Rabu, 16 Januari 2019

Keempat / Al-Ana dan Musa (as):



Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata 41

Keempat / Al-Ana dan Musa (as):


Pengenalan:

Salam atasmu, wahai Abdus Soleh, aku sentiasa tertanya-tanya, jika Musa (as) dengan aqalnya yang terbaik dan kenabiannya tergolong dalam Ulil-3azim, tidak dapat - bersabar - maka, apakah keadaannya bagi kira hamba-hamba yang berdosa dan serba kurang jika bersama dengan Abdus Soleh?!

Tempat-tempat Al-Ana telah menemui tanah yang baik di tengah-tengah kita, dan saya telah menanam pokok-pokok Al-Ana, berakar subur, dan telah diliputi dengan daun Al-Ana, dan telah berbuah dengan pelbagai buah-buahan jenis Al-Ana.

Tidak, bahkan kita mula menjana Al-Ana ke luar kepada masyarakat, politik, agama, kerjaya, dan sebagainya, dan lebih dari itu dengan diri kita sendiri, sehingga kita berusaha mencapai puncak - Al-Ana kita - di podium.

Kita berpendapat ia adalah perdagangan yang menguntungkan, dan juga maju - seperti yang difikirkannya :- Kerana ia membawa pulangan kaedah ke-Iblis-an dengan keuntungan yang berlimpah kepada kita (sekurang-kurangnya untuk memuaskan kesombongan kita). [Kita] adalah komoditi (barangan) mudah untuk duperdagangkan di dunia ini, dan bahkan bertemu di pasaran Al-Ana dan kita - kami, Pasarannya adalah seperti pasaran alat ganti yang kita tidak perlu menunggu, dan mengiklan dan mempromosinya dengan segala usaha dan kesungguhan yang tak kenal penat dan lelah.

Dan jangan lupa, apa yang disebut oleh Abdus Soleh (as), bahawa: Al-Ana, banyak tingkatannya, dan Abdus Soleh (as) mampu menyelesaikan dari Allah SWT untuk menyelidiki dalaman kita, menurut alat-alat yang paling asas yang dimilikinya, yang mencukupi untuk mengeluarkan Al-Ana itu yang bersembunyi di sisi gelap kita, seperti halnya nabi-nabi Ulil-3azim (as).

Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata 42

Abdus Soleh (as), telah menjadikan sebahagian susah payahnya kepada kita (pilihan) dengan pergaulannya bersama dengan Musa (as), yang sangat menyerlah, Abdus Soleh (as) telah meletakkan pada kita; khayalan orang-orang yang berfikir bahawa pencerahan hanya ditumpahkan kepada kejadian-kejadian lampau. Tidak, tetapi ia mesti dikawal oleh diri kita sendiri, sehingga mendedahkan kepada kita bahawa sisi gelap kita adalah aspek tersembunyi kita, untuk melihat sejauh mana raksasa ini, mencacat, merendah, yang telah kita bawa ke dalam diri kita, di mana kita tidak melihat atau bahkan pergi menemuinya, tetapi hanya mendengar suara indahnya, dan kita menyangka bahawa kita menaikkan Al-Ana yang indah itu; adalah benar sekali.

Kami memohon ampunan kepada Allah dan kepada Abdus Soleh atas kelemahan kami sama ada terhadap Allah atau terhadap Abdus Soleh, dan juga terhadap diri kita sendiri; Adakah kita dapat berjanji dengan Abdus Soleh dan berkata:

﴿سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّـهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا

Insya Allah engkau akan dapati aku adalah orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun

Adakah ini mencukupi?! Tidak, sekiranya kita gagal dalam urusan ini, Adakah kita akan didatangkan kepada keputusan hujah Allah, jika dia memberitahu kita,

قَالَ هَـٰذَا فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَ ۚ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ مَا لَمْ تَسْتَطِع عَّلَيْهِ صَبْرًا ﴾

katanya: "Inilah perpisahan antara aku dengan kamu; kelak akan kuberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat bersabar terhadapnya.

kami minta perlindunganmu Ya Allah.


1 Musa (as) dan Pertemuan Dua Laut.
:

Dalam Kitab " Bersama Abdus Soleh", Imam Ahmad Al Hassan berkata:


[........ Hakikatnya adalah, perkara itu telah diputuskan dalam Al-Quran tentang kesolehan Abdus Soleh. Ini adalah pengakuan jelas dari Al-Quran bahawa Abdus Soleh menguasai Musa (as) dan dia adalah hujjah atas Musa:

﴿سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ صَابِراً وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْراً﴾
{"Insya Allah engkau akan dapati aku adalah orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun ".} [Al-Kahf 18:69]

Adakah anda perasan: "Aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun". Dan ini juga:

﴿قَدْ بَلَغْتَ مِن لَّدُنِّي عُذْراً﴾
{sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur padaku"} [Al-Kahf 18:76]

Adakah anda perasan permohonan maaf Musa (as) dalzm kata-kata itu? Musa (as) di sini menunjukkan dengan jelas bahawa dia seorang pelajar dan juga gagal dalam pembelajaran.

Perhatikan juga bagaimana Abdus Soleh berkata demikian kepada Musa (as):

﴿قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِي فَلَا تَسْأَلْنِي عَن شَيْءٍ حَتَّىٰ أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْرًا﴾
{Dia [Abdus Soleh] berkata, "Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apapun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu."} [Al-Kahf 18:70]

Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata 43

Jangan lupa bahawa mereka adalah para hujaj (Hujjah-Hujjah) Allah SWT dan Musa adalah dari Rasul-rasul Uulil-3azim (as) dan mereka hanya lima orang, dan Abdus Soleh telah berbicara dengannya seolah-olah dia telah bercakap dengan seorang kanak-kanak yang mahu belajar: {“Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apapun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu."} Saya tidak tahu, adakah anda membacanya? Adakah anda perasan mengenainya sebelum ini?

Lalu aku berkata: Segala puji bagi Allah. Dari mana, adakah kami tahu sesuatu! Maha Suci Allah atas rahmat-Nya.

Jadi dia (as) berkata:

(Sekarang, bacalah dan jayakan seperti itu, dan anda akan mendapat banyak di dalamnya, saya hanya akan menjelaskan kepada anda sebab pertemuan Musa (as) secara menyeluruh.:

Musa menyangka bahawa dia mengenal hakikat dan memerangi keakuan (Al-Ana), terutamanya bagi sesiapa yang tidak melihat bahawa dirinya tidak lebih baik daripada seekor anjing kurap. Dan anda juga tahu permintaan Musa (as) iangin menjadi Qa'im Aali Muhammad, saya menganggap anda telah membaca riwayat-riwayat ini. Pertemuan beliau adalah di atas kedua-dua sebab ini.

Jika anda membaca permulaan pergerakan (perjalanan) Musa (as) anda akan dapati bahawa dia mencari pertemuan dua laut, Dan menggambarkan keadaannya bahawa dia tidak peduli jika dia menghabiskan umurnya dalam mencari pertemuan dua laut, {menghabiskan umur} Adakah anda menyedari keinginan Nabi Musa (as) [untuk sampai ke pertemuan dua laut] dan bagaimana dia mengambil berat tentangnya, dan dia berpendapat bahawa menghabiskan umur untuk mencari pertemuan dua laut .......[1]


2. Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku.

Dalam sumber di atas juga disebutkan:

[....... Maka saya bertanya: Adakah boleh bagi kita mengatakan bahawa Al-Qa'im adalah pertemuan lautan para Imam dan lautan Mahdi-mahdi, dan bahawa adakah apa yang dicari oleh Musa?

------------------------
1. Kitab "Bersama Abdus Soleh", - oleh Imam Ahmad Al Hassan (as) J 1 hal 63:


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata 44



Jadi Imam Ahmad Al Hassan (as) berkata: (Tidak, Ali dan Fatimah (as), adalah Al-Qa'im hasil pertemuan mereka berdua, hasil yang didatangkan penciptaan kerananya, dan ia adalah makrifah "27" huruf dari tauhid dan makrifah, pertemuan dua laut)

Kemudian Abdus Soleh (as) terus menjelaskan bahagian dalam perjalanan Musa kepadanya, maka dia (as) berkata:

(Musa berjanji untuk bersabar, namun beliau mendapati dirinya keluar dari satu kegagalan dan masuk pula ke dalam kegagalan yang lain.

﴿قَالَ لَا تُؤَاخِذْنِي بِمَا نَسِيتُ وَلَا تُرْهِقْنِي مِنْ أَمْرِي عُسْراً﴾

{Musa berkata: "Janganlah kamu menghukumku karena kelupaanku dan janganlah kamu membebaniku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku".} [Al-Kahf 18:73]

Itu adalah kali pertama.

Bagi kali kedua, melihat bagaimana Musa (as) gagal lagi

﴿قَالَ إِن سَأَلْتُكَ عَن شَيْءٍ بَعْدَهَا فَلَا تُصَاحِبْنِي قَدْ بَلَغْتَ مِن لَّدُنِّي عُذْراً﴾

{Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah ini, maka janganlah kamu memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur padaku."} [Al-Kahf 18:76]

Bagi kali ketiga, mungkin anda melihat bahawa Musa (as) memilih untuk berdiam diri, atau berdiam diri yang telah dipilih oleh Musa (as), Nabi Musa terus mendengar sahaja dan beliau tidak bercakap selepas itu. Musa (as) telah belajar dan matlamat kedatangannya telah dicapai.

Abdus Soleh telah berkata kepada Musa melalui perbuatan-perbuatan mudah ini segala-galanya. Beliau memberitahu kepadanya: bahawa perjuangan melawan keakuan (Al-Ana) martabat yang tidak berakhir, dan nikmat-nikmat Allah tidak terkira (tak terhingga), dan maqam-maqam yang boleh dicapai manusia tidak dapat dihitung.

Jadi Abdus Soleh secara beransur-ansur membawa Musa (as) melalui Martabat Tauhid. Yang pertama ialah "Ana - Aku", yang kedua "Nahnu - kami", dan yang ketiga adalah "Huwa - Dia".

Dan walaupun ia adalah dengan perintah Allah, Tetapi masing-masing adalah dirujuk menunjukkan pada kufur pada martabat tertentu (Aku dan bukan Dia), dan Syirik pada martabat tertentu (Aku dan Dia), dan Tauhid (Dia sahaja).

﴿..... أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدتُّ ..... وَأَمَّا الْغُلَامُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَا أَن يُرْهِقَهُمَا طُغْيَاناً وَكُفْراً * فَأَرَدْنَا ..... وَأَمَّا الْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَامَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِي الْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُ كَنزٌ لَّهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحاً فَأَرَادَ رَبُّكَ ..... وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي .....﴾

{"Adapun perahu itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan .... Dan adapun anak muda itu, maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahawa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran * Maka kami bertujuan ..... Adapun dinding rumah adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang soleh, maka Tuhanmu menghendaki ..... dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri....} [Al-Kahf 18:79-82]

Lalu aku berkata: Adakah tidak berguna terus menerus. Dan Abdus Soleh telah berkata kepada Musa (as):
{"Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersama aku.”}.
Sekarang, apabila pintu terbuka kepada Allah tanpa akhir (penghujung), dan orang selain Musa (as)


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata 45


mahu menjadi dari kalangan Ahlul Bayt Abdus Soleh, iaitu, sebahagian dari mereka Ahlul Bayt, bagaimana mencapainya, pada hal Musa (as) tidak akan dapat bersabar bersamanya, maka bagaimana selain daripadanya?

Jadi dia (as) berkata:

(Adakah kamu maksudkan, adakah mampu orang selain Musa (as) akan sabar? Adakah anda tahu pada apa sabar itu? Saya telah menjelaskan kepada anda sebelum ini, walaupun saya tidak menetapkan bahawa kesabaran itu adalah penetapan mengenai perkara ini, adakah anda boleh beritahu saya pada apakah sabar itu?)

Lalu aku berkata: Saya tidak tahu. Dan saya berasa malu untuk mengatakan apa yang datang dalam fikiran saya.

Jadi dia (as) berkata: (Katakanlah).

Lalu aku berkata: Apakah yang tidak mampu dilaksanakan Yunus (as) - dan Allah lebih mengetahui - pertamanya - saya memohon maaf.

Lalu dia (as) berkata:

(Lihat, ketika Nabi Musa (as) datang untuk bertemu Abdus Soleh, dia datang kerana dia menyangka bahawa dia telah melawan dirinya dan membunuh Aku (Al-Ana) yang wujud dalam dirinya. Sekarang ujian itu mengenai perkara itu pula. Iaitu, Abdus Soleh telah berkata kepada Musa (as) "Kamu akan menemaniku, sedangkan kamu tahu bahawa aku adalah hujjah kepada kamu, dan Allah memerintahkan kamu untuk taat kepada ku, tetapi kamu tidak akan menjadi seperti yang Allah perintahkan kepadamu dan kamu tidak akan menjadi seperti mana yang kamu janjikan, sebaliknya, kamu akan menzahirkan Keakuan (Al-Ana) dari dalam hatimu dan kamu akan membantah ku walaupun aku hujjah kepada kamu, dan walaupun kamu berjanji untuk bersabar." Maknanya dia memberitahu kepada Musa: "Sekarang aku akan menguji kamu dan mendedahkan Keakuan (Al-Ana) yang ada pada kamu, tetapi kata-katanya dalam bentuk ini.
إنك لن تستطيع معي صبراً
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat bersabar bersamaku" Adakah anda tahu sekarang?)

Lalu aku berkata: Ya

Kemudian dia (as) berkata:

(Sekarang saya akan menjawab soalan anda: Ketahuilah bahawa memerangi Keakuan (Al-Ana) adalah martabat bagi sesiapa yang memerangi dirinya dalam martabat tertentu, yang pasti akan gagal jika dia diuji dalam martabat seseorang lebih tinggi daripadanya. Kerana sesiapa yang boleh terbang pada ketinggian 1000 meter, jika dia menguji sesiapa yang boleh terbang pada ketinggian 100 meter akan menggagalkannya. Dan juga orang yang boleh terbang pada ketinggian 200 meter akan gagal juga,


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata 46


dan begitulah seterusnya. Maka setiap daripada mereka selainnya akan gagal padanya jika dia mahu menguji mereka. Inilah jawapannya).............[1]


3. (Musa (as) tahu maqamnya dan keadaannya agar tidak binasa.

Untuk menyelesaikan dialog dalam sumber di atas, Imam Ahmad Al Hasan (as) berkata:

[......... Sekarang saya akan menjawab soalan anda: Ketahuilah bahawa memerangi Keakuan (Al-Ana) adalah martabat bagi sesiapa yang memerangi dirinya dalam martabat tertentu, yang pasti akan gagal jika dia diuji dalam martabat seseorang lebih tinggi daripadanya. Kerana sesiapa yang boleh terbang pada ketinggian 1000 meter, jika dia menguji sesiapa yang boleh terbang pada ketinggian 100 meter akan menggagalkannya. Dan juga orang yang boleh terbang pada ketinggian 200 meter akan gagal juga,
dan begitulah seterusnya. Maka setiap daripada mereka selainnya akan gagal padanya jika dia mahu menguji mereka. Inilah jawapannya].

Lalu aku berkata: Maksud "dari kami" yang dikatakan Rasulullah (S) kepada Salman, berapa banyak yang Salman hancurkan Keakuan (Al-Ana) beliau. Atau keadaan Musa (as) selepas ujian, adakah dia lebih dekat dengan Abdus Soleh (as) dengan menghancurkan Keakuan (Al-Ana) dalam bentuk yang lebih besar?

Jadi dia (as) berkata:

(Musa (as) tahu maqamnya dan keadaannya agar tidak binasa. Dan Salman (as), tidak kira berapa banyak dia memerangi Keakuan (Al-Ana), ini tidak bermakna bahawa ia dekat kepada mereka (as))

.....................

Jadi dia (as) berkata:

(Mereka melihat bahawa kehidupan mereka di hadapan Allah SWT adalah satu dosa dan kelemahan. Saya pendekkan kata-kata saya dan saya memohon maaf kerana tidak dapat menyatakan lebih daripada itu. Tetapi mereka ketika mereka berdiri sahaja di hadapan Tuhan mereka, air mata mereka bercucuran dengan kepedihan dan kesedihan, kerana mereka adalah orang-orang yang wujud di hadapan Allah SWT.............] [2]

------------------------
1. Kitab "Bersama Abdus Soleh", - oleh Imam Ahmad Al Hassan (as) J 1 hal 65:
2. Kitab "Bersama Abdus Soleh", - oleh Imam Ahmad Al Hassan (as) J 1 hal 66:


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata 47


4. (Anak Muda, sebagai "Jiwa Suci (Nafs Zakiyah)) menurut zahirnya:

Dalam kisahnya, Imam Ahmad Al- Hassan (as) berkata:


2. Kisah Anak Muda:

Dia adalah seorang budak yang ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman yang baik dan ikhlas kepada Allah SWT, dan mereka begitu banyak merayu dan berdoa kepada Allah supaya mengurniakan mereka keturunan yang baik dan berkelakuan baik kepada mereka, dan supaya Dia akan melindungi mereka daripada penganiayaan oleh anak-anak. Budak lelaki ini sangat baik penampilannya. Dia adalah seorang anak kepada dua orang yang beriman oleh kerana penampilannya jelas mengikuti mereka dari sudut kesucian nyata atau kesucian jiwa. Itulah sebabnya Nabi Musa (as) menyifatkan beliau sebagai "Jiwa Suci (Nafs Zakiyah)," iaitu menurut zahirnya kerana dia adalah anak kepada dua orang yang beriman, dan pada masa itu, tiada sifar kekafiran atau kejahatan yang ditunjukkan. Tetapi Allah SWT mengetahui apa yang ada di dalam jiwa kanak-kanak ini dari "Al-Ana" dan keangkuhannya terhadap perintah Allah dan HujjahNya (as).

Jadi jiwa yang jahat ini adalah dari musuh-musuh para nabi dan rasul, dan itulah sebabnya Allah SWT menghantar orang yang berilmu (as) untuk memenuhi harapan kedua-dua orang yang beriman agar dikurniakan keturunan yang baik, beriman, dan soleh. Tidak ada cara untuk memisahkan mereka [ibu bapa dan kanak-kanak itu] kecuali dengan membunuh budak itu, jadi orang yang berilmu itu membunuhnya dengan izin Allah SWT sebagai tindak balas kepada doa ibu bapanya. Dalam syariat dahulu, bapa boleh membunuh anaknya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, seperti kisah Nabi Ibrahim (as), yang merupakan seorang nabi, dengan anaknya di mana dia mahu menyembelihnya, dan kisah Abdul Muttalib (as), adalah seorang washi, dengan anaknya di mana beliau mahu membunuhnya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, bukanlah untuk menjauhiNya. Apabila Islam datang, ia membatalkan peraturan ini, dan bapa tidak lagi boleh persembahkan anaknya untuk disembelih dihadapan Allah. Tetapi jika ayah ini membunuh anaknya, beliau tidak mendapat hukuman mati. Dan ini adalah peraturan yang dikenali oleh umat Islam, sebagai pembunuh ia akan dibunuh melainkan jika pembunuh adalah bapanya.......[1]

---------------------
1. Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 3  - Soalan No. 72, Perjalanan Nabi Musa (as) Ke Pertemuan Dua Laut Oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as) hal 63


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata 48


5. Musa (as) Dan Martabat Tauhid (Aku, Kami, Dia):

Dari Imam Ahmad Al-Hassan (as) dalam Kitab Perjalanan Nabi Musa (as) Ke Pertemuan Dua Laut menyatakan:

[Apa Abdus Soleh (as) Mahu Ajarkan Nabi Musa (as)?

Dan Apa Yang Musa (as) Belajar Dari Abdus Soleh?

Selepas dia menemuinya, Abdus Soleh menunjukkan Musa (as) "Aku" (Al-Ana) yang ada dalam diri Musa, kerana Abdus Soleh adalah Utusan Allah kepada Nabi Musa (as) supaya Musa sepatutnya tidak membantah, kerana bantahan dalam keadaan seperti itu merupakan satu bantahan kepada Allah SWT. Inilah sebabnya mengapa Abdus Soleh menjelaskan kepada Musa (as) pada akhirnya. Bahawa engkau membantah Allah dan bahawa beliau menghadapi Allah dengan bantahan ini, ("Aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri.") Jadi ia telah menjelaskan kepada engkau sekarang apa yang ada dalam dirimu dari " Al-Ana "?

Ini bermakna bahawa Abdus Soleh mengatakan ini bukan Aku, kerana aku hanyal batu uji padamu, di mana Allah mengujimu dan bantahan engkau adalah kepada yang menguji engkau. Inilah sebabnya mengapa anda melihat Musa (as) terhenti setiap kali dia gagal dalam ujian itu, kerana dia asalnya tahu sebab mengapa dia datang dan dia berjanji akan bersabar dan berjaya tetapi masih mendapati dirinya gagal pada satu masa yang lain.
(Nabi Musa berkata: "Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa; dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku "), dan ini adalah apa yang dia kata untuk kali pertama ini, kerana buat kali kedua, Nabi Musa (as) adalah lebih teruk dan pengakuannya kecuaian [itu] adalah jelas, Nabi Musa berkata: "Jika Aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah Engkau jadikan daku sahabatmu lagi; Sesungguhnya Engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku".

dan kali ketiga Musa disenyapkan. Jadi dia tidak bercakap, sebaliknya dia kekal hanya mendengar. Oleh itu Musa telah mendapat manfaat dan belajar, dan rujuan pertemuannya dengan Abdus Soleh telah dicapai, (Dan apabila Musa berkata kepada pemuda itu, "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau saya menghabiskan bertahun-tahun dalam pencarian itu.").

Dan Abdus Soleh mahu memberitahu Musa bahawa melawan "Al-Ana" (keakuan) adalah martabat yang tidak berkesudahan, seperti nikmat Allah yang tidak habis-habis, dan hanya sebagai maqam (kedudukan) yang manusia boleh capai begitu banyak. Juga pada akhirnya, Abdus Soleh telah menasihatkan Musa dengan lancar supaya dia beransur-ansur mengambilnya melalui martabat Tauhid.  Yang pertama ialah aku -          Ana, kedua ialah kami - nahnu, dan yang ketiga adalah Dia - Huwa.


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata 49


Dan walaupun ia adalah dengan perintah Allah, ia menunjukkan turutan menolak iman ke tahap yang tertentu (Aku dan bukan Dia), dan syirik ke tahap yang tertentu (Aku dan Dia), dan tauhid (hanya Dia). [1]


6. Musa (as) Seorang Nabi Dari Rasul-Rasul Uli Al-3azim, dan Ujian Ilahi?

Dalam sumber di atas juga Imam Ahmad Al-Hassan (as) telah berkata::

[Musa (as) seorang nabi dari rasul-rasul Ulil-3azim, Tetapi dia masih gagal??!!

Musa (as) datang untuk menemui Abdus Soleh kerana dia menyangka dia telah berjuang dengan dirinya dan membunuh “Al-Ana” dalam dirinya. Oleh itu, ia telah diminta supaya bersabar dan melawan dirinya semasa mengiringi Abdus Soleh, dan Abdus Soleh tidak memberitahu, "jika hanya kamu telah melakukan ini atau tidak melakukan itu." Apabila beliau menghadapi orang yang lebih tinggi maqam (kedudukan) daripadanya mengatakan kata-kata ini, dia dengan terang dan jelas menunjukkan “Al-Ana” dalam dirinya berlawanan dengan yang diperintahkan untuk dia mengikutinya dan kepada orang yang dia diarah mesti mematuhinya.

Pada hakikatnya, perkara itu kembali kepada Musa (as) menghadap Allah SWT, kerana setiap kali dia berkata “Ana” dalam membantah Abdus Soleh, sebenarnya dia telah berkata, “Ana - aku” membantah Allah SWT. Dan ini adalah ujian dalam bertauhid, yang ramai orang-orang yang menuju jalan Allah SWT telah gagal, yang bererti bahawa mereka mungkin memandang rendah dengan mengatakan, " Ana - aku" dalam membantah khalifah Allah atau apabila mereka membantah kata-kata dengan pendapat mereka dalam membantah kepada arahan khalifah-khalifah Allah, sedangkan ia adalah “Ana - aku” dalam membantah Allah SWT dalam hakikat dan kenyataannya, dan kerana mereka telah datang untuk diuji dalam hal ini, mereka gagal tanpa memberi perhatian kepada kegagalan mereka.

Nabi Musa (as) gagal di sisi Abdus Soleh, tetapi dia bukan satu kegagalan ujian Ilahi, sebaliknya, beliau telah mencapai kejayaan besar tetapi pada masa yang sama ia adalah terhad, jadi apabila dia diuji dengan apa yang melampauinya, dia gagal.

Abdus Soleh pernah berkata kepada Nabi Musa (as), "Kamu akan menemani ku sementara kamu tahu bahawa aku hujjah kepada kamu dan Allah memerintahkan kamu supaya taat kepada ku, tetapi kamu tidak akan menjadi seperti apa yang Allah perintahkan kamu dan kamu tidak akan menjadi seperti yang kamu ikrarkan, bahkan “Al-Ana” akan muncul dari


---------------------
1. Perjalanan Nabi Musa (as) Ke Pertemuan Dua Laut Oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as) hal 40


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata 50


dalam diri kamu dan kamu akan membantah kepada ku walaupun aku hujjah kepada kamu dan walaupun kamu berikrar untuk bersabar, "tetapi beliau berkata dalam bentuk ini: . ("Sesungguhnya kamu tidak akan dapat bersabar denganku.") Sejak melawan martabat "Al-Ana", maka jika seseorang yang dirinya berjuang pada martabat tertentu, beliau pasti akan gagal jika dia diuji pada martabat yang lebih tinggi dengan seseorang yang lebih tinggi daripadanya.


✡✡✡✡✡

---------------------
1. Perjalanan Nabi Musa (as) Ke Pertemuan Dua Laut Oleh Imam Ahmad Al-Hassan (as) hal 48


✡✡✡✡✡
                                                  
Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas
         


Tiada ulasan: