Ketujuh: Al-Ana dan Al-Samiri:
Al-Samiri, adalah seorang ulama pertapa,
yang telah melihat sebahagian perkara-perkara ghaib, dibutakan oleh Al-Ana, Bahkan
bertindak mengikut nafsu dirinya sendiri, nafsunya itu selalu menyuruh kepada
kejahatan (Al-Ammarat Bial-Su'), dia menganggap dirinya lebih baik daripada
Harun (as).
Al-Samiri; pengasas sembahan patung anak
lembu, yang kini dapat dilihat Al-Samiri pada masa kita ini?!
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...55
Dan berapa ramai Al-Samiri di kalangan
kita? Berapa ramai yang melampaui Al-Samiri dan melepasi dia secara harfiah (lisan)
dan kemahiran dalam pembuatan berhala anak-anak lembu, dan juga mengeluarkannya
semula (mengklon). Bahkan mereka telah mengatasi amalan moden yang paling maju
dalam pengeluaran semula (pengklonan); kerana mereka mampu untuk mengklon (mengeluarkan
semula) berhala anak-anak lembu lama sebelum amalan tersebut,, Samri umat kita
tetap berada di dalam bidang masing-masing, dan dalam setiap perhentian, sosial,
politik, ekonomi, dan lain-lain.
Bahkan, berapa ramai mereka yang membina di
dalam dada mereka di kandang-kandang haiwan, yang mengalu-alukan berhala anak-anak
lembu ini untuk membesar di dalam dada-dada mereka!! (Berhala anak-anak lembu buatan
Al-Samiri).
Musa (as) adalah seorang nabi yang diutus Allah
dan dari Uulil-3zim (Qaim Aali Ibrahim (as)) Dia fikir dia telah membuat
pilihan terbaik apabila dia memilih 70 orang dari kaumnya, dan apabila dia
kembali kepada mereka (dari waktu yang ditentukan Tuhannya) sehingga dia dapati
mereka mengambil sembahan anak lembu; Jadi apa keadaan kita?! Terutama dengan
beberapa semboyan di mana semua panggilan barang dagangannya, dan ia seperti di
sebuah pasar borong, di mana bunyi semboyan itu untuk memasarkan barangan
mereka, Musa (as) mendapati orang-orangnya bersama dengan berhala anak lembu,
dan kita pula sebagai ganti tidak memilih, tetapi kita telah memilih untuk menjadi
hamba-hamba yang patuh (seperti lembu), kerana bentuk (ukuran) kita banyak, Jadi
apa yang banyak?! Musa (as) diutus oleh Allah, dan sebagai balasannya ada tujuh
puluh orang mengambil berhala anak lembu itu dan menyembahnya, jika ramai orang
adalah sebagai ukuran untuk menunjukkan kebenaran, maka biarkan berhala anak
lembu itu.
Al-Samiri berpendapat bahawa dia lebih
baik daripada Harun (as)
Dari Imam Ahmad Al-Hasan (as):
[........Makna ini disebutkan di dalam
tafsir ayat Al-Quran:
﴿فَاسْتَغَاثَهُ الَّذِي مِن شِيعَتِهِ﴾
(Maka orang yang dari golongannya meminta
pertolongan kepadanya) Al-Qashash: 15, bahawa dia adalah Al-Samiri. Ini
sekaligus membenarkan bahawa Al-Samiri adalah seorang mujahid yang memerangi
tentera taghut, firaun Mesir sebelum diutuskan Musa (as) .
Seterusnya, siapakah yang telah lupa di sini? Adakah yang dimaksudkan lupa akan Tuhannya di sini adalah Musa (as) dan pergi ke gunung Thur, lalu menjadi kata-kata yang disebutkan oleh lisan Al-Samiri? Ia adalah amat jauh sekali daripada kebenaran, kerana Bani Israel mengetahui bahawa Musa telah pergi ke gunung Thur
Keakuan
– Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata...55
berdasarkan perintah Allah. Oleh itu, orang
yang lupa di sini adalah Al-Samiri, yang meninggalkan keimanan yang sebenar dan
sembahan yang sebenar, maka kata-kata itu adalah daripada Allah Subhanahu wa Taala.
Seterusnya, apakah yang menghasut dirinya? Pada hakikatnya, inilah asal-usul
setiap fitnah (ujian) iaitu hawa - keghairahan, Al-Ana, syaitan dan perhiasan
dunia yang menghasut dirinya dengan menyemarakkan lagi kejahatan. Bahawa dia
lebih baik daripada Harus (as), memberontak terhadapnya, tidak mentaati
perintahnya dan bersifat takbur.
Ia telah menghasut dirinya bahawa dia
seorang alim, abid (hamba) yang kuat beribadah dan barangkali seorang mujahid,
yang telah disingkapkan sebahagian perkara-perkara ghaib. Lalu, merasakan
dirinya lebih berhak terhadap tampuk kepimpinan Bani Israel berbanding Harun
(as) semasa ketiadaan Musa (as). Berasa dengki kepada Harun dan Musa alaihima
salam (as), berasa takbur dalam setiap tindakannya, dikuasai oleh hawa nafsu
serta Al-Ana dalam setiap keadaan. Lalu, syaitan hendak menjatuhkannya
ke jurang yang dalam dan menjadikannya bersifat takbur terhadap para anbiya
yang agung (as), sebagaimana dia (syaitan) telah takbur terhadap Adam (as).
Syaitan telah mencelarukannya dengan seruannya, menyesatkannya dengan
kesesatannya dan menimpakannya dengan penyakitnya. Oleh itu, diperturunkan
hijab-hijab ke atas cerminan ruhnya ketikamana dia membeli kesesatan dengan
petunjuk, sehingga dia tidak lagi mampu melihat (petunjuk):
﴿وَتَرَاهُمْ يَنظُرُونَ إِلَيْكَ وَهُمْ لَا
يُبْصِرُونَ﴾
(Dan kamu melihat mereka itu memandang
kepadamu padahal ia tidak melihat) [Al-A'raaf: 198]. [1]
✡✡✡✡✡
---------------------------
1- Kitab Al-3ijl
(Berhala Anak Lembu) -Juzuk 1 dan 2 - oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as) hal 38
✡✡✡✡✡
Tiada ulasan:
Catat Ulasan