Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 35
2. Al-Hussein Dan Menghapuskan Kecacatan Ketiadaan Dan Kegelapan:
Soalan: Apakah makna kata-kata Al-Hussein (as)
di dalam doa Arafah: Tuhanku keluarkanlah aku daripada kehinaan diriku dan
sucikanlah aku daripada perasaan syak dan kesyirikanku?
Jawapan Imam Ahmad Al-Hasan (as):
Jawapan Imam Ahmad Al-Hasan (as):
Syirik itu berbagai jenis, di antaranya:
1. Syirik zahir (yang nyata)....
2. Syirik khafi (tersembunyi)....:
3. Syirik nafsi (diri): ia adalah jenis
syirik yang paling tersembunyi iaitu Al-Ana (keakuan) yang manusia tidak dapat
lari daripadanya. Ia dicacatkan dengan kegelapan dan ketiadaan, di mana
tanpanya yang wujud hanyalah Allah SWT. Oleh itu, setiap hamba Allah adalah
mempersekutukan Allah berdasarkan makna ini. Imam Hussein (as) memaksudkan
syirik daripada makna ini dan perasaan syak yang mengiringinya. Imam Al-Hussein
(as) telah menuntut pembukaan yang nyata (Al-Fath Al-Mubin) dan penghapusan kecacatan
dengan ketiadaan dan kegelapan dari lembaran kewujudannya, di mana tanpanya
yang wujud hanyalah Allah Yang Maha Esa Lagi Maha Pemaksa SWT. Seterusnya, Al-Hussein
(as) seolah-olah berkata: (Tuhanku, tiada seorang pun yang layak wujud
melainkan Engkau. Kewujudanku adalah satu dosa besar yang tiada jalan untuk mengampunkannya
melainkan kebinasaanku (fana’) dan kekekalan (baqa’) Engkau Yang Maha Suci).
Inilah syak dan syirik secara dipaksakan
dan bukannya dengan perbuatan, atau dengan kata lainnya wujud dengan
asal-usulnya dan bukannya wujud dengan perbuatan. Bermaksud wujud penerimaan perbuatan,
tetapi ianya tidak terlaksana secara perbuatan atau tidak wujud secara luaran.
Terdapat titik hitam di dalam fitrah kemanusiaan itu sendiri, yang mana ia
adalah ketiadaan dan kegelapan yang tiada cacat celanya. Titik hitam ini adalah
tempat letaknya hidung syaitan, yang ditiupkan perasaan was-was menerusinya
kepada anak keturunan Adam. [1]
✡✡✡✡✡
-------------------------------
1 - Kitab Mutasyabihaat – oleh Imam Ahmad
Al-Hassan (as) Jilid 2 Soalan No.27.
.27
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan