Kesembilan / Al-Ana dan Al-Tauhid:
Pengenalan:
Al-Tauhid adalah Mengesakan Allah SWT sebagai
matlamat yang agung, dan dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):
Hakikat Tauhid tidak dicapai dengan lafaz
kata-kata dan makna sahaja, sebaliknya ia dicapai dengan beramal dan ikhlas
kepada Allah SWT sehingga hamba itu menjadi wajah Allah Yang Maha Suci, di
Bumi-Nya, atau Allah di dalam Penciptaan.
Persoalan ini selalu ada bersama kita.
Bagaimana kita boleh pergi kepada Allah dan diri kita menghadap kepadaNya dengan
namaNya (Asmauhu Al-Husna - nama-namaNya Yang Baik)? Mengapa dan bagaimana
gambaran (shurah) dalaman ini datang kepada kita, dan kita menghadap kepadaNya dengan
nama untuk menyeruNya? Seolah-olah ini adalah keperluan yang mengikat bagiNya,
Maha Tinggi Allah dengan Kebesaran TertinggiNya, Maka berhubungan dengan Allah
tidaklah tanpa keinginan, keinginan ganjaran dan memenangi penghargaan yang dijanjikan, Adakah
hubungan bersyarat pada peringkatnya?! Dan janganlah terlepas pandang mengenai hubungan
terpilih itu, Apakah tindakan dengan Allah ditentukan dan bergantung kepada
mereka yang berkenaan sahaja? Maha Tinggi Allah dengan Kebesaran TertinggiNya.
---------------------------
2 - Kitab Tauhid – oleh Imam Ahmad Al-Hasan
(as) hal 26
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...66
1. Tujuan Yang Besar:
Dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):
[........Dan ketahuilah, bahawa tujuan dari
matlamat (Tauhid) yang besar ini adalah makrifat pada Allah SWT, Ini adalah
tujuan Allah menciptakan manusia yang mana sesiapa terlepas dari tujuan ini
telah terlepas segala-galanya,
﴿وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا
لِيَعْبُدُونِ﴾
{Dan aku
tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi
kepada-Ku.} [Surah Al-Zhariyat 51:56]
Iaitu untuk mereka mengenali-[Ku]. Matlamat
makrifah ini mestilah datang dari Tauhid untuk diyakini. Dan Tauhid Hakiki
tidak dicapai dengan lafaz kata-kata dan makna sahaja, sebaliknya ia dicapai
dengan beramal dan ikhlas kepada Allah SWT sehingga hamba itu menjadi wajah
Allah Yang Maha Suci, di Bumi-Nya, atau Allah di dalam Penciptaan.
Untuk itu, demikianlah apa yang saya
bentangkan: (Tauhid yang haqiqi adalah Tauhid Hakikat dan KenyataanNya, atau
Nama Yang Agung Yang Maha Agung, lagi Maha Teragung, atau Nama yang dilindungi,
yang tersimpan, dan yang memancarkan dari dalaman kemanusiaan selepas fana’
(meleburnya) Al-Ana - Aku, dan Kekalnya Allah.).
2. Yang Bertentangan Dengan Tauhid (Nama-Nama
Dan Keperluan Kita):
Dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):
[Dan pada hakikatnya bahawa martabat Tauhid
ini tidak bebas dari syirik dalam apa jua martabat, pada dua arah:
Arah pertama: adalah kita tidak boleh
tinggikan dari fikiran kita kebanyakan nama-nama yang melazimi Zat Ilahiyah
dari sangkaan khayalan kita, walaupun bilangannya agak besar. Allah adalah
Al-Rahman, Al-Rahim, Al-Qadir (Yang Pemurah, Pengasihani lagi Berkuasa) ,
Al-Jabbar (yang Agung) , Al-Mutakabir (Yang Memiliki Kebesaran), Al-'Alim (Yang
Mengetahui) , Al-Hakim (Yang Maha Bijaksana) ... Dan kemajmukan ini, walaupun
ia tidak menafikan keesaan Zat Ilahiyah atau Allah, tetapi ia masih majmuk
(banyak), dan ia membawa erti yang majmuk, oleh itu ia bertentangan dengan
Tauhid tahap yang lebih tinggi daripadanya. Amirul Mukminin (as) berkata: (......
Awal agama adalah mengenal-Nya, dan kesempurnaan mengenal-Nya adalah
mentashdiqnya (membenarkannya), dan kesempurnaan mentashdiq adalah mentauhidkanya,
dan kesempurnaan –Tauhid adalah ikhlas kepada-Nya, dan kesempurnaan keikhlasan
kepada-Nya adalah menafikan semua sifat-sifat daripada-Nya, untuk menyaksikan
semua sifat berbeza ianya bukanlah yang disifatkankan.")]
---------------------------
1 - Kitab Tauhid – oleh Imam Ahmad Al-Hasan
(as) hal 26
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...67
Arah kedua: ia adalah Arah Ketuhanan.
Oleh kerana kita akan berlindung dan datang kepadanya kerana keperluan kita
kepada Zat Ilahiyah, oleh itu hubungan kita dengan-Nya SWT tidak bebas - dan
keadaan seperti ini - dari keinginan dan berhajat mengisi kekurangan dari arah
tertentu. Oleh itu, ibadahnya tidak ikhlas, tetapi ia mencari kesempurnaan
dan mengisi kekurangan, dalam bentuk yang terbaik mengikut keadaan ini,
ini dalam martabat syirik, kerana keikhlasan sebenar adalah menghindarkan
pandangan dari yang lain daripadaNya SWT, termasuk dari Al-Ana (keakuan) atau
diri sendiri, dan itu adalah lebih utama dan yang sepatutnya, tetapi, ia adalah
asal pencarian. Oleh itu, Tauhid sebenar (Tauhid Haqiqi) dicapai selepas
markifat fana’ melebur ke dalam semua nama-nama dan sifat-sifat pada Zat Ilahiyah.
Kemudian fana’ Zat Ilahiyah dalam Hakikat iaitu fana’ uluhiyah dalam hakikatNya
SWT. Dan untuk mencapai perkara ini hendaklah dengan fana’ pada Al-Ana dan
keperibadian kemanusiaan supaya yang kekal hanyalah penyaksian pada Yang Ghaib
SWT dari apa yang mereka sekutukan. Dan jika terdapat lafaz untuk
menunjukkannya maka (هو -Dia) adalah kata ganti ghaib - ketiga - (Dhamir Al-Ghaib), dan Haa’ (هاء) adalah untuk mengisbatkan
yang sabit dan Wau untuk menghaibkan yang ghaib. Dan tawajjuh ini - yang
dicapai daripada makrifat ini - adalah arah yang betul kerana ia (menghadap)
mengarah ke arah Haqiqah dan kenyataanNya [Allah SWT]. Dan ini adalah Tauhid
Hakiki, Tauhid Hakiki dan kenyataanNya atau Nama Yang Agung Yang Maha Agung, lagi
Maha Teragung atau, atau Nama yang terlindung dan tersimpan, dan yang
memancarkan dari dalaman kemanusiaan selepas fana’ (melebur) Al-Ana - Aku, dan
Kekekalan Allah. Dan ini adalah martabat terakhir yang dimaksudkan dalam
Tauhid, dan padanyalah yang ditunjukkan oleh Basmalah Al-Tauhid dan juga surah
Al- Tauhid sebagaimana yang akan dijelaskan. [1]
3. Al-Ana dan Pergerakan Sholat:
Dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):
[Sholat Dan Tauhid
Sholat adalah mikraj bagi orang mukmin dan
ia mewakili bentuk jalan makrifat. Langkah-langkah makrifat,
pergerakan-pergerakan dan kata-kata yang menggambarkan jalan makrifat. Oleh
itu, gerakan-gerakan solat yang dimulai dengan qiyam (berdiri), ruku' dan
seterusnya sujud adalah menggambarkan tentang makrifat yang bersekali dengan
penyingkiran daripada Al-Ana (keakuan). Ketika berdiri (qiyam) dia yang menghadapkan
wajahnya, pada ruku' yang mewakili kerendahan dan penyingkiran daripada Al-Ana
pada darjat tersebut, sehinggalah pada sujud yang mewakili kerendahan serta
ketundukan dan penyingkiran daripada Al-Ana pada darjat yang lebih tinggi.
---------------------------
1 - Kitab Tauhid – oleh Imam Ahmad Al-Hasan
(as) hal 25
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...68
Saya tegaskan bahawa kerendahan dan
ketundukan bertambah seiringan dengan pertambahan makrifat, sebagaimana
makrifat bertambah dengan pertambahan ketundukan dan kerendahan.] [1]
---------------------------
1 - Kitab Tauhid – oleh Imam Ahmad Al-Hasan
(as) hal 62
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan