Khamis, 17 Januari 2019

Kelima / Al-Ana dan Salman (as):


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata 50

Kelima / Al-Ana dan Salman (as):


Pengenalan:

Al-Syeikh Al-Mufid dan Al-Kasyi meriwayatkan dari Abi Abdillah (as) katanya: Rasulullah (S) bersabda (kepada Salman): wahai Salman, sekiranya dipertunjukkan ilmu kamu kepada Miqdad tentu ia akan ingkar. [2]

dan Al-Fattal Al-Naisaburi, yang meninggal dunia pada tahun 508 meriwayatkan dari Abi Abdillah (as) katanya: (iman ada sepuluh darjat, Al-Miqdad pada tingkat kelapan, dan Abu Zhar kesembilan, dan Salman kesepuluh. [3]

Diriwayatkan Al-Syeikh Al-Mufid dari Isa bin Hamzah, katanya: (Aku berkata kepada Abi Abdillah (as): Hadits, yang didatangkan pada empat orang? DIa berkata: Apakah dia? Aku katakan: empat orang yang dirindui syurga pada mereka, beliau berkata: mereka adalah Salman, Abu Zhar, Al-Miqdad dan Ammar, Aku berkata: Mana yang lebih utama? Beliau berkata: Salman, kemudian dia mengetuk-ngetuk, kemudian dia berkata: Ilmu Salman jika diketahui Abu Zhar tentu dia akan ingkar. [4]

Diriwayatkan Al-Kasysyi dari Imam Al-Shadiq (as), Al-bapanya (as), dia berkata: (Pada suatu hari disebutkan taqiyyah dekat Ali bin Al-Husain (as). lalu dia berkata: "Demi Allah kalaulah Abu Zhar mengetahui apa yang terdapat di dalam hati Salman tentu dia akan membunuh Salman, padahal kedua mereka berhubungan dengan Rasulullah, Apa yang kamu fikirkan pada makhluk lain. [5]


-----------------------------------------
2. Al-Khatashash: hal 11; Ikhtiar Ma3rifat Al-rijal: hal 11 hadits.23
3. Raudah Al-Wa3adzain hal 307
4. Al-Khatashash: hal 12
5. Ikhtiar Ma3rifat Al-rijal: hal 17 hadits 40 dan Diriwayatkan Al-Kaliini Fi Al-Kafi: J 1 hal 401 hadits.2


Keakuan – Al-Ana Dan Pembukaan Yang Nyata 51


Sekarang, kita beralih ke halaman-halaman Imam Ahmad Al-Hasan (as), dan ulasan di dalam kitabnya, " Bersama Abdus Soleh" melalui pilihan, yang telah disebutkan dari sumber tersebut..

Berapa banyak yang Salman hancurkan Keakuan (Al-Ana) beliau?

Imam Ahmad Al-Hasan (as),berkata:

(Lihat, ketika Nabi Musa (as) datang untuk bertemu Abdus Soleh, dia datang kerana dia menyangka bahawa dia telah melawan dirinya dan membunuh Al-Ana yang wujud dalam dirinya. Sekarang ujian itu mengenai perkara itu pula. Iaitu, Abdus Soleh telah berkata kepada Musa (as) "Kamu akan menemaniku, sedangkan kamu tahu bahawa aku adalah hujjah kepada kamu, dan Allah memerintahkan kamu untuk taat kepada ku, tetapi kamu tidak akan menjadi seperti Allah perintahkan kamu dan kamu tidak akan menjadi seperti mana yang kamu janjikan, sebaliknya, kamu akan menzahirkan Keakuan (Al-Ana) dari dalam hatimu dan kamu akan membantah ku walaupun aku hujjah kepada kamu, dan walaupun kamu berjanji untuk bersabar." Maknanya dia memberitahu kepada Musa: "Sekarang aku akan menguji kamu dan mendedahkan Keakuan (Al-Ana) yang ada pada kamu, tetapi kata-katanya dalam bentuk ini.
إنك لن تستطيع معي صبراً
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat bersabar bersamaku" Adakah anda tahu sekarang?)

Lalu aku berkata: Ya

Kemudian dia (as) berkata:

(Sekarang saya akan menjawab soalan kamu: Ketahuilah bahawa memerangi Keakuan (Al-Ana) adalah martabat bagi sesiapa yang memerangi dirinya dalam martabat tertentu, yang pasti akan gagal jika dia diuji dalam martabat seseorang lebih tinggi daripadanya. Kerana sesiapa yang boleh terbang pada ketinggian 1000 meter, jika dia menguji sesiapa yang boleh terbang pada ketinggian 100 meter akan menggagalkannya. Dan juga orang yang boleh terbang pada ketinggian 200 meter akan gagal juga, dan begitulah seterusnya. Maka setiap daripada mereka selainnya akan gagal padanya jika dia mahu menguji mereka. Inilah jawapannya)

Lalu aku berkata: Maksud "dari kami" yang dikatakan Rasulullah (S) kepada Salman, berapa banyak yang Salman hancurkan Keakuan (Al-Ana) beliau. Atau keadaan Musa (as) selepas ujian, adakah dia lebih dekat dengan Abdus Soleh (as) dengan menghancurkan Keakuan (Al-Ana) dalam bentuk yang lebih besar?

Jadi dia (as) berkata:

(Musa (as) tahu maqamnya dan keadaannya agar tidak binasa. Dan Salman (as), tidak kira berapa banyak dia memerangi Keakuan (Al-Ana), ini tidak bermakna bahawa ia dekat kepada mereka (as).............) [5]


--------------------------
1 - Bersama Abdus Soleh – oleh Imam Ahmad Al-Hasan (as), J 1 hal 66.


✡✡✡✡✡

Sebelum✡✡Menu✡✡Selepas



Tiada ulasan: