Khamis, 20 Disember 2018

Pengenalan

                         


 Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata ... 5

Pengenalan


Hubungan seorang Muslim dengan Allah SWT adalah berdasarkan kepada kepentingan diri, sama ada keinginan kepada syurga, atau takut dengan hukumanNya SWT. Pemikiran kita telah dijajah dan dipenjarakan oleh para fuqahak (ulamak tidak beramal) di akhir zaman, pada hal Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka sifatkan,

Ia adalah di antara dua yang berikut..
         
1- Sama ada Dia dilihat sebagai pengawas langit yang memperhatikan dosa-dosa untuk dihukum.

2- Atau, memberikan ganjaran dan membahagi-bahagikannya sedemikian rupa, seolah-olah hubungannya di antara memberi dan mengambil, yang merupakan hubungan bersyarat, sehingga dengan itu manusia berani meminta kepada Allah Yang Maha Tinggi (SWT), Dan dengan itu manusia mengharapkan (ibadahnya) sebagai tukar ganti. Tukar ganti ini adalah pengembalian yang memberi faedah kepadanya (sebagai prinsip kepentingan diri).

Mereka tidak sedar telah menyifatkan Allah SWT menjadi pemerhati yang memerlukan (berhajat) dan bahawa manusia beramal untuk mendapat keredhaanNya (Maha Tinggi Allah), Oleh itu, Allah SWT hanya melakukan Prinsip memberi ganjaran dan tukar ganti (perbuatan mengambil, atau pertukaran), Maha Tinggi Allah, jauh Dia berhajat atas apa yang mereka gambarkan sedangkan mereka tidak sedar, oleh itu, didapati dari sudut yang lain. Sesiapa yang mendekati Allah (menyangka) dengan cara menyembelih manusia dan meletupkannya, sebagai contoh, Ini menginginkan pengamatan yang adil!! Dan bagi saudara pembaca bahawa banyaknya pengorbanan yang ditimbulkan adalah dengan kejahilan terhadap Allah SWT, ini kerana pembinaan dari kaedah tauhidnya rapuh dan kerana kekurangan pemahaman yang menjengkelkan.

Dan kita tidak mengecualikan dari aliran pemikiran ini, ada orang-orang yang berfikir bahawa menangis terhadap Al-Hussein (as) dengan memukul diri sebagai ganti. Sama seperti kaedah Pengampunan yang dijalankan oleh gereja. Mereka fikir bahawa hanya kerana mereka menangisi Al-Hussein (as) mereka diberi jaminan dan sebagai tiket yang dijamin untuk masuk syurga. Seolah-olah dia membeli sendiri barangan dari sebuah institusi atau syarikat besar dan mengambil jaminan terhadapnya. Dan menyalahgunakan barangan ini, maka mereka berkata: “Tidak ada yang salah menggunakan perkara ini dalam bentuk yang buruk. Saya tidak punya jaminan dan kepastian.”

Imam Ahmed Al Hassan (as) berkata dalam sebuah khutbahnya


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata ... 6
.       
[Dan apabila mereka misalnya berkata: Kami telah menangisi Al-Hussain, dan menangis atas Al-Hussain akan menjanjikan kita syurga: Allah dengan mudah akan mengatakan kepada mereka: Wahai ulamak batil, Sesungguhnya amalan kamu telah terhapus seperti debu yang berterbangan

﴿وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَّنثُورًا

(Dan kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.) [Al-Furqaan 25:23]

kerana pada hakikatnya kamu tidak menangisi Al-Hussain (as), tetapi sesungguhnya kamu telah menangisi ke atas Al-Hussain dalam khayalan kamu, yang tidak mempunyai hubungan dengan Al-Hussain bin Ali (as), samada dari dekat atau dari jauh, dan amalan kamu telah hilang seperti debu yang berterbangan, sama seperti dia keluar dengan sebatang besi dan kemudian ditanamnya di padang pasir dan dituangkan atasnya petroleum, kemudian dia berkata, Sesungguhnya saya telah menanam pokok di taman dan disiram dengan air segar. Akhirnya beliau akan dapati bahawa kerjanya tidak mempunyai nilai, seperti debu yang berterbangan. dan kamu (para ulamak) itu adalah seperti orang-orang yang mendahului kamu, kamu menuntut bahawa kamu mengatasi Pemilik Al-Haq atas iman, dan kamu tidak menerima bahawa Pemilik Al-Haq mewakilkan kamu, tetapi kerana kesucian jiwanya dan keikhlasannya kepada kamu memerintahkan kamu supaya mengikutinya, di mana walaupun Allah SWT mahu pendekatan (manhaj) ini dilebihkanNya, tetapi Iblis menterbalikkannya dengan cara yang mudah. Pada hal untuk memahami tujuannya kepada semua orang yang sepatutnya memahami firmanNya

﴿وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنَ الْمُرْسَلِينَ إِلَّا إِنَّهُمْ لَيَأْكُلُونَ الطَّعَامَ وَيَمْشُونَ فِي الْأَسْوَاقِ ۗوَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً أَتَصْبِرُونَ ۗ

(Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Dan kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar?;  [Al-Furqaan 25:20].

Dan kami telah jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain supaya kamu bersabar? Jauh dari itu, sesungguhnya jika orang yang sebelum mereka bersabar, sepatutnya orang-orang pada hari ini akan bersabar

﴿أَتَوَاصَوْا بِهِ ۚ بَلْ هُمْ قَوْمٌ طَاغُونَ﴾

(Apakah mereka saling berpesan tentang apa yang dikatakan itu. Sebenarnya mereka adalah kaum yang melampaui batas. [Al-Zhariyat 51:53].[1]

Tetapi, adakah terdapat perangkap yang ketiga yang kita tidak menyedarinya?! Atau terperangkap kerana telah hilang dari kita?! Adakah manusia mampu beramal di sisi Allah, tanpa mengharapkan balasan?! Atau tidak melihat pada dirinya sendiri?!

Imam Ahmed Al Hassan (as) mengatakan

(Sehingga apabila kita akan tetap melihat diri kita sendiri, Demi Allah, jika Dia SWT membuatkan aku dari permulaan sehingga akhir masa, kemudian dimasukkan aku ke dalam api neraka, DIA telah melakukan kebaikan kepadaku, dan apakah kebaikan yang lebih besar daripada DIA memperlakukan aku walaupun untuk seketika,. apa yang perlu ialah kita tidak peduli melainkan untuk satu perkara iaitu DIA mengangkat (membuang) dari halaman hitam ''Keakuan'' kita ini (ego, Al-Ana) yang hampir tidak mahu berpisah dari kita). [2]

------------------------
1- Khutbah Imam Ahmed Al Hassan (as) dalam bulan Muharam.
2- Kitab Ma3a 3abdu Soleh, Jilid 1 halaman 86.


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata ... 7

              
Sesungguhnya kewujudan manusia itu sendiri dianggap oleh Imam-imam (as) sebagai suatu dosa, bahkan bagi diri mereka sendiri. Mereka telah melihat diri mereka berdosa di sisi kewujudan Allah SWT. Oleh itu, bagaimana pula keadaan kita?!!! Terutamanya dalam zaman di mana kita berlumba-lumba memenuhi yang kononnya sebagai keperluan-keperluan (sangkaan semata-mata), yang juga dilihat sebagai mengeluarkan sebahagian dari dugaan kemahuan dan keperluan-keperluan.
                    
Sebagai contoh: Pakaian; Memang benar ia untuk menutup badan, tetapi datang pula pada saya untuk pergi lebih jauh, iaitu bentuk pakaian, contohnya. Warna, reka bentuk (fesyen) ... dan lain-lain.
         
Keperluan pakaian ini, mempunyai beberapa makna yang membuat kita melihat apa yang kita sendiri tentukan mengikut apa yang menyenangkan hati kita, atau dari segi apa yang sesuai dengan pakaian semasa (sesuatu yang ditentukan oleh citarasa umum).

Dalam keadaan itu, kita adalah di antara dua perkara:

1-   Apa yang kita lihat

2- Apa dorongan zaman (semasa) / kecenderungan (trend – minat) kepada kita.

Hasilnya adalah bahawa, jiwa kita, diseret dan dirantai, ia sama ada diseret oleh hawa nafsu kita sendiri, atau ia diseret mengikut kepentingan awam. Saudara pembaca sekelian boleh bayangkan mengenai perkara-perkara itu pada makanan, minuman, percakapan, sentuhan, ketenangan, tindakan-tindakan, keinginan-keinginan, pemikiran, pencarian, pergerakan, kediaman, pengetahuan, pembelajaran dan lain-lain lagi.
         
Di mana mereka berada ada pertimbangan citarasa masyarakat umum, Di sini kita melihat pada masyarakat, supaya kita melihat citarasa diri kita sendiri atau bergabung dengan masyarakat, dan mengabaikan kehendak Allah SWT, tetapi atas alasan apa? Dengan alasan bahawa perkara-perkara yang dinyatakan di atas itu adalah duniawi dan yang remeh-temeh, seolah-olah ketika mengatakannya kita tidak menyedarinya [Allah SWT tidak ada urusan dalam hal ini], Maha Tinggi Allah dengan ketinggian yang sebesar-besarnya. Atau sebagai orang yang berkata: "Kami tidak suka membawa-bawa Allah SWT dalam perkara-perkara duniawi dan tidak masuk akal, dan terlalu Tinggi bagi Allah hendak dibandingkan dengannya." Walaupun kita telah memutuskan bahawa ianya adalah perkara yang tidak masuk akal, namun bahaya bagi kita mengenal muslihat Allah dan apa yang kita kemukakan dan apa yang tidak dikemukakan kepadaNya!! Maha Tinggi Allah dengan ketinggian yang sebesar-besarnya..


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata ... 8

Dengan itu, kita mengambil jalan mengenepikan Allah (Maha Tinggi Allah dengan ketinggian yang sebesar-besarnya) pada masa dan bahagian tertentu dalam kehidupan kita, dan kita melihat perkara-perkara ini sebagai perkara remeh dan kita percaya bahawa dengan berbuat demikian kita telah meninggikan Dia dengan perkara-perkara ini, dan kita lupa bahawa Allah SWT adalah pencipta segala sesuatu dan wujud pada setiap tempat dan pada setiap masa.

Nampaknya, kita hanya memberi tumpuan kepada ''Aku” (Al-Ana) dan tidak mengendahkan “DIA”. Kita minta perlindungan Allah dari kelalaian tersebut. Yang bermakna melalaikan “DIA”.

Kerana kewujudan sifat yang mencorak Al-Ana yang tersedia dan berada di sisi kita (yang kelihatan dan yang tidak kelihatan), maka bagaimana kita boleh memandang kepada ''DIA”? Jadi apa yang kita cari sekarang?

Dari Imam Ahmad Al Hassan (as)

Manusia dituntut untuk bergerak ke arah makrifat bagi mengetahui bahawa dia tidak mampu mencapai makrifat. Bahawa Kesempurnaan (Allah) yang dihadapkan kepadanya oleh Dia (HUWA) Yang Maha Suci, sesungguhnya yang dikehendaki oleh Dia Yang Maha Suci adalah untuk menyampaikan manusia kepada hakikat ini, yang mana ia adalah makrifat sebenar. Sesungguhnya Maha Suci Dia menghadap kepada kita dengan Kesempurnaan Mutlak (Allah) untuk menyampaikan kepada kita, hakikat bahawa kita tidak mampu mencapai makrifat. Seterusnya, kita mengetahui hakikat yang menjadikan kita, dan kita mengetahuiNya apabila kita mengetahui sepenuhnya ketidakmampuan kita dalam mencapai makrifatNya. Makrifat ketidakmampuan kita itulah hakikat makrifat iaitu "Barangsiapa kenal dirinya akan kenal Tuhannya".[1]


--------------------
1-   Kitab Ma3a 3abdu Soleh, Jilid 2 halaman 16.


✡✡✡✡✡

Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas

Tiada ulasan: