Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 36
Ketiga / Al-Ana dan Para Nabi:
Pengenalan:
Salam ke atas nabi-nabi Allah, yang mengharapkan
redha Allah SWT. Yang berusaha dalam menyebarkan Tauhid Haqiqi, Mereka adalah
hamba-hamba Allah, yang beribadah keoada Allah dengan kasih sayang, penuh
kerinduan, syukur dan puji-pujian, seperti yang dikatakan oleh Imam Ahmad Al-Hassan
(as) di dalam Kitab (Idhaat Min Da3watu Mursalin) - Pencerahan Dakwah Para
Rasul (as) yang menyatakan:
[Tidakkah mereka mengatakan seekor burung di tangan lebih baik daripada
sepuluh ekor di atas pokok, tetapi mereka tidak melihat apa-apa pada pokok itu,
mereka dalam ketidakpastian mereka teragak-agak, Adakah burung di tangan
mereka, atau adakah ia satu khayalan dan penipuan bahawa syaitan telah menipu
mereka? Tidakkah mereka berhadapan Muhammad (S) dengan kata-kata ini: gila, dirasuk
jin, ahli sihir, dukun, pembohong, jahil, dam senaginya. Bagaimana kamu boleh menduga-duga ke
atas kebenaran para rasul?
1. Bolehkah orang-orang gila memperkatakan
tentang kebijaksanaan!!
2. Bolehkah orang yang dirasuk jin yang keluar
dari syaitan-syaitan manusia dengan kata-kata Allah dan dibantu oleh Jin yang kafir
dan syaitan-syaitan!
3. Adakah seorang dukun melaksanakan sholat
pada waktunya dan beribadah!!
4. Adakah orang yang berdusta dikenal
sebagai orang yang jujur dan amanah!!
5. Adakah orang yang jahil menentang ulama
dan mereka mendapat ilmu dari luar yang tidak menemui jawapan kecuali -
pemikiran yang salah dan jahil dan pendapat-pendapat!!
Saya fikir bahawa percanggahan-percanggahan
ini cukup untuk mengtahui bahawa kebenaran di puhak Al-Rasul yang tertuduh, sedangkan
jin adalah makhluk-makhluk yang lemah yang serba kurang walaupun kekurangan
mereka di hadapan kejahatan anak-anak Adam, yang melambangkan sebagai ulama sesat
yang menentang para nabi, mereka adalah makhluk yang menakutkan dan mempunyai
kebolehan yang hebat, Mereka tahu bahawa syaitan-syaitan mereka tidak menentang
sebarang tanda (ayat) dari ayat-ayat Allah
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 37
atau dari ganbaran-firman Allah Yang Maha Suci:
﴿وَمَا تَنَزَّلَتْ بِهِ الشَّيَاطِينُ * وَمَا يَنبَغِي
لَهُمْ وَمَا يَسْتَطِيعُونَ * إِنَّهُمْ عَنِ
السَّمْعِ لَمَعْزُولُونَ﴾
Dan Al Quran itu
bukanlah dibawa turun oleh syaitan-syaitan. Dan tidaklah patut mereka membawa
turun Al Quran itu, dan merekapun tidak akan kuasa. *Sesungguhnya mereka
benar-benar dijauhkan daripada mendengar Al Quran itu. – Al-Syu3ara 26:210-212 [1]
Imam Ahmad Al-Hasan (as) berkata:
[Beramallah, berkerjalah dan berkerjalah,
ia adalah perlumbaan ke Syurga, maka tidak ada kebaikan bagi mereka yang
berilmu tetapi tidak bekerja (beramal) [2]
1. Ibadah Yahya (as) dan ibadah orang-orang
yang merdeka (Al-Harar):
Soalan: Ibadah Yahya (as) yang takutkan api
neraka seperti yang dinyatakan dalam riwayat dari mereka imam-imam (as). Bagaimana
yang sepatutnya bagi ibadah orang-orang yang merdeka (Al-Harar)?
Jawapan Imam Ahmad Al-Hasan (as):
[Ibadah orang-orang yang merdeka tidak
bermakna bahawa mereka tidak takut api neraka Allah dan kemurkaan Allah, dan
tidak mengharapkan syurga Allah dan ganjaran Allah. Mana boleh orang-orang yang
menyembah Allah, mengasihiNya, rindu dan syukur atau puji-imemujiNya tidak
takut Allah,SWT. Ia adalah hamba dan hakikat perhambaannya bercampur kegelapan
dan ketiadaan, Ia adalah Al-Ana yang tidak terpisah dengannya, dan ia adalah kesalahannya
yang wujud padanya, dosa yang terdahulu dan yang terkemudian, bagaimana mereka
tidak takut Allah sedangkan mereka berdosa dan serba kurang?
﴿وَلَوْلَا
فَضْلُ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَىٰ مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا
وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ يُزَكِّي مَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ
سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴾
Sekiranya tidaklah
karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak
seorangpun dari kamu bersih selama-lamanya. [Al-Nur 24:21]
Jika hamba ini tidak bersalah dan berdosa
dan seorang hamba yang ma'sum sebenarnya tidak mampu untuk mengurangkan takut
dan gementar kepada Allah, maka bagaimana orang-orang yang bersalah boleh mengharapkan
syurga? ......[3]
--------------------------
1 - Idha'at Min Da3awatu
Al-Mursalin -
Pencerahan
Dakwah Para Rasul (as) Juzuk 2 - oleh
Imam Ahmad Al-Hasan (as)
2 - Khutbah Imam Ahmad Al-Hasan (as), yang
dikenali sebagai Khutbah Haji.
3 - Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad
Al-Hasan (as) Jilid 3 - Soalan No. 97
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 38
2. Ibrahim (as) membawa keturunan mereka!!
Soalan: Apakah maksud kata-kata Ibrahim
(as)
﴿وَمِنْ
ذُرِّيَّتِي﴾
Pada Firman Allah SWT:
﴿وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ
بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَاماً قَالَ
وَمِنْ ذُرِّيَّتِي قَالَ لا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ﴾
Dan (ingatlah),
ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu Ibrahim
menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam
bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan juga) dari
keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang
yang zalim? [1]
Adakah benar apa yang diucapkannya Ibrahim
(as) itu kerana ia membawa atas kepentingan zuriatnya, sebagaimana sebahagian
ulamak telah mengatakannya?
Jawapan Imam Ahmad Al-Hasan (as):
[......... Adapun sebahagian daripada
mereka mengatakan bahawa Ibrahim (as) telah membawa atas kepentingan
keturunannya, jika mereka maksudkan bahawa ia (as) berkehendakkan mereka
sebagai Imamah (as), maka ini tidak betul; kerana Ibrahim (as) tidak cenderung
dengan dunia mahupun akhirat, tetapi ia mengharapkan keredhaan Allah SWT. Dan
doa para nabi dan Ibrahim (as) untuk anak-anak mereka adalah kerana keikhlasan (kesalihan)
mereka selepas menerima ilmu Nabi-nabi (as) untuk kesalihan mereka, dan sebelum
Ibrahim (as) Nuh (as) telah mengutuk anaknya selepas dilaknat oleh Allah Yang
Maha Suci, dan selepas ilmunya tersesat dari jalan yang lurus dan menjadi ahli
neraka.
Oleh itu tidaklah Ibrahim (as), atau para
nabi membawa atas kepentingan keturunan mereka kerana mereka itu adalah
anak-anak mereka, jika mereka berbuat demikian tentulah mereka akan ke darjat
yang besar dari kasihkan keakuan (Al-Ana) dan menyimpang daripada jalan yang
lurus, (mereka jauh dari perkara itu) mereka orang terbaik Allah dari
penciptaanNya. Sesungguhnya Ibrahim dan Nabi-nabi (as) membawa atas kepentingan
orang-orang yang soleh dari keturunan mereka; kerana mereka mengetahui dengan
kesolehan mereka, dan mereka mengetahui bahawa anak-anak mereka yang soleh itu
akan menjadi pengganti kepada seruan Allah SWT, dan menanggung penderitaan,
kesusahan dan bahaya dari manusia demi menyebarkan jalan Tauhid dan Kalimah
Allah SWT di muka bumiNya.[2]
--------------------------------------
1- Al-Baqarah 2:124
2- Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad
Al-Hasan (as) Jilid 4 - Soalan No. 128
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 39
3. Ibrahim berkata: Inilah Tuhanku:
Soalan: Adakah sesuai untuk nabi yang Uli
Al-Azem seperti Ibrahim (as), mengatakan bahawa bintang planet, atau
bulan, atau matahari adalah Tuhannya?
Jawapan Imam Ahmad Al-Hasan (as):
[Ini adalah khayalan dari orang-orang yang
bersangka-sangka bahawa kata-kata ini berasal dari Ibrahim (as) dalam alam
Syahadah, iaitu kehidupan dunia ini, walaupun Ibrahim (as) mungkin
mengulanginya dalam kehidupan dunia ini, supaya mencela kaumnya yang menyembah
bintang-bintang planet, atau roh-roh yang bergerak di planet-planet ini.
[........ Oleh itu, apabila diperlihatkan
kepada Nabi Ibrahim (as) Kerajaan Langit-langit (Al-Malakut Al-Samaawaat), dan
dia melihat cahaya Al-Qaim (as) dia berkata, "Inilah tuhan ku."
Dan apabila dia melihat cahaya Ali (as) beliau berkata, "Inilah
tuhan ku." Dan apabila dia melihat cahaya Muhammad (S) dia
berkata, "Inilah tuhan ku." Ibrahim (as) tidak dapat
mengenali bahawa mereka adalah hamba-hamba, sehinggalah selepas diperlihatkan
hakikat mereka kepadanya, dan telah dijelaskan kepadanya mereka menghilang
(lebur) dan pergi kepada tiada dari Zat Ketuhanan, dan mereka kembali kepada
"Al-Ana" ketika itu. Barulah beliau (as) mengarahkan dirinya kepada
Yang menciptakan langit-langit, dan dia tahu bahawa mereka (as) adalah "makhluk-makhluk
Allah dan penciptaan selepas mereka," seperti yang dinyatakan dalam
riwayat dari Ahlul Bayt (as).....[1]
4. Kemunculan (Thala3a) Isa (as) martabatnya
adalah lebih rendah dari Penampilan (Dzuhur).
Ini adalah petikan daripada Lampiran 4,
dalam sumber nota kaki di bawah:
Muhammad (S) Penampilan (Dzuhur) Allah Di
Faran
Dalam Doa Al-Simat diriwayatkan daripada
Imam (as),
......)
وأسألك اللهم ..... وبمجدك الذي
ظهر على طور سيناء، فكلمت به عبدك ورسولك موسى بن عمران )عليه
السلام(، وبطلعتك في ساعير، وظهورك في فاران (...
... Dan Aku bermohon kepadaMu Ya Allah!... demi kemuliaan Mu yang tampil (Dzuhur)
di Gunung Sinai, maka Engkau bercakap pada hambaMu dan rasulMu Musa bin Imran
(as), dan dengan Kemunculan (Thala3a) Mu di Gunung Sa’eir, dan Penampilan (Dzuhur)
Mu di Gunung Faran ...
--------------------------------------
1- Kitab
Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 1 - Soalan No. 7
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 39
Kemunculan (Thala3a) Allah di Gunung Sa3ir adalah melalui Isa (as), dan penampilan (dzuhur) Allah di Gunung
Faran adalah melalui Muhammad (S).
Adalah penting untuk melihat bahawa ungkapan daripada doa yang disenaraikan dalam susunan menaik, dari seorang nabi yang bercakap kepada Allah, Musa (as), kepada nabi Isa (as) yang mewakili kemunculan (thala3a) Allah, kepada nabi Muhammad (S) yang mewakili penampilan (dzuhur) Allah.
Dan perbezaan antara penampilan (dzuhur) dan kemunculan (thala3a) adalah bahawa kemunculan (thala3a) dan penampilan (dzuhur) yang juz’ei (sebahagian) iaitu kemunculan (thala3a) adalah satu tajalli (pernyataan) yang lebih rendah kedudukan daripada penampilan (dzuhur), jadi kedua-dua Isa (as) dan Muhammad (S) telah mewakili Allah SWT dalam penciptaan, bagaimanapun, darjat kedudukan Isa (as) lebih rendah daripada Muhammad (S), dan pengutusan Isa (as) adalah penting untuk membuka jalan bagi kezuhuran dan kerasulan Muhammad (S) yang mewakili Allah di dalam penciptaan. Maka Muhammad (S) pengganti (khalifah) Allah yang sebenar. Dan jika kita kembali kepada asal-usul dan permulaan penciptaan, kita akan mendapati Allah SWT bercakap kepada malaikat dengan:
إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً
("Aku akan jadikan
di muka bumi seorang khalifah.") – [Surah Al-Baqarah 2.30]
Jadi, walaupun Adam adalah khalifah Allah, sama seperti yang lain daripada nabi-nabi dan washi-washi (as), tetapi matlamat yang hendak dicapai adalah khalifah Allah yang sebenar, bermakna peribadi khalifah Allah SWT yang sempurna, dengan itu ia mencerminkan Ketuhanan dalam cerminan kewujudanNya dengan cara yang lebih lengkap dan lebih sempurna daripada semua nabi dan washi-washi (as). Maka matlamat yang hendak dicapai adalah untuk menjadi orang yang berayun antara Al-Ana dan kemanusiaan dengan ketuhanan (Al-Lahut) dan Zat Ilahiyah.....] [1]
✡✡✡✡✡
-----------------------------------------
1- Perjalanan Nabi Musa (as) Ke Pertemuan
Dua Laut - oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) Jilid 1 Lampiran 4: hal 75
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan