Ahad, 20 Januari 2019

Keenam / Al-Ana dan Bala3am Ba3ura’:


Hasil carian imej untuk ‫بلعم بن باعوراء‬‎ 


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 52

Keenam / Al-Ana dan Bala3am Ba3ura’:

Pengenalan:

Mempunyai kedudukan dalam agama, tidak bermakna bahawa pegangannya tidak akan menyeleweng kepada keinginan nafsu, fitnah yang menjatuhkannya, walaupun dengan memahkotakan serban di kepala, menyarung sebentuk cincin dijari, mengenakan jubah keagamaan dan memegamg cokmar di mimbar, Sejarah dan kejadian sebelumnya mendapati dalam agendanya sejumlah besar mereka yang keadaan bentuknya seperti mereka itu, adalah orang-orang yang tergoda dengan dunia dan menyahut panggilannya.

Kebanyakan mereka yang telah menghabiskan masa kehidupannya dalam berkhidmat dengan agama, dan kemudian menamatkannya dalam kesesatan, dan ramai dari mereka yang telah menghabiskan masa kehidupannya dalam mengejar dunia, tetapi mereka berakhir (mati) dalam kebaikan.

Dari Abi Abdillah (as), katanya: (Apabila keluar Al-Qaim (as) keluarlah dari urusan ini sesiapa yang dilihat dari ahlinya dan memasukinya mereka telah diserupakan dengan penyembah matahari dan bulan),[1] Oleh itu ia adalah ketergantungan kepada Al-Ana pada peringkat tertentu. Sehingga ia disamakan dalam Al-Quran Al-Karim dengan anjing yang menjulurkan lidahnya kerana mengejar dunia.

Ini membawa kita kepada kata-kata Imam Zain Al-Abidin Ali Bin Al-Hussein (as), sebahagian dari kata-kata beliau (as): (Sekiranya kamu melihat seorang lelaki yang baik panggilan namanya memberi bimbingan dan tetap pada ucapannya dan tunduk dalam gerakannya, Mereka tidak menggoda kamu, apa lagi yang tidak mampu mendapatkan dunia dan tunggangan mereka a adalah yang haram, Kerana kelemahan susunan binaannya, rasa malu dan pengecut hatinya, Agama dijadikan perangkap baginya, dia terus menakluk manusia dengan penampilannya, Jika boleh yang haram pun dicerobohinya. Dan apabila kamu dapati dia dikecualikan dari harta haram, mereka tidak menggoda kamu, Kehendak hawa nafsu penciptaan adalah berbeza-beza, lebih daripada menolak yang haram dan yang banyak, dan yang membawa dirinya kepada yang buruk-buruk, maka datanglah yang haram, jika kamu melihat yang sedemikian, maka perlahan-lahan dia tidak akan menggoda kamu atas persetujuan dan fikirannya. Baginya, apa yang lebih daripada meninggalkan semuanya dan kemudian tidak kembali kepada akal yang kuat, Maka jadilah apa yang merosakkan adalah kejahilannya lebih daripada apa yang menjaga fikirannya ... Sekiranya kamu mendapati akalnya kuat, mereka tidak akan menggoda kamu sehingga kamu melihat keghairahan menjajah fikirannya, atau akal fikirannya dikuasai oleh keinginannya? Dan bagaimana cintanya untuk kuasa batil itu akan ditinggalkannya? Bahawa pada manusia orang yang meninggalkan dunia untuk dunia,dan melihat kuasa batil daripada menguasai harta dan nikmat yang diperbolehkan yang dihalalkan


-----------------------
1- Kitab Al-Ghaibah - Al-Nu3mani: hal 332


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 53


Maka meninggalkan semua ini untuk mencari kuasa. Sehingga apabila dikatakan kepadanya takutlah kamu akan Allah kerana dia telah mengambil kemuliaan dengan dosa, maka baginya adalah Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman. Dia menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah, Dia tidak peduli akan apa yang hilang dari agamanya jika dia diberikan kekuasaan yang telah mencelakakan, kehormatannya, Mereka adalah orang-orang yang dimurkai Allah, dan laknat atas mereka serta disediakan azab pedih.] [1]


1. Ibn Ba3ura memegang Asma Al-A3dzam (Nama TerAgung):

Dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):

[........ Adapun nabi-nabi itu atau orang-orang yang telah mencapai makam Nubuwah (kenabian) dalam suatu tempoh masa iaitu mereka melihat berita (khabar) dari langit dengan izin Allah SWT selepas mereka taat dan beribadah kepada-Nya SWT dan mereka diangkat dalam Kerajaan-kerajaan Langit (Malakut Al-Samawaat) dalam suatu tempoh masa, mereka juga diuji dengan nabi ini yang diutus kepada mereka dan kepada orang lain. Dan ia sepatutnya menjadi lebih mudah bagi mereka kerana Allah SWT memperlihatkan kepada mereka ke martabat yang tinggi, atas terutusnya sebagai rasul. Tetapi mesti dikekalkan nisbah kecil kejahilan mereka terhadap ujian yang sebenar, supaya iman mereka akan berada pada martabat tertentu, ia adalah beriman pada yang ghaib,

ألم * ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدىً لِلْمُتَّقِينَ  * الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ﴾

{Alif Lam Mim * Itulah Kitab yang tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang yang bertakwa * yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat dan dari apa yang Kami berikan kepada mereka diinfaqkan (dibelanjakan).} [Al-Baqarah 2:1-3]

Dan sudah tentu perbezaan mereka ini dari manusia yang lain adalah hak (kebenaran) bagi mereka disebabkan perbezaan mereka dalam ketaatan dan ibadah mereka sebelumnya. Tetapi sesiapa yang kufur ingkar padanya kerana iri hati (hasad) dan Al-Ana akan jatuh ke dalam jurang neraka (Al-Jahim), seperti yang berlaku kepada Bal3am bin Ba3ura’. Dia tahu sebahagian dari Khabar langit dan belajar dari Allah SWT tentang risalah Musa (as) namun dia masih kafir dengan risalah Musa (as) dan membuat alasan yang tidak menentu untuk kejatuhannya yang telah memasukkannya ke dalam jurang neraka. Dan tidak berguna kepadanya ketaatan dan ibadahnya sebelum ini. Sama seperti tidak berguna kepada Iblis (laknahu Allah) sebelumnya, ketika dia ingkar kepada Adam nabi yang diutus (as), dan dia menjadi salah satu daripada ciptaan Allah yang paling hodoh selepas dia menjadi merak para malaikat. Ada dalam riwayat bahawa Ibn Ba3ura’ mempunyai Nama Teragung (Al-Ism Al-A3dzam) dan dapat melihat di bawah naungan 3arasy........] [2]


--------------------
1- Al-Ihtijaj- oleh Al-Thabarsi: J 2 hal.53
2 - Kitab  Penutup Kenabian (Nabi Penutup) - oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) hal 10


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 54


2. Ibn Ba3ura telah menjadi seperti seekor anjing yang menjulurkan lidahnya:


Dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):

Dari Abi Al-Hassan Al-Redha (as) berkata,

"Bal3am bin Ba3ura’ diberi Nama Teragung (Al-Ism Al-A3dzam) dan dengannya dia melakukan doa, maka doanya dimakbulkan dan dia cenderung kepada Firaun. Oleh itu, apabila Firaun mencari Nabi Musa (as) dan pengikut-pengikutnya ia berkata kepada Bal3am bin Ba3ura’, 'Berdoalah kepada Allah terhadap Nabi Musa dan sahabat-sahabatnya supaya dia dihalang dari kami. "Dia kemudian menunggang keldainya untuk mencari Musa dan sahabat-sahabatnya dan keldainya tidak mahu bergerak. Dia kemudian memukul keldainya maka Allah AWJ menjadikan keldainya bercakap dan ia berkata, 'Celaka kamu, mengapa kamu memukulku? Adakah kamu mahu aku pergi bersamamu supaya kamu boleh berdoa terhadap Musa, nabi Allah, dan kaum mukmin? "Dia terus memukulnya sehingga keldainya terbunuh dan Nama Teragung (Al-Ism Al-A3dzam) telah dicabut dari lidahnya, dan ia adalah firman Allah,

﴿فَانْسَلَخَ مِنْها فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطانُ فَكانَ مِنَ الْغاوِينَ وَ لَوْ شِئْنا لَرَفَعْناهُ بِها وَلكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَواهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ﴾

{Kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat. * Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga)..} [Al-A3raaf 7:175-176] 

Dan ia adalah satu contoh yang diberikan padanya. Maka Al-Redha (as) berkata,

"Haiwan tidak akan masuk syurga kecuali tiga ekor: keldai Bal3am, anjing Ashhab Al-Kahf dan serigala. Sebab bagi serigala itu diutus pada seorang raja yang kejam telah menghantar seorang anggota polis menyeksa sekumpulan orang yang beriman dan anggota polis ini mempunyai seorang anak yang dia kasihi, kemudian serigala memakan anaknya dan anggota polis itu sangat sedih ke atas anaknya. Maka Allah memasuki serigala ke syurga kerana menyebabkan kesedihan anggota polis itu. "

Dalam Al-Quran, Allah SWT menyebut Bal3am bin Ba3ura’ yang dengki kepada Musa (as) dan telah sombong kepadanya. Jadi dia dimakan oleh Al-Ana dan hawa nafsu keinginannya sendiri seperti anjing selepas dia berada pada makam Al-Nubuwah, dan dia dapat melihat di bawah naungan 3arasy dan dia mempunyai Nama Teragung (Al-Ism Al-A3dzam)...........] [1]


--------------------
1- Kitab  Penutup Kenabian (Nabi Penutup)   - oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) hal 11


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 55


3 Ibn Ba3ura' melihat sebahagian perkara-perkara ghaib:

Dari Imam Ahmad al-Hasan (as):

[Seumpama Samiri
:
..............Bal3am bin Ba3ura', adalah seorang ulama dan pertapa yang melihat sebahagian perkara-perkara ghaib, oleh itu seorang dari raja-raja zalim dan kafir mengundangnya untuk mendoakan Musa (as), maka beliau berdoa, melalui ilmunya sedangkan Musa seorang nabi yang besa. Oleh kerana hasad dengkinya, dan dengan ilmunya Raja taghut penzalim ini kafir kepada Allah, Rasul-rasulNya dan agama-Nya, pada hakikatnya, walaupun dia (Bal'am) pada zahirnya bersyahadah (لا إله إلاّ الله), kerana dia berjuang menentang auliak Allah dan terhadap agama Allah merupakan satu petunjuk atas kekafirannya. Bal3am bin Ba3ura' dan orang-orang seperti beliau, menjadikan syubhat sebagai alasan kerana kesilapan mereka, dan mungkin mereka menjadikan yang jelas (muhkam) sebagai mutasyabih (kiasan) dan kebenaran - yang disyaki, untuk melanggar kesucian Allah SWT.
.............................................

Jadi orang alim ini yang boleh melihat sebahagian perkara ghaib, dan dia di atas keyakinan, tetapi keyakinannya itu tidak memberi apa-apa manfaat kepadanya, kerana dia condong kepada pemerintah zalim (taghut) dan mencintai ketinggian dan keangkuhan, dan dia tidak ikhlas kepada Allah kerana jiwanya tersembunyi keangkuhan, cintakan keakuan (Al-Ana) dan berhasad dengki kepada Auliak Allah dari orang yang terpilih!!............] [1]


--------------------
1- Kitab Al-3ijl (Berhala Anak Lembu) -Juzuk 1  - oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) hal 40

✡✡✡✡✡
                                                  
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas


Tiada ulasan: