Kelapan / Al-Ana dan Iblis:
Pengenalan:
﴿قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ
أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ
أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ﴾
"Allah
berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di
waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya:
Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". [2]
Maka Iblis telah malampau batas dan takbur
kepada Allah, dia mahu menyembah Allah Yang Maha Suci mengikut kemahuannya,
bukan mengikut kemahuan Allah SWT.
Dia berpendapat bahawa dia makhluk dari
api, Adam (as) dari tanah, bagaimana aku akan sujud kepadanya?
--------------------------
2. Al-A3raf 7:12
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 57
Dia menyangka dan dia dapati bahawa dia
adalah makhluk yang lebih baik datipada Adam, oleh itu jadilah Iblis dikalahkan
atas ketaatannya, dia telah menunggu sesuatu yang lebih daripada kedudukan
penglihatan dan perkiraannya sendiri. Iblis adalah merak malaikat, bahkan
malaikat-malaikat menyangka bahawa iblis itu adalah dari golongan mereka.
Bagaimana Menteri Pendidikan boleh menerima arahan dari murid-murid di sekolah
rendah (mengikut zahirnya) !!
Dan sesiapa yang mengibarkan panji
pendekatan Iblis (laknahu Allah), dia mesti menjadi anggota dari
tentera-tenteranya.
Jika seseorang mahu, menyebabkan kerosakan
rumah tertentu, cara yang mesti dilakukan untuk memusnahkannya adalah dengan
air. Maka orang yang mahu merosakkan rumah ini tidak mempunyai salur (paip)
semburan air,, Dan mendapati bahawa rumah ini dikunci pintu dan tingkapnya, tetapi
terdapat di rumah ini celahan (terbuka) di dinding. dia tidak dapat
melakukannya kecuali dengan memanjangkan salur (paip) ini (hos air) dan letakkan di celahan dinding
(terbuka) itu, dan menyemburkan air ke dalamnya, dan tujukan air itu ke tempat
yang hendak dirosakan.
Imam Ahmad Al Hassan (as) mengajar kita
bahawa:
[Terdapat titik hitam di dalam fitrah
kemanusiaan itu sendiri, yang mana ia adalah ketiadaan dan kegelapan. Titik
hitam ini adalah tempat letaknya belalai syaitan, yang meniupkan perasaan was-was
menerusinya kepada anak keturunan Adam [1].
1. Senjata Syaitan (laknahu Allah):
1. Senjata Syaitan (laknahu Allah):
Dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):
[........ 2. Diri:
Ia adalah asas wabak penyakit dan rumah
penyakit, oleh karena itu, jika tidaklah terdapat di dalamnya lubang
(celahan/kelemahan) yang sesuai keinginan hawa nafsu dunia ini, dan jika
tidaklah terdapat di dalamnya penyakit hati iaitu keakuan (Al-Ana), maka
Syaitan tidak akan mempunyai jalan atas manusia [untuk merayunya], oleh itu,
melalui kesihatannya anak Adam akan sihat, dan dengan penyakitnya dia sakit dan
melaluinya dia mati.
-------------------
1. Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad
Al-Hasan (as) Jilid 2 - Soalan No. 27,
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 58
Dan Syaitan (laknahu Allah), sama ada
menggunakan apa yang ada di dalamnya, iaitu keakuan (Al-Ana), untuk menusuknya,
maka senjata syaitan datang dari dirinya dan tikaman berlaku di dalamnya. Atau
Syaitan (laknahu Allah) akan menggunakan apa yang ada di dunia ini untuk
menusuk Diri di lubang (celahan- kelemahan)-nya.
Sekarang kita tahu senjata syaitan dan
susunannya dari apa yang digunakan pada diri dan persekitarannya. Dan dengannya
kita mengetahui pengertian Jihad diri adalah jihad Al-Akbar (besar). Oleh
kerana pertahanan (benteng) Diri dalam peperangan ini akan menolong mengalahkan
syaitan, dan menghancurkan senjatanya.
Bagi menerangkan dengan lebih terperinci
lagi mengenai senjata-senjata dari Kegelapan, Al-Jahil dan Syaitan, saya
akan serahkan saja kepada permata dari permata Aali Muhammad (as), yang
menerangkan tentera Jahil dan tentera Akal (Al-3aqal), untuk dikurniakan kepada
orang mukmin dengan tentera 3aqal selepas meninggalkan tentera Jahil sehingga
3aqalnya menjadi sempurna, dan dilindungi (dibentengi) oleh Allah dari senjata-senjata
syaitan.........] [1]
2. Iblis (laknahu Allah) dan
Perjuangannya Terhadap Peraturan Pertama:
Dalam sumber terdahulu, Imam Ahmad Al-Hasan
(as) berkata:
[Jihad Besar (Al-Akbar) Mendahului Jihad
Kecil:
Tujuan yang paling penting dalam berjihad
adalah mengeluarkan manusia dari memperhambakan diri kepada Bumi ini, dan
mengabdi kepada Aku (Al-Ana), [dan kembali] kepada memperhambakan diri kepada
Allah, yang Esa, yang Berkuasa (Menakluk), - Al-Wahud Al-Qahhar - dan mengiktiraf
Ketuanan (Hakimiyah)-Nya SWT, pada kedua-dua tahap, Perundangan (Syari’at) dan
pelaksanaan sekaligus, pada Khalifah Allah di bumi-Nya. Dan pertempuran Jihad
yang pertama mengambil tempat di dalam ruang lingkup undang-undang Ilahiyah ini
(Khalifah Allah di bumi-Nya), dan ia adalah undang-undang yang pertama, yang
melibatkan penerimaan ketaatan [Khalifah Allah] atau tidak daripadanya, Yang
Maha Kuasa berfirman:
﴿وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي
جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا
وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ
إِنِّي أَعْلَمُ مَا لا تَعْلَمُونَ﴾
{Ingatlah
ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat
kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih
dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui".}
[Al-Baqarah 2:30]
dan hasilnya;
﴿فَسَجَدَ الْمَلائِكَةُ كُلُّهُمْ
أَجْمَعُونَ * إِلَّا إِبْلِيسَ اسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ﴾
{Lalu
seluruh malaikat-malaikat itu bersujud semuanya, - kecuali iblis; dia
menyombongkan diri dan adalah dia termasuk mereka yang kafir. } [Surah Shaad
38:73- 74]
----------------------
1. Jihad
Pintu Syurga oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) hal 13
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 59
Para Malaikat menang dalam
peperangan ini, sementara rugilah Iblis (la3nahu Allah), dan Jihad ini
adalah dari jenis yang pertama, dan ia adalah Jihad Diri sebagaimana
Rasulullah menyebutnya sebagai "Jihad Al-Akbar". Dan ia mesti
dimulakan oleh para Mujahid (orang yang berjihad) dengan Jihad Al-Akbar
(besar) lebih dahulu dan kemudian bergerak kepada Jihad Al-Asghar
(kecil), bahkan Jihad kecil adalah salah satu bahagian yang penting dalam jihad
Al-Akbar. [1]
3. Mengibarkan Panji Syaitan (laknahu
Allah):
Dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):
[........Oleh itu, Jihad adalah untuk
meninggikan Kalimah Allah, dan bukan untuk kepentingan peribadi atau harta
rampasan perang, kepentingan tanah air atau untuk bangsa (perkauman). Karena
sesungguhnya, Agama Ilahi adalah mengatasi semua pertimbangan ini, dan
menyembah (mengabdi) Allah dan taat kepada-Nya yang menyatukan orang yang
beriman tanpa mengira gabungan hubungan kekeluargaan, kesukuan, tanah air, atau
negara yang semuanya disebabkan oleh hakikat bahawa seseorang itu Keakuan
(Al-Ana), dan kasihkan (mementingkan) diri sendiri.
Oleh itu, Jihad, sama ada Jihad Serangan
atau Jihad Pertahanan, mestilah demi meninggikan Kalimah Allah, bukan kerana
mempertahankan negara atau tanah air, kerana orang mukmin tidak mempunyai
sebarang kepentingan peribadi dalam Jihad ini, melainkan untuk meninggikan
kalimah Allah, dalam usaha untuk menerima pakai (membina) Peradaban Ilahi,
Budaya Ilahi, dan Kebebasan Ilahi, yang kesemuanya benar-benar bertentangan
dengan peradaban (tamadun), budaya dan kebebasan, yang mana adalah menjadi
slogan yang dibesar-besarkan di Dunia Kebendaan hari ini. Sedangkan, apa yang
dikibartkan hari ini adalah panji-panji syaitan yang tidak lain dari usaha
ketentaraan syaitan, dari kalangan Jin dan Manusia, dengan segala kemungkinan
untuk mereka bertahan di muka bumi ini, dan untuk meyakinkan penghuni bumi
dengan kuasa dan ketamakan Dua Gunung Dajjal (Gunung api dan Gunung makanan)
yang sangat sesuai kepada mereka. .......] [2]
4. Iblis (laknahu Allah) dan kesan dari
Al-Ana:
Soalan: Adakah iblis dari kalangan jin atau
malaikat?
Jawapan Imam Ahmad al-Hasan:
--------------------------
1. Jihad Pintu
Syurga oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) hal 15
2 - Jihad
Pintu Syurga oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) hal 15
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 60
Iblis (laknahu Allah) adalah dari kalangan
jin, namun hasil dari ibadahnya, darjat beliau ditinggikan sehingga beliau
menjadi sebahagian dari malaikat, sebagaimana Jin akan ditinggikan darjatnya
hasil dari ibadah dan ketaatan kepada Allah sehingga mereka menjadi malaikat. Namun
kemudiannya, Iblis (laknat Allah ke atasnya) mengingkari perintah Allah, kerana
sifat “Al-Ana”, maka beliau dihumbankan ke dasar neraka. Inilah sebabnya Al-Quran
kadangkala menyebut Iblis sebagai malaikat dan kemudian menyebutkan dia sebagai
Jin di tempat lain. Dan Amirul Mukminin (as) di dalam khutbah Al Qasha3ah menyebut
Iblis sebagai malaikat.
Oleh itu, kedua-duanya adalah benar di
peringkat perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dari segi di tahap mana
telah dicapai Iblis dan dari segi asal usul Iblis (laknhu Allah)] [1]
5. Kerja Iblis (laknhu Allah) yang
disediakan untuk setiap sudut dosa:
Dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):
[ ثُمَّ
يُحْكِمُ اللَّهُ آيَاتِهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
- dan Allah menguatkan ayat-ayat-Nya. Dan
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.} [Al-Hajj 22: 52]
Allah menjadikan ayat-ayat-Nya jelas dengan
melontar ketenangan. ketenteraman, kesopanan dan keyakinan ke dalam hati
orang-orang yang beriman. selepas dilemparkan ke dalam hati mereka ilmu yang
benar daripada-Nya SWT bukan apa yang dilemparkan Syaitan ke dalam hati
sebahagian daripada mereka, tetapi apa yang didakwahkan oleh Rasul. Dan
lontaran syaitan adalah bisikan ke dalam hati, atau oleh penglihatan yang
berniat jahat semasa sedar atau dalam tidur. Dan dia melemparkan kepada
penyokong-penyokongnya yang diri mereka dikuasainya supaya cintakan "Al-Ana",
pada penampilan. kepimpinan, jawatan tertinggi yang palsu dan mengikut
keinginan (hawa nafsu).
﴿هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَى مَنْ تَنَزَّلُ
الشَّيَاطِينُ * تَنَزَّلُ عَلَى كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ * يُلْقُونَ السَّمْعَ
وَأَكْثَرُهُمْ كَاذِبُونَ﴾
{Apakah
akan Aku beritakan kepadamu, kepada siapa syaitan-syaitan itu turun? * Mereka
turun kepada tiap-tiap pendusta lagi yang banyak dosa, * (mereka) melontarkan
pendengaran itu, dan kebanyakan mereka adalah pendusta-pendusta. } {Al-Syu'araa
26: 221-223 }.
6. Iblis (laknhu Allah) Selepas
Berpangkat Merak:
Dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):
--------------------
1.Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad
Al-Hasan (as) Jilid 1 - Soalan No. 16,
2. Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad
Al-Hasan (as) Jilid 2 - Soalan No. 42,
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 61
[........ Adapun nabi-nabi itu atau
orang-orang yang telah mencapai makam Nubuwah (kenabian) dalam suatu tempoh
masa iaitu mereka melihat berita (khabar) dari langit dengan izin Allah SWT
selepas mereka taat dan beribadah kepada-Nya SWT dan mereka diangkat dalam
Kerajaan-kerajaan Langit (Malakut Al-Samawaat) dalam suatu tempoh masa, mereka
juga diuji dengan nabi ini yang diutus kepada mereka dan kepada orang lain. Dan
ia sepatutnya menjadi lebih mudah bagi mereka kerana Allah SWT memperlihatkan
kepada mereka ke martabat yang tinggi, atas terutusnya sebagai rasul. Tetapi
mesti dikekalkan nisbah kecil kejahilan mereka terhadap ujian yang sebenar,
supaya iman mereka akan berada pada martabat tertentu, ia adalah beriman pada
yang ghaib,
ألم * ذَلِكَ الْكِتَابُ
لا رَيْبَ فِيهِ هُدىً لِلْمُتَّقِينَ * الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ
وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ﴾
{Alif
Lam Mim * Itulah Kitab yang tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi
orang yang bertakwa * yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat dan dari
apa yang Kami berikan kepada mereka diinfaqkan (dibelanjakan).} [Al-Baqarah
2:1-3]
Dan sudah tentu perbezaan mereka ini dari
manusia yang lain adalah hak (kebenaran) bagi mereka disebabkan perbezaan
mereka dalam ketaatan dan ibadah mereka sebelumnya. Tetapi sesiapa yang kufur
ingkar padanya kerana iri hati (hasad) dan Al-Ana akan jatuh ke dalam jurang
neraka (Al-Jahim), seperti yang berlaku kepada Bal3am bin Ba3ura’. Dia tahu
sebahagian dari Khabar langit dan belajar dari Allah SWT tentang risalah Musa
(as) namun dia masih kafir dengan risalah Musa (as) dan membuat alasan yang
tidak menentu untuk kejatuhannya yang telah memasukkannya ke dalam jurang
neraka. Dan tidak berguna kepadanya ketaatan dan ibadahnya sebelum ini. Sama
seperti tidak berguna kepada Iblis (laknahu Allah) sebelumnya, ketika dia
ingkar kepada Adam nabi yang diutus (as), dan dia menjadi salah satu daripada
ciptaan Allah yang paling hodoh selepas dia menjadi merak para malaikat. Ada
dalam riwayat bahawa Ibn Ba3ura’ mempunyai Nama Teragung (Al-Ism Al-A3dzam) dan
dapat melihat apa yang ada di bawah naungan 3arasy........] [1]
7. Syirik Nafsi (Diri): Ia Syirik Jenis
Tersembunyi iaitu Al-Ana:
Soalan: Apakah makna kata-kata Imam Hussein
(as) di dalam doa Arafah: Tuhanku keluarkanlah aku daripada kehinaan diriku dan
sucikanlah aku daripada perasaan syak dan kesyirikanku?
Jawapan: Imam Ahmad Al-Hasan (as)
Jawapan: Imam Ahmad Al-Hasan (as)
Syirik itu berbagai jenis, antaranya:
1. Syirik Zahir (yang nyata): ......
2. Syirik Khafi (tersembunyi): ......
--------------------
1- Kitab Penutup Kenabian
(Nabi Penutup) - oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) hal 10
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 62
3. Syirik Nafsi (diri): Ia adalah
jenis syirik yang paling tersembunyi iaitu Al-Ana yang manusia tidak
dapat lari daripadanya. Ia adalah kegelapan dan ketiadaan, di mana tanpanya
yang wujud hanyalah Allah SWT. Oleh itu, setiap hamba Allah adalah
mempersekutukan Allah berdasarkan makna ini. Imam Hussein (as) memaksudkan
syirik daripada makna ini dan perasaan syak yang mengiringinya. Imam Hussein
(as) menuntut pembukaan yang nyata (fathul Mubin) dan penghapusan ketiadaan dan
kegelapan daripada lembaran kewujudannya, di mana tanpanya yang wujud hanyalah
Allah Al-Wahid Al-Qahhar - Yang Maha Esa lagi Maha Pemaksa SWT.
Seterusnya, Imam Hussein (as) seolah-olah berkata: (Tuhanku, tiada seorang pun
yang layak wujud melainkan Engkau. Kewujudanku adalah satu dosa besar yang
tiada jalan untuk mengampunkannya melainkan kebinasaanku (fana’) dan kekekalan
(baqa’) Engkau yang Maha Suci).
Inilah syak dan syirik dengan paksaan dan bukannya dengan perbuatan, atau dengan kata lainnya wujud dengan asal-usulnya dan bukannya wujud dengan perbuatan. Bermaksud wujud perbuatan menerima, tetapi ianya tidak terlaksana secara perbuatan atau tidak wujud secara luaran. Terdapat titik hitam di dalam fitrah kemanusiaan itu sendiri, yang mana ia adalah ketiadaan dan kegelapan yang tiada cacat celanya. Titik hitam ini adalah tempat letaknya belalai syaitan, yang ditiupkan perasaan was-was menerusinya kepada anak keturunan Adam.I [1]
Inilah syak dan syirik dengan paksaan dan bukannya dengan perbuatan, atau dengan kata lainnya wujud dengan asal-usulnya dan bukannya wujud dengan perbuatan. Bermaksud wujud perbuatan menerima, tetapi ianya tidak terlaksana secara perbuatan atau tidak wujud secara luaran. Terdapat titik hitam di dalam fitrah kemanusiaan itu sendiri, yang mana ia adalah ketiadaan dan kegelapan yang tiada cacat celanya. Titik hitam ini adalah tempat letaknya belalai syaitan, yang ditiupkan perasaan was-was menerusinya kepada anak keturunan Adam.I [1]
8. Iblis mengatakan Adam inilah yang
diperintahkan supaya sujud kepadanya, aku sepertinya, bahkah lebih baik
daripadanya:
Imam Ahmad Al-Hasan (as):berkata:
Demi Allah SWT saya bersumpah bahawa saya
bukan melulu, jika saya katakan bahawa orang-orang yang jahil pada hari ini
yang menetapkan peribadi-peribadi maksum sebagai maha hebat dalam setiap
perkara adalah orang pertama yang mencetuskan pembunuhan Hussein (as). Bukan
kerana taat kepada Yazid bin Muawya tetapi dalam ketaatan kepada hawa nafsu
mereka sendiri dan bagi memuaskan jiwa mereka yang sombong serta iri hati
terhadap Auliya Allah. Jiwa-jiwa mereka enggan mengakui kelemahan mereka
seterusnya mendakwa bahawa hanya imam boleh mencapai kemaksuman, bertujuan
membatalkan ketuanannya ke atas orang lain dan membatalkan isyarat yang datang
dari manusia tulen dan suci ini berpunca dari amalnya sendiri. Sehingga ke
peringkat menganggapnya sebagai najis dan kebencian yang mendalam di dalam diri
semua orang. Sudah tentu isyarat ini adalah agak menyakitkan kepada orang-orang
yang mendakwa diri mereka sebagai timbalan atau wakil maksum (as). Mereka
tidak mempunyai jalan melarikan diri [dari isyarat] selain salah satu daripada
dua pilihan berikut ini:
--------------------
1. Kitab Mutasyabihaat: oleh Imam Ahmad
Al-Hasan (as) Jilid 2 - Soalan No. 27,
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 63
1. Iaitu sama ada mereka menganggap beliau
sebagaimana tanggapan diri mereka sendiri yang secara palsu mengaitkannya
dengan kesalahan-kesalahan bodoh dan perbuatan-perbuatan yang serupa dengan
diri mereka sendiri seperti yang dibuktikan dalam Taurat, Bukhari, dan Muslim
yang dipercayai oleh orang-orang Yahudi dan sebahagian orang-orang sunni
(khususnya Wahabi).
2. Atau mereka mengambil jalan untuk
membezakannya dengan meletakkan sifat-sifat ketuhanan yang beliau (as) terpaksa
bermula, iaitu dengan memansuhkan perbandingan dan menghapuskan isyarat. Inilah
apa yang telah dilakukan oleh penganut-penganut Kristian dan orang-orang yang
mendakwa diri mereka sebagai Syiah. Orang-orang Kristian telah memanggil Isa
(as) sebagai Allah (Maha Tinggi Allah SWT yang jauh melangkaui batas itu),
sedangkan orang-orang yang mendakwa sebagai Syiah menyifatkan peribadi maksum
dengan ketuhanan mutlak yang hanya boleh disifatkankan kepada Allah SWT.
Berdasarkan kepercayaan mereka tentang maksum
tersebut, mereka sekaligus mengutuk Hussein sebenar (as) yang telah syahid di
Karbala sebagai penyamar lagi pendusta (Semoga Allah menjauhkan hal
sedemikian). Itulah sebabnya saya mengatakan bahawa mereka adalah adik-beradik
kepada pembunuh Hussein (as). Jika mereka telah berpura-pura menangis ke atas
Hussein (as), maka saya bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka adalah
pembohong dan orang-orang munafik. Mereka tidak menangis ke atas Hussein bin
Ali (as), yang syahid di Karbala di mana para wanitanya telah dijadikan tawanan
dan telah dicabuli kemuliaan mereka. Mereka menangis ke atas Hussein yang tidak
kita ketahui, iaitu Hussein yang merupakan pembikinan khayalan dan diri mereka
yang sakit, yang enggan percaya bahawa Hussein (as) Imam sebenar yang dilantik
oleh Allah SWT adalah seorang yang lemah, yang dirinya tidak boleh melakukan
apa-apa kemudaratan atau kemanfaatan melainkan apa yang Allah kehendaki.
Mereka menangis ke atas Hussein yang tidak
wujud dalam realiti, Hussein yang disifatkan dengan sifat-sifat ketuhanan yang
mutlak (Maha Tinggi Allah SWT yang jauh melangkaui hal itu), kerana jika dia
wujud di alam realiti maka sudah pasti Iblis tidak akan memberontak
terhadapnya.
Hussein yang mereka berpura-pura menangis
ke atasnya adalah satu khayalan fikiran mereka, yang secara tepatnya adalah
sepertimana khayalan Adam dalam fikiran iblis. Iblis berkata, "Inilah Adam
yang telah diperintahkan aku untuk sujud kepadanya, dia sama seperti aku.
Sesungguhnya penampilan aku adalah lebih baik daripada dia, jadi aku tidak
akan melakukan sujud kepada yang aku lihat jauh lebih rendah dariku. Bagi Adam
yang aku akan sujud kepadanya adalah yang lebih baik daripada aku.
"Wahai orang beriman, lelaki dan
wanita beri perhatian dengan perkara ini kerana Iblis telah jelas membuat sebab
untuk enggan sujud kepada Adam atau taat kepadanya. Seperti yang dia katakan,
"Aku lebih baik daripada dia."
Allah berfirman:
﴿قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ
أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ
أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ﴾
KataNya:
"Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku
menyuruhmu?" Menjawab iblis "Aku lebih baik daripadanya: Engkau
ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".. (Al-Araf 7:12)
Seolah-olah berkata, jika sekiranya dia
lebih baik daripada aku dari segi zahirnya, maka tiada apa yang akan menghalang
aku dari sujud kepadanya. Oleh itu terdapat satu lagi Adam dalam fikiran dan khayalan
Iblis, Adam yang dia akan sujud kepadanya dan Adam yang
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata... 64
lebih sempurna penampilannya daripada
iblis. Seolah-olah, Adam memerlukan kuasa maha hebat pada pandangan iblis
sehingga boleh memaksa dia untuk taat kepadanya, iaitu seolah-olah Adam adalah
lebih baik daripada dia.
Mereka yang dahulu bersama dengan
Rasulullah Muhammad (S) dan mereka yang kalian lihat hari ini, kedua-duanya
mempunyai kaedah yang sama seperti Iblis dalam mengkritik dan menilai para Nabi
dan Aushiya (as). Ianya adalah kaedah lapuk Iblis yang jelas
mengatakan kemaksuman atau Hujjah Allah SWT atas penciptaan berbanding yang
lain-lain yang mesti kelihatan lebih baik daripada yang lain, yang mempunyai
kuasa ghaib, contohnya satu keajaiban untuk memenuhi permintaan sesiapa sahaja
dan berkeupayaan untuk melakukan segala-galanya yang tidak mampu dilakukan oleh
orang lain.
----------------------------
1 – Ucapan (Khutbah) Imam Ahmad Al-Hasan
(as) pada bulan Muharram.
.
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan