)nya dia sedang menunggu pujian daripada orang
lain yang menunjukkan dia orang yang sederhana, Dan dia gembira (bukan untuk menyuruh)
tetapi hanya untuk merasa bangga dan merasa puas pada dirinya sendiri, di sini telah
bercambah benih Al-Ana tanpa dia sedari. Manusia harus menjadi peneliti yang
baik dan waspada, dan menjadikan pandangannya meneliti perkara halus untuk
menyentuh kejelasannya yang memerlukan ketepatan dalam pemerhatiannya, supaya
tidak menjadi benih yang teruk dan kemudian mencemari dalamannya (batinnya).
Pada pendapat saya, secara ringkas
(kesilapan yang dinyatakan di dalamnya kerana kurangnya pemerhatian dan ilmu).
Perjalanan perpaduan di antara Al-Ana dan Al-Madat (Keakuan dan barangan)
adalah terowong gelap yang turun kepada manusia hingga ke dasarnya. Seseorang
mungkin berfikir bahawa ia hanya satu petualangan yang patut dijelajahi untuk
mencari hasil yang istimewa, umum atau yang tidak diketahui, tetapi pada
hakikatnya ia akan cenderung turun ke dasarnya dalam setiap keadaan.
Kekuatan ikatan di antara Al-Ana dan Al-Madat
(Keakuan dan barangan) dalam akal fikiran manusia menghasilkan bahan berat
timbangannya. Bahan berat ini dibawa oleh manusia ketika ia berjalan. Ia
bergerak di antara keupayaannya untuk wujud di mana-mana tanah, dan jika ia
menstabilkannya, maka tidak dapat dielakkan akan tenggelam kakinya dan
menumpukan perhatian ke satu tempat dan tenggelam ke dalam lumpur..
Jika dia (membawa Al-Ana dan Al-Madat (Keakuan
dan barangan)) dan berhasrat mengikuti mana-mana ilmu, pergerakannya itu akan
menjadi perlahan dan berat, hampir tidak dapat mengejar kereta api berkelajuan
rendah, dan jika dia mampu memadankannya, maka Al-Madat (barangan) dan orang
itu melebur dengannya. Dia akan kehilangan kecergasannya untuk meneruskannya,
dan mengganggu dirinya.
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata ... 13
Oleh itu, kita berada di hadapan sejenis susunan
yang bukan sahaja menikmati rasanya tetapi pembawanya, dan dia menghiasi
melalui bayangan Al-Ana, Maka Al-Ana dibandingkan Al-Madat (barangan) bagai rasa
yang ditambahkan kepada asas Al-Madat sesuai dengan keinginan pembawanya,
kemudian bayangkan ketika seseorang menghadiri kenduri makan, yang tidak
boleh ditinggalkannya, ia mengandungi semua yang sedap dan lazat. (Madat (barangan)=
makanan, Al-Ana = rasa lazat), tetapi meja makan yang mengandungi makanan yang
enak ada di tempat tertentu, dan manusia tidak berupaya menjauhkan diri darinya
kerana takut dan tidak tahu serta percaya bahawa menjauhkan diri darinya akan
menyebabkan runsing fikirannya, maka anda dapati ia merasa begitu berpaut kepada
alam sekitar yang diiringi oleh Al-Ana dan Al-Madat.
Dan tingkap-tingkap yang ditutup bahagian
bawahnya dan telah diletakkan dengan gambar-gambar yang mewakili tempat yang
indah, tingkap-tingkap itu dilukis dengan gambar-gambar pokok, taman dan
sungai, atau dilukis gambar-gambar kejiranan yang bersih dan bangunan di
sekelilingnya, tetapi ia tetap khayalan. Pada hakikatnya ia adalah kawasan
padang pasir gersang, tanpa kewujudan dan tanpa papan-papan tulisan dan bimbingan.
Tetapi Al-Ana mengubahnya untuk mengakuinya, dan bahkan enggan mengakui yang
demikian itu pada dirinya sendiri. Tetapi tidak menyatakan mengenainya, malah dengan
penciptanya yang biasa dengan urusannya.
Bahawa kegagalan membuat pengakuan, atau sebahagian
darinya, akan menyakitkan bagi yang membuat pengakuan (pemegang Al-Ana dan Al-Madat)
Pengakuan adalah proses mengupas yang menyakitkan, dan kemudian orang itu tidak
bersedia menghadapi kebenaran yang berkata kepadanya: Kamu hodoh. Seolah-olah
dia akan menjalani pembedahan untuk membuang tumor ganas tanpa menggunakan ubat
bius setempat ... !!
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan